April 14, 2018

DALAM KESEMPITAN PERUNTUKAN DILULUSKAN



BBB, 26 Rajab 1439H. = 13 April 2018M. (Juma`at):
Sehingga Ogos 2016 pihak Jawatankuasa Pembinaan Masajid Al-Umm menghadapi kesukaran dari segi kewangan bagi melunaskan hutang-hutang kepada kontrektor dan bagi meneruskan kerja-kerja – tanpa pembayaran kerja menghadapi gangguan – tertangguh.
 Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan (Induk) ke 58 bertarikh 23 Ogos 2016 bersamaan 20 Zulkaedah 1437H.  membincangkan agenda utama ialah tentang dana yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya sudah empat tahun janji dibuat, tapi belum membuahkan hasil. Cuma melalui  mesyuarat-mesyuarat yang lepas dapat diketahui bahawa dana yang asalnya dijanjikan sebanyak RM6 juta itu dikurangkan kepada RM4 juta, walaupun dalam pertemuan  dengan Dato` Menteri Besar  Dato` Dr. Haron Din berharap tidak kurang dari RM5 juta.
Sehingga mesyuarat  hari ini dimaklumkan oleh Pegawai Perhubungan Dato` Menteri Besar, belum ada perkembangan tentang dana berkenaan. Pihak Masjid diminta menulis surat secara rasmi berkenaan dengan peruntukan itu.
Dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 30 Ogos 2016 bersamaan 27 Zulkaedah 1437 dimaklumkan bahawa dana bagi Masjid Al-Umm, walaupun berkurangan dari jumlah asal RM6 juta kepada RM4 juta, mesyuarat diberitahu cek peruntukan akan disampaikan pada 9 September 2016. Dato` Menteri Besar Selangor Dato` Seri Azmin `Ali sendiri akan menyampaikan cek berkenaan.
Perbincangan khas terpaksa diadakan di Pejabat Daerah Hulu Langat bagi mengatur kehadiran Dato` Menteri Besar. Tempat penyerahan yang sepatut dilakukan, adakah di Masjid Al-Umm atau di tempat yang lain.  Tarikh  9 September 2016 itu ialah hari Juma`at. Ini bermakna penyerahan cek  hendak dilakukan di hadapan orang ramai, pada hari Juma`at, sedang pada masa itu, bahkan hingga kini Masjid Al-Umm belum digunakan untuk berjumaat . Ini bererti penyerahan cek di Masjid Al-Umm tidak memberi keuntungan dari segi politik. Yang menimbulkan persoalan, tujuan  untuk menunjukkan bangunan Masjid Al-Umm kepada Dato` Menteri Besar tidak kesampaian. Pada akhirnya dipersetujui penyampaian cek akan dilakukan di Masjid Al-Hasanah berikut dari selesainya solat Juma`at, dan selepas majlis penyerahan Dato` Menteri Besar akan diiringi  ke Masjid Al-Umm bagi menyertai majlis ringkas di sana.
Sebagaimana pernah disebutkan bahawa penyerahan berlaku dengan baik dan teratur. Dato` Dr. Harun Din menerima Cek dari Dato` Seri Azmin `Ali Dato` Menteri Besar Selangor dan Penulis selaku Pengerusi Pembangunan berucap ringkas mengucapkan terima kasih kepada Dato` Seri Azmin `Ali yang turun sendiri menyampaikan cek kepada Dato` Dr. Haron Din selaku Penaung Masjid Al-Umm dan selepas jamuan tengahari Dato` Seri `Azmin  Ali bergerak ke Masjid Al-Umm melihat masjid berkenaan dan sempat bergambar dengan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm sebelum beliau bertolak pulang.
Sebenarnya jumlah RM4 juta banyak yang dapat disiapkan, jika ianya digunakan bagi menyiapkan pembangunan yang baru, tetapi dari jumlah tersebut terpaksa digunakan:
Bayaran hutang tertonggak kepada kontrektor  sebanyak                 RM2,422,271.18
Membayar hutang pinjaman Birr al-Walidayn Dato` Dr. Haron Din  RM1,000,000.00
                                                         Jumlah hutang                                    RM3,422,271.18
Ertinya baki dari membayar hutang hanya lebih sedikit dari setengah juta, sedangkan pertambahan dari segi binaan(Anjung dan tempias) melebihi dari baki kewangan yang ada. Ertinya pihak masjid tidak terlepas dari menanggung beban kewangan.
Walau bagaimana dengan pemberian Kerajaan Negeri Selangor dana sebanyak RM4 juta meringankan beban kewangan yang ditanggung masjid dan dapat melunaskan hutang yang tertonggak.
Pihak Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm menulis surat mengucapkan terima kasih kepada
·         YAB Dato` Menteri Besar Selangor
·         Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat
·         Pihak Masjid Al-Hasanah.
Bagi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm, kelegaan dari beban kewangan bersifat sementara, ia diibaratkan pengurusan kewangan sebagai menimbus dan menggali lobang dan hujungan lobangnya masih belum tertimbus.
Sekian.

1 comment:

  1. Apakah Anda berpikir untuk mendapatkan pinjaman? Anda benar-benar membutuhkan pinjaman mendesak untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda berhutang? Ini adalah kesempatan Anda untuk mencapai keinginan Anda, kami memberikan pinjaman pribadi, pinjaman bisnis dan semua jenis pinjaman dengan bunga 2% untuk informasi lebih lanjut hubungi kami melalui email (pattersonnullloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete