BBB, 20
Ramadhan 1439H. = 05 Jun 2018M.
Aturan atau yang bermakna seumpama dengannya seperti undang-undang, anekmen dan sebagainya adalah baik. Dengannya
dapat diatur dan menjadi panduan bagi tadbiran. Anekmen Masjid (2017) adalah
menjadi panduan bagi pentadbiran sesebuah masjid, juga surau. Dengannya
pentadbiran sesebuah masjid dapat diselaraskan dan tidak menjadi kacau dan
bercelaru.
Masjid Al-Umm yang baru digunakan dan masih di
dalam tadbiran Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan sememangnya dari
awal menjadikan anekmen Masjid sebagai bahan rujukan seperti dengan mewujudkan
kakitangan yang perlu ada sebagaimana di dalam peraturan Masjid. Kita juga
dapati adalah lebih efektif, sekiranya ditubuhkan jawatan-kuasa-jawatan-kuasa
bagi bidang-bidang yang utama seperti ibadat dan pendidikan dan sebagainnya,
sebab itu sebagaimana telah kita bincangkan, lima bidang utama telah ditubuhkan
dengan mengikut judul-judul sebagaimana di dalam anekmen. Kita berpendapat
dengan mengikut langsung judul-judul jawatankuasa sebagaimana di dalam anekmen,
memudahkan apabila penubuhan jawatankuasa kariah dan pentadbir masjid, maka diserahkan pentadbiran masjid kepada
jawatankuasa yang dipilih oleh ahli kariah. Kita mengganggap ini adalah sesuatu
yang logik dan tidak bercanggah dengan kehendak pihak atasan dan bagi
kepentingan masjid. Dan tidak perlu bertanya kepada pihak berkuasa. Walau
bagaimana ada ahli jawatankuasa yang bertanya perkara ini kepada pihak berkuasa agama daerah dan kita
terkejut dan nenganggap sesuatu yang illogikal, apabila diberitahu, bahawa oleh
kerana Masjid Al-Umm belum lagi berdaftar, maka ianya tidak boleh menubuhkan
jawatankuasa yang dikenali dengan biro-biro sebagaimana di dalam anekmen masjid
itu. Dengan jawapan ini kita menjadi keliru dan mempersoalkan dari segi logik
melarang dari mengikut judul-judul bagi biro-biro sebagaimana di dalam anekmen
berkenaan. Kita juga menyoal mengapakah dibuat pertanyaan dan adakah bijaksana
berbuat sedemikian tanpa diminta oleh pihak Ahli jawatankuasa dan
ianya menimbulkan masalah. Di dalam hal ini mengingatkan kita pada firman Allah
yang bermaksud:
``Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu
bertanya sesuatu yang jika didedahkan kepada kamu menyusahkan kamu.``
(Al-Ma`idah: 101).
Adalah kita dapati perlunya ada
jawatan-jawatan kuasa sebagaimana disebutkan. Oleh kerana jawapan di atas
secara larangan, bagaimana mau mentadbir tanpa jawatankuasa ? Lantaran itu, maka kita secara kreatif dan ikhtiar menukarkan nama-nama biro kepada
nama jawatankuasa kecil, iaitu:
Jawatankuasa Kecil Ibadat dan Pengajian
Jawatankuasa Kebersihan dan Kreasi
Jawatankuasa Kecil Kewangan
Jawatankuasa
Kecil Pemuda
Jawatankuasa Kecil Muslimat
Kandungan, fungsi dan kegiatan disesuaikan
dengan realiti Masjid Al-Umm.
Baik Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan
Pengimarahan Masjid, Jawatankuasa Kecil dan berbagai-bagai lagi adalah
mekanisme bagi memajukan masjid. Ianya adalah matlamat utama bagi penubuhan
jawatan-jawatankuasa.
Namun jangan jadi sindrom pentadbiran
menenggelamkan matlamat, lebih-lebih lagi jangan jadikan pentadbiran yang seharusnya diikuti secara ketat sebagai
robot yang hilang dari daya kreativiti dan inovasi. Sesungguhnya berapa banyak
sindrom tadbiran menjadi sebagai kilang
cetak yang mengeluarkan pentadbir-pentadbir sebagai robot yang menurut pola
yang sama dari generasi ke generasi dan tidak boleh diharapkan dari mereka
sesuatu yang baru, kreatif dan segar.
Namun dari satu segi yang menjadi kita keliru
di samping larangan dari menurut pola yang ada, ada ketakutan dari
berkreativiti dan berinovasi. Bercanggah dari konsep kehendak, ijtihad, ikhtiar
dan tawakkal yang harus ada dari segi
Takmilah hingga diri menjadi takut misalnya untuk mengambil inisiatif memilih
para imam dengan biayai jama`ah, sehingga pegawai tidak mau melibatkan diri menginterview
calon-calon, bahkan mengkritik kreativiti dan inovasi dari segi pemilihan,
misalnya dengan menjemput para bakal imam menjadi imam di Masjid al-Umm sebelum
mereka dipanggil untuk diinterview, jika kita fikir berkelayakan. Ia lebih
efektif dari dipanggil interview dan dipilih berdasarkan jawapan lisan.
Sesungguhnya dengan menjemput menjadi imam separuh dari persoalan mendapat jawapan.
Di dalam hal ini peraturan dan anekmen adalah
penting yang seharusnya tidak disekat dari dicontohi, tetapi matlamat, objektif
dan natijah dari aturan itu adalah lebih penting. Misalnya adanya aturan dan
anekmen begitu indah adalah ibarat pagar yang dibuat sekeliling kawasan begitu indah dan kukuh, tetapi tanpa
matlamat, objektif dan natijah, ia ibarat pagar yang ditengahnya kosong atau
dipenuhi semak samun yang tidak memberi hasil. Anekmen dan aturan masjid dan
surau seharusnya bermatlamat:
·
Bagi
mewujudkan melalui masjid satu masyarakat Islam harmoni yang memahami Islam dan patuh beribadat
berdasarkan pengajian yang antaranya di terima di Masjid berkenaan.
Manakala objektif:
·
Menjadikan
masjid pusat ibadat dan pengajian
·
Masjid
mempunyai pentadbir yang berwibawa.
·
Mengwujudkan
pengajian-pengajian yang bersesuaian (beri pengajian dan kurikulum yang
ditawarkan)
·
Mempunyai Imam-Imam
dan Guru-Guru murshid
·
Masjid pusat
tarbiah semua peringkat
Dan objektif-objektif lain.
·
Naijahnya
masjid sebagai pusat cemerlang bagi ahli
kariah.
Masjid mentakmilah masyarakat dengan didikan
keilmuan akli, rohani dan amali serta mentransform
masyarakat kepada kehidupan berkualiti yang hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment