BBB,
14 Syawal 1437 = 19 Julai 2016-07 (Selasa):
Juz` 7 lanjutan dari Juz` 6 yang
membicarakan tentang tokoh, seorang agak kurang dikenali, iaitu Abu Rayhanah dan seorang begitu terkenal, iaitu Khalifah `Umar
bin `Abdul Aziz (99H.-101).
Walaupun tempoh pemerintahannya pendek,
tetapi Khalifah Umar Bin Abdul Aziz meninggalkan
kesan yang penting di dalam pemerintahan. Dia adalah bintang cemerlang dalam
pemerintahan Kerajaan Umawiyyah, terkenal dengan wara` dan zuhud dia
menjalankan pemerintaha secara adil dan ekonomi pada zaman pemerintahannya
begitu mantap hingga dikatakan pada zaman pemerintahanya sukar untuk dicari
asnaf yang layak menerima zakat.
Antara perkara yang dibicarakan di bawah
Juz`7 ialah:
1) Abu Rayhanah
2) `Umar bin Abdul Aziz
3) Dhikrullah
4) Kelebihan Dhikrullah `Azza wa Jalla
1) Abu
Rayhanah
Dikatakan ia adalah berada pada zaman Rasulullah s.a.w dan digambarkan dia
berkesempatan di dalam beberapa peristiwa bersama Rasulullah s.a.w.
(876):
Abu Rayhanah disebut sebagai dari
sahabat Rasulullah s.a.w. yang kuat beribadat dan membaca Al-Qur`an. Demikian
berkata Ibn al-Mubarak yang mengkhabarkannya oleh Abu Bakar bin Abi Maryam
al-Ghassani yang berkata bercakap kepadanya oleh Damrah bin al-Habib bin Suhayb
daripada Maula bagi Abi Rayhanah dari pada Abi Rayhanah yang menyebut bahawa ia
adalah daripada kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.
2)
Umar bin Abdul Aziz
(885):
Berkata Abdullah bin al-Mubarak, mengkhabarkan kami oleh Muhammad bin
Abi Hamid daripada Ibrahim bin `Ubaid bin Rifa`ah berkata:
``Aku menyaksikan `Umar bin Abdil `Aziz dan Muhammad bin Qays
bercakap, maka aku melihat `Umar menangis hingga berubah bajunya (basah).
(886):
Berkata Abdullah bin al-Mubarak, mengkhabarkan kami oleh Harmalah bin
`Amran, katanya bercakap kepada kami Sulaiman bin Hamid bahawa `Umar bin Abdul
Aziz menulis kepada `Abdul Malik bin `Umar, ya`ni anaknya, bahawasanya tiada
seorang daripada manusia untuk mendapat pertunjukan dan pengislahan yang aku suka lebih daripada pertunjukan dan
pengislahan kepada engkau tanpa
mencuaikan hak kepada semua orang muslimin dan bagi ahli al-`ahd yang berhak
mendapat pembaikan tanpa berlaku
ketidakadilan kepada semua.
(887):
Berkata Abdullah bin al-Mubarak, mengkhabarkan kami oleh Jarir bin
Hazim, katanya bercakap kepada kami Mughirah bin Hakim katanya, berkata kepada
saya oleh Fatimah, Aku mendengar `Umar ketika sakitnya yang dia mati dengannya
berkata, ``Wahai Tuhanku ringankanlah tanggungan kematianku meskipun sesaat
dari hari, berkata (Fatimah) aku kepadanya pada suatu hari, ``Wahai Amirul
Mu`minin, Tidakkah Amir al-Mu`minin mau keluar bagi meringankan beban kesakitan,
maka kata (Fatimah), maka aku keluar dengannya ke rumah lain daripada rumah yang dia berada
padanya, kata (Fatimah), `Aku mendengar dia mengulang-ngulang membaca ayat
Al-Qur`an bermaksud:
``Itu adalah negeri Akhirat kami jadikannya
bagi mereka yang tidak meninggi diri di bumi dan melakukan kerosakan. Ia adalah
sebagai balasan bagi mereka yang bertaqwa.`` (Al-Qasas: 83).
Kemudian berikutnya tiada lagi kedengaran
bacaannya, Aku mendekati bagi memberi khidmat kepadanya, tetapi dia telah meninggal.
Aku meletakkan salah satu tangannya pada pipinya dan yang satu lagi di atas
wajahnya.
3.
Dhikrullah
(895):
Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami Habwah bin Sharih berkata,
mengkhabarkan kami Abu Hani` al-Khaulani bahawa dia mendengar Aba
Abdul Rahman al-Habli dan Khalid bin Abi `Amran, kedua-duanya berkata, bersabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa yang mati di atas kebaikan
amalannya, maka diharapkan baginya kebaikan dan siapa yang mati di atas
kejahatan amalannya, maka adalah ditakuti balasannya, tapi janganlah berputus
esa daripadanya (kebaikan).
4.
Kelebihan Dhikrullah `Azza wa Jalla
(956):
Berkata Ibn al-Mubarak, Mengkhabarkan kami Abdul Rahman bin Yazid daripada Jabir berkata, berkata kepada kami
Ismail bin Abdullah daripada Karimah binti al-Hashas al-Mazniyyah bahawasanya
ia berkata, berkata kepada kami Abu Hurairah, sedang kami berada di rimah ini,
ya`ni Umm al-Darda`, bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. berathar daripada Tuhannya yang Dia berfirman
bermaksud:
``Aku bersama hambaKu selama dia mengingati
Daku dan bergerak mengingati Ku dua bibirnya.``
Rumusaan Dan Kesimpulan:
Sebagaimana kebaikan dapat dilakukan oleh
sesiapa sahaja, tanpa mengira kedudukan, demikianlah juga dengan jiwa kesufian
adalah hak bagi setiap orang Islam. Pada tanggapan biasa bahawa tasawuf selalu
dikaitkan dengan orang yang susah, faqir dan miskin yang mendekati Allah,
sebenarnya jiwa kesufian menjadi hak bagi semua tanpa mengira kedudukan. Ia
boleh berada pada pemerintah yang jiwanya bersih dan tidak melupai Allah dan
menjalankan pemerintahan secara adil seperti `Umar bin Abdul Aziz. Ia boleh berada pada jiwa
hartawan, jika kekayaan diusahakan secara betul dan halal dan dengan hartanya
dia mendekati Allah dengan membuat kebajikan dengan menderma dan sadaqah. Dia
juga mungkin berada pada kalangan tentera yang bekerja dengan ikhlas demi
mempertahankan negera dan dia sentiasa mendekati Allah dan berada di dalam
berbagai-bagai jiwa, selagi mereka mendekati dan berbakti dan suci jiwanya
kerana Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment