June 5, 2018

TAKMILAH: BERDASARKAN ILMU DAN LOGIK


BBB,  19 Ramadhan 1439H. = 04 Jun 2018M. (Isnin):
Konsep Takmilah yang dinamikanya sentiasa menggerak diri dan apa yang diamal dan dihasilkan hendaklah sentiasa bergerak dan meningkat dari segi kualiti ke arah titik tertinggi di bawah bayangan Kamal (sifat Yang Maha Sempurna) ke tahap yang diistilahkan `Takmilah`.
Mekanisme ke arah Takmilah berbagai-bagai, antaranya:
1)      Ilmu             2) Logik – Berperaturan   3) Matlamat   4) Objektif   5) Ikhtiar
       6)    Tawakkal    7) Do`a     8) Sabar    9) Syukur   10) Redha
Mengaplikasikannya kepada usaha dari pembinaan hingga kepada pengimarahan Masjid Al-Umm, ialah
melalui ilmu (termasuk pengalaman).
Aspek ini jelas dan tak perlu dibicarakan dengan panjang lebar. Baik berada pada Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, dari kalangan arkitek dan juga dari kalangan kontrektor, mereka adalah kalangan mereka yang berilmu dan berpengalaman di dalam bidang masing-masing. Kombinasi dari berbagai-bagai keilmuan ini menjayakan pembinaan Masjid Al-Umm. Ilmu secara luas adalah merangkumi segala tahap dalam penujuan Takmilah.
Bergerak kepada pengimarahan, maka bagi menggerakkan aktiviti seperti di Masjid Al-Umm memerlukan panduan aturan yang dapat diikuti. Di dalam hal ini enakmen Pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor adalah merupakan peraturan yang disediakan oleh pihak JAIS (Bahagian Masjid) dan adalah logik bagi Masjid Al-Umm mengikutinya, bahkan apabila masjid Al-Umm di bawah JAIS ia adalah peraturan yang seharusnya diikuti oleh Masjid Al-Umm.
Dalam keadaan Masjid Al-Umm telah digunakan, adalah sesuatu yang logik bagi Masjid Al-Umm mengikutinya, apa lagi aturan-atauran yang disusun adalah perkara yang lazim bagi amalan bagi mengimarahkan masjid. Misalnya melantik  pegawai-pegawai masjid dari imam, bilal, siak, pekerja pembersihan,  tukang kebun dan pengawal keselamatan. Selain dari jawatankuasa Pembangunan dan pengimarahan, terdapat Setiausahakerja an kerani pentadbiran dan kewangan.
Dalam melicinkan perjalanan pihak pengerusi melihat di dalam Enakmen Masjid dan Surau Bahagian VI (43(1), bahawa boleh dilantik sebanyak 10 biro atau ditambah jika perlu.  Biro-biro berkenaan ialah:
1)      Dakwah dan Pendidikan
2)      Kebajikan dan kemasyarakatan
3)      Keceriaan dan penyelenggaraan
4)      Pembangunan dan keselamatan
5)      Ekonomi dan harta wakaf
6)      Khairat kematian dan tanah perkuburan
7)      Nahi mungkar
8)      Hal  Ehwal wanita
9)      Hal Ehwal Belia dan riadhah
10)   Khidmat Nasihat dan kaunseling.
Bagi melicinkan pentadbiran dan perjalanan Masjid, maka berikut dari penggunaan Masjid, maka secara bertahap ditubuhkan biro-biro yang penting, iaitu lima dari biro-biro tersebut, iaitu:
1)      Biro dakwah dan pendidikan
2)      Keceriaan dan penyelenggaraan
3)      Ekonomi dan harta wakaf
4)      Hal Ehwal Wanita
5)      Hal Ehwak Belia dan riadhah.
Kelima-lima aspek adalah difikirkan penting  bagi menggerakkan kegiatan masjid dan menjaga kepentingan jama`ah. Sesungguhnya penubuhan biro-biro berkenaan adalah penting dan adalah difikirkan tidak perlu untuk melaporkan kepada pihak PAID. Adalah dijangka dengan penubuhan biro-biro berkenaan memudahkan perjalanan bagi jawatankuasa yang dipilih kelak menjalankan pentadbiran. Penubuhan biro dilakukan mulai dari Januari 2018 dan ditambah dengan biro-biro secara bertahap  hingga menjadi 5 biro, melicinkan perjalanan. Keadaan ini berterusan sehingga beberapa bulan. Dalam perancanaan  dijangka akan ditubuhkan beberapa biro lagi seperti Kebajikan dan Kemasyarakatan, tetapi timbul gangguan yang tidak disangka-sangka, bersifat anti logik  dan penubuhan terpaksa ditangguhkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment