BBB, 10 Syawal 1437 = 15 Julai 2016
(Juma`at):
Pembicaraan juz` demi juz` dan kandungan bagi tiap juz` terdiri dari
bab-bab bertujuan melihat apakah persoalan yang dibicarakan di dalam juz`-juz`
dan bab-bab ini sebagai kitab tasawuf terawal yang sebagaimana telah disebutkan
mengambil judul zuhd itu. Bagi juz` tiga ini mengandungi di bawahnya lapan bab, iaitu:
1) Duduk dengan orang yang benar dan sebagainya
2) Menjaga lidah
3) Tentang tawadhu`
4) Kelebihan berjalan untuk bersolat. Duduk di
masjid dan lainnya
5) Tentang tawakkal
6) Berita gembira bagi mu`min ketika datang ajal
kematian
7) Kejinya riya` dan `ujub dan sebagainya
8) Taubat Daud dan dhikir para anbiya`
1) Duduk dengan orang yang benar
(353): Berkata Ibn
al-Mubarak, mengkhabarkan kami oleh Sufyan berkata, telah berkata seorang
lelaki dari kalangan al-Ansar, ``Sebaik-baik manusia bagiku menurut kadar taqwa mereka. Ketahuilah
pembacaan selayaknya membawa kepada zuhud, meningkatkan ketaatan, memayahkan
dari melakukan maksiat, gemar bersifat malu sebagaimana disukainya yang bakal
menempuh kematian.
2)
Menjaga lidah
(368): Berkata Ibn al-Mubarak,
mengkhabarkan kami oleh Mu`ammar daripada
al-Zuhri daripada Abdul Rahman bin Abi Salamah dari Abu Hurairah daripada Nabi s.aw. bersabda bermaksud:
``Siapa yang adalah beriman dengan Allah
dan Hari Kiamat, maka janganlah dia menyakiti jirannya, siapa adalah beriman
dengan Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya, dan siapa
adalah beriman dengan Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap
perkara yang baik, atau hendaklah dia diam.``
3.
Tentang tawadhu`
(393):
Berkata Ibn al-Mubarak mengkhabarkan kami oleh Mus`ir bin Kaddam
daripada Sa`id bin Abi Burdah daripada al-Aswad bin Abi Yazid daripada A`ishah r.`anha berkata:
``Sesungguhnya kamu selagi akan lupa bahawa
seafdhal ibadah disertai sifat tawadhu`.``
4. Kelebihan berjalan untuk bersolat, duduk
di masjid dan lain-lain
(403):
Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami oleh Mu`ammar daripada Hammam
bin Munabbih daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Kalimah tayyibah adalah sadaqah dan
setiap langkah engkau melangkahinya untuk bersolat adalah sadaqah.``
5.
Tentang tawakkal
(437): Berkata Ibn al-Mubarak daripada Mu`ammar, bahawa al-Nakha`i menangis
ketika hampir mati. Maka dikatakan
kepadanya, ``Apa yang menyebabkan engkau menangis ?` Katanya. ``Aku menunggu
dari Allah perutusan yang memberitahuku sama ada berita gembira ke syurga atau
ke neraka.
6. Berita gembira bagi mu`min ketika datang
ajal kematian
(441):
Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami Sufyan dia berkata, berkata
Abdullah bin `Abbas,
``Apabila kamu melihat seseorang hampir
mati, beritahunya berita gembira bakal menemui Tuhannya – sebagai baik sangka
dengannya, dan apabila dia masih hidup, maka kamu takutkannya dengan Tuhannya
`Azza wa Jalla.``
7. Kejinya
riya`, `ujub dan sebagainya
(464):
Berkata Ibn al-Mubarak, mengkhabarkan kami Malik bin Anas daripada
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Rahman bin Abi Sa`sa`ah, bahawasanya dia mendengar Sa`id bin
Yasar Aba al-Hubbab berkata, aku mendengar Abu Hurairah berkata, bersabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa dikehendaki Allah baginya kebaikan
dia menepati dengan kebaikan itu.``
8. Taubat Daud dan dhikir para anbiya`
(475): Berkata Ibn al-Mubarak,
mengkhabarkan kami Hammad bin Salamah daripada `Ata` bin al-Sa`ib daripada Abi
Abdillah al-Jadali berkata, ``Dia tidak mengangkat kepalanya ke langit hingga
mati kerana malu daripada Tuhannya `Azza wa Jalla, ya`ni Daud s.a.w.``
Rumusan Dan Kesimpulan:
1) Juz`
tiga dan bab-bab di bawahnya benar-benar membawa contoh tema ketasawufan
2) Kandungan
membawa nilai-nilai akhlak sebagai model tasawuf (akhlak) Sunni
3) Persoalan dikukuhkan dengan aspek-aspek ibadat
4) Akhlak dan ibadat sesuatu yang bersifat
integral di dalam tasawuf Sunni
5) Hadith dan gaya Hadith memperkukuhkan bahan dan
pembicaraan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment