BBB, 24 Ramadhan 1439H. = 9 Jun 2018M. (Sabtu):
Selepas adanya bidang-bidang keilmuan bahkan
ada kurikulum bagi setiap keilmuan , bahkan
juga adanya nama-nama kitab yang dapat dijadikan panduan dan kitab-kitab
yang disyorkan sebagai kitab yang menjadi teks pengajaran perkara yang paling
penting ialah guru-guru yang hendak mengajar bidang-bidang berkenaan. Sepintas
lalu memang dapat dikatakan mudah untuk mendapat guru-guru berkenaan, kerana
Bangi, khususnya Masjid Al-Umm berada di tengah `Lubuk Ilmu`. Hubungi saja
mana-mana universiti atau kolej Universiti yang mempunyai pengajian Islam dan
dapat ditawar atau mohon kerjasama dari pengajian-pengajian tinggi berkenaan
untuk mendapat tenaga pengajar. Terbaik ialah membuat OMU dengan
pengajian-pengajian berkenaan.
Namun dari segi realiti tidak mudah
sebagaimana dijangkakan. Sememang pada
awal kita mengharap dapat kerjasama dari universiti-universiti yang ada
pengajian Islam atau institusi yang mempunyai kaitan dengan Islam, tetapi tidak
mudah mendapat tenaga yang diharapkan. Pengalaman yang kita alami, bahawa
mereka ini orang-orang yang sebok, walaupun jadual pengajaran untuk mereka yang
asalnya disetujui, tetapi tidak berjalan, oleh kerana, mereka tidak hadir
mengikut jadual yang disusun. Ada antara mereka yang jadual pengajaran ada ,
tetapi tidak pernah menghadirkan diri.
Dari satu segi kita berusaha mendapat tenaga
pengajar yang popular dan sering mendapat slot di dalam rancangan keagamaan di
tv. Risikonya memilih guru-guru popular ini, sebagaimana kalangan pensyarah,
tetapi mereka ini lenih sebok, meraka ketiadaan masa dan hanya dapat hadir
sekali sekala sahaja, kerana tenaga
sedemikian ramai di booking oleh berbagai pihak. Berbanding dengan Masjid
Al-Umm yang kecil dan hanya dapat menyediakan elaun yang kecil, tentulah kurang
tarikan untuk di datangi.
Pada akhirnya lebih baik kita mengambil guru-guru
biasa yang mempunyai pengajaran di masjid-surau. Dengan kategori seperti mereka
mudah berurus dan mendapat kerjasama untuk mengajar, walaupun dengan
imbuhan yang agak kecil bagi setiap
pengajaran. Guru-guru biasa dari luar juga mudah dijemput bagi mengisi
program-program sambutan seperti Maulid al-Rasul, Isra` Mi`raj, Nuzul al-Qur`an
dan sebagainya. Kadang-kadang mereka lebih hebat walaupun tidak terkenal.
Tenaga pengajar yang memberi kerjasama ialah
guru-guru dari masjid-masjid. Antara guru yang memberi kerjasama ialah dari
Masjid Al-Hasanah. Ramai daripada mereka mengajar berkait dengan Al-Qur`an, iaitu:
1) Ustaz Napiah Sahrani
mengajar Tadabbur Al-Qur`an
2) Ustaz Dr. Abdul Wahab bin Mohd. Salih Tafsir Al-Qur`an
3) Ustaz Idris Muhammad - Petikan ayat-ayat Al-Qur`an
4) Ustaz Jazam bin Kasdiran mengajar Tajwid
Al-Qur`an.
Terdapat dua tokoh pengajaran Al-Qur`an bukan
dari Masjid Al-Hasanah dapat datang sekai-sekala, iaitu:
Ustaz Dr Lukman Ibrahim & Ustaz Tarmizi Abdul Rahman yang mereka berdua membimbing bacaan Al-Qu`an.
Manakala Imam Muhammad Rahmat bin Abdul Halif
dari Masjid Al-Umm mengajar Tahsin Qirat al-Qur`an dan Ustazah Mu`minah bt.
Yusoff dari Masjid al-Umm mengajar
Qira`at dan Tajwid al-Qur`an.
Guru dalam bidang pengajaran lain ialah:
1) Ustaz Wan Ali Wan Jusoh dari UTM mengajar tasawuf
2) Ustaz Hashim Nawawi dari Surau Damai mengajar fiqh
3) Ustaz Ahmad Hasbullah Surau Damai/Masjid Al-Umm bidang Manhaj al-Fiqh
4) Ustaz Rashid
guru jemputan bagi kumpulan muslimat – Bidang Hadith
5) Dr. Ideris Endut dari Masjid Al-Falah, Sungai
Ramal Dalam dalam bidang Dakwah
6) Ustaz Ghazali Nawawi dari Surau Damai dalam budang Tasawwur Islam
7) Dr. Shafie
Abu Bakar dari Masjid Al-Umm bidang
akidah.
Demikianlah guru-guru yang mengajar di Masjid
Al-Umm. Kebanyakan mereka mengajar waktu antara maghrib dengan Isya`.
Bidang yang diajar kelihatan tidak seimbang,
lebih banyak di dalam bidang Al-Qur`an. Tetapi ini yang dikehendaki oleh
pengaji-pengaji.
Insya Allah kekurangan di dalam bidang-bidang
yang lain akan diperbaiki.
Sekian.
No comments:
Post a Comment