BBB, 14 Rajab
1439H. = 01 April 2018M. (Ahad):
Tidak mudah membina sebuah masjid yang
meningkat perbelanjaannya sekali ganda dari peruntukan asalnya (2010) sebanyak
RM10 juta hingga ke September 2015 meningkat kepada RM20 juta. Dengan keadaan
kewangan meruncing, maka satu-satunya harapan ialah pihak kerajaan Negeri
Selangor diharap dapat menunaikan janji
untuk memberi RM6 juta yang dijangka dapat menyelesaikan kekurangan kewangan
dan dapat melicinkan pengurusan.
Dari desakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan
terhadap Kerajaan Negeri yang melibatkan pihak-pihak yang lain, termasuk JAIS
dan JKR, sebagai akibatnya beberapa pihak dari Kerajaan Negeri turun padang mau
melihat perkembangan pembinaan Masjid Al-Umm. Maka pada 29 September 2015 (Selasa) 10.00 pagi Lawatan Tapak
dilakukan oleh beberapa jabatan, iaitu oleh:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diketuai
En. Mohd. Azam bin `Azmi Penolong Pengarah Unit Pembangunan JAIS. Turut
disertai:
Ketua Penolong Pembangunan JKR,
Jurutera Daerah, Hulu Langat dan pihak PAID
Hulu Langat. Turut hadir Jawatankuasa, khususnya Teknikal selain dari Penulis
ialah Ir. Tuan Haji Ishak Arshad, Ir. Tuan Haji Ghazali Husein, Tuan Haji Mohd.
Nor Yasin, Tuan Haji Abdul Rahman Daud, Tuan Haji Suib bin Maulud dan Nik
Mohammad Adham bin Nik Anuar.
Perlu diingat bahawa Masjid keseluruhannya
dari tapak, bangunan dan operasi adalah terletak di bawah kuasa mutlak
JAIS-MAIS. Pihak Jawatankuasa sebenarnya bertaraf mengusahakan pembinaan dengan
persetujuan JAIS-MAIS yang apabila siap hendaklah diserahkan kepada JAIS-MAIS. Terpulang kepada budi bicara
JAIS-MAIS dari segi pengurusan dan pentadbiran yang antara mekanismenya memberi
hak bagi ahli kariah melantik Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengimarahan. Namun
kuasa mutlak terpulang kepada JAIS-MAIS untuk bersetuju atau sebaliknya.
Demikianlah kehadiran beberapa agensi terutama
JAIS, memberitahu, tujuan kehadiran mereka bagi melihat kemajuan pembinaan bagi
membolehkan JAIS mengambilalih projek tertakluk kepada syarat-syarat oleh pegawai
Kerajaan Negeri. Adalah dikatakan bahawa Pegawai Kerajaan Negeri bersetuju JAIS
ambilalih menurut kaedah `BQ & Built`.
Walau apa pun keputusan, kerana kuasa pada JAIS-MAIS, Ahli Jawatankuasa seharusnya patuh. Namun
jika demikian Ahli Jawatankuasa meminta agar perlantikan segera dilakukan,
kerana tempoh perlu berurusan dengan kontrektor hanya di dalam 3 bulan sahaja.
Namun menurut procedure Kerajaan Negeri,
peruntukan dijangka RM5 juta tidak akan disalurkan kepada Ahli Jawatankuasa
Pembinaan Masjid Al-Umm, tetapi akan berurus dengan pihak yang dilantik
mengendali dan meneruskan projek
Sesungguhnya dalam hati kecil kami terasa
tergores, jika cadangan berkenaan terlaksana, segala kerja yang kami lakukan
sejak 2010 berakhir begitu sahaja !
Sesungguhnya hingga ke masa tersebut
kerja-kerja jika menurut jadual adalah
89.30 %
Kerja sebenar yang dilakukan ialah 85.71 %
Kelewatan dan kegendalaan ialah
3.59 %
Azam kami betapa kesukaran yang dihadapi, kami
akan teruskan projek pembinaan hingga sempurna – Insya Allah.
Keputusan yang ditentukan oleh pihak Yang Berkuasa di atas belum muktamad. Walau apa pun kami mendoakan kebaikan untuk masjid.
Sekian.
No comments:
Post a Comment