BBB, 15
Syawal 1439H. = 29 Jun 2018 (Juma`at):
Mesyuarat bagi Penubuhan jawatankluasa Teknikal diadakan pada
14 Ogos 2012 di Pejabat Persatuan
Penduduk Bandar Baru Bangi. Maka dengan adanya Jawatankuasa Teknikal perbincangan
mengenai plan lebih mendalam selepas Jawatankuasa Teknikal mengadakan mesyuarat
pertamanya pada 8 Januari 2013 (Selepas Perasmian Tapak pada 6 Januari 2013)
yang juga dipamerkan plan pembinaan Masjid Al-Umm yang ditambahbaikan. Berikut
dari itu dilantik para consultants menganggotai Mesyarat Teknikal berkenaan. Mereka terdiri dari:
1. Ir Haji Ishak bin Arshad, Pengerusi Teknikal
2. Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad – Arkitek Urusbina
Sdn. Bhd.
3. Ir. Mohd Safari Ahmad – Tetuan Safari Engineering
Sdn. Bhd.
4. Mohd. Ashri Yusuf – Tetuan May Consult
5. Haji Marzuki Che Omar – Tekad Nusantara
(Kontrektor )
6. En. Abdul Razak Abdul Rahman – Tekad Nusantara (Wakil
Kontrektor)
7. Ir. Haji Ghazali Hussin – Teknikal Al-Umm
8. Perunding Azfar – Mechanical and Electrical
·
Consultant
berkhidmat sebelum Masuk Tapak (10.12.2013), iaitu sejak Mac 2013, selepas Pecah Tanah (6 Januari 2013).
Mereka ini pada awal bermesyuarat bersama
dengan Jawatankuasa Induk (Pembinaan ), tetapi selepas ditubuhkan Jawatankuasa
Teknikal, Jawatankuasa Teknikal ini kemudiannya mengadakan mesyuarat bulanan
lebih awal (biasanya seminggu) membincangkan perkara-perkara teknikal dan
kemudian melaporkannya kepada JawatanInduk Pembinaan untuk kelulusan atau
sebaliknya.
Adalah dihasratkan bahawa selepas upacara
`Pecah Tanah` pada 6 Januari 2013, maka pembinaan fizikal Masjid Al-Umm hendaklah
dilakukan dalam tempoh setahun dari masa tersebut. Dua fokus utama
dibincangkan, terutama dalam mesyuarat teknikal yang turut sama dihadiri
beberapa Ahli jawatankuasa Induk ialah usaha bagi menyiapkan plan untuk
diangkat kepada MPKj bagi kelulusan, selewat-lewatnya pada pertengahan 2013.
Tanpa kelulusan plan pembinaan fizikal tidak dapat dijalankan. Dan perkara yang
juga penting dan dibincangkan terutama dalam jawatankuasa Induk ialah bagi
mendapatkan dana bagi pembinaan.
Berhubung dengan plan adalah dibincangkan terhadap
plan cadangan oleh Urusbina yang pada asalnya adalah disifatkan sebagai biasa.
Menurut Ar. Tuan Raja Fuaddin dalam
Seminar Bulanan Masjid Al-Umm bagi bulan April 2018, bahawa sebagai arkitek, pantang baginya dan yang lain meniru, apa yang
dihasilkan adalah asli. Walau bagaimana sebagaimana telah dibincangkan, bahawa
tiap yang datang kemudian tidak dapat lari dari membawa identiti yang telah
sedia terbina sebelumnya. Ertinya identiti masjid telah terbina dan dikenali,
mereka yang datang sedikit sebanyak mengambil identiti yang sedia ada dengan
tambahan kreativiti dan inovasi, jika ada, jika ianya menyimpang 100% dari
identiti yang telah terbina, kemungkinan ianya tidak dikenali sebagai sebuah
masjid.
Di dalam hal ini plan awal yang disediakan
oleh Urusbina Sdn. Bhd. Adalah:
Masjid dua tingkat yang keluasan lantainya 4,3
17 meter persegi yang dijangka dapat memuatkan 3,000 jama`ah.
Pada bahagian hadapan binaan bermula dengan
pintu gerbang masuk ke ruang legar yang luas terbuka bagi kegunaan berbagai
fungsi. Sebelah kanan gerbang ialah sebuah menara, demikian juga sebuah menara lagi
pada bahagian kiri. Masuk ke ruang legar, di kanan ada ruang pejabat dengan
kawasan wudhu` dan toilet pada sebelah kanan. Demikian sebelah kiri ada ruang
pejabat dengan ruang wudhu` dan toilet untuk kawasan perempuan. Naik ke atas
ada kawasan solat utama dengan pada bahagian kanan ada serambi di kanan dan
juga dikiri. Pada bahagian kanan dan kiri ada pintu untuk keluar masuk
sebagaimana sebelah kanan.
Ruang solat utama ini terbuka luas dan lawas,
kerana pada bahagian atasnya tinggi dengan kubah di atasnya. Pada bahagian
hadapan agak menarik. Pada bahagian ini
ada mihrab dan dan mimbar dengan bahagian kanan dan kiri bilik imam.
Satu tingkat diwujudkan ialah pada sebahagian
separuh ke belakang dari ruang utama. Ianya ialah untuk ruang muslimat yang
dapat memuatkan 500 jamaah.
Pada bahagian atas ialah atap yang sesuai dengan
kawasan iklim setempat yang hujan panas dan tidak menggunakan konsep sutuh
sebagaimana masjid-masjid di Asia Barat.
Oleh kerana Masjid Al-Umm berada di tepi
bukit, terdapat ruang kosong pada bahagian bawah ruang utama yang dijangka pada
asalnya ialah untuk parkir.
Plan asal tidak diterima sepenuhnya.
Sebaliknya ia menjadi asas bagi perbincangan
dan perubahan yang dibincang dalam Jawatankuasa Teknikal dan Induk (juga tapak pernah diwujudkan sekitardua tahun
2014-2015, namun ia sebagai duplikasi bagi teknikal dan ditiadakan) yang
membawa kepada penambahan dan perubahan. Perbincangan memakan masa setengah
tahun dan diangkat kepada MPKj, dan setengah tahun menunggu yang dalam masa
menunggu itu ada perubahan-perubahan yang dibuat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment