BBB, 25
Ramadhan 1439H. = 10 Jun 2018M. (Ahad):
Hasrat menjadikan Masjid Al-Umm sebagai Pusat
Ibadat dan Ilmu, memang menjadi tujuan dari awal Masjid mau didirikan dan
pernah disebut, bahawa hasrat mendirikan Masjid Al-Umm salah satu daripadanya
sebagai pemangkin bagi Bangi Bandar Ilmu. Jika dilihat pada rekabentuk fizikal
bagi Masjid Al-Umm, ialah bagi memenuhi hasrat untuk bagi memenuhi fungsi sebagai Pusat
Ibadat dan Ilmu.
Ruang tempat ibadat – maksud bagi solat, iaiah
dengan menyediakan ruang utama pada paras utama, termasuk serambi kanan dan
kirinya, juga ruang bagi solat muslimat pada aras satu. Di tempat ini
dijalankan – selain dari solat, ialah pengajian Al-Qur`an,
pengajaran-pengajaran berkitab, ceramah dan tazkirah. Pada ruang legar pada
bahagian permulaan masuk kepada aras
utama masjid, sebenarnya boleh diadakan majlis-majlis ilmu seperti seminar dan
berbagai sambutan keislaman seperti Maulid al-Rasul, Isra` Mi`raj, selain di
sini menjadi ruang iftar dan bersahur secara berjama`ah.
Pada bahagian aras satu, dikanan ruang solat
muslimat terdapat bilik mesyuarat yang juga boleh digunakan untuk berbagai
wacana ilmiah. Pada bahagian kiri terdapat Dewan Seminar. Jika peserta ramai
dibuka ruang tengah seminar menjadi satu ruang dan jika jumlah tak ramai,
dibuka satu ruang sahaja untuk seminar atau sebarang wacana ilmiah. Pada
bahagian belakang dari Dewan Solat Muslimat, terdapat dua bilik kuliah untuk menyampaikan pengajaran.
Di samping dua buah lagi bilik, satu daripadanya untuk bilik
sumber/perpustakaan/IT dan bilik Tahfiz. Sebuah lagi dewan yang digunakan bagi
konvensyen keilmuan ialah Dewan Konvensyen Bawah Tanah yang dapat dihadiri oleh
ribuan jemputan seperti konvensyen keilmuan atau berbagai persidangan dan
pertemuan yang ruang-ruang ini terbuka untuk ditempah bagi disewa. Ruang-ruang
seminar, konvensyen, kuliah dan sebagainya disediakan untuk berbagai-bagai
pengajian yang dapat diadakan di tempat yang sesuai dan selesa. Persediaan pengajian menurut kesesuain orang
ramai dari segi penyampaian keilmuan-keilmuanm yang bersesuaian, misalnya bagi
orang ramai, muslimat, anak-anak dan kalangan intelektual,
Bagi menjalankan kegiatan bersifat
akademik sesuai dari kalangan penduduk
yang ramai terdiri dari kalangan akademician, maka selepas menggunakan Masjid Al-Umm 16 Disember
2017 turut dianjurkan bersama-sama pengajian yang lain ialah Siri Seminar
Bulanan Masjid Al-Umm. Caranya pihak jawatankuasa seminar memilih satu tema
yang akan diwacanakan untuk satu tempoh tertentu. Tema yang pertama mengenai
masjid. Pembentang-pembentang kertaskerja mengenai tema-tema masjid dijemput untuk dibincangkan dalam seminar.
Setakat ini sehingga bulan Ramadhan (Dari
Disember 2017 hingga Ramadhan 1439, Jun 2018, pihak Masjid telah berjaya
menganjurkan empat kali seminar bertemakan masjid. Seminar-seminar berkenaan
ialah:
1. Judul Seminar
Masjid Memartabatkan Masyarakat: Rujukan
Masjid Al-Umm
Pembentang:
Prof Dato` Dr. Abdul Halim Tamuri – Rektor Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) yng juga sebagai Penaung Masajid Al-Umm.
Pengulas:
Dr. Tajul Afiffin Noordin Mantan
YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Selangor
Tarikh: Sabtu:
3 Februari 2018 = 17 Jamadil Awwal 1439.
Tempat: Bilik Seminar Masjid Al-Umm
Masa: 9.30 hingga 12.00 tengahari.
2. Judul Seminar:
Enakmen Dan Masjid Sungai Ranal Dalam
Pembentang:
Dr. Ideris Endut – Timbalan Nazir Masjid Sungai Ramal Dalam.
Pengulas: Ir. Haji Ishak Haji Arshad –
Pengerusi Teknikal Masjid Al-Umm.
Tarikh: Sabtu 24 Februari 2018 = 08 Jamadil
Akhir 1439.
Tempat: Bilik Seminar Masjid Al-Umm.
Masa: Jam 9.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari
3. Judul Seminar:
Masjid Pencetus Peradaban Ummah
Pembentang: Prof. Emeritus Dato` Dr. Mohd
Yusof Othman Pengarah Institut Islam
Hadari –UKM
Pengulas: Prof. Emeritus Dr. Azimi Hamzah,
Fakulti Pendidikan UPM.
Tarikh: Sabtu 31 Mac
2018 = 13 Rajab 1439
Tempat: Bilik Seminar Masjid Al-Umm
Masa:
9.30 pagi hingga 12.00 tengahari
4. Tajuk Seminar
Falsafah Dan Seni Bina
Pembentang: Dr. Ar. Mastur Surat dari Jabatan
Seni Bina, UKM.
Pengulas: Yang Mulia Ar. Tuan Raja Fuaddin bin
Raja Ahmad
Tarikh:
28 April 2018 = 12 Sha`ban 1439
Tempat: Bilik Seminar Masjid Al-Umm.
Masa: 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Seminar amat berjaya. Biasanya dihadiri oleh
antara 80 hingga 30 peserta.
Kertas-kertas kerja akan dibukukan dan akan
diterbitkan.
Seminar seterusnya akan berkangsung selepas
raya Idul Fitri 1439H. insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment