June 1, 2018

MENGGUNAKAN MASJID AL-UMM ATAS KEHENDAK KE ARAH TAKMILAH BERGERAK



BBB, 15 Ramadhan 1439H. =  31 Mei 2018M. (Khamis):

Peggunaan Masjid Al-Umm pada 16.12.2017
Bersamaan dengan 27 Rabi`ul-Awwal 1439
Atas terbetiknya kehendak disertai tindak
Tanpa kehendak 35 tahun tersedia tapak
Terusan terbiar oleh takdir tanpa ikhtiar
Dengan sebuah gagasan `Bangi Bandar Ilmu`
Sebuah  `Takdir Sementara` berubah
Ke arah Takmilah oleh persetujuan jama`ah
Terbentang di hadapan cabaran-cabaran
Azam kemahuan menguji kesetiaan
Mekanisme ikhtiar memohon keizinan `Berkuasa`
Tercurah keikhlasan para jamaah menderma
Menguji sama keikhlasan para pemungutnya.

Atas kerja berpasukan
Antara jawatankuasa, arkitek dan  kontrektor
Menyedari membina masjid kerja kebajikan
Biarpun melewati tempoh  4 tahun berpanjangan
Semua bertoleransi tinggi menyedari kekangan
Insaf dengan aturan dan tuntutan jama`ah
Berkali cubaan mengguna hadapi halangan
Mencabar mengubah  `Takdir  Sementara`
Dengan pendekatan wasatiyyah
Menjaga syarat berkuasa menunai tuntutan jama`ah
Atas nama ikhtiar dan tawakkal masjid diguna
Sempena sambutan Maulid al Rasul s.a.w.
Terserlah ketentuan takdir Allah
Ikhtiar dan tawakkal merempuh aturan
Robot yang  setia tanpa ihsan
Bayangkan jika masjid masih dipagar larangan
Terbiar terbengkalai sakit mata memandang
Sesungguhnya telah setengah tahun diimarahkan
Segala berjalan lancar tiada halangan.
Setiap tiba waktu solat azan berkumandang
Dan jama`ah bersaf-saf di belakang imam
Mursyid guru-guru menyampaikan pengajaran
Kuliah dan seminar turut diwacanakan.

Puncak kemeriahan ke hadiran Ramadhan
Mulai pertama Ramadhan segala ruang diisi
Aras utama dengan serambi kanan kiri
Termasuk ruang muslimat aras satu dipenuhi
Kumandang solawat  tarawih diiringi do`a
Lempah berkat rahmat muslimin muslimat
Bertarawih, berwitir  berqiyamullail
Bertadarrus berpasukan malam dan siang
Adalah satu kepuasan kudus kesyukuran
melihat masjid sepenuhnya  diguna
Allah bersama jama`ah merestui
Penggunaan Masjid Al-Umm ini.

Pun begitu semuanya dalam ujian Takmilah
Binaan masih perlu CCC formaliti dikehendaki
Masjid masih memerlukan dana – berhutang
Kita bertawakkal  mengukuh azam
Menuju Takmilah dengan kekurangan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment