February 29, 2020

MASIH TIADA MUKTAMAD


MASIH TIADA MUKTAMAD
(Fikrah Bangi: 493),
BBB: . 03 Rajab 1441`H. = 28 Februai 2020M. (Sabtu).
Hingga kini, masih tiada keputusan muktamad, siapa yang jelas akan diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri  Malaysia kelapan. Sementara itu beberapa perubahan dan perkembangan berlaku dalam tempoh singkat. Semalam (Juma`at , 27 Februari) Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu  berbincang di Istana Negara berkenaan perkembangan terakhir kemelut politik yang sedang berlaku. Manakala cadangan mengadakan sidang parlimen pada Isnin 2 Mac 2020 ini dibatalkan. Menurut Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bahawa  panggilan yang dibuat sebelum ini tidak mengikut procedure. Persidangan tidak akan berlangsung.
Manakala penentuan dilakukan dari pihak-pihak yang memimpin parti beserta bukti-bukti jelas.
Perkembangan terbaru nama Presiden Bersatu, naik sebagai calon Perdana Menteri. Muhyiddin Yassin dikatakan mendapat sokongan dari pihak Umno dan Pas dan kini mempunyai sokongan berkumlah 96 ahli Parlimen, manaka Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan yang cukup, tetapi jumlah yang diketahui setakat ini adalah berjumlah 92 calon. Yang nyata kedua-dua belah pihak belum dapat melepasi majoriti yang diperlukan – melebihi 111 kerusi. Di dalam hal ini dilihat pendirian pihak GPS Sarawak dan Warisan Sabah adalah penentu dari segi jumlah. Keputusan dari Sarawak dan Sabah ditunggu. Kedua-dua negeri, terutama Sarawak  sedang menyusun srtrategi bagi mendapat faedah terbaik bagi pihak negeri di dalam `bargain` antara pihak yang sedang mencari sokongan majoriti.
Andaikata penyelesaian masih tidak dapat dicapai, apakah akan berlaku pembubaran Parliem dan pilihanraya diadakan. Ada yang berpendapat, pembubaran Parlimen, bukan cara yang dapat memberi penyelesaian. Selain daripada ianya memerlukan biayai yang tinggi, melebihi RM500 milion, keptusan mungkin kembali kepada  - tiada majoriti muktamad.
Salah satu caranya ialah dengan menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Kompromi mungkin dapat dicapai, Kekurangan dari segi Kerajaan Perpaduan, ianya mematikan suara pengkritik yang diharap datangnya dari pihak pembangkang dan berkembangnya budaya `yesmen`. Darinya timbul tumpuan kuasa kepada pihak yang memegang kuasa.
Walau bagaimana setakat ini tiada keputusan muktamad yang dapat dicapai dan rundingan serta tawaran masih berjalan.
Kita berharap akan terhasil keputusan terbaik dan negara dapat keluar dari kemelut yang  membeban dan merugikan. Kita tidak mau penggal pemerintahan selepas pilihanraya ke 14 penuh dengan masalah yang ditimbulkan oleh orang politik. Kesannya lebih ditanggung rakyat. Kita berharap ianya  menjadi pengajaran yang baik untuk rakyat membuat keputusan pada masa hadapan.  
Sekian.

February 28, 2020

CELARU ! TUNGGU HARI PENENTU


CELARU ! TUNGGU HARI PENENTU
(Fikrah Bangi:  492),
BBB:  04 Rajab 1441H. = 28 Februari 2020M. (Juma`at).
Ada yang berpendapat, pembubaran Kerajaan PH oleh Tun Mahathir (Sinar Selasa 25 Februari 2020: 1), untuk menjadikan janji peralihan kuasa tidak berfungsi, walaupun beliau diberi tempoh selepas Persidangan APEC pada akhir tahun ini. Tindakan perseorangan ini memberi kesempatan yang baik bagi ANWAR MEMPERKUKUHKAN KEDUDUJANNYA. PKR dan Majlis Presiden tidak menerima dan tidak mengiktiraf pembubaran.. Anwar terus menghimpun sokongan sehingga kepadamasa beliau mengadap Yang Di Pertuan Agong, beliau mempunyai penyokong sejumlah 92 kerusi ahli Parlimen.
Cadangan Tun Mahathir agar diwujudkan pemerintahan  Kerajaan Perpaduan yang tidak berasaskan parti, mungkin kerana menyedari beliau tidak berparti, satu kelemahan dari segi strategi. Cadangan Kerajaan Perpaduan walaupun baik dari segi pendengaran, tetapi akan menimbulkan kecelaruan. Apakah wajar kerajaan  Perpaduan yang bersifat campuran itu meninggalkan dari memberi keutamaan terhadap   Ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat. Bagaimana ahli Kerajaan Perpaduan mau menghadapi ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat di dalam sidang parlimen. Belum tiba sidang Parlimen , berlaku kekecohan pada kerajaan negeri yang cuba mengikut rentak kerajaan Pusat yang masih belum ada kepastian dari segi kepimpinan dan pemerintahan. Kerajaan Negeri Johor terpaksa dibubar dan dilantik Menteri Besar yang lain dengan konsep pemerintahan negeri berkenaan. Beberapa kerajaan negeri kecoh seperti di Kedah, Perak dan Melaka, walaupun kemdian dapat ditenterakan dan kembali kepada status quo. Kekecohan juga berlaku pada peringkat PBT, Penghulu dan Ketua Kampung. Pendeknya berlaku kecelaruan.
Menyedari dirinya tidak berparti, Tun Kembali kepada Bersatu, tapi berlaku percanggahan dengan Tan Sri Muhyiddin yang mau dalam kerajaan Perpaduan – berasaskan Bersatu ?  diterima Umno seadanya, sedangkan Tun Mahathir tidak mau menerimanya. Sedangkan Pas telah menarik dari sokongan terhadap Tun Mahathir. Umno tidak kisah dengan sikap Tun Mahathir, sebaliknya terus memperkukuhkan diri dengan Muwafakat Nasionalnya.
Anwar yang merasa kedudukannya makin kukuh, membuat pendirian, tidak akan menemui Tun Mahathir bagi sebarang jemputan atau perbincangan.
Pagi ini kita lihat dalam berita yang Anwar menyatakan bahawa,
``Majlis Presiden PH anggap Tun M cabar kuasa Agong,``
Iaitu tindakan Tun M panggil Sidang Parlimen Khas dahului titah Seri Paduka.`` (BH, 28.2.2020: 4).
Tindakan ini dianggap tidak wajar.
Anwar yang bercakap secara kolektif dan atas nama Majlis Presiden PH. Bahkan Anwar dengan jelas menyatakan bahawa, ``
``Dr. Mahathir  antara punca kemelut politik negara.`` (BH, 28.2.2020: 4).
Pada 2 Mac 2020 tarikh persidangan Parlimen dipanggil, dikira hari penentu dalam mana ahli-ahli Parlimen akan membuat pilihan siapa Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Tun Mahathir yang kembali kepada Bersatu, tetapi terpisah dari PH, mampukah mendapat sokongan majoriti berasaskan Bersatu ? Sedangkan Anwar yang sudah ada sejumlah penyokong (92) dan memerlukan sedkit tambahan lagi, nampaknya semakin confident.
Walau bagaimana kita tunggulah hari penentuan, iaitu pada Isnin 2 Mac  2020 itu.
Sekian.

February 27, 2020

MENCARI KEWAJARAN


MENCARI KEWAJARAN
(Fikrah Bangi: 491),
BBB: 03 Rajab 1441H. = 27 Februari 2020M. (Khamis).
Interview yang dilakukan oleh Yang DiPertuan Agong terhadap 222 ahli Parlimen  selesai dijalankan semalam (26 Februari 2020 dan tentulah rakyat ghairah untuk mengetahui keputusannya.
Namun sebelum keputusan diketahui, dua tokoh utama kepimpinan politik tanahair membuat kenyataan bahawa:
Tun Mahathir yang dilantik menjadi Perdana Menteri Interim menyatakan gagasan pemerintahan, bahawa beliau bercadang mengadakan pemerintahan `Tanpa Parti`. Gagasan beliau ini tidak  terhindar dari persoalan, bahawa dijangka dalam, pemerintahan ini mungkin akan dilantik mereka yang di luar dari parti, tetapi tentulah tidak lari dari memilih kabinet dari tokoh-tokoh politik dari parti-parti politik yang ada, tanpa mengira mereka dari parti yang sebelumnya dikenali sebagai parti pemerintah dan pembangkang. Tapi kebimbangan berlaku bias dan tidak adil terhadap parti yang diungkap Tun Mahathir  bahawa beliau tidak mau kerjasama dengannya, iaitu Umno. Kebimbangan juga berlaku bias terhadap parti yang dekat dengan dengannya seperti Bersatu dan yang lain. Walau bagaimana mungkin ada formula bijaksana yang dapat  dirumuskan yang dapat memnberi kepuasan. Di dalam hal ini, kita menunggu pendekatan yang dicadangkan. Apa yang ditampilkan oleh Tun Mahathir ini kelihatan secara perseorangan.
Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim selaku rival politik Tun Mahathir,  membuat pendekatan secara diplomasi dan tektikal, bahawa beliau bersama pimpinan PH telah mengadakan pertemuan pada 25 Februari yang lepas dengan m,enjemput Tun Mahathir sama untuk mempengerusikannya, tetapi Tun Mahathir yang mengumumkan pembubaran PH dan Bersatu keluar darinya sebagaimana diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin, tidak hadir dalam pertemuan itu. Dalam pertemuan itu Anwar dilantik sebagai calon Perdana Menteri. Pemilihan ini memberi kekuatan bagi Anwar dan beliau kelihatan mempunyai sokongan ramai dan tidak keseorangan. Di dalam keadaan ini Anwar dilihat dalam keadaan kesimbangan dari segi peluang. Dengan keyakinan ini beliau mengadap Yang Di Pertuan Agomg di dalam sesi interview yang beliau disifatkan dalam keadaan ceria selepas keluar dari interview.
Walau bagaimana di dalam keadaan sekarang, di dalam kecelaruan politik akibat dari  pembubaran pemerintahan  dan cadangan pemerintahan tanpa parti dan formulanya tidak diketahui dan tentulah melalui tempoh percubaan dan perjalanan mencari pemantapan. Ia kemungkinan baik  serta berjaya dan kemungkinan lebih buruk  dan gagal– tiada kepastian.
Dari satu pendekatan ialah meneruskan pemerintahan PH yang dicadangkan oleh Anwar, juga menimbulkan persoalan, apakah beliau mendapat sokongan majoriti ? Sedangkan sebahagian dari ahli Parlimen PKR telah keluar parti yang diketuai oleh Azmin Ali. Dengan imej parti yang berpecah dan  kemungkinan tidak mendapat majoriti atau kemungkinan dapat, tetapi tidak dapat menghindart dari konflik dan pertembungan dengan pimpinan di bawah Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin serta penyokong-penyokog. Ertimya tidak dapat menghindar dari sengkita.
Dalam hal ini untuk mengelak dari berterusan kacau bilau politik, keruntuhan dari segi ekonomi dan kekeciwaan rakyat berterusan, maka solusi terbaik ialah dengan pembubaran Parlimen. Dengan demikin dapat dfihendar dari kemelut politik yang dihadapi.
Sekian.

February 26, 2020

MENELITI UNGGUL KEPIMPINAN


MENELITI UNGGUL KEPIMPINAN
(Fikrah Bangi: 490),
BBB:  02 Rajab 1441H. = 26 Februari 2020M. (Rabu).
Dua kesilapan tanggapanku mengenai perlantikan Perdana Menteri Interim, bahawa perdana menteri sedemikian mempunyai masa yang luwes untuk mengenalpasti pimpinan yang dicari. Kedua jangkaanku bahawa orang yang diberi mandat untuk meneliti unggul pemimpin dicari, sepatutnya tidak memasukkan dirinya sebagai antara yang dicari.
Kesilapan pertama difahami dari tindakan Yang Di Pertuan Agong, segera menjalankan  penelitian dengan memanggil ahli parlimen memberi pendapat mulai dari semalam (Selasa 25 Februari ) dan berterusan hingga hari ini, tindakan mempraktikkan peruntukan Perlembagaan  42 & 43 (2 a) yang selama tidak cuba dilakukan oleh Yang Di Pertuan Agong sebelumnya. Sembah hormat di atas tindakan Tuanku.  Daulat Tuanku !
Ketidaktepatan dari jangkaan, bahawa Tun Mahathir tidak terkeluar dari calon bakal Perdana Menteri ke 8.
Dari  maklumat dan pendapat para wartawan dan mereka yang bercakap di dalam ruangan politik di media letronik, bahawa nama Tun Mahathir berada pada  ranking tertinggi. Ini diperkukuhkan lagi sokongan dari Warisan Sabah dan GPS  Sarawak. Lantasa menjadi pertanyaan, apabila Tun Mahathir dilantik, apakah bentuk pemerintahan akan dilaksanakan ?
 Ada cadangan dibentuk Kerajaan Campuran atau Perpaduan . Adalah dijangka dengan pemilihannya pola pemerintahan lama menjadi acuan. Kalangan pemimpin yang  pernah berada di dalam PH yang dibubarkan menjadi pilihan. Ahli-ahli jawatankuasa bagi Bumiputra Bersatu berada pada senarai pilihan. Pemilihan kabinet dibuat dari parti-parti yang lain bagi mencerminkan Kerajaan Campuran atau Perpaduan. Namun kelemahan pemerintahan secara Campuran dan Perpaduan, tiada faktor check and balance,. Dan berlaku sindrom `yes men` yang melemahkan pentadbiran.
Pendekatan yang ideal, ialah mewujudkan pemerintahan demokrasi yang ada pihak kerajaan dan pembangkang.  Pihak kerajaan adalah terdiri dari Bumiputra Bersatu, Keadilan, DAP, Amanah, Warisan dan  GPS Sarawak. Manakala pembangkang dari parti-parti yang dimomokkan oleh pihak tertentu bahawa Tun Mahathir tidak mau bersama dengan UMNO yang ditentangnya selama ini dan pihak DAP dan GPS tidak menyenangi PAS. Hakikat sebenarnya, bahkan pembubaran PH, kerana gerun terhadap dua parti ini yang PH mengalami kekalahan bersiri dan jika diteruskan pemerintahan PH, sindrom kekalahan PH berterusan. Selain dari itu pembubaran dilakukan untuk mematikan tuntutan PKR bagi menunaikan janji peralihan pimpinan. Dengan pembubaran kedua-dua kebimbangan dapat dihapuskan. Dengan pendekatan pihak pemerintahan terdiri dari komponan lama dan Umno dan Pas – termasuk MCA, MIC dan PBS melalui Muafakat Nasional sebagai pembangkang, sindrom pemerintahan lama sebagaimana di dalam PH, walaupun berlaku pertukaran portfolio atau penggantian tokoh,maka pola pemerintahan lama PH akan menjelma kembali, maka sindrom pemerintahan lama akan kembali bertapak, maka dua tahun berlalu yang membazir akan berulang pada tiga tahun berbaki.
Dalam keadaan sekarang, pendekatan yang paling sesuai ialah dengan membubarkan Parlimen dan diadakan pilihanraya ke 15 dalam kadari segera. Dengan pembubaran Parlimen dapat diatasi:
·         Perubahan ahli-ahli Parlimen, khususnya yang tidak layak diketepikan.
·         Wujudnya mandat baru yang fresh dan segar.
·         Ahli Parlimen yang sesuai dengan kehendak semasa rakyat
·         Pemilihan Perdana Menteri dan kabinet dapat dilakukan terhadap mereka yang layak.
·         Dapat menghindarkan dari kuasa perseorangan yang tidak mengikut demokrasi dan pilihan rakyat.
Pembubaran Parlimen – termasuk Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihanraya ke 15 adalah solusi terbaik bagi mengatasi kemelot politik dan  kuasa orang perseorangan.
Sekian.

February 25, 2020

PANTAS, LETAK JAWATAN DILANTIK PM INTERIM !


PANTAS , LETAK JAWATAN, DILANTIK PM INTERIM !
(Fikrah Bangi: 489),
BBB: 01 Rajab 1441H.= 25 Februari 2020M. (Selasa).
Dapatlah dikatakan  perubahan pantas hari ini ( Isnin 24 Februari 2020) adalah episod dramatik politik yang bagi setengah adalah mencemaskan, tetapi ada yang melihatnya sebagai mengeciwakan, bahkan ada yang merasa muak dengan perjalanan politik yang tidak menghargai mandat rakyat. Tidak sampai dua tahun amanah yang diberi dan apa yang dikatakan zaman baru itu runtuh dikaki mereka yang diamanahkan. Dua tahun masa berlalu dengan sia-sia.
Drama politik bermula dengan  diterima mengadap Yang Di Pertuan Agong pimpinan yang antaranya di Ketuai Zahid Hamidi dari Muwafakat Nasional, Anwar Ibrahim PKR dan dipuncaki dengan Perletakan Jawatan Perdana Menteri yang suratnya disampaikan kepada Yang Di Pertuan Agong, pada 1.00 tengahari.  Berikutnya Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan yang Parti Bumiputra Bersatu keluar dari PH.  Dengan perletakan jawatan Tun Mahathir dari PM dan PH dan keluarnya Bersatu dari PH bermakna PH terbubar dengan sendirinya. Jangkaan ada pihak yang mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan terhapus apabila Tun Mahathir yang meletakkan jawatan  dijemput mengadap ke Istana dan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Interim selaku Caretaker` goverment. PKR yang berhasrat menubuhkan kerajaan mengalami keretakan parti, apabila memecat Azmin dan Zuuraida dan bersama-samanya keluar 9 ahli parlimen.. Pihak pimpinan PKR  menyifatkan Azmin sebagai pengkhianat, sedang Azmin menjawab, bahawa beliau dan kumpulannya menggagalkan konspirasi, bukan sebagai pengkhianat.
Berakhirnya pemerintahan PH diperkukuhkan lagi dengan pengumuman Ketua Setiausaha Negara, bahawa dengan perletakan Jawatan Tun Mahathir dari Perdana Menteri, maka pemerintahan  yang terdiri dari Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan-timbalan  terbubar. Jadi dengan pembubaran berkenaan, maka dengan kuasa yang diberi kepadanya sebagai Perdana Menteri Interim, maka beliau berhak melantik kabinet baru  bagi menjalankan pemerintahan sehingga seorang Perdana Menteri yang baru dilantik. Tiada tempoh tertentu perlu dilantik.
Episod yang dilalui oleh Tun Mahathir dilihat makin mengukuhkan kedudukannya. Peluang yang pada asalnya Pakatan Nasional mendapat kesempatan mengukuhkan dirinya mengalami rencatan, apabila Tun Mahathir menegaskan, bahawa perletakan jawatannya, antaranya kerana tidak mau bekerjasama dengan Umno. Namun dalam beberapa masa mendatang ini, akan dilihat kerjasama dengan pihak mana akan dilakukan  bagi menegakkan pemerintahan. Tun Mahathir terpaksa berhadapan dengan Anwar Ibrahim, rival politiknya walaupun dapat disekat dari menjadi Perdana Menteri, sekurang-kurangnya buat masa ini.
Drama pantas politik yang berlaku kini bukan pengakhiran, sebaliknya adalah sebagai permulaan. Parti-parti politik yang mempunyai kuasa  menggugat sedang mengatur strategi. Sidang Parlimen yang akan bersidang tidak terlepas dari gugatan.
Walau bagaimana strategi dan tektik politik nampaknya terus berpihak kepada Tun Mahathir. Namun banyak lagi episod yang akan berlaku mencabar sebarang kelemahan.
Bagi orang ramai bertanya, hingga bilakan episod dan drama politik menjejekkan berterusan. Dua tahun dilihat sebagai pembaziran.  Pembangunan terganggu. Ekonomi makin tenat, pasaran saham jatuh menjunam di bawah dari paras 1,500 terendah sejak 5 tahun yang lalu.
Rakyat tidak senang dengan episod politik yang berlaku. Rakyat mau negara diperintah secara politik matang !
Sekian.

February 24, 2020

KEMELUT PERUBAHAN KUASA POLITIK TANAH AIR


KEMELUT PERALIHAN KUASA POLITIK TANAHAIR ?
(Fikrah Bangi: 488),
BBB:  30 Jamadil-Akhir 1441H. = 24 Fabruari 2020M. (Isnin).
Pulang dari solat Isya` di Masjid Al-Umm,terkejut bila mengikuti perbincangan politik di saluran tv Awani 501 dimoderator oleh Kamarul dengan dua ahli panel Prof. Madya Dr. Hamidin dan saudara Amir wartawan tentang kemelut tuntutan peralihan kuasa yang pada malam tadi perhimpunan berlaku di rumah Anwar Ibrahim, di Hotel Sharaton, PJ dan juga  kumpulan yang pergi ke Istana Negara. Pada malam tadi dikatakan tidak kurang dari lima mesyuarat diadakan oleh tokoh-tokoh parti parti politik, tetapi hingga akhir wacana di tv itu, tiada sebarang keputusan diambil sebagai keputusan dan tiada sebarang pihak membuat sidang akhbar, bahkan dikatakan semua pihak menutup mulut dari memberi sebarang kenyataan. Kemelut yang berlaku akibat dari gagalnya Majls Presiden dalam PH yang bermesyuarat pada Juma`at 21 Februari lepas. Ini membawa kepada kemelut tuntutan terutama dai pihak PKR agar janji peralihan kuasa ditentukan tarikh dan bukan secara umum yang dikatakan oleh Tun Mahathir selepas Persidangan APEC pada akhir tahun ini, namun beliau diberi hak membuat keputusan. Dari satu segi ini menimbulkan rasa tidak puashati dari kalangan penyokong-penyokong Anwar.
Namun melalui akhbar-akhbar pagi ini kemelut ini lebih nyata, bahawa  perubahan kuasa  menjadi spekulasi yangf tidak pasti. Sinar membawa tajuk:
Desas Desus Kejatuhan Kerajaan PH – Pada muka hadapan, manakala halaman dua: ``PH  akan berakhir```. Manakala halam tiga, disiarkan mengenai ``Drama di Istana Negara.` Manakala pada halaman 9, komen dari Anwar, ``Satu pengkhianatan``.
Manakala pada halamman depan BH, membawa tajuk , ``Kerajaan Baharu ?, manakala pada halaman tiga:  ``Umno, Pas, Warisan, PBB, GPS mengadap Agong.``
Dan pada bahagian bawah halaman tersebut, terakam,
`` Pakatan Harapan Sudah berakhir.``
Mamakala The Star pada halaman hadapan membawa tajuk, ``Pakatan in peril.``
Jelaslah bahawa, kemelut peralihanm kuasa sedang berlaku.
Mulai hari ini dan seterusnya suasana politik tanahair akan terus hangat.
Kita berharap  pengekalan atau perubahan kekuasaan pemnerintahan hendaklah melalui lunas-lunas perlembagaan.``
Kita mempunyai kuasa tertinggi Yang Di Pertuan Agong dan Parlimen.
Sebarang pengekalan atau perubahan kuasa hendaklah melalui prinsip Perlembagaan.
Dalam tempoh terdekat ini sudah tertentu berlaku berbagai kemelut dan perubahan
Kita akan mengikutinya dan diharap pihak berkuasa dapat memelihara keamanan.
Sekian.

February 23, 2020

PERUNDANGAN JANGAN SAMPAI DIPERTIKAIKAN !


PERUNDANGAN JANGAN SAMPAI DIPERTIKAIKAN  !
(Fikrah Bangi: 487),
BBB: 29 Jamadil-Akhir 1441H. = 23 Februari 2020M. (Ahad).
Semalam apabila semua akhbar menyiarkan maklumat Peguam Negara Tommy Thomas  menarik dakwaan terhadap 12 orang yang dibicarakan kerana dikatakanterlibat dengan kegiatan pengganas Tamil Eaalam, tetapi tiba-tiba ditarikbalik tuduhan dan mereka yang dituduh terlepas dari pembicaraan seterusnya, maka kita sebagai orang awam yang tidak faham dengan aspek perundangan tertanya-tanya, mengapa terjadi sedemikian ?. Pertanyaan timbul, apakah  pihak polis selama ini dilihat sebagai professional dalam soal  menjejaki penjenayah, mengapa dalam kes ini digugurkan. Jadi soal integriti polis tidak dihormati.
Jika ianya dilihat tidak bersifat kes, tidakkah sepatutnya perkara ini tidak diketengahkan dari awal ?
Apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin Menteri Dalam Negeri mempersoalkan tindakan Tommy Thomas, bahawa Thomas tidak ada kuasa dan tidak berhak campur tangan mengenai kuasa Kementerian Dalam Negeri baru kita rasa  apa yang dipertikaikan itu benar dan sepatutnya tidak wajar berlaku penarikan balik sebagaimana  dilakukan oleh Thomas.
Menurut Tan Sri Muhyiddin, Tommy Thomas, tifak mempunyai hak dan kuasa mencampuri hak dan kuasa Kementerian Dalam Negeri (Sinar, 23.2.2020: 1).
Rasa tidak puashati ini diluahkan sama oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dan juga Mazsli Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam dan beberapa yang lain.
Kita berpendapat ini merupakan rentetan tidak puashati terhadap beberapa  keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Semuanya merupakan penghakisan kepercayaan rakyat terhadap sistem penghakiman yang antaranya dipersoalkan.
Kerajaan PH perlu menunjukkan komitmen tinggi terhadap Pols dan Perundangan negara.
Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap perundangan negara. Tan Sri Muhyiddin Yasin diharap tidak setakat meluahkan rasa tidak puashati, tetapi perlu mengambil tindakan tegas bagi menyakinkan rakyat !
Sekian.

February 21, 2020

TUGAS POLITIK


TUGAS POLITIK
(Fikrah Bangi: 486),
BBB: 27 Jamadil-Akhir 1441H. = 21 Februari 2020M. (Juma`at).
Tugas orang politik ialah memperkukuhkan kedudukan politiknya. Biarpun pada permulaan dia dijemput ke dalam politik, misalnya kerana ketokohan dan kelayakannya dia dijemout dan diberi peluang bertanding di dalam sesuatu parti dan menangf, atau memang dari awal dia struggle berusaha untuk mendapat kedudukan di dalam parti, akhirnya ia mendapat peluang dan bertanding dan menang di dalam pilihanraya. Orang  seperti ini selepas dijemput atau mendapat tempat dengan usaha bersungguhnya dan mendapat kedudukan dalam parti, maka langkah seterusnya dia mesti berusaha bagi  mengukuhkan kedudukannya di dalam parti bagi mengekalkan, bahkan meningkatkan kedudukannya di dalam parti.. Amat jarang mereka yang sudah menang danb mendapat tempat di dalam parti, tidak minat meneruskan kerjaya dan tidak bersemangat di dalam khidmat (berlaku kepada seorang ADUN kerusi Balakong yang sudah menang dan meninggalkan kerjaya politiknya, kerana bosan dengan karinah politik.
Bagi mempertahankan karier di dalam politik, mungkin dilaluinya secara jujur dan dia meningkat dengan kedudukannya, tetapi tidak jarang yang bertindak secara tidak jujur dan menggunakan berbagai tektik kotor menghalang orang yang layak dari mendapat peluang meningkat ke peringkat yang lebih atas. Sikap yang mau menyekat mereka yang layak, menyebabkan berlaku kebekuan di dalam parti dan mereka yang ada yang menyekat peluang orang lain menyebab parti tidak berkembang dan berada di dalam keadaan jumud.
Pada kebiasaan seorng yang mendapat kemenangan di dala katakan pilihanraya akan berusaha untuk memenangi  pimpinan parti,khususnya pada peringkat  awal pimpinan bagi lawasan yang dia menjadi Wakil Rakyat. Ianya menurut cara yang jujur. Bermaksud dengan kemenangannya di dalanm pilihanraya, maka dia dilihat layak memimpin  parti bagi tempatnya dan seterusnya kepada peingkat yang lebih tinggi, jika dia dilihat benar-benar layak dan berkemampuan
Tugas seseorang yang memenangi piihanraya dan belum mempunyai kedudukan di dalam parti  bertanding bagi mendapat kedudukan dalam parti, misalnya sebagai ketua caangan atau kawasan yang ia menang. Biasanya bila seorang yang sudah menang lebih mudah mendapat sokongan dari kawasannya untuk bertanding bagi kedudukan di dalam jawatan parti. Kalau dia tidak dicalonkan bagi sebarabg jawatan parti sekurang-kurangnya bagi kawasannya, bererti ia tidak berkelayakan dan lebih baik jangan bergiat di dalam parti. Biasanya dia diberi jawatan sebagai Ketua Cawangan, bahkan ketua kawasan.
Keja politik bukan kerja berseorangan. Dia adalah kerja berorganisasi. Tidak mungkin orang politik kerja berseorangan. Kalau dia menjadi calon bebas perlu kepadapembantu, walaupum dengan bebasnya tidak mngkin bertahan lama, Sebab itu bergerak atas parti bebas adalah sukar mendapat kemenangan, kecuali mereka berkenaan seorang yang popular dan mendapat  sokongan.
Tugas terawal  calon yang memenangi  pilihanraya ialah berusaha memperbaiki cawangan yang diwakilinya dengan  mencari peluang untuk dilantik menjadi Ketua Cawangan, atau kalau mungkin kelak kelak Ketua Kawasan yang memungkinkan dia meningkat kepada peringkat negeri dan Pusat.
Walau apa pun memperkukuhkan kedudukan pada peringkat cawangan yang diwakilinya adalah  penting sebagai asas bagi meningkat kepada peringkat yang lebih tinggi.
Sekian.

February 20, 2020

LUAR JANGKA


LUAR JANGKA
(Fikrah Bangi: 485),
BBB: 26 Jamadil-Akhir 1441H. = 20 Februari 2020M. (Khamis).
Selain dari khidmat masyarakat yang dikenalpasti dan tindakan dapat diambil dari awal dan secara teratur, banyak peristiwa yang berlaku di luar jangka dan perlu diambil tindakan spontan.
Antara  perkara yang terjadi, ialah bencana alam, seperti berlaku banjir, maka Wakil Rakyat bagi kawasan yang berlaku banjir hendaklah turun sama memberi perhatian bersama agensi-agensi kerajaan, seperti melawat mangsa-mangsa banjir pada penempatan sementara dan menyampaikan bantuan. Wakil rakyat kena turun padang dan memperlihatkan wajah, jika tidak akan dipersoalakn oleh rakyat.
Antara  bencana alam yang lain ialah kebakaran. Bila dapat tahu berlaku kebakaran di dalam kawaasannya Wakil Rakyat bersama pengiring-pengiring kena turun sampaikan bantuan dan mengucap takziah dan membuat usaha kanjut bagi mendapat pertolongan dari Jabatan Kemasyarakatan dan agensi-agensi kerajaanb yang dan berusaha bagi membaiki dan memulih kembali bangunan yang terbakar..
Termasuk bencana alam ialah seperti accident kenderaan dengan melawat mangsa di hospital atau mengucap takziah kepada keluarga jika berlaku kematian. Sekianya berlaku kematian biasa di dalam kawasan Wakil Rakyat adalah perlu bagi Wakil Rakyat menziarah dan jika Wakil Rakyat tidak dapat hadir ia perlu menghantarkan wakil Wakil Rakyat perlu hadir bagi majlis tahlil dan doa arwah
Sebagai Wakil Rakyat dan dikenali di dalam kawasannya, maka bila ada perkahwinan,  maka sudah tentu Wakil Rakyat dijemput hadir sebagai jemputan istimewa. Pada musim kahwin, misalnya pada cuti sekolah, maka ramai yang mengadakan acara perkahwinan, maka Wakil Rakyat perlu pergi, tetapi jika jemputan terlampau banyak pada satu-satu hari, maka hendaklah dihantar wakil ke majlis perkahwinan  berkenaan dan jangan lupa menghantar sama  cendera hati atau sampul yang berisi wang,
 Sambutan juga bersifat  hariraya, Wakil Rakyat juga sering dijemput ke majlis-majlis dan sambutan Hari Raya, termasuk ialah Sambutan Tahun Baru atau berbagai-bagai perayaan ethnik dan Wakil Rakyat perlu pergi  meraikan.
Jemputan jua datang dari institusi-institusi tertentu seperti jamuan kesyukuran dan sebagainya. Majlis seperti majlis-majlis ihtifal, sambutan Maulid al-Rasul, Isra` Mi`raj, Nuzul Al-Qur`an dan berbagai lagi dikehendaki  Wakil  Rakyat hadir..
Tidak kurang sambutan yang bersifat sukan dan perlu hadir dengan pakaian bersesuaian. Bukan setakat jemputan, tetapi Wakil Rakyat diminta  sponsor bagi kegiatan yanmg berkenaan.
Sebenarnya  dengan berbagai jemputan dan kegiatan, seorang Wakil Rakyat adalah seorang yang sebok yang tidak kecukupan masa dan tidak cukup kewangan bagi memenuhi keperluan.
Jika tidak dilakukan sedemikian. Maka Wakil Rakyat tidak bekerja.
Sekian.

February 19, 2020

MENJALANKAN TUGAS


MENJALANKAN  TUGAS
(Fikrah Bangi: 484),
BBB:  25 Jamadil-Akhir 1441H. = 19 Februari 2020M. (Rabu).
Menjadi Wakil Rakyat baik pada peringkat Parlimen, maupun pada peringkat DUN, tidak saja dikehendaki bertugas  terhadap rakyat, tetapi juga bertugas terhadap parti. Seorang Wakil Rakyat kadang-kadang menjadi Ketua Bahagian atau Cawangan. Kalau pun tidak memegang jawatan di dalam parti, pun kena berkhidmat kepada parti, kerana jika parti lemah, maka akan melemahkan kedudukan seseorang Wakil Rakyat. Tugas terhadap parti sama pentingnya tugas terhadap rakyat. Jika khidmat tidak diberi terhadap rakyat, bererti rakyat tidak akan menyokongnya  lagi. Demikian juga jika tidak memberi tumpuan mengukuhkan parti, maka jika parti lemah, melemahkan kedudukan seorang Wakil Rakyat.
Tugas terhadap rakyat dapat dilihat dari segi secara teratur dan  berlaku luar jangkaan. Yang dapat diatur, ialah  menerusi program ziarah. Di dalam kawasan DUN, misalnya dikenalpasti kedudukan kawasan, bandar, pekan atau kampung. Apa masalah-masalah setempat disusun dan turun padang. Misalnya masalah lalulintas , maka Wakil Rakyat turun memerhatikan masalah dan membuat cadangan pembaikan misalnya menjadikan jalan sehala. Mengadakan lampu jalan, mengadakan bulatan.  Dengan ini dapat dicadangkan kepada Majlis Perbandaran. Jika masalah lalulintas di kampung, untuk mengelak dari laju kenderaan dan membahayakan, maka boleh dicadangkan dengan mengadakan bonggol pada tempat-tempat bersesuaian. Dengan demikian dapat mengurangkan kelajuan kenderaan. Berhubung dengan lalulintas ini, ialah  kerosakan jalan, baik di bandar, pekan atau kampung, maka ianya dikemukakan kepada pihak perbandaran atau JKR.
Lalulintas juga melibatkan anak-anak sekolah. Misalnya kesukaran anak-anak melintas untuk menyeberang ke sekolah. Wakil Rakyat wajar berbincang dengan pihak sekolah untuk mewujudkan pengawal lalu-lintas sekolah. Mengadakan zon-zon yang tidak dibenarkan kenderaan masuk, tempat-tempat khas bagi bas dan kenderaan menurunkan anak-anak.
Satu cara yang segera mendapat perhatian pihak berkenaan, ialah dengan membuat panggilan pemberita-pemberita. Misalnya tentang tidak teraturnya lalu lintas depan sekolah dan wujudnya perkara-perkara yang membahayakan, ialah dengan membuat Sidang Akhbar dan ditunjukkan permasalahan kepada pemberita. Cara ini biasanya mendapat respond segera dari pihak berkuasa.
Dalam zaman komunikasi canggih kini, ianya dapat dihighlightkan dan dihantar terus kepada pihak berkenaan bagi mendapat tindakan segera. Perkara yang dapat diatur dan mendapat tindakan segera,misalnya dengan membuat lawatan yang diatur ke kawasan-kawasan  alam  sekitar yang tidak bersih, cemar dan tidak diberi perhatian oleh Majlis Perbandaran. Kaedah memanggil Pemberita menghighlightkan pemasalahan biasanya mendapat respond segera dari pihak Majlis Perbandaran.
Program dapat diatur dengan mengenalpasti kalangan  masyarakat miskin, baik di bandar atau kampung. Program diatur dan Wakil Rakyat turun secara berpasukan melawat mereka yang miskin dan menyampaikan bantuan. Antara mereka dapat dirujuk kepada pihak Jabatan Kemasyarakatan atau kepada Lembaga Zakat dan seumpamanya.
Program yang dapat diatur ialah, , menziarah orang sakit, mengambil tindakan awal tempat-tempat yang biasa banjir untuk mengurangkan resika kerosakan. Bertemu dengan persatuan-persatuan penduduk dan peniaga dan saebagainya dan bertanyakan masalah mereka. Membuat lawatan ke sektor-sektor pekerjaan, membaiki rumah uzur,  dan berbagai-bagai masalah setempat yang dikenalpasti yang patut diatur dan  menziarahi secara berkelompok.
Seorang  Wakil Rakyat hendaklah kenalpasti lebih awal masalah-masalah yang dihadapi rakyat yang diwakili dan menyelsaikan masalah yang dihadapi.
Sekian.

February 18, 2020

ANGKUH !


ANGKUH  !
(Fikrah Bangi: 482),
BBB: 24 Jamadil-Akhir 1441H. = 18 Februari 2020M. (Selasa).
Jika diaplikasikan kepada Wakil Rakyat, sama ada Ahli Parlimen atau ADUN, maka ianya sangat tidak disenangi. Tetapi Tun Daim Zainuddin Bekas Menteri Kewangan sekali lagi mendedahkan, bahawa sebahagian dari Menteri di dalam PH sekarang bersifat angkuh (Sinar Harian, 17.2.2020: 3). Menurutnya semasa menteri berkenaan pada masa menjadi pembangkang mudah ditemui, tetapi kini sukar ditemui, bahkan tidak lagi menjawab surat, kerana alasan sebok !
Tun Daim Zainuddin secara kosisten memerhati prestasi Kerajaan PH. Pada setengah tahun pertama, beliau mengkritik  setengah para pemimpin PH yang tidak berpengalaman di dalam pentadbiran. Ianya merupakan kelemahan ketara pada masa itu. Sebahagian daripada mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Ada suara pada masa itu agar dirombak kabinet.
Bila berlalu setahun pemerintahan PH beliau mengkritik Kerajaan PH yang dikatakannya tidak menunaikan janji. Beliau mencadangkan tiga perkara, iaitu<
·         Mengawal harga barang
·         Membina lebih banyak rumah mampu milik
·         Turunkan harga tol
(UM, 27 Mei 2019).
Memang antara cadangan Tun Dain itu diikuti seperti menurunkan harga tol. Tapi dari segi menurunkan harga barang, masih tidak terlaksana, bahkan kenaikan harga barang terus terasa, Manakala usaha membina rumah mampu milik, sedang dilakukan, walaupun tidak mencapai hasrat yang diharapkan (sejuta rumah).
Dalam kritik terbarunya (Sinar 17 2.2020: 3), setelah PH hampi dua tahun memerintah, bahawa setengah Menteri bersifat angkuh. Misalnya bila PH mengalami kekalahan pilihanrata kecil secara berturut-turut,ada yang membuat spekulasi, bahawa `PH adalah Kerajaan Sepenggal.``
Tanpa bercakap secara berlapik, seorang Menteri menjawab, ``Bahawa Kerajaan PH, tidak akan menjadi Kerajaan Sepenggal.``
Dalam komen terbarunya (Sinar 17.2.2020), Tun Daim menyifatkan sebahagian daripada Menteri PH adalah angkuh, sebagaimana ucapan yang dikatakan oleh Menteri berkenaan.
Kita kira pemecatan terhadap Maszli Malik dari Menteri Pendidikan  juga mempunyai unsur sedemikian. Rakyat di kawasan Muszli memprotes dan memberi sokongan besar terhadapnya di dalam pemilihan sebagai pemimpin PH di Simpang Renggam (Sinar, 17.2.2020: 4).
Kata Tun Daim Zainuddin, Kerajaan PH tidak memberi perhatian kepada apa yang tidak disetujui rakyat. Pendapat mereka tidak didengar dan kehendak tertentu nampaknya ingin diteruskan. Tun Daim Zainuddin menyatakan, Rakyat tidakgembira dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan PH. Mungkin kerajaan PH kini merasa makin kuat.
Tetapi realiti yang dapat dilihat, bahawa perpecahan makin berlaku di dalam parti komponan di dalam PH.
Sepanjang berkuasa soal lepimpinan tidak dapat diselesaikan, retoril berkenaannya berterusan.
Rakyat memerhati gelagat mereka..
Sekian.

February 17, 2020

YANG BERKHIDMAT


YANG BERKHIDMAT
(Fikrah Bangi: 483),
BBB,  23 Jamadil-Akhir 1441H. = 17 Februari 2020M. (Isnin).
Walaupun tugas seorang ADUN ialah menghadiri mesyuarat DUN yang biasanya diadakan  empat kali dalam setahun. Peranan hakikinya ialah menggubal undang-undang pada peringkat negeri, tetapi tuntutan terhadap dirinya adalah lebih dari itu, Dengan keadaan masyarakat kini, jika seorang ADUN hanya ke Dewan Undangan Negeri sahaja, tidak berinteraksi dengan rakyat, maka alamatnya ia tidak akan dipilih lagi bagi penggal yang lain. Seorang Wakil Rakyat bertaraf ADUN, mau dilihat oleh rakyat seorang yang aktif yang turun padang menemui rakyat, mempunyai program yang diatur bagi kawasannya, mesra dengan rakyat dan dengan  persoalan yang dibangkitkan Ia membuat kajian dengan apa yang dicakapkan. Jika mpunyai peluang berucap dengan satu-satu topik memperlihatkan ia memahami persoalan dan dikemukakan dengan baik. ADUN juga dikehendaki mengemukakan soalan bertulis sebanyak sepuluh soalanm yang dihantar sebelum sidang berlangsung sebagaimana ditentukan oleh Dewan. Dengan soalan dapat diukur  kefahaman ADUN dengan persoalan-persoalan yang dikemukakan. Tidak semua sepuluh soa;lam akan terpilih bagi slot menjawab soalan, biasanya pada bahagian awal sidang. Daripada sepuluh soalan biasanya hanya satu atau dua yang dipilih oleh Dewan. Bayangkan untuk beberapa hari sidang jika setiap sidang hanya 15 soalan yang dipilih,
maka untuk empat hati jam[ahnya 60 soalam akam dijawab. Ini bererti jika satu soalam sahaja dipilih dari sealan yang dikemukakan oleh seorang ADUN, ini bermakna ada soalan yang tidak dipilih dari beberapa ADUN, jika jumlah ADUN bagi Dewan Undangan Negeri melebihi 60 orang. Walau bagaimana setiap ADUN mesti bersedia bagi setiap soalan yang dihantar yang diandaikan terpilih. ADUN juga diberi  peluang  mengemukakan soalan tambahan sebaik soalannya dijawab oleh Exco berkenaan. Soalan tambahan seterusnya akan dikemukakan oleh ADUN-ADUN yang lain.
Soalan yang baik adalah soalan yang releven dan berkait dengan kepentingan masayarakat. Misanya soalan yang berhubung dengan kekerapan berlakunya gangguan bekalan air., kerosakan jalan atau pencemaran alam sekitar yang berlaku di satu-satu kawasan. Soalan yang sedemikian melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti MPKj, JKR, exco berhubung dengan alam sekitar misalnya  perlu memberi jawapan yang baik dan diikuti dengan janji tindakan yang akan diambil. Jika tidak perkara yang sedemikian akan ditimbulkan kembali yang menunjukkan pihak berkenaan tidak ambil tindakan. Perlu diingat bahawa setiap kali bersidang ketua-ketua jabatan di negeri berkenaan turun sama menghadiri sidang – atau wakil, kerana segala perkara yang ditimbulkan di dalam DUN dan mengenai sesuatu jabatan, maka jabatan berkenaan perlu mengambil tindakan. Perkara yang ditimbul di dalam DUN adalah serius. ADUN yang menimbulkan persoalan juga bersifat benar dan serius. Apa yang diucap menjadi  persoalan yang perlu diberi perhatian bagi semua pihak, bahkan apa yang diucap oleh seorang ADUN dalam Dewan dicatat didalam hansurd dan dapat dirujuk, bahkan dinilai prestasi ADUN yang menyoal dan prestasi exco yang menjawab. Seluruh apa yang dibincang oleh Dewan sebenarnya menjadi ukuran dan nilai prestasi DUN sama ada dari segi, ekonomi, peruntukan bajet, dan pengagihan terhadap bidang-bidang yang lain.
Satu yang seharusnya menjadi perhatian ADUN, bahawa persoalan yang berkait dengan kawasannya seharusnya ditimbulkan di dalam Dewan. Ia tidak seharusnya bersifat umum sahaja. Oleh yang demikian, betapa pentingnya ADUN turun padang di kawasannnya bagi memahami masalah kawasan dan masalah penduduk yang diwakilinya. Misalnya masalah lalu lintas di pekan yang siwakilinya, masalah pencemaran, masalah banjir, keperluan sekolah, pembangunan masjid, keadaan orang miskin dan kebajikan anak-anak yatim dan sebagainya. Dari masalah yang berlaku di kawasan, Misalna kerap banjir, maka perkaa ini akan diambil perhatian oleh JPS, soal masayarakat miskin diambil perhatian oleh pihak Kebajikan masyarakat, masalah persekolahan akan diambil perhjatian oleh Exco yang menjaga bahagian pendidikan.
ADUN hendaklah menunjukkan prestasinya di dalam membela rakyat dan menunjukkan kewibawaannya sebagai ADUN yang dihormati oleh rakyat yang memilihnya.
AFUN dan Wakil Rakyat hendaklah Berkhidmat, barulah ianya dikasihi dan dihormati rakyat.
Sekian.

YANG BERKHIDMAT


YANG BERKHIDMAT
(Fikrah Bangi: 483),
BBB,  23 Jamadil-Akhir 1441H. = 17 Februari 2020M. (Isnin).
Walaupun tugas seorang ADUN ialah menghadiri mesyuarat DUN yang biasanya diadakan  empat kali dalam setahun. Peranan hakikinya ialah menggubal undang-undang pada peringkat negeri, tetapi tuntutan terhadap dirinya adalah lebih dari itu, Dengan keadaan masyarakat kini, jika seorang ADUN hanya ke Dewan Undangan Negeri sahaja, tidak berinteraksi dengan rakyat, maka alamatnya ia tidak akan dipilih lagi bagi penggal yang lain. Seorang Wakil Rakyat bertaraf ADUN, mau dilihat oleh rakyat seorang yang aktif yang turun padang menemui rakyat, mempunyai program yang diatur bagi kawasannya, mesra dengan rakyat dan dengan  persoalan yang dibangkitkan Ia membuat kajian dengan apa yang dicakapkan. Jika mpunyai peluang berucap dengan satu-satu topik memperlihatkan ia memahami persoalan dan dikemukakan dengan baik. ADUN juga dikehendaki mengemukakan soalan bertulis sebanyak sepuluh soalanm yang dihantar sebelum sidang berlangsung sebagaimana ditentukan oleh Dewan. Dengan soalan dapat diukur  kefahaman ADUN dengan persoalan-persoalan yang dikemukakan. Tidak semua sepuluh soa;lam akan terpilih bagi slot menjawab soalan, biasanya pada bahagian awal sidang. Daripada sepuluh soalan biasanya hanya satu atau dua yang dipilih oleh Dewan. Bayangkan untuk beberapa hari sidang jika setiap sidang hanya 15 soalan yang dipilih,
maka untuk empat hati jam[ahnya 60 soalam akam dijawab. Ini bererti jika satu soalam sahaja dipilih dari sealan yang dikemukakan oleh seorang ADUN, ini bermakna ada soalan yang tidak dipilih dari beberapa ADUN, jika jumlah ADUN bagi Dewan Undangan Negeri melebihi 60 orang. Walau bagaimana setiap ADUN mesti bersedia bagi setiap soalan yang dihantar yang diandaikan terpilih. ADUN juga diberi  peluang  mengemukakan soalan tambahan sebaik soalannya dijawab oleh Exco berkenaan. Soalan tambahan seterusnya akan dikemukakan oleh ADUN-ADUN yang lain.
Soalan yang baik adalah soalan yang releven dan berkait dengan kepentingan masayarakat. Misanya soalan yang berhubung dengan kekerapan berlakunya gangguan bekalan air., kerosakan jalan atau pencemaran alam sekitar yang berlaku di satu-satu kawasan. Soalan yang sedemikian melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti MPKj, JKR, exco berhubung dengan alam sekitar misalnya  perlu memberi jawapan yang baik dan diikuti dengan janji tindakan yang akan diambil. Jika tidak perkara yang sedemikian akan ditimbulkan kembali yang menunjukkan pihak berkenaan tidak ambil tindakan. Perlu diingat bahawa setiap kali bersidang ketua-ketua jabatan di negeri berkenaan turun sama menghadiri sidang – atau wakil, kerana segala perkara yang ditimbulkan di dalam DUN dan mengenai sesuatu jabatan, maka jabatan berkenaan perlu mengambil tindakan. Perkara yang ditimbul di dalam DUN adalah serius. ADUN yang menimbulkan persoalan juga bersifat benar dan serius. Apa yang diucap menjadi  persoalan yang perlu diberi perhatian bagi semua pihak, bahkan apa yang diucap oleh seorang ADUN dalam Dewan dicatat didalam hansurd dan dapat dirujuk, bahkan dinilai prestasi ADUN yang menyoal dan prestasi exco yang menjawab. Seluruh apa yang dibincang oleh Dewan sebenarnya menjadi ukuran dan nilai prestasi DUN sama ada dari segi, ekonomi, peruntukan bajet, dan pengagihan terhadap bidang-bidang yang lain.
Satu yang seharusnya menjadi perhatian ADUN, bahawa persoalan yang berkait dengan kawasannya seharusnya ditimbulkan di dalam Dewan. Ia tidak seharusnya bersifat umum sahaja. Oleh yang demikian, betapa pentingnya ADUN turun padang di kawasannnya bagi memahami masalah kawasan dan masalah penduduk yang diwakilinya. Misalnya masalah lalu lintas di pekan yang siwakilinya, masalah pencemaran, masalah banjir, keperluan sekolah, pembangunan masjid, keadaan orang miskin dan kebajikan anak-anak yatim dan sebagainya. Dari masalah yang berlaku di kawasan, Misalna kerap banjir, maka perkaa ini akan diambil perhatian oleh JPS, soal masayarakat miskin diambil perhatian oleh pihak Kebajikan masyarakat, masalah persekolahan akan diambil perhjatian oleh Exco yang menjaga bahagian pendidikan.
ADUN hendaklah menunjukkan prestasinya di dalam membela rakyat dan menunjukkan kewibawaannya sebagai ADUN yang dihormati oleh rakyat yang memilihnya.
AFUN dan Wakil Rakyat hendaklah Berkhidmat, barulah ianya dikasihi dan dihormati rakyat.
Sekian.

February 16, 2020

JANGAN BERI KUASA SEPENUHNYA KEPADA ORANG POLITIK !


JANGAN BERI KUASA SEPENUHNYA KEPADA ORANG POLITIK !
(Fikrah Bangi: 481).
(BBB:  22 Jamadil-Akhir 1441H. = 16  Februari 2020M. (Ahad).
Pada umumnya kita berpendapat sistem demokrasi adalah siustem yang terbaik bagi pemerintahan negara dan sistem itulah diamalkan di negara kita. Tetapi sebenarnya tidak semua sistem itu dapat dipraktikkan dengan baik. Kita melaksanakan sistem berparlimen dan DUN bagi melaksanakan pemeriintahan. Mereka menggubal undang-undang dan melaksanakannya melalui infra-struktur pemerintahan. Tetapi mereka yang dipilih bukan mereka yang terbaik di dalam  berbagai bidsang yang melibatkan pemerintahan. Antara mereka tidak  berpelajaran, tidak berpengalaman dan ternyata bila dilantik ke jawatan-jawatan menteri tertentu tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Pemerintahan adalah berasaskan parti-parti politik. Antara kelemahan berparti terjadi perbalahan di dalam pemerintahan di dalam memilih kepimpinan yang amat mengganggu kelicinan pemerintahan.
Antara kelemahan  politikm bahawanya ianya tidak mantap dan kuasa yang didapati amat sementara dan berlaku perubahan di dalam polisi polisi penting dalam masa yang singkat dan menjadikan dasar dan polisi pemerintahan tidak mantap.
Adakah dulihat, demi untuk kebaikan negara, maka  struktur dan dasar pemerintahan berasaskan demolrasi ini perlu diperbaiki. Pembaikan perlu dilakukan.
1)      Ada sebuah institusi tertinggi yang ahlinya terdiri dari ilmuan, pakar dan bijaksanawan yang menggubalkan dasar pemerintahan negara.
2)      Jangan beri kuasa politik sepenuhnya kepada orang politik
3)      Orang politik yang mendapat kuasa melalui pilihanraya adalah berperanan melaksanakan dasar dan polisi yang digubal secara bijaksana pada peringkat tertinggi.
Dalam pemerintahan negara kita sekarang sudah ada infra-struktur bagi perubahan pemerintahan tersebut.
Institusi tertinggi di bawah Yang D Pertuan Agung ialah Dewan Negara.
Dewan ini hendaklah dirubah status dan ibawanya menjadi Dewan Tertinggi dalam membuat dasar pemerintahan negara.
Ahlinya dilantik dari para ilmuan terpilih berbagai  bidang dari berbagai universiti, para ahli ekonomi terkenal, pakar undang-undang, keselamatan.tentera dan  polis, ulama` terbilang, manakala satu pertiga dari ahlinya dilantik dari ahli politi yang menang  dan berwibawa dari segi keilmuan, kepimpinan dan pengalaman. Keahlian mempunyai tempoh tertentu dan sering berlaku perubahan darti  segi perlantikan.
Dewan Negara yang berwibawa (tidak seperti status kini) merangka, membuat dasar dan polisi yang mantap dan mudah diubah-ubah oleh orang politik
Antara polisi yang mantap dan tidak boleh diubah sewenang-wenang terutama oleh orang politik ialah mengenai:
1)       Perlembagaan Negara.
2)      Persoalam agama
3)      Dasar Pendidikan neara
4)      Pertahanan dan Keselamatan
5)      Identiti dan Dasar Luar.
Perkara-perkara yang lain behak dibincang dan diberi pandangan oleh Dewan Negara termasuk orang politilk untuk dilaksanakan di dalam pemerintahan.
Jangan beri kuasa sepenuhnya kepada orang politik.
Sekian.

February 14, 2020

TUGAS SEOTANG ADUN


TUGAS SEORANG ADUN
(Fikrah Bangi:  480),
BBB:  20 Jamadil-Akhir 1441H. = 14 Februari 2020M.  (Juma`at).
Tugas seorang ADUN secara hakiki ialah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, menghadiri mesyuarat dan berperanan menggubal undang-undang negeri. Tugas-tugas lain  ada pihak tertentu yang bertanggungjawab. Misalnya masalah perbandaran  adalah di bawah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran yang dilantik yang mempunyai kawasan masing-masing di bawah kawasan ADUN tertentu dan mereka ini lebih kerap bermesyuarat berbanding dengan ADUN, iaitu sekali sebulan dan mereka mempunyai elaun sebagai Ahli Majlis Perbandaran. Mamakala bagi kawasan luar dari perbandaran ada institusi Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam kawasan masing-masing- dan mereka juga mempunyai elaun dan imbuhan. Baik Ahli Majlis Perbandaran, maupun Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung mereka ini berada di dalam kawasan Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN tertentu. Pendek kata  setiap  Ah;i Parlimen, ADUN, Ahli Majlis Perbandaean, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung mempunyai kawasan dan tugas masing-masing.
Walaupun masing-masing, khisusnya ADUN mempunyai kawasan dan sempadan masing-masing dan tidak perlu turun ke bawah, tetapi pada praktiknya seorang ADUN, bahkan seorang Ahli Parlimen tidak cukup dan sempurna dengan hanya menggubal undang-undang, tetapi mereka dikehendaki, terutama oleh rakyat supaya turun padang dan mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi rakyat. Bahkan dilihat, mana-mana Wakil Rakyat sama ada Ahli Parlimen dan ADUN yang sering turun padang, mengambil perhatian terhadap masalah, aduan dan segala yang berhubung dengan rakyat dan bijak bercakap dan menyampaikan masalah mereka sama ada di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri, maka dilihat mereka inilah  pemimpim rakyat yang sebenar.
Jadi peranan ADUN yang mau dilihat rakyat, ialah ADUN yang sering turun Padang mengambil perhatian terhadap masalah dan aduan rakyat dan dibawa untuk menyelesaikannya pada institusi tertentu, sama ada diperingkat negeri, peringkat daerah, pekan dan kampung.
Sebenarnya seorang Wakil Rakyat, khususnya ADUN tidak akan mengetahui masalah rakyat, tanpa turun  bersama rakyat dan lebih baik bekerjasama dengan Ahli Majlis, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di bawah kawasannya. Sebenarnya dengan turun padang dan kerjasama dengan Ahli Majlis Perbandaran, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung ADUN dapat maklumat berhubung dengan masalah yang dihadapi rakyat. Dengan yang demikian itu masalah yang didapati dapat dibawa ke DUN, bercakap dan menyampaikan aduan dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di dalam kawasannya.
Dengan mengetahui masalah dan keperluan-keperluan rakyat dapat bukan saja membawa persoalan ke Dewan Undangan Negeri, tetapi dapat diatur perancangan dan projek-projek dan berbagai cadangan yang dapat dibawa kepada kawasan yang diwakilinya. Masalah sebenarnya lebih senang; jika ADUN berada di dalam kawasan  Parbandaran, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung adalah dari pihak yang memerintah pada peringkat Negara, Negeri dan kawasan yang diwakili. Cabaran yang agak banyak terpaksa dihadapi apabila katakan dari pihak pembangkang yang biasanya sukar, bahkan dipersukarkan jikalau tidak selari dengan pihak yang menguasai Kerajaan Federak dan Negeri.
Walau bagaimana tidak bererti seorang Wajil Rakyat seperti ADUN tidak semestinya dari pihak yang memerintah, tetapi juga bergantung kepada karisma, kreativiti dan inovasi pemimpin berkenaan.
Ada pemimpin yang berwibawa terus mendapat kepercayaan rakyat, walaupun berada pada pihak pembangkang.
Sekian.

February 13, 2020

MERISAUKAN !


MERISAUKAN !
(Fikrah Bangi: 479).
BBB: 19 Jamadil-Akhir 1441H. = 13 Februari 2020M. (Khamis).
Suasana yang dihagapi sekarang cukup merisaukan./
Pertama  tentang merebaknya jangkitan coronavirus (nama baru covid 19) yang mula dikesan di China sejak Disember 2019 dan merebak ke seluruh dunia. Walau bagaimana kes berkenaan dilaporkan mulai menurun. Menurut laporan 45.171 terkena jangkitan di negara itu dengan hanya 2,071 kes baharu dilaporkan  (BH 13.2.2020:4). Di Malaysia  sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, `Keadaan terkawal dan berada di dalam tahap pembendungan awal Sejak dua hari lalu tiada kesan pertambahan kes. Jum;ah kes positif masih 18.(BH: 13.2.2020: 1). Kesan dari virus dan kematian yang berlaku di negara China bukan saja  mengganggu perkembangan ekonomi negara itu, tetapi negara-negara yang lain, termasuk Malaysia  dari segi pelamcongan dan perniagaan dengan negara itu.
Kerisauan yang timbul sebagaimana kenyataan di dalam akhbar-akhbar pada hari ini bahawa,
``Kadar KDNK 2019 paling terendah dalam tempoh sedekad.`` Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara. (Sinar: 13.2,2020: `1).
Ini melibatkan kerajaan terdahulu dan kerajaan yang memerintah hari ini. Dalam kata lain sejak PH mengambil alih pemerintahan, kerajaan gagal meningkatkan prestasi ekonomi negara. Usaha banyak dilakukan, tetapi kesan kesuakaran yang dialami rakyat terus berlaku. Misalnya kenaikan harga barang dan kos hidup yang makin meningkat, sedang nilai ringgit makin menurun.
Kerisauan yang terasa pada masa ini, ialah melihat ketidaksetabilan politik pemerintahan di negara ini. Tidak dapat disembunyikan, bahawa soal pemindahan kuasa menjadi isu politik kini. Pihak PKR mendesak agar janji pemindahan kuasa dari PM Tun Dr. Mahathir diharap dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Sedangkan di sana ada pihak yang tidak mau pemindahan kuasa berkenaan dilakukan. Bahkan Pas sebagai parti yang berpengaruh mengumumkan akan mengusulkan kepada parlimen yang akan datang maukan pemerintahan di bawah Perdana Menteri yang ada sekarang dikekalkan hingga tempoh penggal pemerintahan berakhir. Pas berkeyakinan bahawa usulnya akan mendapat sokongan bukan saja dari ahli parlimen Pas, tetapi ahli-ahli parlimen yang lain, bahkan dikatakan dari PKR sendiri, walaupun perkara ini cuba dinafikan oleh PKR.
Kita percaya ketidaksenangan terhadap isu peralihan kuasa, ialah kerana melihat kepada suasana politik PKR yang sentiasa bercakaran secara terbuka sejak dari akhir 1998. antaranya akibat dari isu perebutan kuasa timbalan Presiden PKR antara Rafizi dan Azmin Ali, sedang orang mengetahui pihak pimpinan parti itu berpihak kepada calon tertentu. Sekarang ini timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap Menteri Perumahan (Zuraidah)  yang menandakan perpecahan di dalam parti itu, kerana adanya sokongan terhadap Menteri Peumahan itu, yang disuarakan oleh pihak yang membelanya. Walaupun tindakan terhadap Menteri Perumahan itu disenyapkan, orang mengetahui tentang pergolakan di dalam parti itu. Kiranya pergolakan dan perbalahan orang bertanya, apakah yang dapat diharapkan dari parti yang dahulu kelihatan unggul, tapi kini terus bercakaran. Lantaran itu dilihat biarlah kepimpinan negara yang ada sekarang diteruskan. Adalah dilihat biarlah rakyat yang menentukan siapakah Perdana Menteri  yang dipilih rakyat kelak.
Kerisauan terhadap virus Covid – 19, kelembapan ekonomi negara dan politik yang tidak stabil meyebabkan rakyat tidak tenteram.
Semuanya ini mengganggu kemajuan negara.
Sekian.

February 12, 2020

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI


AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
(Fikrah Bangi:  478),
BBB: 18 Jamadil-Akhir 1441H. \ 12 Fenruari 2020M. (Rabu).
Satu lagi  kategori Wakil Rakyat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN. ADUN ini (Selangor menggunakan ADN – Sebenarnya lebih sesuai digunakan ADUN – istilah ini lebih popular dan  telah lama digunakan).
ADUN menurut sistem politik di Malaysia yang wakil rakyat di pilih pada peringkat parlimen (Negara – Malaysia)  dan  dikenali sebagai Ahli Parlimen bagi sesuatu kawasan, maka demikianlah ADUN, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih pada peringkat negeri. Bagi setiap negeri ada jumlah kerusi ADUN berdasarkan jumlah kawasan dan penduduk. Misalnya di Selangor pada pilihanraya 1999, maka jumlah kerusinya ialah 56. Tetapi jumlah ini boleh bertambah dengan bertambah penduduk dan Suruhanjaya Pilihanraya boleh mengubah dengan menambahkan jumlah kerusi DUN dengan penambahan pemecahan sempadsan di bawah sesuatu kawasan parlimen, sebagaimana kerusi parlimen juga boleh bertambah. Misalnya di Selanor kerusi DUN bertambah kepada 65 pada tahun 2008. Perubahan melibatkan perubahan nama kawasan parlimen dan DUN. Misalnya DUN Bangi bertukar menjadi DUN Sungai Ramal dan kawasan parlimennya bertukar dari Parlimen Serdang kepada Parlimen Bangi.
Pemilihan ADUN dan Ahli Parlimen pada kebiasaan adalah serentak (kecuali Sarawak- kini) Jumlah DUN di dalam satu-satu kawasan parlimen biasanya antara 2 hingga empat kerusi – normal tiga). Jika seorang Ahli Parlimen memenangi kerusi parlimen A, tidak semestinya ia memiliki  semua kerusi DUN A, ianya mugkin dimenangi sebahagian oleh parti B. Kemenangan kerusi pada  bahagian negeri mungkin dari majoriti parti yang memenangi pada peringkat parlimen. Misalnya kemenangan Pakatan Harapan pada peringkat negara, tidak semestinya ia memenangi pada peringkat negeri. Misalnya kini  Kerajaan Persekutuan dimenangi oleh PH, tetapi ada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pas  seperti kemenangan Pas di negeri Kelantan dan Terengganu dan Umno-BN yang sebelumnya memerintah kerajaan Persekutuan, kini hanya dapat mempertahankan Pahang dan Perlis. Ada negeri yang sepatutnya dapat dipertahankan oleh BN, tetapi berlaku perlompatan ahli BN, khususnya Umn9 melompay kepada parti lain seperti di Sabah menyebabkan berlaku pertukaran  kuasa pemerntahan kepada  Parti Warisan yang dapat  mengambil pemerintahan dengan berlakuinya perlompatan ADUN – BN kepada Warisan.
Kemenangan ADUn bagi sesuatu negeri yang sama dengan parti pemerintah memudahkan gerak kerja berbanding jika menjadi ADUN pembangkang. Pembangkang lebih sukar jika berlainan dari parti pemerintah sama ada pada peringkat negeri dan juga parlimen.
Tugas hakiki ADUN sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ialah berperanan di Dewan Negeri sebagaimana Ahli Parlimen  yang mewakili kerusi masing-masimg,ialah sebagai  ahli yang mewakili tempat dan parti ialah menggubal undang-undang pada peringkat negeri. Iana menjadi jurucakap bagi kawasan dan parti yang diwakilinya. Misalnya bercakap tentang, peluang rakyat memiiki tanah untuk pertanian, peluang membeli rumah dari projek yang disediakan ole pihak kerajaan dan sebagainya. Tetapi walaupun tugas hakiki wakil rakyat atau ADUN ialah di Dewan Undangan Negeri, tetapi yang diharap  oleh rakyat  lebih dari itu, ia bukannya sekadar ADUN, tetapi lebih dikenali sebagai Wakil Rakyat, sebab itu yang diharap oleh  rakyat yang memilihnya memahami masalah rakyat kawasan, membela dan membawa masalah mereka kepada pihak kerjaan. ADUN diharap rakyatberkhidmat secara menyelutuh. ADUN diharap bukan saja cemerlang  di Dewan Undangan Negeri , tetapi turun padang memahami masalah rakyat dan membela nasib  mereka.
Sekian.

February 11, 2020

BEBERAPA ISU FATWA MENGENAI MASJID AL-UMM


BEBERAPA ISU FATWA MENGENAI MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 4 77),
BBB:  17 Jamadil-Akhir 1441H. =  11 Februari 2020M. (Selasa).
Sejak pengimarahan Masjid Al-Umm dari tahun 2017 timbul beberapa isu yang melibatkan hukum. Pihak Masjid Al-Umm telah menulis kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor. Surat dihantar pada 23 Disember 1999 yang lepas.Pejabat Mufti memberi respond dan menghubung Nazir pada
Khamis  6 Februari 2020 lepas bahawa pihak Jabatan Mufti akan datang ke Masjid Al-Umm pada  Isnin  10 Februari 2020 bagi mengenalpasti masalah yang berhubung dengan Masjid Al-Umm.
Pada pagi Isnin ini beberapa Jawatankuasa Masjid Al-Umm menunggu kehadiran pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor.
Jawatankuasa  Tadbirurus dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang dijemput hadir ialah:
1)      Dr. Haji Shafie bin Abu Bakar – Nazir
2)      A. Mohd. Rahmat bin Abd. Halif  - Imam
3)      Dato` Dr. Wahid bin Shamsuddin – AJK
4)      Prof, Dr. Amran bin Abdul Majid  - AJK
5)      Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar – Pentadbir.
Jam 10.30 pagi Isnin 10 Februari 2020 pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Selangor tiba disambut Tuan Nazir. Mereka terdiri dari:
1)      Ustaz Shukri  - Ketua Penolong Mufti.
2)      Ustaz Hardi – Penolong Mufti Kanan.
3)      Ustaz Sufyan – Jabatan Mufti
4)      En. Fahri.
Perbincangan  mengenai:
a)       Dua isu asal dibangkitkan
.1)  Berniaga di ruang legar Masjid Al-Umm
Keputusan: Tidak dibenarkan kerana larangan berdasarkan Hadith Nabi.
Masjid Shah Alam (Masjid Salahuddin) tidak membenarkan sebarang perniagaan di kawasan Masjid.
Oleh kerana ruang legar kawasan  kegunaan umum, termasuk bukan ibadat walaupun digunakan bagi solat Jum`at , perempuan yang haidh tidak dilarang duduk di situ.
2) Memakai kasut di Dewan Serbaguna (Aras bawah tanah).
Bagi menjaga kebersihan, tidak dibenarkan menggunakan kasut.
Contoh larangan dikuatkuasa di tingkat bawah di Masjid UNITEN, Bangi.
b)      Idu Tambahan

1)      Putuskah saf di antara tiang-tiang di dalam masjid
Rujukan pendapat Imam Shafie tidak putus.
2) Mereka yang bersembahyang berkerusi
Dikira kaki kerusi belakang hendaklah sama dengan tumit, tapi oleh kerana semasa berdiri tidak sama dengan ma`mum yang lain, maka wajar bagi ma`mun sedemikian mengambil tempat di tepi agar tidak memutuskan saf.
3) Tutup pintu antara ruang solat berhawa dingin dan  serambi kanan dan kiri.
Tidak menghilangkan pahala menurut saf dan tidak hilang pahala berjama`ah.
4)  Solat berdepan dengan Qur`an diatas rehal.
Tidak dikira menghinakan Al-Qur`an di depan kaki, kerana Qur`an di atas rehal, bukan di atas lantai.
5)   Meletakkan sejadah melintang atau tegak ketika bersolat atasnya.
Tidak melibatkan sebarang hukum sama ada makruh atau haram. Harus.
Pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti dibawa melihat tempat-tempat yamg  menjadi isu dan ruang-ruang masjid.
Jawapan secara rasmi akan dilakukan secara bertulis dari Jabatan Mufti Kerajaan Selangor.
Terima kasih
Dr. Haji Shafie Abu Bakar,
Nazir Masjid Al-Umm
Bagi pihak ahli yang berbincang pada
Isnin 10 Februari 2020= 16 Jamadil-Akhir 1441H.
Sekian.

February 10, 2020

WAKIL RAKYAT


WAKIL  RAKYAT
(Fikrah Bangi:  476),
BBB 16 Jamadil-Akhir 1441H. = 10 Februari 2020M. (Isnin).
Wakil Rakyat ialah istilah terbuka nagi mereka yang dipilih rakyat dalam politik pemerintahan. Yang lebih khusus  wakil rakyat ini terdapat dua kategori, iaitu Ahli parlimen , iaitu mereka yang dipilih rakyat bagi sesuatu kawasan parlimen  sebagai wakil mereka di dalam parlimen Malaysia yang kini berjumlah semua ahli parlimen ialah 222 kerusi. Jumlah kerusi ini adalah dari kawasan seluruh negeri-negeri di dalam Malaysia. Jumlah kerusi parlimen bagi negeri-negeri ini berbeza-beza bergantung kepada jumlah penduduk dan pecahan parlimen bagi setiap negeri.
Satu lagi kategori wakil rakyat yang lebih spesifik dilenali sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Bermaksud jika ahli parlimen dipilih pada peringfkat negara, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih bagi kawasan DUN Negeri. Adun  berada di dalam kawasan palimen. Bagi setiap parlimen mempunyai sejumlah ahli DUN, biasanya tiga DUN dan ada yang lebih atau kurang bergantung pada kawasan dan jumlah pengundi. Kedua=dua , yakni Ahli Parlimen dan ADUN biasanya dipilih secara serentak di dalam pilihanraya yang dijalankan. Namun ada yang dijalankan secara berasingan seperti pilihanraya bagi parlimen di Sarawak dijalankan bersama pilihanraya lain pada peringkat parlimen. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri secara berasingan. Keadaan ini berlaku sehingga sekarang di Sarawak.
Ada dua lagi jenis perlamtikan  tanpa melalui pilihanraya, iaitu Ahli Dewan Negara yang dilantikk secara pilihan pihak  berkuasa menduduki Dewan Negara. Satu lagi lantikan ialah ahli Majlis Tempatan yang menjalankan pentadbiran pada peringkat Majlis Perbandaran bagi sesuatu perbandaran.
Peranan Ali Parlimen pada dasarnya sebagai ahli parlimen ialah menghadiri sidang parlimen yang berlangsung. Peranan ahli parlimen ialah menggubal undang-undang negara. Ini berdasarkan keperluan dan situasi negara. Pada hakikatnya negara sudah mempunyai perlembagaan yang dijadikan panduan di dalam pemnerintahan, Tetapi di dalam perkembangan dan praktiknya ada keperluan dan pekara baru yang timbul yang dirujuk kepada perlembagaan, tetapi kadang-kadang ada perkara baru yang memerlukan tambahan atau perubahan.  Misalnya cadangan menghapuskan hukuman bunuh bagi yang melakukan jenayah yang mewajarkan dihukum bunuh sebagaimana diperuntukkan di dalam perlembagaan, timbul pendapat tidak wajar dilaksanakan hukuman bunuh dan sebagainya.
Bagi parti yang menguasai majoriti dan memerintah, maka pendekatan bagi pemerintahan ialah  melantik kabinet memerintah yang diketuai Perdana Menteri. Melalui kabinet menteri  perkara-perkara berkenaan diusul dan dibahaskan, termasuk dari pihak pembangkang. Misalnya penghapusan tol, mengembalikan PPSMI, perubahan cukai dari GST kepada SST, peruntukan belanjawan bagi pemerintahan dan berbagai lagi dibahaskan di dalam parlimen. Bagi sesuatu isu setelah dibahas diambilk persetujuan dari segi majoriti yang jika majoriti bersetuju dan diluluskan menjadi peraturan dan undang-undang.
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang perku dibahaskan dan perlu menurut susunan dan keutamaan. Kebijaksanaan menjalankan mesyuarat bergantung kepada kebijaksanaan Speaker atau Yang Dipertua dan Timbalan-Timbalannya.
Sudang parlimen dianggap merangkumi semua persoalam  bagi pemerintahan negara.
Pihak parlimen melalui speaker menyediakan perkara-perkara yang perlu dibahaskan juga melalui usul-usul yang dikemukakan juga berhubung dengan isu semasa yang timbul Ahli Parlimen membauat cadangan dan soalan kepada parlimen yang perlu dijawab.
Sidang Parlimen berjalan beberapa kali setahun yang dari sidang diharap merangkumi peresoalan yang dihadapi,
Peranan ahli parlimen adalah  memahami situasi di kawasan mereka dengan turun padang dan membawa persoalan yang dihadapi pada peringkat parlimen. Persoalan juga datang dari  peristiwa semasa yang dihadapi dan perkara-perkara yang bersifat tempatan, negeri, negara dan global.
Ahli parlimen yang baik ialah ahli parlimen yang mampu menjadi jurucakap bagi masyarakat dan bertindak secara bijak dan memahami persoalan dan memberi solusi bagi persoalam. Kabimet Menteri menurut bidang-bidang melaksanakanm apa yang diluluskan dan dilaksanakan di tengah masyarakat. Kelemahan ahli kabinet menunjukkan kelemahan pemerintahan yang akan dicabar oleh pembangkan vang bercita-cita mengambilalih kekuasaan.
Sekian.