April 26, 2018

MESYUARAT KHAS BINCANG PENARIKAN DIRI KONTREKTOR



BBB,  09 Rajab 1439H. =  25 April 2018M. (Rabu):
Berikutan Dari penarikan diri Kontrektor Tekad Nusantara dari kontreknya terhadap Masjid Al-Umm yang diterima maklum pada 3 April 2017, maka keesokannya Selasa (4 April 2017 = 7 Rajab 1438) diadakan Mesyuarat Khas yang boleh dikatakan sebagai mesyuarat tergempar dan juga sebagai Mesyuarat Tindakan Mingguan Ketiga. Ada beberapa isu yang dibicarakan di dalam mesyuarat ini, tetapi di sini difokuskan kepada penarikan diri Tekad Nusantara dari meneruskan kontrek.
Dalam keadaan sekarang, Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan membincangkan tindakan yang patut diambil sebelum rundingan lanjut dilakukan dengan kontrektor berkenaan. Dengan mengandaikan bahawa `Penarikan Diri` diteruskan dan tidak ada kompromi atau sebarang pertimbangan bagi menarik balik `Penariakan Diri`, apa lagi difahami bahawa tempoh masa kontrekt  (76 minggu) sebenarnya telah berlalu, penerusan yang berlaku selama ini adalah sebagai kesefahaman dan kepercayaan.
Antara intisari yang diambil dalam mesyuarat Khas berkenaan, sekiranya terus menarik diri:
·         Bahawa pihak Tekad Nusantara tidak akan membawa kes ke mahkamah sama ada dari kekurangan, kelewatan dan apa yang tidak memuaskan hati oleh Tekad Nusantara. Pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm juga tidak membawa kes-kes  Tekad Nusantara ke mahkamah berhubung dengan masjid.
·         Pihak Tekad Nusantara hendaklah menyempurnakan kerja-kerja yang berhubung dengan Masjid Al-Umm sehingga mencapai kelayakan mendapat CPC.
·         Sub-sub kontrektor perlu menyiapkan perkara-perkara penting bagi kesempurnaan masjid, contoh menyiapkan pemasangan air-cond. yang sebenarnya boleh disiapkan, tetapi  sengaja dilewatkan sebagai bargain untuk menuntut bayaran. Sebenarnya pernah dibayar sebahagian, tetapi pihak kontrektor membayar kepada bidang yang lain dan bila diperesoal dengan kerja yang dibuat, dijadikan syarat perlu membayar sejumlah tuntutan lain yang dibuat.
·         Tiada tuntutan lost dan perkara-perkara yang di luar dari tuntutan biasa.
·         Kontrektor perlu selesaikan perkara-perkara kecacatan yang akan dikemukakan di dalam senarai aduan yang dibuat dan hendaklah diselesaikan dari segi pembersihan
·         Pihak kontrektor perlu mengambil bahagian dan kerjasama di dalam perkara-perkara yang diperlukan hingga selesai mendapat CPC.
·         Pihak kontrektor perlu menyerahkan segala dokumen yang berhubung dengan masjid bagi mengelak kerumitan bila berurus dengan MPKj dan jabatan-jabatan untuk mendapat CPC dan seterusnya CCC.
·         Pihak kontrektor juga perlu menyerahkan segala kunci bagi semua pintu dan tempat-tempat berkunci
Demikian antara  perkara-perkara yang  diambil keputusan sebagai persediaan mendepani pihak kontrektor. Sebenarnya soal menarik diri ini adalah di luar jangkaan pihak Jawatankuasa Pembinaan dan pengimarahan Masjid Al-Umm. Tindakan yang dibuat, jika diteruskan sebenarnya memberi implikasi buruk dan negatif kepada kedua belah pihak. Implikasi negatif bagi pihak masjid sudah tentulah jelas, iaitu kerja-kerja pembinaan akan terbengkalai dan untuk memulai mendapat kontrektor baru memakan masa. Jika kerja diteruskan tanpa kontrektor, maka kerumitan akan berlaku, kerana dari segi pemeriksaan untuk mendapat CPC dan juga CCC banyak berhubung dan bergantung pada kontrektor dan juga arkitek. Pihak Jawatankuasa akan menghadapi tekanan dari masyarakat bila kerja-kerja tertangguh dan perancangan untuk menggunakan masjid akan turut tertangguh.
Kerugian bagi pihak kontrektor ialah kerugian dari segi pembayaran yang sepatutnya dilakukan. Pembayaran akan dibuat terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan, tetapi dengan syarat segala tuntutan ditunaikan. Kerugian yang paling besar jika kontrektor  menarik diri yang dari satu segi boleh disifatkan sebagai `melarikan diri`, maka kontrektor akan menerima imej yang buruk, bukan saja menyebabkan  orang tidak mau berurus dengannya dan tidak mau mengambilnya sebagai kontrektor. Meninggalkan projek secara lari adalah kesalahan yang boleh direport kepada Persatuan kontrektor dan pihak berkuasa dan lesennya boleh ditarik balik. Ini merupakan senjata kami bila  berdepan dengan kontrektor kelak.
Pihak Masjid mempunyai consultant-consultant yang dilantik, sepatutnya di dalam menghadapi permasalahan seperti ini, consultant yang dibayar lebih dari RM337,000/= itu seharusnya memberi nasihat apakah jalan terbaik yang patut diambil oleh Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Consultant lebih kepada menilai harga dan menyetujui tuntutan yang dikemukakan oleh kontrektor. Adalah didapati faedah yang didapati dari consultant-consultant yang dilantik tidak sepadan dengan tuntutan-tuntutan yang mereka buat.
Persediaan perlu dibuat sebelum berdepan dengan pihak kontrektor  yang menarik diri. Ini adalah merupakan ujian-ujian  terhadap mental dan jiwa. Ianya menguji Jawatankuasa bagi menghadapi dan mengatasinya.
Sekian.

No comments:

Post a Comment