Bagi mengimarahkan Masjid Al-Umm – persediaan sebaik
masjid mula digunakan telah dilaksanakan dua bengkel ialtu pada 21 September 2014 dan 24 Januari
2015 yang kedua-duanya diadakan di Hotel Puri Pujangga UKM, rumusan pengajian
bagi masjid telah dibuat, bahkan pertemuan dengan Pengerusi-Pengerusi
Surau-Surau telah dibuat pada 17 November 2015 dan pertemuan dengan bakal
Imam, Guru dan Muslimat telah diadakan pada 8 Disember 2015 bagi mengatur
kegiatan bagi mengimarahkan Masjid Al-Umm.
Sebagaimana dirancang untuk kegiatan jangka
panjang, pihak AJK Pembangunan dan
Pengimarahan Masjid Al-Umm merancang bagi mendirikan bangunan 17 tingkat
sebagai pusat kegiatan keilmuan pada tahap tinggi di Masjid Al-Umm.
Persoalannya bilakan bengunan berkenaan dapat disiapkan ? Apakah perlu menunggu
siapnya bangunan ini yang masih pada peringkat permulaan perancangan bagi mengusahakan mendapat tapak, apakah
rancangan pengajian peringkat tinggi perlu menantikan siap bangunan ini ?
Tidakkah dengan siapnya bangunan Masjid Al-Umm sebenarnya boleh disemarakkan
dengan berbagai kegiatan, bahkan menjadikan Masjid Al-Umm sebagai induk pengajian Tinggi keilmuan Islam
dalam Kampus Terbuka yang di kenali dengan Wadi Ilmu. Dalam Kampus Terbuka itu
ada sepuluh surau, 4 sekolah ada Dar al-Shifa dan ada Kompleks Pendidikan Islam
Bangi. Dengan Bangi mempunyai ramai tenaga akademik, yang sebahagian daripada
mereka telah bersara, tidakkah elok mereka ini diajak bersama bagi mengimarah
Masjid Al-Umm. Dengan kepakaran yang ada pada mereka tidakkah wajar mereka
diajak sama di dalam ``Persyarikatan
Ilmu` bagi memasyarakatkan ilmu`` yang terbuka kepada mereka yang berminat dari mana
jua tempat untuk sama menghadiri dan mengambil manfaat dari keilmuan yang
dianjurkan oleh Masjid Al-Umm.
Perancangan mau melihat Masjid Al-Umm, bukan
sebagaimana masjid biasa, tapi sebagai Pusat Kegiatan Ibadat Dan Kecemerlangan
Ilmu Pengetahuan, bertarap pengajian tinggi bahkan mencontohi Universiti
Qayrawan dan Universiti Al-Azhar dan ditambah dengan berpelbagaian pendekatan
dan keilmuan terkini adalah sesuatu yang besar dan memerlukan berbagai cadangan
dan saranan. Bagi mendapat cadangan-cadangan dan saranan-saranan yang bernas, bahkan menyatukan pendapat, maka adalah wajar gagasan besar ini dibincangkan di dalam
perbincangan bersifat konvensyen, iaitu:
``Konvensyen Mengimarahkan Masjid Al-Umm:
Fokus Pengajian Tinggi``.
Adalah dicadangkan bahawa Konvensyen Masjid
Al-Umm,melalui beberapa peringkat,
lantaran gagasan besar sedemikian tidak dapat diselesai dan diambil keputusan
secara jitu dalam satu knvensyen, wacana atau seminar, sebaliknya akan melalui
beberapa peringkat. Peringkat pertama dan seterusnya diikuti
peringkat-peringkat yang lain. Dengan mengadakan konvensyen peringkat permulaan
ini sebagai satu keistimewaan dan memberi impak yang baik bagi Masjid Al-Umm.
Antaranya:
1) Sempena dengan penggunaan Masjid Al-Umm, maka adalah sesuai disediakan
perancangan dan program pengajian, secara jangka pendek dan panjang.
2) Bagi menjadikan Masjid Al-Umm sebagai pengajian tinggi, maka perlu kepada
perancangan yang rapi dan menyeluruh sejak dari peringkat awal agar menjadi
panduan pada masa akan datang.
3) Memperlihatkan visi dan misi AJK Pembinaan dan pengimarahan Masjid
Al-Umm yang memang mereka berpengalaman yang pengalaman ini perlu diabadikan.
4) Menilai sejauhmanakah kemampuan Masjid Al-Umm mengendalikan pengajian berstatus pengajian
tinggi, lantaran adanya infra-struktur dan ramainya tokoh ilmuan di Bangi
Bandar Ilmu
5) Konvensyen menilai tempoh bersesuaian memulakan pengajian.
6) Mendapat pandangan bagaimana konsep kampus terbuka – Masjid Al-Umm di
tengah taman, dikelilingi surau-surau dapat dilaksanakan sebagai Wadi Ilmu
7) Konvensyen diharap dapat merumuskan pendekatan terbaik Masjid sebagai
Institusi Ilmu dan ditadbirkan oleh Institusi.
8) Sejauhmanakah kemampuan menjadi institusi ilmu yang mendapat
pengiktirafan oleh institusi-institusi yang lain dan juga masyarakat
9) Menilai kemampuan Masjid Al-Umm menjadi `Mercu Tanda` bagi Bangi Bandar
Ilmu bukan saja dari segi fizikal sahaja, bahkan lebih dari segi intelektual,
kerohanian, estetika dan kemasyarakatan
10) Konvensyen permulaan menjadi bahan penilaian bagi konvensyen atau
seminar akan datang bagi memartabatkan Masjid Al-Umm sebagai pengajian tinggi
yang berwibawa dan berprestej.
Dengan mengadakan konvensyen, melengkapkan
persediaan bagi kegiatan Masjid Al-Umm di dalam menjalankan kegiatan pada masa
akan datang, ia adalah merupakan sebagai kalendar yang dapat dituruti secara
terancang dan teratur. Perancangan ini dicampur dengan perancangan-perancangan
yang telah dibuat melalui bengkel-bengkel yang telah diadakan sebelum ini.
Dengan program-program yang diatur ini dapatkah dibuat tindakan apakah semua program yang diatur itu mampu
dijalankan saecara serentak ataukah dijalankan secara bertahap atau dipilih
mana-mana yang lebih bersesuaian dengan kemampuan yang ada, manakala program
yang belum dilaksanakan akan dilaksanakan bila bersesuaian dan berkemampuan.
Apa yang diharapkan bahawa Masjid Al-Umm bila
diimarahkan, maka ianya bersemarak dengan berbagai-bagai kegiatan. Masjid hidup
dengan kegiatan ibadat, keilmuan dan kegiatan kemasyarakatan. Adalah diharapkan
dengan adanya pengajian pada peringkat tinggi, maka Masjid Al-Umm, bukan saja
menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan,
tetapi menjadi tumpuan bagi pelajar-pelajar dari luar, bahkan menjadi tumpuan
bagi mereka yang meminati ilmu pengetahuan dari kalangan orang ramai baik bersifat tempatan dan dari luar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment