BBB, 25
Syawal 1437 = 30 Julai 2016 (Sabtu):
Kedua-dua `Abdullah adalah tokoh-tokoh
penting dari kalangan sahabat dan mempunyai hubungan rapat dengan Rasulullah
s.a.w.
1. `Abdullah bin `Abbas
Berkesempatan dengan Rasulullah s.a.w.
sejak kecil. Beliau adalah anak bagi bapa saudaranya dan merupakan sepupu. Meskipun
`Abdullah masih kecil, Rasulullah berkesempatan mendidiknya. Sebagai anak yang
cerdas beliau banyak mempelajari keilmuan dari Rasulullah dan Baginda pernah
mendoakan kepada Allah bagi Ibn `Abbas, bermaksud:
``Ya Allah berikanlah kepadanya ilmu yang
mendalam dan ajarkanlah kepadanya kemampuan takwil``.
Berkat do`a Rasulullah `Abdullah bin `Abbas
atau dipanggil sebagai Ibn `Abbas menjadi orang alim sejak zaman Rasulullah.
Selepas kewafatan Rasulullah beliau meneruskan mempelajari dan mendalam
keilmuan dari sahabat-sahabat. Bila membicarakan keilmuan seperti tafsir dan
Hadith nama `Abdullah bin `Abbas sering dirujuk dan tidak terpisah dari
kedua-dua keilmuan berkenaan. Namun di dalam Kitab al-Zuhd Al-Imam Ahmad bin
Hanbal terdapat satu halaman sahaja pembicaraan tentang Ibn `Abbas.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah,
bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh Ismail, mengkhabarkan
kami oleh Salih bin Rustam daripada `Abdullah bin Abi Malikah, katanya,
``Aku bersahabat dengan ibn `Abbas dari
Madinah ke Makkah dan dari Makkah ke Madinah, adalah dia bersolat dua rakat,
dia bangun pada pertengahan malam, dia
membanyakkan tasbih.``
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada
kami `Abdul Rahman bin Mahdi, bercakap kepada kami Isra`il daripada
Abi Yahya, daripada Mujahid daripada Ibn `Abbas berkata:
``Apabila engkau mau menyebut tentang
keaiban sahabat engkau, maka ingat dulu dan sebutlah keaiban diri engkau.``
2. Abdullah bin `Umar
Sejak berumur tiga belas tahun bersama dan
menerima didikan dari Rasulullah. Dalam peperangan Badar beliau mau menyertainya,
tetapi oleh kerana umurnya masih muda, beliau didapati tidak layak berperang. `
Abdullah bin `Umar mendalami keilmuan dari Rasulullah dan sahabat-sahabat.
Umurnya lanjut hingga menjangkau 85 tahun. Beliau adalah `ulama zamannya dan
terkenal wara`, namun beliau amat teliti di dalam mengeluarekan fatwa-fatwa.
Beliau istiqamah sebagai `ulama dan mengajar hingga ke akhir hayatnya. Al-Imam
Ahmad bin Hanbal memberi ruang yang panjang di dalam membicarakan riwayatnya,
iaitu sebanyak 33 halaman.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap
kepada kami bapaku,, bercakap kepada kami Muhammad bin `Abdullah bin al-Zubayr,
bercakap kepada kami Sufyan dari al-Layth daripada Tawus berkata:
``Aku tidak lihat seorang yang lebih wara` dari
Ibn `Umar dan aku tidak melihat lelaki yang lebih alim dari Ibn `Abbas. Adalah Tawus membilang
Hadith secara huruf demi huruf.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap
kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Abu al-Mundzir Isma`il bin `Umar,
bercakap kepada kami al-Bara` bin Sulaiman berkata, ``Aku mendengar Nafi` maula Ibn `Umar berkata, ``Tidak
membaca Ibn `Umar akan kedua-dua ayat ini semata daripada akhir Surah al-Baqarah, melainkan
menangislah dia (Bermaksud: Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati
kamu, atau kamu menyembunyikannya)
kepada akhir ayat (al-Baqarah: 284). Kemudian dia mengatakan bahawa
dengan ini perkiraan amat menggerunkan.
3. `Amir bin `Abd Qays
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap
kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Muhammad bin Fudhail daripada al-`Ala`
bin Salim, bercakap kepada kami orang yang bersahabat dengan `Amir bin `Abd
Qays selama empat bulan, katanya, aku tidak melihatnya tidur di waktu malam dan
siang hinggalah aku berpisah dengannya. Adalah baginya dua biji roti yang
digunanya satu dan disimpannya yang lain. Dan pada waktu subuh diajarkan kami
membaca Al-Qur`an hingga memungkinkan dia bersolat dia berdiri dan bersolat dan
dia berterusan solat hingga `asar, katanya, kemudian dia mengajarkan kami
Al-Qur`an, apabila dia solat maghrib, maka malamnya hingga ke subuh.
4. Malik bin `Abdullah al-Khash`ami
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah,
bercakap kepada kami oleh al-Hasan bin `Abdil `Aziz, berkata menulis kepada
kami Dhamrah daripada Raja` bin Abi Salamah, katanya mengira puasa Malik bin
`Abdullah al-Khash`ami, maka didapati 60
tahun.
5. Haram bin Hayyan
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap
kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Husain tentang tafsir Shaiban daripada
Qatadah berkata, dia menyebut kepada
kami bahawa Haram bin Hayyan adalah
berkata:
``Tidak hadir hati seorang hamba kepada
Allah `Azza wa Jalla, melainkan dihadirkan oleh Allah dengan hati-hati orang
mu`minin kepadanya hingga direzekikan kepadanya sifat mawaddah dan rahmat
mereka itu.``
Demikianlah pendapat-pendapat yang
diungkapkan oleh lima orang yang antaranya adalah dari kalangan sahabah seperti
`Abdullah bin `Abbas dan `Abdullah bin `Umar yang kedua-duanya adalah dari
kalangan `ulama yang mendapat pujian dari Rasulullah dan meneruskan penyebaran
keilmuan selepas kewafatan Rasulullah. Mereka dirujuk dan menjadi rawi dan
sanad di dalam Hadith-Hadith.
Sekian.
No comments:
Post a Comment