Kisah Nabi Musa dari segi cerita adalah
menarik dan indah, jika pun tidak seindah Kisah Nabi Yusuf. Menarik adalah dari
segi tema, latar, jalan cerita, episod, perwatakan, pertembungan nilai dan
perutusan.
Ada lebih dari satu tema yang dapat diberikan
kepada cerita di dalam Surah Taha, iaitu cerita mengenai Nabi Musa. Tetapi tema
utama yang paling terkenal dan menonjol ialah:
`Keangkuhan Dan Kezaliman Fir`aun Bertdepan Berdepan
Kebenaran Nabi Musa`
Ini adalah merupakan tema utama bagi cerita
Nabi Musa yang berdepan dengan keangkuhan Fir`aun. Ada beberapa bukti
keangkuhan Fir`aun, khususnya dalam hubungan dengan Nabi Musa.
1) Arahan membunuh anak lelaki Bani Israil
Melalui mimpinya yang melihat kebakaran yang
memusnahkan kota pemmerintahannya, menimbulkan kebimbangan bagi Fir`aun, bahawa
ia merupakan pertanda atau alamat buruk bagi dirinya dan bagi pemerintahannya,
lantas Fir`aun memanggil tukang tilik dan ahli nujumnya agar mentakwilkan apa
maksud dari mimpinya. Para tukang tilik dan tukang nujum memaklumkan bahawa,
satu malapetaka yang akan menggugat pemerintahan Fir`aun disebabkan penentangan
yang akan dibawa dari anak lelaki dari keturunan Bani Israil yang bakal lahir
di Mesir. Fir`aun yang angkuh mengeluarkan arahan kepada pengawal dan
pemerintah negeri agar membuat kepastian, sebarang anak lelaki dilahirkan di
kalangan Bani Israil agar dibunuh. Ayat Al-Qur`an menyebut perintah sedemikian
bermaksud:
``Ingatlah, ketika Kami melepaskan kamu
daripada keluarga Fir`aun. Mereka menyiksa kamu sebesar-besar siksaan,
disembelihnya anak-anak lelaki kamu dan dipeliharanya anak-anak perempuan.
Demikian itu adalah cabaran yang besar dari Tuhanmu``. (Al-Baqarah: 49).
Fir`aun menyangka bahawa dengan arahannya yang
angkuh dan zalim itu, ia dapat menyekat dari wujudnya anak-anak lelaki yang antaranya akan menggugat pemerintahannya
pada zamannya.
Tetapi ironinya, seorang anak lelaki yang
dihanyut oleh ibunya (di Sungai Nil) melalui istananya, diselamatkan oleh isterinya
(Asiah) dan lebih ironinya bila dicari `Penyusu`, maka ibunyalah yang dapat
berkhidmat menyusuinya.
2. Peristiwa Tukang Sihir Berpihak Kepada Nabi
Musa
Keangkuhan Fir`aun juga dapat dilihat dari
peristiwa dalam mana apabila Nabi Musa dapat mengalahkan ular-ular tukang sihir
dengan penjelmaan tungkatnya menjadi ular dan menelan ular-ular tukang-tukang
sihir menyebabkan tukang-tukang sihir berpaling tadah kepada Nabi Musa. Ayat
Al-Qur`an di dalam hal ini menerangkan bermaksud:
``Nabi Musa pun terus mencampakkan tongkatnya
yang terus menelan segala benda sihir mereka itu, maka keadaan yang demikian
itu menjadikan ahli-ahli sihir itu merebahkan diri mereka sujud, sambil
berkata, kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa``.
(20. 70).
Dengan keadaan yang demikian Fir`aun yang
angkuh itu berkata, sebagaimana ayat Al-Qur`an bermaksud:
``(Fir`aun), berkata, ``Patutkah kamu beriman
kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu ? Sesungguhnya dialah ketua
kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Tetapi tentu aku akan memotong tangan dan
kaki kamu dengan berselang, dan aku akan memalang kamu pada batang pohon tamar,
dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kelak siapakah antara kita yang
lebih berat azab siksanya dan lebih kekal``. (20.71).
Sikap Fir`aun tidak memalingkan tukang-tukang
sihir kepada beriman kepada apa yang didakwah oleh Nabi Musa dan ia merupakan
tamparan kepada Fir`aun yang angkuh dan zalim itu.
3. Ancaman membunuh Nabi Musa dan
pengikut-pengikutnya
Oleh kerana Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya
dianggap menderhaka kepada Fir`aun yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan, maka
Fir`aun berazam untuk menghapuskan Nabi Musa yang dianggap sebagai ancaman
kepada Fir`aun dan pemerintahannya. Allah memberitahu kepada Nabi Musa tentang
perancangan jahat Fir`aun tersebut, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
``Dan demi sesungguhnya, kami telah wahyukan
kepada Nabi Musa, ``Hendaklah engkau membawa hamba-hambaku keluar berjalan pada
waktu malam. Kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu untuk mengadakan jalan
yang kering bagi mereka di laut itu tanpa menaruh bimbang daripada ditangkap (oleh
Fir`aun itu) tanpa perasaan takut (tentang apa-apa perkara yang lain lagi)`` (20.77).
Sebaliknya apa yang dialami oleh Fir`aun
sebagaimana yang disebut oleh Al-Qur`an bermaksud:
``Maka Fir`aun pun mengejar mereka
bersama-sama dengan bala tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya dilitupi oleh
air laut yang menenggelamkan mereka itu semuanya dengan cara yang
sedahsyatnya``. (20.78).
Demikianlah Fir`aun yang angkuh dan zalim
menerima balasan, bukan setakat dirinya, pengikut-pengikut dan bala tenteranya terbunuh,
tetapi mereka adalah dalam kesesatan (20.79)
Sesungguhnya berbanding dengan beberapa episod
cerita Nabi Musa yang lain seperti kedegilan kaum Bani Israil menurut perintah
Allah dengan mempersoalkan suruhan dengan berbagaii helah dan pertanyaan –
Menyuruh sembelih lembu bagi mendapat kepastian pembunuh (Al-Baqarah: 66-75)
dan juga berbanding dengan episod pengikut-pengikut Nabi Musa yang syirik
kerana diselewengkan oleh Al-Samiri, hingga mereka menyembah patung anak lembu
yang dibuat oleh Al-Samiri (Al-Baqarah: 54) dan beberapa episod yang lain, maka
ternyata tema Nabi Musa Dengan Fir`aun lebih utama. Hubungan dengan Fir`aun ini
bukan setakat sekali, tetapi beberapa kali yang mendominasi jalan cerita, iaitu
sejak dari zaman kelahiran Nabi Musa yang terselamat dari dibunuh, bahkan
dipelihara di istana Fir`aun, Nabi Musa bertentang dengan ahli-ahli sihir dan
mengalahkan mereka, Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya dikejar Fir`aun dengan
tenteranya, lantaran mau membunuh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya sehingga
Fir`aun dan pengikut-pengikutnya terbunuh di dalkam laut.
Sesungguhnya tema ialah pokok dan persoalan
cerita yang dominan sehingga ianya menjadi topik dan identiti sesuatu cerita
berkenaan. Di dalam hal ini Nabi Musa Dengan Fi`r`aun adalah tema yang utama. Tema ini dapat dispesifikkan lagi,
misalnya ``Fir`aun Menerima Balasan Dari Keangkuhan dan Kezalimannya`, atau
`Fir`aun Teggelam Di Laut Bersama Tenteranya: Balasan Tuhan`` atau `Keangkuhan
Dan Kezaliman Bertentang Kebenaran` dan sebagainya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment