April 7, 2018

ELEMEN-ELEMEN MENGHARMONIKAN



BBB, 19 Rajab 1439H. = 06 April 2018M. (Juma`at):
Apakah maksud `Elemen Harmoni` ? Mungkin lebih dekat bermaksud elemen yang menjadikan sesuatu itu tenang, menarik dan`kena (sesuai) dan seimbang dengan tempat dan kedudukannya. Sesungguhnya  semua maksud tersebut terangkum, tetapi dapat mencakup maksud yang lebih luas dari itu. Ianya boleh dimasukkan maksud cantik, seni, mengkagum dan kudus. Bahkan ada elemen-elemen yang lain yang lemah dan tiada istilah setepat yang dapat digunakan.  Elemen-elemen di atas mencerminkan ciri-ciri ke arah Takmilah Fizikal, maknawi dan rohani.
Kesempurnaan dan merangkumi segala mungkin tidak wujud dalam realiti alami dan dia adalah saifat-sifat kesyurgaan. Tetapi sebahagian daripadanya dicari, disedari dihayati dan antaranya dapat digunakan misalnya oleh para arkitek di dalam meningkatkan seni binanya, sasterawan di dalam seni penulisannya,Pemuzik dengan seni bunyi dan lagunya, pelakun dengan seni lakunnya, pengukir dengan seni ukirannya dan berbagai-bagai lagi bidang seni yang mengharukan pengamal bidang-bidang seni.
Apakah ada sebahagian daripada elemen-elemen yanga mengharmonikan Masjid Al-Umm yang diperturunkan oleh arkiteknya ? Jawapannya sudah tentu ada, namun sudah pasti tidak keseluruhan, bahkan sebahagian kecil daringa sahaja.
Selain dari apa yang kita bicarakan tentang elemen bentuk dan ukuran pada masjid seperti bulat, tinggi rendah, panjang pendek dan sebagainya antara elemen yang mengharmonikan:
·         Ciri berpasangan
Antara ciptaan Allah dijadikan makhluk berpasangan yang dengan berpasangan adalah melengkap dan mencantikkan. Misalnya ada lelaki perempuan. Selain darinya dilihat melengkap dan menyempurkan, maka dengan berpasangan misalnya lelaki dan perempuan mempunyai hikmat antaranya melanjutkan keturunan dari zuriat yang terhasil dari mereka. Pasangan dilihat sebagai melengkap dan menyempurnakan, lantaran itu pada Masjid Al-Umm ada elemen pasangan seperti didirikan dua menara pada kiri kanan masjid yang memang kelihatan cantik dan melengkapkan.
·         Ciri bersamaan
Bermaksud adanya persamaan antara sebelah dengan sebelah yang lain juga dianggap sesuatu yang sempurna dan lengkap. Elemen ini ketara wujud di Masjid Al-Umm dan diplan sedemikian oleh arkitek dalam plan arkiteknya. Misalnya pada aras utama dapat dilihat persamaan antara sebelah dengan sebelah yang lain. Misalnya pada bahagian kanan ruang utama solat terdapat serambi (sayap)  pada sebelah kanan untuk jamaah (lelaki) yang tidak mau berada di dalam kawasan berhawa dingin. Demikian juga pada serambi kiri bentuk dan keluasan sama  serambi yang diuntuk kepada jamaah (perempuan) yang tidak mau berada di dalam ruang yang berhawa dingin. Apa yang hendak ditekankan bahawa koinsp bersamaan pada bahagian kanan dengan bahagian kiri  adalah mengharmonikan.
·         Konsep Beperbezaan
Maksud beperbezaan ini, iaitu antara satu sama lain tidak sama. Misalnya adanya elemen tinggi dan rendah. Ini berlaku pada lantai Masjid Al-Umm.  Misanya masuk ke dalam ruang utama, kita melalui tingkat-tingkat lantai dari yang rendah  kepada yang lebih tinggi, Rendah dan tinggi juga dapat dilihat dengan adanya aras bawah tanah dengan aras utama, diwujudkan dengan adanya level tanah tinggi dan rendah.
·         Konsep Selang Seli
Elemen ini dianggap indah misalnya bagi seni taman yang menghiaskan pokok berselang seli dengan pokok yang berlainan dan menimbulkan daya estetika. Kedaan yang sama misanya dilakukan di dalam mengatur  tail sama ada belainan warna atau saiz.
·         Konsep Berpelbagaian
Juga dapat dilihat dari kepelbagaian dan campuran bagi pelbagain tumbuhan. Misalnya seni taman hutan yang mempunyai pelbagai pokok dan tidak  teratur, maka ianya juga mengharmonikan. Contoh hutan tebal pada kaki buit dan sebagainya.
Dan pelbagai elemen lain yang mengharmonikan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment