BBB, 24 Syawal 1437 = 29 Julai 2016
(Jumaat):
Seterusnya
Imam Ahmad bin Hanbal menampilkan pendapat-pendapat kesufian tokoh-tokoh
berikut:
1. Huzaifah
bin al-Yaman
Sahabat setia Rasulullah dan mendapat didikan sebagai seorang yang
tegas dan amat anti kepada sifat bermuka-muka dan munafik. Seorang yang cerdas
dan bijaksana di dalam risikan dalam peperangan. Tugas menjadi perisik
diamanah oleh Rasulullah dalam
peperangan dan dapat dijalankan dengan
baik hingga mengkucar-kasirkan musuh dan mengalahkan kebijaksanaan Abu Sufyan
(sebelum Islam). Pada zaman Khalifah `Umar al-Khattab beliau dilantik menjadi
governor di Madain. Beliau menghapuskan sifat bermuka-muka dan munafik kalangan
pembesar dan menjalankan pemerintahan
secara jujur, Beliau meninggal tahun
36H.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah,
bercakap kepada kami oleh Ahmad bin Ayyub, bercakap kepada kami oleh Abu Bakar
bin `Iyash daripada `Asim daripada Abi Wa`il berkata, berkata Huzaifah:
``Siapa yang berada di dalam keadaan yang
menggembirakan dia memuji Allah `Azza wa Jalla (al-Hamdulillah), tercermin pada
wajahnya kepuasan dari kurniaan.``
2. Abu `Ubaidah al-Jarrah
Menerima Islam pada peringkat awal melalui
Sayiduna Abu Bakar al-Siddiq. Mendampingi Rasulullah, Abu Bakar dan `Umar. Bersama di dalam peperangan Badar dan Uhud.
Memimpin ketumbukan tentera yang di dalamnya Abu Bakar dan `Umar kerana
membantu ketenteraan yang dipimpin oleh
Anru ibn al-`As. Beliau adalah orang kepercayaan Rasulullah s.a.w. Baginda
pernah bersabda sambil memegangnya dengan tangannya dan bersabda bermaksud:
``Setiap umat ada orang dipercayai (Amin),
sesungguhnya Amin bagi umat ini ialah Abu `Ubaidah ibn al-Jarrah``
Semasa Sayiduna `Umar bin al-Khattab hampir
menghembuskan nafas terakhir beliau ada mengatakan, ``Sekiranya Abu `Ubaidah
bin al-Jarrah masih hidup, nesacaya beliau meilihnya sebagai penggantinya.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap
kepada kami Shayban bin Abi Shaybah,, bercakap kepada kami Abu Hilal, bercakap
kepada kami Qatadah, bahawa Aba `Ubaidah bin al-Jarrah berkata:
`` Tidak kira seseorang itu berwarna kulit
merah, tidak hitam legam, tidak hamba a`jam dan tidak seorang merdeka, yang
nyata yang berilmu melebihiku, lebih lagi dengan taqwa yang aku suka bersama
dengannya.``
3. Sa`id bin `Amir bin Juzaimah bin al-Jamhi
Tidak begitu dikenali watak ini (bagi
Penulis). Mempunyai episod peristiwa dengan Sayyiduna `Umar Ibn al-Khattab.
Berkata `Abdullah, bercakap kepadaku
ayahku, bercakap kepada kami oleh
Sayyar, bercakap kepada kami Ja`afar, bercakap kepada kami Malik bin
Dinar, bahawa berlaku kontaks hubungan dengan Sayyiduna `Umar al-Khattab
tatkala ia ke Sham ... (Hanya satu riwayat bagi tokoh di atas yang ditampilkan
oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal – satu halaman).
Adalah diriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda bermaksud:
``Kalau menjenguk seorang perempuan dari
perempuan ahlu al-jannah, nescaya bumi dipenuhi dengan bau kasturi dan
sesungguhnya aku tidak memilih bagi engkau kepada mereka. Maka dia terdiam.
4. `Umair
bin Habib bin Hamassah
Juga tidak dikenali dengan watak ini – bagi
Penulis. Daripada 10 riwayat di bawah tajuk bagi tokoh ini Cuma riwayat pertama
sahaja ada membawa nama `Umair.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah,
bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami Yazid bin Harun.
Memberitakan kami oleh Hammad bin Salamah daripadsa Ja`far al-Hutami bahawa
Datuknya `Umair bin Habib mewasiat anaknya dan adalah baginya sahabat, maka
katanya,
``Wahai anakku, kuperingatkan kamu dari bersama orang yang bodoh,
kerana majlis mereka berpenyakit,
lantaran bersama mereka tidak memberi faedah, siapa yan tidak berawas dia
menerima akibat. Kiranya seorang berazam mau menyampaikan perkara ma`ruf dan
menahan dari perkara mungkar yang dihadapi, maka hendaklah dia bersabar dari
dugaan kesusahan. Dia hendaklah yakin dengan balasan pahala dari Allah, siapa
yang yakin dengan pahala dari Allah, maka insya Allah dia tidak menghadapi
bahaya.
5. Abu Mas`ud al-Ansar
Tidak begitu dikenali, hanya ada riwayat
yang diperturunkan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal yang memperlihatkan Abu Mas`ud
tidak meminta-minta dan tidak mengharapkan sebarang pemberian. Ia lebih bersikap berdikari dan menggantung
harap hanya kepada Allah.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah,
bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh Hashim bin
al-Qasim, bercakap kepada kami oleh Abu Mu`awiyah, ya`ni Shaiban daripada
Hilal, ya`ni al-Wazan daripada `Abdul Rahman bin Abi Layla daripada Abi Mas`ud
al-Ansari, bahawasanya disebut tentang dunia, dia sebagai
enggan dan menolak lantaran katanya, ianya tidak menyampaikan kepada
akhirat, tidak dengan dinar dan dirhamnya, lantaran dengannya berbalah berebut
dan bercakaran manusia, berlaku tipu daya, bahkan dengan harta merosakkan agama
dan duniamu.
Demikianlah, selain dari Huzaifah al-Yaman
dan Abu `Ubaidah al-Jarrah, tiga tokoh yang lain berikutnya, kurang dimaklumi,
sekurang-kurangnya bagi Penulis. Walau macam mana selain dari mengenali tokoh
apa yang penting ialah pandangan yang diberi – Darinya kita mengambil manfaat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment