BBB, 11 Rajab 1439H. = 29 Mac 2018M. (Sabtu):
Ketika meninggalnya TG Dato` Dr. Haron Din (16.9.2016) Masjid Al-Umm masih
belum siap dan masih memerlukan dana bagi menyiapkannya. TG Dato` Dr. Haron Din
hingga ke seminggu sebelum meninggal
telah memberi khidmatnya sebagai
Penaung, menerima cek RM4 juta dari
Menteri Besar Selangor YAB Dato` Seri Azmin bin `Ali di Masjid al-Hasanah pada
9.9.2016. Beliau tidak berkesempatan menggunakan Masjid Al-Umm yang baru
digunakan ialah pada 16.12.2017.
Secara rasmi beliau telah pernah memberitahu
Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm untuk melawat dan melihat
perkembangan Masjid Al-Umm. Lawatan yang mau dilakukan ialah pada 29 Jun 2015
bersamaan 12 Ramadhan 1436. Hasrat TG Dato`
Dr. Haron Din itu diterima baik oleh AJK dan bersedia menerima kehadiran Tuan
Guru untuk membuat lawatan berkenaan.
Perkembangan pembinaan Masjid pada masa TG
membuat lawatan adalah selepas satu setengah tahun pembinaan berlaku, dan
pembinaan dari segi tahap kemajuannya ialah 75%. TG hadir pada kira-kira jam
11.00 pagi. Menyambut kehadirannya ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Dr.
Shafie Abu Bakar, Pengerusi bahagian Teknikal Tuan Haji Ishak Arshad, Tuan Haji
Abdul Rahman Daud dan beberapa yang lain. Menurut Tuan Guru sebelum daripada
ini beliau pernah datang secara pensendirian sebanyak 3 kali meninjau
perkembangan pembinaan masjid dari luar dan kehadirannya pada hari ini adalah
bagi kali keempat.
Tuan guru diiring ke dalam bangunan yang masih
bersepah dengan bahan-bahan binaan. TG dibawa melihat kepada bahagian utama
masjid, iaitu ruang utama solat yang mana pada bahagian tiang-tiang supportive
daripada besi masih berceracak terdiri menjunjung bahagian kubah bagi memastikan bahagian itu keras,
agar tidak runtuh. Tuan guru juga ditunjukkepada mihrab dan pada bahagian depan
masjid yang belum ada tempat khatib dan sebagainya.
Tuan Guru juga dibawa melihat tentang
kerja-kerja melengkapkan dalaman selain dari kubah, ialah tentang pemasangan
tile pada bahagian depan dan dinding depan,
Tuan Guru juga diberi Penerangan oleh Tuan
Pengerusi bahawa hingga peringkat mutakhir jumlah kewangan yang dipungut ialah RM11.5 juta
Baki kewangan adalah 2.5 juta
Bererti perbelanjaan yang telah dibuat ialah RM
9 juta.
Dengan kewangan yang ada Tuan Guru diberitahu
bahawa kewangan adalah tidak mencukupi. Pada masa itu anggaran kos bagi keseluruhan
telah meningkat kepada RM18 juta dari
sebelumnya disebut paling minimum ialah RM15 juta.
Penggunaan masjid telah beberapa kali tertangguh.
Jangkaan asal penggunaan pada permulaan ialah
pada Mei 2015
Kemudian tertangguh kepada Ogos 2015
Kemudian tertangguh kepada 10 Zulhijjah 1436H. bersamaan 24 September
2015.
Pada tarikh ini adalah hari `Idul-Adhha dan tarikh
ini tersebar di kalangan orang ramai dengan agak meluas. Lantaran pada hari
permulaan penggunaan itu diharap Tuan Guru akan memimpin solat Idul Adhha
sebagai permulaan solat dilakukan di Masjid Al-Umm. Namun tidak menjadi kenyataan.
Harapan seakan-akan menjadi kenyataan bahawa Masjid
Al-Umm akan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Idris Sharafuddin Sultan
Selangor pada 3 Jun 2017 bersamaan 8 Ramadhan 1438H. sebagai salah satu dari
siri lawatan Baginda ke masjid pada bulan Ramadhan. Namun sebelum daripada itu
pihak JAIS melalui lawatan Pengarahnya juga disertai Pegawai-pegawai berkaitan tidak
memperakui masjid dirasmikan oleh kerana belum siap dan belum mendapat CCC.
Jadi rancangan perasmian Masjid Al-Umm ditarik balik.
Demikianlah beberpa kali tertangguh dari
penggunaan Masjid Al-Umm, antaranya Tuan Guru dijangkan memulakan penggunaanya
pada Hariraya Idul Adhha 1438H. Tetapi tidak juga terlaksana.
Namun Masjid Al-Umm mula digunakan pada
16.12.2017 selepas mendapat CPC pada 14.12.2017. Iaitu berikutan Sambutan
Maulid al-Rasul pada hari berkenaan (Sabtu 27 Rabi`l-Awwal 1439H.) di Masjid
tersebut. Namun hingga kini belum mendapat keizinan medirikan solat Juma`at.
Sekian.
No comments:
Post a Comment