August 15, 2016

AL-MUHASABAH PENDEKATAN YANG IDENTIK DENGAN AL-MUHASIBI


BBB,  11 Zulkaedah 1437 = 14  Ogos  20-16 (Ahad):
Antara topik  yang penting dibicarakan selepas `Al-Taqwa`  di bawah `Al-Ri`ayah`, ialah konsep  `Al-Muhasabah`. Bahkan `Al-Muhasabah`  ini lebih penting dan  identik dengan Al-Muhasibi. Iaitu  ` Al-Hadzar` berwaspada dan beringat dari perkara-perkara yang dilarang., prihatin terhadap suruhan yang dapat membina ketaqwaan. Oleh kerana Al-Muhasibi begitu cakna dan memberi perhatian  agar tidak terjatuh kepada perkara-perkara negatif, hingga nama sebenarnya, iaitu Abu `Abdullah al-Asad kurang dikenali berbanding dengan gelaran yang dinisbahkan kepadanya iaitu `Al-Muhasibi,  yakni `Yang Prihatin`.
Gelaran `Al-Muhasibi`  ini ada hubungan  dan pertalian  dengan konsep `Ri`ayah`  yang menjadi  pendekatan kitab  `Al-Ri`ayah`. karangan Al-Muhasibi.
Apakah itu `Al-Muhasabah` ?
`Al-Muhasabah`   ialah `Al-Nazar wa al-tafit`  = Meneliti dan Mempasti atau dapat dikatakan dalam istilah yang lebih ringkas, iaitu,  `Prihatin` dengan  membezakan antara perkara yang dibenci Allah `Azza wa Jalla  dengan apa yang disukaiNya.
Menurut Al-Muhasibi,  al-Muhasabah ialah di atas dua wajah:
1)      Muhasabah di atas perkara yang akan datang
2)      Muhasabah terhadap perkara yang telah berlalu.
!.  Muhasabah terhadap perkara mendatang
Adapun muhasabah terhadap perkara yang mendatang atau akan datang adalah ditunjuk dan berdalil dengan bukti al-kitab, al-sunnah  dan ijma` `ulama`  al-Ummah.
Al-Muhasibi menampilkan banyak bukti-bukti yang antaranya:
Bukti al-Kitab:
Firman Allah yang bermaksud: 
``Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemerkaanNya.`` (Al-Baqarah:  235).    Juga ayat bermaksud:
``Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia Mengetahui  apa yang dibisikkan  oleh hatinya  dan sedang pengetahuan Kami lebih dekat kepadanya `` (Qaf:  16),. Dan ayat bermaksud:
``Maka hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepadaNya segala ibadat dan bawaanmu`` (Al-Zumar: 2).
Manakala bukti dari Al-Hadith:
Hadith riwayat Sa`ad daripada Rasulullah s.a.w. ketika Baginda menasihati Salman al-Farisi (bermaksud):
``Takutkan Allah setiap tindakan yang engkau hendak lakukan dan apabila mengambil keputusan bila berhukum.`` Juga Hadith:
Daripada Amir al-Mu`minin Abi Hafs `Umar ibn al-Khattab r.a. berkata, ``Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud):
``Sesungguhnya segala amalan itu bergantung dengan niyyat.``
Dan Hadith riwayat Shaddad bin Aus daripada Nabi s.a.w. bersabda (bermaksud):
``Orang yang cerdik ialah orang mengutamakan yang lebih dekat dan utama baginya dan beramal untuk bekalan selepas mati.``
2. Muhasabah Terhadap Perkara Berlalu
Iaitu apa yang dibicarakan oleh al-Kitab, al-Sunnah, tindakan  tokoh  dan kata-kata ulama:
Antaranya ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Wahai  orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah. Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan  apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat meliputi pengetahuanNya terhadap apa yang kamu kerjakan (Al-Hashr: 18).
Dan ayat bermaksud:
``Dan bertaubatlah kamu (daripada kesalahan yang telah dilakukan) kepada Allah  keseluruhan wahai orang-orang mu`minun semoga kamu berjaya.`` (Al-Nur:  31) 
Antara Hadith Nabi.
Abu Hurairah berkata, ``Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud):
``Apa yang telah aku larangkan kepadamu hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku suruhkan kamu hendaklah kamu lakukan semampu kamu.``
Dan Hadith: Daripada Abi Ma`ud `Uqbah bin `Amrin al-Ansari al-Badri r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Setengah daripada apa yang didapati manusia daripada perkataan nabi-nabi yang dahulu ialah, ``Apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.`` Riwayat Bukhari.
Manakala contoh daripada sahabat seperti ketegasan Khalifah Abu Bakar terhadap mereka yang enggan mengeluarkan zakat dan keadilan Khalifah `Umar  al-Khattab di dalam pemerintahan
Dan sebagainya.
Contoh-contoh di atas memperlihatkan persoalan-persoalan  muhasabah, prihatin dan mengambil ihtiat di dalam tindakan di dalam menjaga dan meraikan (Ri`ayat) terhadap hak-hak Allah Ta`ala yang melibatkan hak berbagai pihak.
Sifat muhasabah amat ditekankan oleh Al-Muhasibi sehingga gelaran `Al-Muhasibi` identik dengan dirinya.

Sekian.

1 comment:

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di 082==313==669==888
    atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.


    KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D














    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل











    Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di ---> 082==313==669==888
    ---> atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.


    KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D















    ReplyDelete