Jami`ah Al-Umm sebagai sebuah pengajian yang
baru tentu kurang pengalaman dan banyak kekurangan yang dihadapi. Bagi
mengatasi sebahagian dari kekurangan ialah dengan mengambil pendekatan
`Kerjasama` dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang sudah established,
terutama yang pengajiannya berorientasikan Islam dan yang kedudukannya
berdekatan dengan Jami`ah Al-Umm.
Kerjasama adalah di dalam bidang-bidang:
a) Akademik
Kerjasama di dalam bidang akademik
dimaksudkan, ialah kerjasama dari segi menganjurkan kursus di dalam
bidang-bidang pilihan. Misalnya kerjasama menawarkan pengajian peringkat
diploma katakanlah misalnya di di dalam diploma perundangan syariah. Jami`ah
Al-Umm menyusun kurikulumnya sendiri dengan persetujuan institusi yang sama
bekerjasama atau Jami`ah Al-Umm
menggunkan kurikulum dari institusi pengajian tertentu. Pelajar dari Jami`ah
Al-Umm hadir sama ke institusi berkenaan mengikuti kuliah atau kurikulum
berkenaan digunakan di Jami`ah Al-Umm dan mungkin tenaga dari institusi berkenaan
datang sama menyampaikan kuliah kepada pelajar Jami`ah Al-Umm. Pada akhirnya
pelajar dari kedua-dua institusi sama mengambil peperiksaan dan bagi Jami`al
Al-Umm akan mengeluarkan diploma kepada mereka yang lulus di atas nama Jami`ah
Al-Umm dengan kerjasama dengan institusi berkenaan.
Kerjasama juga dilakukan dengan meminjam atau
menjemput tenaga pengajar dari institusi berkenaan menyampaikan kuliah di dalam
bidang kepakarannya yang bidang berkenaan ditawarkan pada pengajian di Jami`ah
Al-Umm.
Kerjasama juga dapat dilakukan pada peringkat
Ijazah pertama. Misalnya pihak Jami`ah Al-Umm menawarkan pengajian yang
berhuibuing dengan `Ulum Al-Qur`an yang di dalamnya termasuk bidang tahfiz.
Kerjasama dapat dilakukan di dalam bidang kurikulum yang dirangka oleh pihak
Jami`ah Al-Umm dan dinilai oleh pihak institusi yang juga menganjurkan
pengajian pada peringkat ijazah di dalam bidang Ulum Al-Qur`an dan Tahfiz.
Begitu juga dalam bidang pengajaran dengan meminjam tenaga pengajar yang
diperlukan di Jami`ah Al-Umm.
Demikianlah kerjasama di dalam bidang-bidang
yang lain seperti dalam bidang sains, ekonomi, perdagangan, komunikasi dan
kemanusiaan yang seharusnya menurut pendekatan keislaman.
b) Perpustakaan
Meneroka keilmuan pada peringkat pengajian
tinggi, bukannya diterima dari pensyarah-pensyarah sahaja, tetapi banyak
bergantung pada pembacaan dan penyelidikan – termasuk bagi mengolah dan
memperluaskan keilmuan yang disampaikan oleh pensyarah memerlukan bacaan
tambahan di perpustakaan. Bagi membuat esei, kajian ilmiah, kertas projek,
tesis dan berbagai jenis penyelidikan perlu kepada rujukan di perpustakaan.
Jami`ah Al-Umm yang baru dan terhad ruang, bagi peringkat permulaan tidak mampu
menyediakan bahan-bahan bacaan di perpustkaan secara lengkap. Satu cara bagi
mengatasi kekurangan pihak Jami`ah Al-Umm perlu mengadakan kerjasama dengan
pengajian-pengajian berdekatan bagi memboleh pelajar-pelajar dari Jami`ah Umm
menggunakan kemudahan perpustkaan, khususnya perpustakaan-perpustakaan yang
mempunyai koleksi buku dalam bidang-bidang yang ditawarkan oleh Jami`ah Al-Umm.
Kerjasama seperti ini dapat disekalikan dengan kerjasama di dalam bidang
akademik.
c) Sama-Sama Memperkasakan Ilmu
Bermaksud pihak Jami`ah Al-Umm mengadakan
kerjasama dua hala di dalam bidang akademik. Misalnya bila pihak Jami`ah Al-Umm
mengadakan kegiatan ilmiah seperti konvensyen, seminar atau sebarang wacana
ilmiah pihak Jami`ah Al-Umm menjemput tenaga-tenaga pengajar dan pelajar untuk
hadir sama bagi mempertingkatkan wacana dengan perbincangan-perbincangan Ilmiah
yang boleh dimanfaatkan oleh hadirin. Pihak institusi yang lain, lebih-lebih
lagi yang bekerjasama dengan Jami`ah Al-Umm juga diminta membuka peluang,
menjemput tenaga akademik dan pelajar dari Jami`ah Al-Umm turut sama hadir
membincangkan bersama seminat atau wacana yang diadakan.
d) Melanjutkan Pengajian
Pihak Jami`ah Al-Umm dalam jangka panjang akan
menawarkan ijazah lanjutan pada peringkat sarjana dan juga Doktor Falsafah.
Dari segi meramaikan tenaga akademik, maka tenaga-tenaganya perlu dihantar ke
luar dari Jami`ah Al-Umm , sama ada di dalam dan luar negara. Bagi yang di
dalam negera, maka institusi-institusi yang mempunyai kerjasama dengan Jami`ah Al-Umm memberi peluang bagi tenaga dari Jami`ah Al-Umm
melanjutkan pelajaran pada peringkat, terutamanya Ph. D bagi mempelbagaikan
kelulusan tenaga akademik dari keluaran berbagai-bagai universiti sama ada di
dalam dan luar negara.
Seterusnya kerjasama di dalam bidang akademik
juga melibatkan penilaian keilmuan. Bermaksud bagi penilaian tesis pada
peringkat Sarjana dan Dr. Falsafah memerlukan penilai-penilai luar, termasuk
penilai dalaman. Maka kerjasama yang demkian juga diharapkan bagi mendapat tenaga-tenaga
akdemik selaku penilai luar, terutama pada peringkat Ph. D.
e) Latihan
Jami`ah Al-Umm sebagai insttusi pengajian yang
baharu, sudah tentu masih kurang pengalaman dari segi pentadbiran sama ada
tadbiran umum, pelajar, akademik dan sebagainya. Melalui kerjasama dengan
pengajian tinggi yang diadakan, pihak Jami`ah Al-Umm diharap mendapat kerjasama
dari segi latihan pegawai-pegawainya di dalam bidang pentadbiran sama ada
melalui kursus formal atau tidak formal.
f) Peringkat Pelajar
Kerjasama juga diperlukan pada peringkat
pelajar seperti menganjurkan karnival, sambutan-sambutan seperti `Hari Ilmu
Bangi`- termasuklah pertandingan-pertandingan sepereti sukan yang akan
mengiratkan hubungan antara Jami` Al-Umm dengan institusi-institusia yang lain.
Sesungguhnya melalui kerjasama di dalam bidang-bidang
yang disebutkan memantapkan Jami`ah Al-Umm, misalnya dalam bidang akademik,
pentadbiran dan kemasyarakatan. Melalui kerjasama-kerjasama sedemikian Jami`
Al-Umm semakin matang dan semakin berdikari dan akhirnya maju setarap dengan
pengajian-pengajian tinggi yang lain, tetapi mempunyai ciri dan identiti tersendiri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment