BBB, 22
Rajab 1439H. = 09 April 2018M. (Isnin):
Selepas jangkaan pihak JAIS-JKR tidak jadi
mengambilalih projek Pembinaan Masjid Al-Umm pada akhir Mac 2016 dan tiada
timbul soal penyerahan peruntukan dari Dato` Menteri Basar Selangor,
Jawatankuasa menghadapi dua tekanan, iaitu tekanan dari segi kewangan dan
tekanan dari orang ramai yang bertanya, ``Mengapa Masjid al-Umm yang telah
dibina sejak 3 tahun lepas dan kelihatan semacam sudah siap masih belum digunakan
?``
Dari segi kewangan memang pihak masjid
memerlukan dana bagi meneruskan pembinaan. Dalam mesyuarat Teknikal (Bil. 27)
yang diadakan pada 8.3.2016, mesyuarat diberitahu bahawa kos keseluruhan bagi
Masjid Al-Umm pada masa itu ialah RM18,723,465.35.
Jumlah tuntutan dari kontrektor yang telah
dibayar RM12,397,259.22
Tuntutan baru
RM 2,054,916.00
Jumlah selepas membayar tuntutan
RM14,452,175.22
Dengan membayar tuntutan mutakhir bererti Masjid memerlukan dana RM4,271,290.13.
Selain daripada terus menerima derma dari
orang ramai dan dari institusi-institusi tertentu dalam jumlah yang terhad,
walaupun pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm tetap mengharapkan agar
pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat menunaikan janji mau memberi RM6 juta
kepada Masjid Al-Umm sebagaimana dijanjikan. Ini termasuk dengan usaha
dilakukan Penaung Masjid Al-Umm Dato`
Dr. Haron Din bersama dengan beberapa
Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm menemui Dato` Seri Azmin Ali Dato` Menteri Besar Selangor di Pejabatnya
pada 8 Julai 2015. Diikuti dengan surat susulan memohon janji ditunaikan. Surat
15 Julai 2015.
Sebagaimana disebut di atas, bahawa di dalam
masa yang sama masyarakat yang banyak menderma kepada pembinaan Masjid Al-Umm,
mau tahu dan mendesak, mengapa hingga sekarang masjid masih belum dapat
digunakan, sedangkan dari luar kelihatan sudah siap. Sebenarnya secara dalaman
pihak kontrektor semacam `tarik tali` dengan jawatankuasa Pembangunan, kerja-kerja
yang patut disiapkan sengaja dilambat-lambatkan. Jika tuntutan dibayar
sebahagian, maka kerja akan dilakukan sebahagian, dengan alasan mereka tidak
dapat menjalankan kerja-kerja tanpa kewangan, seperti untuk membeli bahan dan
juga upah pekerja. Pendek kata kerja-kerja berlaku agak slow dan tidak siap.
Akibat dari desakan masyarakat yang banyak
menyumbang derma bagi dana Masjid Al-Umm yang mau tau mengapa Masjid Al-Umm
hingga sekarang belum dapat dibuka dan mereka mau supaya masjid segera dibuka,
maka pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan pengimarahan Masjid Al-Umm
yang berlangsung pada Selasa 29.3.2016 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1437
dibincang alternatif bagi penggunaan Masjid Al-Umm ialah dengan mendapat dan
menggunakan CPC (Certificate of Partial Completion) dari pihak Arkitek Urusbina dengan
persetujuan pihak kontrektor dan MPKj. Antara syaratnya bahawa bangunan Masjid
Al-Umm hendaklah siap lebih dari 90%. Pada masa ini, menurut buku Laporan No.
27 yang diterbitkan pada 7 Mac 2016:
Kerja sebenar yang telah dilakukan ialah 95.95 peratus, ianya lewat 4.05%.
Dalam kata lain pada masa itu iaitu sejak awal
2016 lagi atau lebih awal dari itu Masjid Al-Umm sesungguhnya sudah boleh
digunakan. Masalahnya maklumat ini tidak diketahui oleh Ahli Jawatankuasa
Pembinaan Masjid Al-Umm pada masa itu dan tiada keberanian di kalangan mereka
itu.
Sesudah Masjid Al-Umm mendapat CPC pada
14.12.2017, pihak arkitek yang diungkapkan oleh
Ar. Tuan Raja Fuaddin bin Raja
Ahmad berkata, ``Sebenarnya Masjid Al-Umm boleh digunakan sejak awal tahun 2016
lagi ! Laporan buku Kemajuan pembinaan Bil. 25 pada bulan Januari 2016 Masjid
Al-Umm sudah 94% siap. Antara cadangan dibuat. Bagi menggunakan Masjid Al-Umm
berdasarkan CPC yang harus diusahakan:
·
Guna kaedah
(kelulusan) CPC untuk solat berjamaah sahaja.
·
Bersikap
jimat cemat terutama dari segi perbelanjaan dan pembayaran
·
Tidak dibenar
melakukan sebarang tambahan bangunan
·
Siapkan
kerja-kerja yang sedang dilakukan
·
Membayar
tonggakan tuntutan
·
Tangguhkan
projek yang tidak memerlukan pada kesegeraan
·
Gunakan aset
yang ada di Masjid Al-Umm seperti sewakan Dewan Konvensyen, Dewan Seminar,
bilik kuliah dan sebagainya yang boleh mendatangkan pulangan kewangan kepada
Masjid Al-Umm.
Walaupun usaha untuk menggunakan Masjid Al-Umm
telah dibincangkan sejak Mac 2016, tidak mudah walaupun untuk mendapat CPC, ianya memakan masa. Sesungguhnya setahun
sembilan bulan kemudian baru CPC didapati (14.12.2017), itupun tidak sunyi dari
penentangan. Bahkan penentangan oleh pihak tertentu berlaku hingga ke hari ini.
Ini adalah ujian proses Takmilah dari segi pembangunaan dan ke arah penggunaan
Masjid Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment