BBB, 13
Syawal 1439H. = 28 Jun 2018M. (Khamis):
Plan adalah prototype bagi pembinaan. Plan
menjadi panduan bagi pembinaan. Sekecil mana bangunan sebelum didirikan,
kalaupun tidak dilukis atau digaris terlebih dahulu, sekurang-kurangnya ada di dalam minda rangka plan yang hendak
didiri atau dibangunkan. Bangunan yang
lebih teratur dan yang lebih selamat perlu plan yang dihasilkan oleh
juru plan atau arkitek yang berwibawa. Jika bangunan mau dibina di dalam kawasan perbandaran atau taman perumahan plan
perlu, bahkan wajib diluluskan oleh pihak perbandaran. Ini bertujuan:
a) Menjaga keselamatan bangunan. Misalnya tidak
runtuh kerana struktur bagunan tidak betul.
b) Mendapat bekalan letrik dan air secara betul dan
selamat.
c) Mempunyai sistem perparitan yang betul hingga
tidak banjir atau longkang tidak mengalir
d) Mempunyai jalan keluar-masuk yang teratur dan
selamat, termasuk semasa kecemasan bagi laluan bomba
e) Tidak berada di dalam kawasan terlampau sesak
hingga mengganggu ketenteraman dan kesihatan.
f) Dan berbagai lagi.
Bagi sebuah masjid mesti mempunyai keperluan-keperluan
khusus lantaran ianya institusi yang melibatkan pemerintah/pentadbir dan orang
ramai. Antara keperluan ialah:
a) Tapak yang jelas kebenaran milik masjid yang
diluluskan pihak berkuasa
b) Mendapat kebenaran dari pihak berkuasa bagi
mendirikan masjid
c) Mempunyai keluasan yang sesuai bagi sebuah masjid
d) Berada pada lokasi yang sesuai untuk dikunjungi
jamaah dan orang ramai
e) Pembinaan adalah dari hasil yang halal sepertidana
dari orang ramai dan dari pihak berkuasa
f) Mempunyai ciri keselamatan dan keperluan
sebagaimana dibincangkan pada bahagian kelompok
pertama atas.
Masjid Al-Umm yang dicadangkan untuk pembinaan
tidak terkeluar dari dua kelompok syarat-syarat di atas, bahkan banyak lagi
keperluan yang dapat ditambah bagi pembinaan Masjid Al-Umm, segala keperluan
dan syarat-syarat di atas adalah merupakan pra-syarat dan asas bagi pergerakan
dari segi kualiti menuju Takmilah bagi pembinaan. Antara perkara yang
diharapkan dari pembinaan:
a) Walaupun disedari tapak bagi Masjid Al-Umm amat
terhad dari segi keluasannya, tetapi ini hanya yang ada tapak bagi masjid
selepas Masjid Al-Hasanah di Bandar Baru Bangi dan mendapat kelulusan dari segi
gezet tanah dan kebenaran dari pihak JAIS bagi mendirikan masjid – Masjid Al-Umm.
b) Tapak masjid berada pada lokasi strategik, berada
ditanah tinggi di tengah-tengah kawasan Bandar Baru Bangi. Masjid hendaklah
bersesuaian dengan kedudukan strategiknya.
c) Sesuai dengan kedudukannya, Masjid Al-Umm kelak
hendaklah masjid yang seboleh-bolehnya Takmilah dari segi seni binanya
d) Bagi mencapai sebolehnya Takmilah dari segi
senibinanya, maka plan bagi Masjid Al-Umm hendaklah dihasilkan secara terbaik dan
diluluskan oleh pihak berwibawa (Perbandaran) untuk menjadi prototype bagi
pembinaan fizikal Masjid Al-Umm.
e) Masjid Al-Umm hendaklah mendapat sokongan dana
dari jamaah dan penduduk dan mereka adalah bersyukur dengan kejayaan pembinaan
dan mesra mengimarahkannya.
Dari segi amalan kebiasaan, sesebuah bangunan
yang mau didirikan seharusnya mendapat kelulusan plan dari pihak perbandaran
atau pihak berkuasa dan dari plan inilah pihak kontrektor mengikuti sepenuhnya
hingga siap bangunan dan pihak berkuasa yang dipohon mendapat kebenaran
menggunakan bangunan (untuk mendapat CCC) akan membuat penilaian bagi kelulusan
berdasrkan kepada plan yang telah diluluskan sebelum ini, jika ia menepati
dengan spesifikasi plan asal, ianya akan diluluskan, tetapi jika tidak, maka
ianya perlu membaiki dan mematuhi keperluan yang dikehendaki sebelum mendapat
kelulusan.
Bagi Masjid Al-Umm ada plan asas bagi
peringkat permulaan disediakan oleh Ar. Tuan Haji Raja Fuaddin bin Raja Ahmad
dari Arkitek URUSBINA yang beribu pejabat di Perlis. Plan awal adalah bersifat
permulaan danbelum sempurna, ianya
digunakan bagi Majlis Pelancaran Dana bagi Masjid Al-Umm pada 19 Mei
2012 berhampiran dengan Tapak Masjid Al-Umm.
Plan masjid Al-Umm yang dibaiki dan belum
sempurna ini juga dipamerkan pada Majlis Pecah Tanah bagi Masjid Al-Umm yang
dilakukan oleh Dato` Menteri Besar Selangor pada masa itu, pada 6 Januari 2013
juga di hadapan Tapak bagi Masjid Al-Umm.
Namun plan permulaan ini menjadi asas
perbincangan yang memakan masa yang agak
lama dan plan asas dan perubahan yang berlaku terhadapnya menjadi panduan bagi
pembinaan Masjid Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment