December 8, 2015

Latar Kisah Nabi Musa & Kaitan Dengan Bani Israil


BBB,  25 Safar 1437 = 07 Disember 2015 (Isnin):


Membicara tentang latar sebuah cerita biasa, khususnya yang bersifat kreatif, ia mungkin  latar real berlaku cerita pada tempat dan masa tertentu dan mungkin ianya bersifat imaginasi pengarang yang sesuai berlaku di mana-mana atau tiada di mana dan bersifat imaginasi semata-mata.
Membicarakan tentang Kisah Nabi Musa dan latar, bukan saja terhad kepada latar dalam cerita, tetapi boleh meluas kepada Nabi Musa dan turunan Bani Israil dan kewujudan kaum tersebut sebagai entiti dan identiti sebuah kaum dan bangsa. Jika membicarakan tentang latar tempat berlakunya cerita Nabi Musa dengan Fir`aun sudah tentulah berlatartempatkan di Mesir, lantaran kosep Fir`aun tiada di negara-negara lain. Dan ianya identik dengan Negara Mesir. Hubungan Bani Israil dengan Mesir, bukan setakat Nabi Musa, tetapi kepada Nabi Ya`kub dan Nabi Yusuf. Bagaimanakah mereka boleh bertapak di Mesir, bahkan pada waktu tertentu bertapak sebagai pemerintah di negeri Mesir ?
Bani Israil, bahkan Yahudi adalah merupakan salah satu turunan Semetik yang populasinya tersebar di Asia Barat – Semenanjung Arab dan termasuklah di Habasyah. Baik Arab maupun Yahudi Bani Israil sama mendakwa bahawa mereka adalah turunan Nabi Ibrahim a. s. Kalau diihat kepada turunan Bani Israil ini, mereka tidak dari awal menetap dan identik dengan tempat tertentu, sebaliknya berpindah-pindah. Mereka wujud sejak zaman Nabi Ibrahim, pada zaman Babilon dan bertempat di negeri bernama `Mada`in`, bahkan dikatakan kaum Bani Israil ini telah ditawan dan 10,000 daripada mereka dibawa ke Babilon dan diperhambakan oleh Bangsa Babilon.
Pada zaman Nabi Ya`kub, anak Nabi Ishaq, mereka berkediaman di bumi Mada`in. Peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Yusuf a.s. dalam mana dia ditinggalkan oleh saudara-saudaranya di perigi gelap adalah berlaku semasa mereka menetap di Mada`in. Nabi Yusuf yang dijadikan `bahan dagangan` dijual yang membawa dirinya ke Mesir. Nabi Yusuf menjadi anak angkat kepada pembesar Mesir `Al-Aziz` dan isterinya Zulaikha. Berikut dari tuduhan palsu terhadap Nabi Yusuf mengenai hubungannya dengan Zulaikha, Nabi Yusuf sanggup memencilkan dirinya di penjara, semasa di penjara beliau diketahui mahir menta`bir mimpi. Beliau menta`bir mimpi Raja Mesir yang menyelamatkan negeri itu dari kemarau. Nabi Yusuf dilantik menjadi Pembesar Mesir. Kedatangan saudara-saudara Nabi Yusuf untuk membeli makanan – termasuk gandum mempertemukan Nabi Yusuf dengan keluarganya dan bapanya Ya`kub. Ini membawa Nabi Ya`kub dan keluarganya tinggal di Masir.
Dalam sejarah kegemilangan pemerintahan turunan Bani Israil berlaku pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman bertempat di Baitul Maqdis. Pada zaman Nabi Musa, beliau yang menyelamatkan diri dari Mesir pergi ke Mada`in dan berkahwin dengan anak Nabi Shu`ayb dan pergi semula ke Mesir menentang Fir`aun dan Tukang-Tukang Sihir yang kemudian mengikutinya menyeberang Laut Merah dan dikejar oleh Fir`aun dan tentera-tenteranya yang teggelam di dalam Laut berkenaan. Selama 40 tahun pengikut-pengikut Nabi Musa berada di kawasan Sinai, sebelum mereka bergerak ke Baitul Maqdis. Bani Israil, walaupun beberapa kali bertempat di Baitul Maqdis, tetapi mereka tidak dapat menetap kekal mendirikan negara, bahkan mereka bersifat sementara sebagaimana Baitul Maqdis pernah ditawan oleh Kerajaan Rum dan Kemudian Parsi. Bila Islam muncul Baitul Maqdis di bawah pemerintahan Islam, kemudian pernah ditawan oleh Kristian diketuai Raja Richard, tetapi di tawan kembali oleh Salahuddin al-Ayubi.
Latar kisah Nabi Musa adalah satu episod dari perpindahan Bani Israil yang tidak mantap dan menetap pada sesuatu tempat. Sebagaimana Nabi Yusuf berhijrah bersama keluarganya Nabi Ya`kub ke negeri Mesir yang dari keluarga ini berkembangnya komuniti Yahudi di Mesir, maka demikianlah juga kedatangan Nabi Musa  dan pengikut-pengikutnya, tetapi sebagai mereka yang mendatang dan tidak bertapak dari segi kedudukan, bahkan berkonfrantasi dengan Fir`aun yang menyebabkan Nabi Musa dan pengikut-penguikutnya keluar ke Sinai. Pun tidak berkekalan.
Apa yang hendak ditunjukkan bahawa, meskipun Bani Israil bangsa pilihan yang banyak diberi keistimewaan oleh Tuhan, misalnya ramai dari rasul-rasul dibangkitkan dari kalangan Bani Israil, mereka bijak dari segi perniagaan, tetapi kerana keangkuhan, maka Bani Israil merupakan kaum yang disumpah Tuhan dan hilang keberkatan.
Sejarah mengulangi dirinya dengan peristiwa-peristiwa yang hampir mengikut pola-pola yang sama. Misalnya Israil pernah dihalau oleh Kerajaan Babilon dan 10,000 daripada mereka dibawa ke Babilon menjadi hamba dan buruh paksa. Mereka juga dihalau oleh pihak Rum semasa kerajaan berkenaan berkuasa, tetapi mereka dihantar semula ke Palestin oleh pihak Parsi yang mengalahkan Rum dan kemudian dikalahkan pula oleh tentera Islam.
Dalam arus sejarah yang berlalu, maka Bani Israil yang dalam sejarah tidak pernah mempunyai tanah kediaman yang tetap jauh dari bernegara tetap itu, terpaksa mengungsi dan berpindah randah ke berbagai-bagai  tempat. Pada zaman dahulu mereka berpindah sepert ke Mesir, Madinah, Habsyah. Pada zaman moden mereka berpindah seperti ke German, Amerika, Britain, Amerika Selatan dan ke berbagai negara yang lain.
Namun sikap Israil yang angkuh, sombong dan tidak mematuhi norma dan etika antarabangsa menyebabkan mereka tidak disenangi. Tindak tanduk mereka kadang-kadang membawa bencana dan ancaman bersifat antarabangsa dan antara negara. Demikianlah di dalam peperangan dunia Kedua mereka mengkhianati kerajaan dan keselamatan negara German, zaman Adolf Hitler hingga berlaku peristiwa `Hollowcouse` yang membawa kepada peristiwa pembunuhan Yahudi beramai-ramai di German.
Namun dari sikap  tidak setia dan menyokong pihak musuh yang bagi mereka mempunyai kepentingan, mengenangkan pembelotan Yahudi yang memberi faedah kepada kuasa Barat dan Amerika, maka sejarah mengulangi kembali pola yang pernah berlaku, maka bagi mengenang `budi` Israil yang menolong Barat baik dari segi kewangan dan sokongan, maka sekali lagi Yahudi-Zionis berpeluang menduduki Tanah Palestin melalui Perjanjian Balfor sejak 1948. Peluang ini diambil kesempatan oleh Yahudi dengan bantuan dan sokongan Barat misalnya meluaskan tanah rampasan melalui perang 1967 dan berbagai-bagai tindakan provokatif bagi melemahkan penduduk asal Palestin dan juga Arab. Ini tentulah bersifat sementara sementara putaran sejarah kembali dengan pola yang pernah dialami sebelumnya.
Nabi Musa dan beberapa Nabi yang lain dari kalangan Bani Israil dibangkitkan bagi memperbaiki sifat mereka yang angkuh, menentang nab-nabi yang diutuskan kepada mereka, bahkan antaranya mereka bunuh. Sungguhnya banyak nabi dibangkitkan di kalangan mereka, namun tabiat dan sifat mereka tidak berubah
Dalam sejarahnya Bani Israil tidak bernegara, peristiwa-peristiwa yang terjadi di kalangan mereka dan nabi-nabi mereka  berlaku di berbagai tempat yang bersifat sementara, contohnya di Mesir merupakan tempat latar kegiatan Nabi Musa sebelum bergerak ke negeri-negeri yang lain pula.

Sekian.

No comments:

Post a Comment