April 9, 2018

PEMBANGUNAN DITERUSKAN



BBB, 21Rejab 1439H. = 05 April 2018M. (Ahad):
Walaupun pertemuan dengan JAIS  dan JKR telah dilakukan dan dijangkakan pihak JKR akan mengambilalih projek pembinaan Masjid Al-Umm dengan peruntukan  RM4 juta yang disalurkan melalui JAIS, tetapi nampaknya perancangan ini tidak berlaku. Pihak JAIS-JKR sedar bahawa dengan peruntukan RM4 juta tidak cukup bagi menyiapkan bangunan Masjid Al-Umm. Pihak Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm juga sedar  akan implikasinya jika diambil alih. Ianya pasti memakan masa yang lebih lama. Lepas penyerahan akan memakan masa untuk proses tender dan pemilihan dan dengan peruntukan yang tidak cukup akan menjadikan bangunan terbengkalai dan untuk mendapat  peruntukan tambahan akan memakan masa  dan bangunan terus terbiar.
Bagi jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm tidaklah bertindak dengan menghentikan projek pembangunan, sebaliknya meneruskan pembangunan di samping meneruskan  usaha mendapat dana dari orang ramai.
Sehingga Julai 2015 dilihat kepada pembangunan fizikal (Laporan 31 Julai 2015) menunjukkan bahawa perkembangan pembinaan Masjid Al-Umm adalah:
Jangkaan siap  adalah  91.98 %
Kerja sebenarnya          82.46 %
Kelewatan                        9.52 %
Laporan pada:
 Januari 2016 ialah 5.98% lewat.
Laporan terakhir dikeluarkan  ialah 7 Mac 2016 (Bil. 27) – tiada disebut peratus kelewatan.
Tetapi antara perkara-perkara yang lewat disiapkan ialah:
Pintu,  tingkap dan jalan       95%
Pagar                                        90%
Water reticulation                 95%
External work                         90%
Final circuit                             95%
DB                                            95%
Sub main cabling             90%
Telephone service           85%
Computer net working   90%
Fitting                                65%
Audio & visual system    70%
Air conditioning system  85%
Fire protection                 80%
Lift                                      50%
Main dome                       95%
Side wall                            95%
Menara                             85%
Tiang                                 60%
Solat muslimat                95%
Manakala yang lain adalah siap 100%
Antara faktor kelambatan, bahkan sengaja dilambatkan seperti air conditioning  dan beberapa yang lain adalah kerana kelewatan bayaran. Pihak jawatan kuasa perlu berjimat dengan baki kewangan yang ada dan membayar  secara wajar menurut kemampuan.
Dilihat dari segi laporan bergambar bangunan dari segi fizikal adalah telah siap, tetapi  dari segi detail sebagaimana disebutkan di atas banyak lagi yang tidak siap dan kewangan terus dicari.
Sekian.

No comments:

Post a Comment