BBB,
13 Syawal 1437 = 18 Julai 2016 (Isnin):
Di dalam Juz` ke 6, selain dari terus
membicarakan tentang sifat-sifat keji dan terpuji dari segi nilai akhlak dan
ketasawufan, Ibn al-Mubarak mulai membicarakan tentang tokoh-tokoh yang juga
merupakan watak dan pembawaan yang dapat dijadikan contoh kesufian. Di bawah
Juz` ke 6 ini dipecahkan kepada enam bab. Di bawah sifat-sifat yang dibicarakan
ada perulangan topik pembicaraan, meskipun tidak keseluruhannya sama. Misalnya
tentang persoalan halal (yang dikeji) dan tawadhu` yang kedua-dua topik ini telah dibicarakan
di bawah Juz` 4. Di bawah Juz` 6 dibicarakan bab-bab berikut:
1) Kenikmata dunia yang dikeji
2) Pemegangan ilmu
3) Halal yang dikeji
4) Tawadhu`
5) Mengingati `Uwais dan Al-Sananji
6) Mengingati `Amir bin `Abd Qays dan Silah bin
Ashim r. `anhuma.
1. Kenikmatan dunia yang dikeji
(767) Berkata Abdullah bin al-Mubarak,
mengkhabarkan daku al-Awza`i daripada
Abdullah bin `Ubayd berkata. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksuid:
``Datang kepadaku Jibra`il dengan
kunci-kunci khazanah-khazanah bumi, Demi yang diriku di tanganNya, tidak aku
tadahkan dua tanganku kepadanya. Berkata Abdullah bin `Ubayd, ``Jikalau
diketahui padanya kebaikan nescaya akan ditadah kepadanya tangannya.
2. Pemegangan ilmu
(816):
Berkata Abdullah bin al-Mubarak, mengkhabarkan kami oleh Hisham bin
`Urwah daripada ayahnya berkata,
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Allah Ta`ala tidak memegang ilmu dengan
secara cabutan sebagaimana dicabut dari manusia, akan tetapi dipegangnya dengan memegang ulama`, hingga tidak ada
tinggal yang alim, maka mulai mengambil tempat mereka pemimpin-pemimpin yang
jahil, mereka disoal dan memberi fatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka
sesat dan menyesatkan.
3. Halal
yang dikeji
(829): Berkata Abdullah bin al-Mubarak,
mengkhabarkan kami Rashdin bin Sa`ad berkata, bercakap kepada kami Ibn An`im
dia berkata, `` Setiap sesuatu ada kekejian yang merosakkannya: maka
Keji ibadat oleh sebab riya`
Keji lemah lembut oleh kehinaan
Keji malu oleh kelemahan
Keji ilmu oleh lupa
Keji akal `ujub dengan diri
Keji hikmah oleh kejahatan
Keji
pemikiran oleh penyelewengan
Keji qasad oleh kebakhilan
Keji zaman oleh takabbur dan
Keji penderma oleh pembaziran.
4. Tawadhu`
(842):
Berkata Abdullah bin al-Mubarak, mengkhabarkan kami Ibn Lahi`ah daripada
`Iyash bin `Abbas daripada Shuyyim bin Bitan daripada Shuffay bin Mani`
al-Asbahi berkata, ``Siapa banyak bercakap banyaklah berlaku kesilapan.``
5. Mengingati `Uwais dan Al-Saananji
uwais hidup pada zaman Sayyiduna `Umar
al-Khattab dan pernah menghadiri majlis bersama Sayyidua `Umar - `Uwais mendapat pujian, tetapi ia begitu
tawadhu` dan malu dari pujian. Adapun al-Sananji diperkenal oleh `Ubadah bin
al-Samit sebagai seorang yang mulia. Kedua-dua berada di dalam sanad-sanad dan riwayat.
(856):
Berkata Abdullah bin al-Mubarak, mengkhabarkan kami oleh `Isa bin `Umar
berkata, bercakap kepada kami oleh Amru bin Murrah berkata, ``Tatkala
ditemuinya oleh `Umar r.a. dan dikenali, beliau menjauh diri dan dia tidak
menemuinya sehingga mati``.
(857); Menurut Ibn al-Mubarak, al-Sananji
diperkenalkan oleh `Ubadah bin al-Samit di
dalam majlis sebagai seorang yang patut menjadi teladan dan segi ibadat dan
pembawaan.
6. Mengingati `Amir bin Ibn al-Qays dan Silah bin `Asim
r.`anhuma;
Kedua-dua
tokoh adalah mereka yang berperibadi tinggi.
(862):
Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami oleh Mu`ammar berkata,
bercakap kepada kami oleh Muhammad bin Wasi` dari Abi al-`Ala` Yazid bin
Abdullah bin al-Takhayyur berkata, ``Mengkhabarkan aku oleh anak saudaraku (Ibn
akhi) `Amir bin `Abd Qays bahawa `Amir bin Ibn Qays mengambil
pemberian yang diberi kepadanya, dia meletakkannya di dalam poket bajunya, maka
tidak dia menemui ornag-orang miskin, melainkan diberi kepadanya, bila sampai
ke rumahnya dikeluarkan semua kepada keluarganya, maka dihitung, maka didapati
jumlahnya tidak berkurang sebagaimana
yang telah diberikan kepadanya.
Adapun berhubung dengan Silah bin Ashim:
(864): Berkata Abdullah bin al-Mubarak,
mengkhabarkan kami Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata, ``Sampai kepada
kami bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Adalah dari umatku seorang lelaki
dipanggil Silah bin Ashim masuk syurga dengan shafaat Baginda demikian,
demikian.``
Rumusan dan kesimpulan
1) Tokoh dan perwatakan yang mulia antara yang menjadi
contoh kesufian.
2) Berlaku perulanag tajuk dengan sedikit
perbezaan.
3) Tema akhlak terpuji terus menjadi tema utama
persoalan tasawuf.
Sekian.
No comments:
Post a Comment