BBB, 12 Syawal 1437 = 17 Julai 2016 (Ahad):
Semakin
membicarakan tentang kandungan kitab Al-Zuhd wa al-Raqa`iq sebagai kitab
tasawuf terawal berasaskan kepada ayat-ayat Al-Qur`an, Hadith dan pendapat
kalangan sahabat dan tabiin memperlihatkan bahawa asas ketasawufan dari awal tidak lain dari
nilai-nilai keakhlakan, pengibadatan, pembetulan dan penggilatan rohani dan sikap-sikap yang tidak
memudaratkan orang. Ini adalah merupakan pendekatan tasawuf sunni yang selari
dengan akidah, amalan dan nilai-nilai keislaman. Demikianlah dapat dilihat
kandungan seterusnya di dalam juz` lima yang di bawahnya terdapat bab-bab
berikut:
1) Sadaqah
2) Ihsan kepada anak yatim
3) Bakhil
4) Niat dengan kurang amal dan selamat hati
5) Dusta cakap untuk mentertawakan orang
6) Mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak
1) Sadaqah
Satu amalan yang
diakui kebaikannya, iaitu menolong orang yang susah dengan bantuan-bantuan
material atau melakukan sebarang kebaikan yang memberi manfaat kepada orang
ramai dan diri . Satu dari contoh
riwayat berkenaan topik ini:
(636): Berkata
Ibn al-Mubarak mengkhabarkan kami oleh Sufyan bin `Uyainah daripada Abdullah bin Abi Bakr berkata, Aku
mendengar Anas bin Malik berkata,
bersabda Rasulullah s.a,w. bermaksud:
``Mengikut mayat
tiga perkara, maka balik dua dan kekal satu. Mengikutnya keluarganya, hartanya
dan amalannya, maka kembali ahlinya dan hartanya dan kekal bersamanya amalannya.``
Antara amalan
baik ialah bersedekah.
(647): Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami
oleh Sufyan daripada Abdullah bin al-Sa`ib daripada Abdullah bin Qatadah
al-Muharibiyy berkata, ``Aku mendengar Abdullah bin Mas`ud berkata::
``Tidak
bersadaqah seorang lelaki dengan sebarang sadaqah, melainkan jatuh ke tangan
Tuhan sebelum jatuh ke tangan peminta dan Dia meletakkannya ke tangan peminta,
katanya ianya di dalam ayat Al-Qur`an, maka membaca Abdullah bermaksud;
``Adakah tidak
mereka ketahui bahawasanya Allah menerima taubat daripada hambanya dan
mengambil sadaqah (al-Taubah: 104).
2) Ihsan kepada anak yatim
(652): Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami
Baqiyyah, katanya, Aku mendengar Thabit bi al-`Ajalan berkata: Telah sampai
kepada aku, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Siapa yang
meletakkan tangannya ke atas kepala anak yatim dengan rasa rahmat dan kasihan
belas, adalah baginya dengan setiap helai rambut yang dilalui tangan ke atasnya
adalah kebajikan.``
3) Bakhil
(677): Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami
oleh Shu`bah bin al-Hajjaj daripada Qatadah daripada Anas bin Malik daripada
Nabi s.a.w. Baginda bersabda bermaksud:
``Tidak beriman
salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya.``
4. Niat dengan kekurangan amal dan selamat hati
(726): Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami
oleh Yahya bin Abdullah berkata, Aku mendengar bapaku berkata,. Aku mendengar
Aba Hurayrah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tidak halal
(haram) bagi seorang muslim memutuskan hubungan (berbalah) dengan saudaranya
lebih dari tiga hari. (Yang dahulu mendahului ke syurga). Riwayat Ahmad dan Abu
Daud tanpa ungkapan `Yang dahulu mendahului ke syurga`.
5. Dusta cakap
untuk mentertawakan orang
(733): Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami
Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya berkata, ``Aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Neraka wail
bagi siapa bercakap maka dia berdusta bagi mentertawakan dengannya oleh satu
kumpulan manusia (kaum), neraka wail baginya, neraka wail baginya.``
6. Mempunyai
hubungan baik dengan berbagai pihak
(744): Berkata Abdullah bin al-Mubarak,
mengkhabarkan kami oleh Abdullah daripada Hajjaj bin artat daripada Abi Ja`afar
berkata: ``Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Bersungguh
amalan ialah mengingati (dhikr Allah) di dalam setiap hal, insaf dengan diri
engkau dan memberi pertolongan (melawaskan) saudara dengan harta benda.
Rumusan dan
kesimpulan
1) Semua perkara di atas adalah
menganjur membuat baik kepada orang dan memdapat pahala bagi pelakunya.
Nelarang dari perbuatan keji.
2) Mulianya bersadaqah sebagaimana digambarkan
oleh Allah. Dia menerima dulu sadaqah sebelum jatuh ke tangan pemintanya.
3) Orang Islam digalakkan bersifat kasihan belas
terhadap anak yatim sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. `Mengusap kepala anak yatim
menandakan rahmat dan kasihan belas`, lebih-lebih lagi mengambil tindakan
bantuan dan pembelaan terhadap mereka.
4) Orang Islam dilarang bersifat bakhil dan
bercakap dusta.
5) Hendaklah bersikap baik dengan semua pihak
Begitu indah
nilai-nilai pengajaran Islam. Ianya juga merupakan nilai-nilai ketasawufan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment