August 7, 2016

KALANGAN WARA` KEPADA MENYURUH MA`ARUF MELARANG MUNKAR


BBB, 03 Zulkaedah 1437 = 06 Ogos 2016 (Sabtu):
Dari  juz` dua yang difikirkan  mempunyai persoalan yang rapat dengan tema  wara` ialah:
1)      Kalangan Wara` (bab 62)
Menyebut Abu `Abdullah pada satu hari tentang Ibn al-Mubarak, maka katanya, ``Tidaklah mengangkatnya oleh Allah melainkan kerana takutnya kepadaNya. Katanya, ``Tidak ada yang dihasilkan oleh Khurasan seperti Ibn al-Mubarak dan tidaklah selepas Ibn al-Mubarak seperti Yahya bin Yahya.
Aku mendengar Salamah bin Sulaiman al-Maruzi, dia membaca kepada kami kitab `Abdullah, maka dikatakan kepadanya, `Katakanlah tentang Ibn al-Mubarak, maka berkata Salamah,
``Apabila dikatakan di Makkah, `Abdullah, maka dia ialah Ibn `Abbas.
Apabila dikatakan di Madinah, `Abdullah,  maka dia ialah  Ibn `Umar,
Dan apabila dikatakan di Kupah, `Abdullah, maka ialah Ibn al-Mubarak.``
Aku mendengar  Aba `Abdillah  berkata, ``Adalah Abu Tamilah berkata syair ini tentang Ibn al-Mu barak,
Di Marwi dia adalah kemegahan maka jadilah
Bumi Marwi seperti  peringkat  negeri dimegah.
Kataku kepada  Abi `Abdillah, adalah dikatakan kepada Ibn al-Mubarak. ``Bagaimana mengenali orang `alim yang sebenar ? Maka katanya, ``Yang zahid di dunia, lebih mengutamakan  perkara akhirat.`` Maka kata Abu `Abdullah, ``Ya, inilah yang aku mau katakan.``.
2)      Meninggalkan Setengah Yang Halal Kerana Takutkan Haram (Bab  69):
Aku mendengar Abi  `Abdillah berkata: Aku mendengar Ibn `Uyainah berkata: `Tidak menepati hakikat iman, sehingga seseorang itu menjadikan di antaranya dan di antara yang haram dinding daripada halal dan sehingga dia meninggalkan perkara dosa dan yang tashabbuh dengannya.
3)      Mewarisi Harta Shubhah  (Bab 70):
Ditanya Abu `Abdullah, daripada seorang yang mati dan meninggalkan harta dan adalah bapanya mengambil perhatian tentang urusannya yang disebutkan kepada Abi `Abdillah, maka setengah  anaknya mau mempastikan kebersihan harta warisan, maka ditanya dengan harta sebelum itu, yakni yang tidak bersih,. Maka dijawab tidak mengapa diwarisi dan jika dia mengetahui jika bapanya melakukan kezaliman terhadap seseorang, maka sayugialah dia memulangkan barang-barang atau hak terhadap ahlinya, dia tentu tahu kenalan bapanya.
4)      Mencium Tangan Sebagai Penghormatan (Bab 73)
Aku bertanya Aba `Abdillah tentang  mencium tangan, maka dia tidak melihat sebagai masalah jika atas tujuan agama  dan dia membencinya jika atas tujuan dunia.
Aku tanya Aba `Abdillah tentang mencium tangan, maka katanya, jika atas jalan keagamaan, maka tidak mengapa.
Sesungguhnya telah mencium Abu `Ubaidah tangan `Umar bin al-Khattab, tetapi jika di atas tujuan keduniaan, maka tidak wajar, melainkan seorang lelaki yang diancam dengan pedang  atau cemeti !
Daripada `Abdul Rahman bin Abi Laili, daripada Ibni `Umar bahawasanya ia mencium tangan Nabi s.a.w.
Daripada `Ali Ibn Thabit berkata: Aku mendengar Sufyan al-Thauri berkata, tidak mengapa dengannya (mencium) bagi Imam yang adil, tetapi dibenci dengan keduniaan.
5)      Tawadu` Dan Bimbang Perkara Yang Tidak Halal (Tashabbuh) (Bab – 80).
Dan  aku mendengar Aba `Abdillah berkata, ``Seorang lelaki membeli sesuatu dari tempat yang  dibenci (tidak bersih ), dia kembali, kemudian dia memulangkannya.
Sesungguhnya aku membeli sesuatu baginya, aku memberitahu kedudukannya, iaitu dibeli dari kebun pemilik yang tidak disukai (tidak jujur), maka mengembalikannya. Dia berkata, Engkau melakukan kebaikan dengan mengembalikannya secara baik.
6)       Melakukan Ma`ruf Dan Menegah Munkar (Bab 81)
Aku berkata kepada Abi `Abdillah, ``Bagaimana menyuruh membuat ma`ruf dan menegah dari  munkar ? Maka dia berkata, ``Ialah dengan tangan, dan dengan lisan dan dengan hati, dia adalah terlemah.``  Aku berkata, ``Bagaimana dengan tangan ?``, katanya, ``Engkau memisahkan antara mereka.`` Dan aku melihat Aba `Abdillah melalui satu kumpulan anak-anak yang belajar menulis bertumbuk  di kalangan mereka, maka dia memisahkan antara mereka.
Rumusan dan Kesimpulan
Jelaslah dari berbagai-bagai persoalan yang timbul dan dipaparkan di dalam tulisan di atas, bahawa Al-Imam Ahmad bin Hanbal sebagai seorang yang alim pada zamannya, beliau menjadi tempat rujukan bagi berbagai soalan. Beliau didatangai dan disoal termasuk di dalam majlis-majlis ilmu bersamanya dan beliau menjawab berdasarkan hukum secara jelas. Beliau bukan setakat bertaraf guru dan ulama`, bahkan sebagai mufti yang mengeluarkan fatwa. Bahkan beliau adalah Imam Madhhab – Madhhab Hanbali.
Sebenarnya tradisi menulis menurut kaedah Hadith terus berkembang pada zaman Al-Imam Ahmad bin Hanbal sehingga kata-kata `ulama turut sama dicatat mnenurut gaya Hadith. Dengan adanya tradisi menulis menurut gaya Hadith ini, banyak maklumat  berotoriti  yang dicatat, terutama dari ulama` dapat  diwarisi dan ianya menjadi bahan sejarah, dokumen berguna yang menjadi panduan bagi generasi seterusnya bagi berbagai bidang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment