April 24, 2018

MELAKSANAKAN MESYUARAT TINDAKAN MINGGUAN



BBB, 07 Rajab 1439H. = 23 April 2018M. (Isnin):
Berikut dari pertemuan dengan PAID pada 8 Mac 2017 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1438H. di Pejabat PAID, setelah membincangkan tentang acara lawatan dan gagal untuk mendapat keizinan menggunakan Masjid Al-Umm lebih awal sebelum tarikh perasmian sebagai latihan bagi memastikan tentang kekurangan yang mungkin dapat diperbaiki, maka tumpuan kembali kepada mengejar masa untuk menyiapkan keperluan-keperluan masjid, khususnya untuk mendapat CCC. Salah satu keputusan yang diambil di dalam mesyuarat yang berlangsung pada Rabu  15 Mac 2017 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1438H.  bahawa oleh kerana tarikh Perasmian Masjid Al-Umm sudah begitu hampir, iaitu tinggal hanya 2 bulan lapan belas hari (Rasmi 3 Jun 2017 bersamaan Sabtu 8 Ramadhan 1438),  maka dua hari selepas bermesyuarat dengan PAID maka dalam pertemuan Jawatankuasa  Masjid Al-Umm pada 10 Mac 2017 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1438H. mencadangkan:
Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan hendaklah bertindak mengadakan `Mesyuarat Tindakan Mingguan` bagi  membincang dan mengatasi perkara-perkara semasa  yang perlu diambil tindakan segera, khususnya bagi mendapatkan CCC.
Antara perkara diusahakan:
·         Walaupun sudah ada bekalan air secara tidak rasmi, maka penyambungan dan kelulusan dari Syabas hendaklah didapati secara rasmi
·         Usaha mendapat kelulusan dari Bomba dan kelulusan Bomba bergantung pada kemasukan air secara rasmi.
·         Elektrikal  dan  mekanikal
Berkait dengannya ialah air-cond. terutama pada bahagian Dewan Konvensyen tingkat bawah tanah
Juga. Berhubung dengan elektrikal ialah sound system
·         Perlu kepada testing dan commissioning dari bahagian berkenaan.
·         Kelulusan dari segi building, luar dan dalam dari pihak MPKj.
·         Perlu kepada ruang parkir di bawah cable letrik dijangkan memerlukan peruntukan RM320,000/= , tangguh dan minta MPKj meratakan sebahagian.
·         Penambahan anjung depan masjid di luar dari plan asal, kononnya untuk mengelak dari tempias.
·         Kerja-kerja pable work yang memerlukan RM100.000/=
·         Keperluan pada lampu jalan.
·         Keperluan pada kemasukan telefon
·         Perlu disiapkan `Singnage`
·         Berbagai pembaikan kecil yang perlu dilakukan.

Yang paling merisaukan ialah dari segi kewangan yang kos pembinaan Masjid Al-Umm makin meningkat dan anggaran terbaru ialah berjumlah RM20,557,214.35.
Dalam pertemuan Mesyuarat Tindakan Mingguan pertama (21 Mac 2017) antaranya membincangkan kiranya jadual Masjid Al-Umm diubah tarikh ke bahagian akhir lawatan Tuanku Sultan Selangor, tetapi cadangan ini sukar untuk dirubah, kerana jadual telah disusun dan tiada yang mau merubah tarikh masing-masing.
Turut dibincangkan ialah melengkapkan borang pendaftaran masjid, juga membincangkan kaedah mendapat dana. Antaranya melalui masjid dan surau, contoh yang baik melalui Tabung yang diletak di Masjid Al-Hasanah. Contoh pemungutan derma dari Masjid  Al-Hasanah yang dibuka hari ini berjumlah RM54,500.
Dalam mesyuarat Tindakan Mingguan Kedua (28 Mac 2017) dibincangkan perkara-perkara yang  berhubung dengan bidang teknikal seperti:
·         PA System yang dikatakan sudah siap, tapi tidak dapat diuji setakat ini.
·         Soal air-cond. yang memerlukan bayaran untuk disempurnakan pemasangan
·         Soal kecacatan-kecacatan yang masih belum  dibaiki.
Kelihatan perkara yang sama diulang-ulang seperti soal air-cond, PA system dan sebagainya, kerana perkara berkenaan tidak diambil tindakan oleh kontrektor yang antaranya membuat syarat perlu membayar sejumlah tertentu. Rundingan terpaksa dibuat dan bila dibayar, maka kerja dibuat. Demikian cara ``tarik tali` sering digunakan oleh kontrektor  untuk mendapat bayaran. Keadaan ini berterusan dan tak berselesaian.
Pihak teknikal dan induk  sentiasa tertekan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment