BBB, 27
Rajab 1439H. = 14 April 2018M. (Sabtu):
Membina masjid ialah membina `Rumah Allah`. Membinanya menuntut keikhlasan
jiwa, keikhlasan adalah hasil dari keimanan. Keadaan yang sama seharusnya
berlaku pada pembinaan Masjid Al-Umm
yang seharusnya mencerminkan nilai ini. Seharusnya jangan ada yang
melibatkan diri dengan Masjid Al-Umm bertujuan untuk mendapat habuan kewangan
misalnya. Namun sebagaimana dimaksudkan oleh Sabda Rasulullah, bahawa iman itu
ada pecahan dan cabangnya (Abu Hurairah – Hadith Bukhari), maka ahli Jawatankuasa
mendepani ujian sedemikian.
Kebenaran MAIS memberi Tauliah kepada 10
Jawatankuasa Pembinaan Masjid memungut derma bagi Masjid Al-Umm
(MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/34) bertarikh 9 Februari 2012 menguji keikhlasan ahli
jawatankuasa yang diberi izin memungut derma berkenaan.
Bagi mengukuh keikhlasan, maka dalam mesyuarat
Bil. 7/2012 bertarikh 23 April 7/2012, ketika Tabung Masjid pada masa itu
berbaki hanya RM13,700/= , mesyuarat bersetuju supaya 10 ahli jawatankuasa yang
dilantik memungut derma Tabung Masjid Al-Umm `Tidak Dibenarkan Mengambil Komisyen`
daripada hasil kutipan derma Tabung Masjid`.
Pemungutan berlaku dengan lancar sehingga pada
31 Disember 2013, jumlah derma terkumpul adalah RM2,641,102.35.
Sebagaimana iman dan keikhlasan turun naik
yang dari segi kualiti Takmilah adalah juga turun naik. Berlaku perlanggaran
terhadap keputusan di atas dan secara konsesi dibuat keputusan bahawa terpulang kepada individu
untuk mengambil atau tidak komisyendan jadi ada dua kelompok – kelompok yang
mengambil komisyen dan yang tidak mengambil, berbagai hujah ditegakkan oleh
yang mengambil komisyen. Keadaan sedemikian berterusan sehingga kepada
penerimaan dana dari Kerajaan Negeri Selangor pada 9 September 2016. Berlaku
pertikaian, bahawa dana yang diberi kerajaan negeri tidak wajar diambil
komisyen, ianya bukan usaha individu. Namun sebagaimana dikatakan ada dua
kelompok tentang komisyen ini (2.5%), bahkan undi dibuat, maka terpulanglah kepada yang mau mengambil atau
tidak. Komisyen RM100,000 diambil oleh mereka yang mengambilnya.
Maklumat ini telah sampai kepada Ahli Dewan
Undangan Negeri Selangor DUN Bangi YB Ustaz Shafie Ngah. Beliau telah menulis
surat bertarikh 7 November 2016 bersamaan 7 Safar 1438H. bertanya tentang
antara ahli jawatankuasa yang mengambil komisyen wang dari kerajaan negeri
untuk Masjid Al-Umm yang berjumlah RM4 juta itu.
Akibat dari surat ini pengerusi telah
memanggil mesyuarat mengejut membincangkan surat yang diterima itu.
Dalam mesyuarat disamping ada yang tak setuju
dan yang setuju, isu antaranya berubah kepada serangan dan kecaman terhadap
surat dan ADUN itu sendiri.
Antara yang dibangkit, bahawa surat yang
dihantar tidak ditandatangani oleh ADUN, sebaliknya oleh Setiauasaha Kerjanya
dan dipersoalkan dari segi keikhlasannya. Dia juga dipersoalkan selama ini
tidak mengambil tahu tentang Masjid Al-Umm, tiba-tiba muncul dengan isu dana
RM4 juta berkenaan. Dikatakan sepatutnya ADUN berkenaan mengambil tahu, bahkan
sama berusaha bagi mendapatkan dana bagi Masjid Al-Umm, bahkan dana RM4 juta
adalah bukan dari usaha yang dilakukan.
Antara keputusan yang diambil, bahawa surat
yang dihantar ADUN dianggap tidak sah, kerana tidak ditandatangan sendiri oleh
ADUN berkenaan, lantaran itu surat berkenaan tidak perlu dijawab. Bagi yang
mengambil komisyen mengambilnya dan sebahagian tidak bersetuju diambil.
Walau macam mana ianya mencerminkan tahap
keikhlasan dan keimanan dan ianya menjadi model Takmilah kerohanian yang boleh
diolah dan dikembangkan. Betapa di dalam membina masjid `Rumah Allah`
seharusnya ianya dibina berasaskan taqwa dan meningkatkan kualiti rohani,
tetapi isu yang timbul bukan saja melibatkan individu, tetapi melibatkan
kredebiliti semua jawatankuasa berkenaan dan melihat pada bangunan terdiri
tergenang kekeciwaan. Kita mengharapkan keampunan Tuhan dan menerima amalan
dengan segala kekurangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment