August 12, 2016

KITAB AL-RI`AYAT LI HUQUQ ALLAH - FORMAT KEPENGARANGAN


BBB, 08  Zulkaedah  1437 =  11 Ogos  2016 (Khamis):


Adalah kitab tasawuf penting di dalam pertumbuhan dan perkembangan ilmu tasawuf. Kitab ini dihasilkan oleh Abu `Abdullah al-Harith bin Asad al-Muhasibi (m. 243H.). Kitab  ini ditahqiq oleh `Abdul Qadir Ahmad `Ata dan diberi kata pengantar  (muqaddimah) oleh Dr. Abdul Halim Mahmud yang pernah berkedudukan dan menjawat kerusi Shaykh al-Azhar. Kitab ini diterbitkan oleh  Dar al-Kutub al-Hadithat, Mesir (1390H./1970 M.)  cetakan ketiga  setebal  639 hlm.
Dr. Abdul Halim yang memberi kata pengantar kepada kitab -  setebal 40 halaman (Kata Pengantar)  membuat kesimpulan pada  awal Kitab al-Ri`ayat li Huquq Allah adalah kitab tasawuf yang beraliran Sunni. Beliau menulis:
``Di dalam kitab Tabaqat al-Sufiyyat  menyebut bahawa Al-Harith menjadi salah seorang sanad bagi rawi Hadith kepada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (bermaksud):
``Seberat-berat apa yang diletak di dalam neraca timbangan ialah elok akhlak``.
Kata Dr. `Abdul Halim Mahmud, ``Sesungguhnya berasaskan Hadith itu dia telah berusaha bagi merealisasikan `konsep keelokan akhlak itu` di dalam pendekatan keilmuan berasaskan akhlak itu.
Al-Muhasibi, bukan tidak menghadapi cabaran bagi merealisasikan  elok akhlak sebagai tonggak tasawuf. Beliau berada di tengah kehebatan polimik keilmuan, khususnya  mengenai Ilmu al-Kalam dan sebagaimana dikatakan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Muhasibi terlibat sama di dalam polimik ini di dalam menegakkan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah. Beliau terpaksa berdepan dengan golongan  Qadariyyah-Mu`tazilah, dan juga berdepan dengan ayahnya sendiri yang mendokong aliran berkenaan yang popular pada masa itu.``
Tetapi Al-Muhasibi tidaklah menonjol di dalam polimik Ilmu al-Kalam, tetapi beliau lebih terdorong bagi menegakkan konsep akhlak di dalam keilmuan tasawuf yang beliau sendiri menghasilkan persuratan-persuratan yang berkait dengan keilmuan berkenaan. Kitab kitab beliau di dalam bidang bidang tasawuf, bukan sebuah, tetapi banyak buah sebagaimana telah diperkatakan. Tetapi antara banyak kitab tasawufnya, maka Kitab Al-Ri`ayat Li Huquq Allah adalah yang terpenting. Sesungguhnya menurut  Dr. `Abdul Halim sejak Kitab Al-Ri`ayat Li Huquq Allah diterbitkan, ia diperbincangkan di dalam  berbagai majlis ilmu. Kitab Al-Ri`ayat adalah muncul sebagai satu `Batu Tanda` bukti keilmuan tasawuf yang mempertalikan zaman sebelum dan selepasnya, lebih dari itu ia membawa pendekatan tersendiri, iaitu Pendekatan Akhlak bagi keilmuan tasawuf.
Manakala  al-Shaykh `Abdul Qadir Ahmad `Ata di dalam mentahqiqkan Kitab  al-Ri`ayah, turut menyediakan latar  pendidikan dan kegiatan Al-Muhasibi. Menurut Shaykh `Abdul Qadir  bahawa  pada abad ke 3H. ini perkembangan ilmu telah melengkapkan pakej bagi aliran-aliran keilmuan pada masa itu. Ini dapat dilihat di dalam fiqh dengan Hanifah al-Nu`man, Maliki, Shafie dan Hanbali, manakala di dalam bidang tasawuf dengan kelahiran Ibn al-Mubarak,  Ahmad bin Hanbal, Al-Muhasibi, al-Junayd al-Baghdadi, Ma`ruf al-Karkhi, Bishr al-Hafi dan lain-lain lagi, manakala di dalam bidang `akidah ialah Ash `ari,  Maturidi, dan al-Tahawi.
Tetapi kata Shaykh `Abdul Qadir Ahmad `Ata, ``Walaupun pengkhususan Al-Muhasibi di dalam bidang tasawuf dari segi ilmu  dan zauq, tetapi dia juga terlibat di dalam bidang akidah berpolimik dan berbahas, dia juga mendalam bidang fiqh menurut mazhab Shafie sebagaimana disebut oleh  Ibn al-Sabki di dalam  Tabaqat al-Shafi`iyyah.
Dilihat dari segi  pendekatan persuratan, maka karangan-karangan Al-Muhasibi tidak seperti kitab-kitab Al-Zuhd wa al-Raqa`iq oleh Ibn al-Mubarak dan kitab Al-Zuhd dan al-Wara` oleh Ahmad bin Hanbal. Bermaksud jika kitab-kitab oleh `Abdullah al-Mubarak dan Al-Imam Ahmad bin Hanbal mengambil pendekatan gaya Hadith bagi penyusunan  kitab-kitab berkenaan, maka kitab-kitab Al-Muhasibi tidak lagi mengambil pendekatan ini, sebaliknya ianya mengambil  pendekatan karangan biasa. Selepas daripada muqaddimah yang membicarakan  kepentingan mendengar, beringat-ingat  berdasarkan ayat-ayat al-Qur`an  dan Hadith-Hadith memaksudkan pentingnya mendengar dan belajar keilmuan-leilmuan yang dituntut mempelajarinya.  Al-Muhasibi membicarakan kandungan kitab  Al-Ri`ayat Li Huquq Allah berdasarkan bab-bab yang disusun di dalam kitab berkenaan.
Sebagaimana kitabnya berjudul `Al-Ri`ayat Li Huquq Allah` - Menjaga Hak-Hak Allah, maka persoalan yang berhubung dengan penjagaan hak-hak ini menjadi bab permulaan dan induk bagi pembicaraan. Walau bagaimana, walaupun karangan `Al-Ri`ayat` tidak lagi menggunakan gaya Hadith, tetapi pada awal bab-bab, terdapat kata-kata permulaan seperti:
``Berkata  Al-Harith Rahimahu Allah``  atau
``Aku berkata``
`Dia berkata``, atau `Kataku`
Menunjukkan bahawa bahan-bahan di dalam karangan adalah merupakan bahan pengajaran yang dicatat dari pengajaran Al-Harith yang merupakan penerangan `Berkata Al-Harith` dan `Soal Jawab,
Dia berkata (Pertanyaan) dan kataku` sebagai jawapan.
Ertinya kandungan kitab adalah merupakan bahan dan hasil pengajaran Al-Harith` terhadap pelajar-pelajar yang  mengikuti majlis pengajarannya.
Ini bererti berlaku evolusi penulisan yang pada peringkat awal lebih dipengaruhi tradisi lisan dan bersifat riwayat yang mempunyai sanad, rawi-rawi dan matan.
Kemudian berkembangan tradisi karangan kepada masih lagi dalam tradisi lisan, iaitu melalui pengajaran  di dalam majlis-majlis ilmu yang mana guru menyampaikan pengajaran dan juga ada sesi semacam tanya jawab dan dialog. Semua ini dicatat oleh juru tulis, atau pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran. Hasil dari catatan ini terhimpun sebagai sebuah kumpulan pengajaran yang menjadi  kandungan sebuah kitab.
Sebenarnya konsep kepengarangan seperti ini banyak berlaku dalam maksud sebuah pengarangan kitab adalah merupakan catatan-catatan pengajaran yang dicatat oleh kerani atau pelajar-pelajar  dan terhimpun sebagai sebuah kitab. Contoh selain dari Kitab Al-Ri`ayat oleh Al-Harith al-Muhasibi ialah Kitab al-Umm Imam Shafie.  Jadi  dengan itu cara susunan dan format kandungannya berlainan dari sebuah karang yang dihasilkan oleh pengarang secara perseorangan dan menulisnya secara bersendirian.

Sekian.


1 comment:

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di 082==313==669==888
    atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.


    KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D














    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل











    Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di ---> 082==313==669==888
    ---> atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.


    KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D















    ReplyDelete