BBB, 15 Rejab 1439H. = 02 April 2018 (Isnin):
Berkutan dari
`Turun Padang` pegawai JAIS dan JKR ke Masjid Al-Umm pada 29
September 2015, maka sebagai lanjutan pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid
Al-Umm menerima maklumat bahawa Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan peruntukan
melalui JAIS sebanyak RM4 juta.
Sebagai perkembangan lanjutan, maka bagi
membincangkan bagaimana peruntukan itu dapat dimanfaatkan, maka satu mesyuarat
dipanggil oleh pihak JKR negeri bagi membioncangkan bagaimana peruntukan itu
dapat dimanfaatkan. Pihak yang dipanggil ialah.
Dari pihak JKR antaranya En. Masraman, Puan
Fadhilah dan beberapa yang lain.
Pihak JAIS diketuai En. Azam dari JAIS termasuk En. Nazri dari PAID dan
beberapa yang lain.
Manakala dari Jawatankuasa Pembinaan Masjid
Al-Umm diketuai Penulis sebagai Pengerusi, Haji Abdul Rahman, Haji Marzuki
(Kontrektor), Adham dan Abdul Razak(dari Kontrektor).
Statement dari pihak JKR – En. Masraman,
bahawa mencadangkan bahawa, ``Sebagai alternatif dari ambilalih projek ialah,
`Membayar tuntutan kerja – termasuk hutang
pihak kontrektor yang telah dibuat. ``
(Sebagai catatan bayaran tuntutan telah dilakukan
berjumlah RM 13 juta dengan hutang RM1juta. Sedangkan kos projek pada masa itu
telah meningkat kepada RM18.9 juta.). Dalam konteks ini
kata En. Masraman, ``Dengan RM4 juta tidak
akan dapat menyiapkan bangunan.``
Dalam kata lain, jika diambilalih, maka ianya
akan tergendala, memakan masa dan boleh menyebabkan projek pembinaan masjid
akan terbengkalai. Situasinya akan lebih teruk dari apa yang dihadapi
Jawatankuasa yang walaupun kekurangan peruntukan, tapi projek masih berjalan.
Pihak JAIS mau tamatkan projek yang berjalan
dan mulakan yang baru.
Pihak Jawatankuasa berpendap[at, kalau mau
diambilalih, maka segala hutang yang ada perlu ditanggung oleh yang
mengambilalih. Jika mau diambilalih projek, maka hendaklah diambil alih segala
bebanan yang ditanggumg, termasuk hutang dan apa yang berkenaan. Tidak ada
makna jika projek diambil, sedang kami masih menanggung hutang.
En. Azam dari JAIS mengatakan, ``Kita cuba
menolong menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Masjid Al-Umm yang sebagai
penyelesaian diserahkan kepada pihak JKR yang berpengalaman dapat menyelesaikan
projek.``
Sebagai keputusan akhir, pihak Ahli
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm tidak mau penyerahan projek dengan
meyerahkannya kepada JKR melalui tender terbuka dengan peruntukan hanya RM4
juta, ianya jauh dari mencukupi untuk membayar hutang dan penerusan projek. Ianya
akan menambah rumit dan melewatkan pembinaan dan kemungkinan akan terbengkalai.
Lebih baik wang sejumlah RM4 juta itu diserahkan kepada Masjid Al-Umm sebagai
menambahkan dana masjid dengan apa yang ada dan dengan apa yang sedang
diusahakan oleh masjid.
Dengan penolakan itu, pihak Jawatankuasa
Pembinaan diminta tulis surat kepada YAB
Dato` Menteri Besar Selangor menyatakan keputusan dan surat hendaklah sesegera
yang mungkin dengan tarikh terakhir untuk menjawab dua hari berikut iaitu pada
23.10.2015 meyatakan tidak setuju. Terpulanglah kepada Dato` Menteri Besar
untuk membuat keputusan.
Namun pihak Jawatankuasa Pembinaan
diperingatkan bahawa peruntukan dikategorikan di bawah P14 itu tidak akan
dikeluarkan. Dalam kata lain pada masa itu tidak ada penyelesaian dicapai.
Dengan peruntukan RM4 juta dianggap tidak mencukupi.
Perlu diingat bahawa beberapa permohonan
terhadap RM6 juta ringgit diteruskan. Antaranya melibatkan usaha yang sama
dilakukan oleh Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din dan akhirnya berita yang Dato` Dr.
Haron Din akan keluar negara untuk medapat rawatan menggerakkan pihak Berkuasa
menimbang kembali dan membuat keputusan menyerahkan dana berjumlah RM4 jutra
ringgit itu dengan YAB Dato` Seri Azmin Ali Dato` Menteri Besar Selangor turun sendiri ke Bangi dan menyerahkan cek berjumlah RM4
juta ringgit itu kepada Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din pada 9 September 2016 di
Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment