June 8, 2018

KRITIK TERHADAP IMAM TUA - TERIMA IMAM MUDA



BBB, 22 Ramadhan 1439H. =  07 Jun 2018M. (Khamis):
Sebagaimana disebutkan sebaik Masjid Al-Umm digunakan berikutan dengan sambutan Maulid al-Rasul pada 27 Rabi`ul-Awwal 1439H. bersamaan 16 Disember 2017, maka imam-imam dari Surau Al-Umm dan Surau Damai bertugas sebagai imam-imam bagi solat lima waktu (Imam Shafie, Anas dan Ahmad). Sebenarnya sebaik penggunaan Masjid Al-Umm, kakitangan yang telah diinterview sejak tahun 2015 dan dipilih, kerana jangkaan masjid dapat digunakan pada Ramadhan tahun tersebut, maka berikut dengan penggunaan masjid, maka imam yang telah dipilih pada masa itu, iaitu Ustaz Nabil Fikri – Beliau pernah bertugas di masjid di Puncak Alam, dipanggil untuk memulakan tugasnya di Masjid Al-Umm. Selepas dipilih beliau pernah dijemput menjadi imam pada dua kali Ramadhan di Surau Al-Umm. Agak mendukacitakan apabila dipanggil pada kali ini sebagai memulakan jawatan imamnya, beliau memaklumkan, tidak dapat menerima jawatan Imam yang ditawarkan. Ini ialah kerana beliau telah  menerima jawatan `Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS).
Berikutan dari penolakan itu pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm terpaksa membuka  iklan baru bagi jawatan Imam di Masjid Al-Umm. Pada masa yang lebih kurang sama, seorang kerani Kewangan Masjid Al-Umm (Saudara Marzuki)  juga menarik diri dari jawatan sementaranya. Ini bererti terdapat dua kekosongan kerja di Masjid Al-Umm. ( Imam atau imam-imam) dan Kerani Kewangan.
Namun dalam masa pihak masjid bersedia untuk mengiklankan kekosongan jawatan, timbul kritik dari kalangan jama`ah tentang imam (kita namakan Imam Tua) yang menjalankan tugas secara sukarela. Pihak yang mengkritik ini telah membuat nota yang dimasukkan ke dalam tabung  derma masjid pada malam Juma`at  9 Februari 2018 bersamaan 23 Jamadil Awwal 1439. Catatan nota berkenaan adalah:
``Mohon dan sangat berharap,
Imam masjid ini yang jelas sebutan
Dan bacaan di dalam solat. Infrastruktur
First class, tetapi imam  third class.
Moga ada tindakan.
Ahli jama`ah maukan imam yang lebih muda yang lebih standard, berbanding dengan imam-imam yang sedang berkhidmat yang bacaan mereka tidak standard – atau tidak betul dari segi bacaan ?
Dengan adanya kritik ini,maka  iklan bagi mendapatkan imam-imam khususnya bagi persediaan bagi Ramadhan 1439 makin disegerakan.
Iklan bagi pemohon-pemohon ditutup pada akhir Februari 2018.
Pada  8 Mac 2018 Jawatankuasa pemilihan telah mengadakan pertemuan meneliti dan menilai pemohon-pemohon. Seramai 17 orang membuat permohonan dan 12 daripada mereka dipanggil untuk diinterview. Interview dijalan selama 2 hari, ia-itu pada 12 & 13 Mac 2016. Namun sebelum tiba tarikh interview sebahagian besar daripada mereka datang menjadi imam maghrib atau isya`, bahkan solat subuh. 3 orang tak datang kerana jauh, dari Johor Baru dan Kuantan dan seorang yang lain tak  datang.
Daripada 12 disenarai pedek yang dikirakan layak menjadi imam. Pada jangkaan untuk mengambil dua imam. Dari keputusan yang dibuat, diambil dua imam dan seorang imam tamu (kerana mempunyai kerja tetap dan menawarkan diri menjadi imam yang kita namakan (Imam Tamu).
Imam yang diterima ialah:
1)      Imam Muhammad Rahmat bin Abdul Haliff (35)
2)      Imam Ghazi bin Suratman (25 ) menggantikan Muhammad Nasir bin Mursal (25)
3)      Imam Mohamad Ikhsan bin Ramli (30) – Imam Tamu.
Adapun kerani dua datang temuduga. Seorang adalah kerani dari Masjid Teras Jernang. (Tidak diambil, sudah bekerja di Masjid R Teras Jernang, maka diterima kerani
Mohd Saufi bin   Safi bin  Safe Al-Shafee  (37).
Mereka semua mula berkhidmat mulai awal April 2018.
Sekian.

No comments:

Post a Comment