BBB, 02 Zulkaedah 1437 = 05 Ogos 2016
(Juma`at):
Juz` dua merupakan penerusan dengan
berbagai persoalan. Ada
persoalan-persoalan yang sensitif dan menarik yang menjadi bahan perbincangan.
Khususnya yang berkait dengan kepentingan perubatan.
Tentang juz` 2 diriwayatkan:
Mengkhabarkan kami oleh al-Hafiz Abu
Muhammad `Abdul Ghani bin `Abdul Wahid bin `Ali bin Surur al-Maqdisi berkata,
mengkhabarkan kami oleh Abu Bakar Ahmad bin Ja`afar bin Muhammad bin Salam
dengan apa yang dibacakan kepadanya dan aku mendengar, dan aku membacanya pada
tahun 363H. dengan bacaan Ibn al-Furat Abi al-Hasan, dia berkata mengkhabarkan
kami Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin `Abd al-Khaliq al-Warraq yang menerima
ijazah, berkata bercakap kepada kami oleh Abu Bakar Ahmad bin Muhammad al-Mazuri r.h.t.
Perkara yang dibaca, didengari dan
dipelajari antaranya:
a) Ialah mengurangkan makan bagi mengawal hawa
nafsu (bab 50). Antara riwayat secara pilihan:
Daripada al-Nu`man bin Bashir berkata,
``Aku mendengar `Umar ibn al-Khattab, dia menyebut apa yang menjadi musibat
bagi manusia di dunia (makanan) , maka dia berkata, ``Sesungguhnya aku melihat
Nabi Kamu s.a.w. cenderung makan apa yang didapati dari jenis-jenis buah khurma yang memenuhi perut Baginda
dengannya.
b) Berlaku Pandangan Secara mengejut (Bab 59):
Aku berkata kepada Abi `Abdillah, seorang
lelaki yang bertaubat berkata, ``Kalau dipukul belakangku dengan cemeti,
nescaya aku tidak masuk kepada maksiat, tetapi bahawasanya dia tidak memelihara
pandangannya. Dia berkata bagaimana untuk bertaubat dengan perkara ini.
Berkata Jarir, ``Aku bertanya Nabi s.a.w.
berkenaan pandangan mengejut (spontan), maka Baginda menyuruh aku memalingkan
pandangan. (Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Kitab al-Adab).
Aku berkata kepada Abi `Abdillah, ``Seorang
lelaki memandang kepada seorang permaisura ! Begitu dia bimbangkan fitnah, dia
tidak melihat, berapa penglihatan yang jatuh ke hatinya yang berbolak ?
Sesungguhnya disoal Nabi s.a.w. tentang
penglihatan spontan, maka Baginda bersabda, ``Alihlah pandangan engkau. Allah
Ta`ala berfirman ( Dia mengetahui tentang
khianat mata) - (Ghafir: 19).
Aku mendengar Aba `Abdilah berkata tentang
(Allah mengetahui tentang khianat mata).
Katanya seorang lelaki yang
berada di tengah kaumnya, maka melalui di hadapannya serang perempuan, matanya meleret kepadanya dan
Abu `Abdullah menerangkan.
Katanya, Memberitahu kami oleh al-A`mash
daripada Ibrahim berkata, Adalah Al-Rabi` bin al-Khaitham menziarah `Alqamah,
adalah dia berada dalam jamaah yang dalam perjalanan ke masjid,
maka masuk ke dalam masjid perempuan, maka tidak memaling kepada mereka oleh
al-Rabi` hinggalah mereka keluar.
c) Bab Perempuan Sakit Diubati Lelaki dan Khadam
Yang Melihat Rambut Tuan Perempuannya (bab 60)
Daripada Thabit bin Dharwah berkata, ``Aku
keluar, tiba-tiba ada seorang perempuan
bersama kami yang patah pehanya, maka aku tidak membelatnya (membalutnya), kata
lelaki itu aku berjumpa dengan Jabir bin Zaid, maka aku menyebut perkara
tersebut kepadanya, maka katanya, ``Tidak patut engkau tidak memberi
pertolongan, bahawa dalam keadaan mencemaskan, sesungguhnya kalau engkat
membalut sakit patahnya, engkau mendapat pahala..
Memberitakan kami oleh Sa`id daripada
Thabit bin Dharwah daripada Sa`id bin Jubair berkata, ``Sampai kepadaku engkau
didatangkan dengan seorang perempuan yang patah, maka engkau tidak memberi
bantuan kepadanya, aku cadang diberi rawatan, tidak mengapa dengannya.
Daripada Hisham bin `Urwah bahawa dua
saudara perempuan bagi `Urwah, mengadu
yang tengkuk salah seorang daripadanya luka, atau sakit, maka dipanggil
`Urwah bagi mengubatinya
Kataku kepada Abi `Abdillah, seorang khadam
khas melihat kepada rambut tuan perempuannya, bagaimana ? Aku tidak kata bagi
Abi `Abdillah, Berlaku patah bagi seorang perempuan, adakah wajar dia mebelat
tangannya ? Dia berkata, ``Ini dalam keadaan dharurah. Dia tidak melihatnya
sengaja. Aku kata kepada Abi `Abdillah, membelat tanpa rasa salah. Kalau perlu
terpaksa membuka bahagian dada perempuan itu, katanya, kata Talhah dia diberi
ganjaran (pahala).
Maka kataku kepada Ibn Misraf. Dia kata
`Ya`., Kataku, `Apa yang engkau kata. Kataku, ``Ini dharurah, adalah tidak
mengapa.
Kataku kepada Abi `Abdillah,, perempuan
yang mengalami luka, terpaksa dibalik dari bawah baju, dikatakan kepada Abi
`Abdillah, sepatutnya dia tidak berhias, adakah dia terasing dari perempuan
yang lain ? Adakah di dalam keadaan khulwah menyebakan ditegah ? Dia berkata,
Adakah dia terang-terang berada di jalan ? Jawabnya , `Ya`. Katanya khulwah bermakna
berada di dalam rumah.
Ungkapan-ungkapan di atas adalah mengenai
hukum dan fatwa di dalam hubungan dengan Al-Imam Ahmad bin Hanbal. Perkara ini
sensitif, tetapi penting untuk maklumat.
Penulis sengaja menterjemah secara langsung
dan cuba mengelak dari melakukan tambahan dan perubahan, kerana takut lari dari
maksud. Perkara penting dibicarakan bahawa:
a) Perlu
menjaga dan mengawal makan
b) Terlihat perempuan ajnabi secara tidak sengaja
tidak dikira kesalahan, tetapi perlu segera dialihkan pandangan
c) Mengubati perempuan ajnabi diharuskan, kerana
dikira dharurat.
Semoga memberi faedah, bukan saja dari
aspek kewarakan, tetapi dari aspek hukum.
Sekian.
No comments:
Post a Comment