April 22, 2018

KEJAR MASA PERSIAPAN BAGI PERASMIAN MASJID AL-UMM



BBB, 05 Sha`ban 1439H. = 21 April 2018M. (Sabtu):
Tarikh perasmian bagi Masjid Al-Umm diketahui, iaitu pada 8 Ramadhan 1438H. bersamaan 3Jun 2017. Dari segi susunan masjid yang akan diziarah  DYMM Tuanku Sultan– termasuk yang dirasmikan, maka tarikh untuk datang merasmikan Masjid Al-Umm adalah berada pada peringkat awal daripada bulan Ramadhan. Jadi tumpuan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm ialah menyediakan persiapan secepat dan sesempurna mungkin bagi Perasmian Masjid Al-Umm yang merupakan tarikh bersejarah bagi Masjid Al-Umm. Perasmian bukan saja tarikh bersejarah, tetapi melambangkan keempurnaan kerja kami yang sudah 4 tahun dalam pembangunan, bahkan tujuh tahun dicampur dengan tahap persediaan (sejak 2010). Dari segi Takmilah, ianya melambangkan Takmilah Fizikal sampai kepada kemuncak, walaupun mungkin tidak  dapat dinafikan ada kekurangan-kekurangan. Perasmian oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor banyak signicant bagi Masjid Al-Umm dan sudah tentulah melegakan kami, dan  memberi kepuasan dan kesyukuran. Harapan ini menuntut komitmen.
Tumpuan  diberi bagi mencari dana yang dijangka 4% lagi belum siap, khususnya yang melibatkan kerja-kerja MAE - elektrikal, khususnya air-cond.,  di Dewan Serbaguna. PA system –Audio-visual. Kerja-kerja perubahan/tambahan yang 80% daripadanya belum diluluskan oleh Q S.
Manakala kerja-kerja yang  dilakukan seperti skylight, cendeliar, pemasangan marble, awning dan mimbar. Juga perbincangan mengenai carpet dan juga keperluan menyiapkan parkir.
Pertemuan dengan pihak kontrektor juga diadakan  seperti pada 14 Februari 2017  di Pejabat Tekad Nusantara membincangkan kerja-kerja yang tidak bergerak seperti air-cond,  PA System, fire fighter dan kerja-kerja yang berkait dengan sub-sub kontrektor (Di bawah Tekad):
Soal kewangan juga dibincangkan dengan Kontrektor dan mengambil maklum bahawa:
Tonggakan yang belum berbayar pada masa itu ialah RM1,508,827.79
Manakala kerja-kerja yang belum dinilai                        RM2,730,756.41
Cost consultant                                                                     RM   337,260.80
Jumlah yang dalam tanggungan ialah                               RM4,576,845,00
Turut diadakan pertemuan dengan pengerusi-pengerusi surau memaklum dan membincangkan persiapan bagi perasmian Masjid Al-Umm. Pertemuan terbaru ini  dilakukan pada 17 Januari 2017 bersamaan 8 Rabi`ul-Akhir 1438H.  Pertemuan diadakan bagi mempastikan bahawa pihak Masjid Al-Umm tidak membelakangi surau-surau yang dijangka berada di bawah Masjid Al-Umm, juga sama diharapkan sebarang sumbangan yang dapat diberikan oleh pihak surau-surau.
Dalam masa berdekatan juga diadakan perbincangan dari segi teknikal pada 8 Februari 2017 membincangkan perkara-perkara yang sedang dalam tindakan, iaitu
·         Lift – sudah dipasang
·         Air sudah ada dan perlu testing
·         Fire fighter – perlu kepada testing
·         Menyiapkan bilik VVIP – Di bawah urusan PAID
·         PA system bagi ruang solat utama – OK
·         Carpeti tidak akan dipasang untuk masa itu (perlu kewangan), akan guna sajadah yang sedia ada
·         Online submissin – Tidak bermasalah
·         Terdapat 22 kerja kecil yang perlu diselesaikan.
Bayangkan betapa tertekannya kami pada masa itu yang perlu bekerja keras bagi menyiapkan persediaan-persediaan yang perlu bagi perasmian.
Kerja-kerja yang perlu diurus bukan saja dengan kontrektor, tetapi dengan pihak PAID dan juga pejabat Daerah. Dari satu segi lagi ialah perlu kerjasama surau-surau dan juga para jamaah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment