April 28, 2018

MASIH MENGHARAP GUNA AWAL MASJID SEBAGAI LATIHAN


   
BBB, 11 Rajab 1439H. = 27 April 2018 (Juma`at):
Mesyuarat  (ke 73) yang diadakan pada 7 Rajab 1439 bersamaan 4 April 2017 antara agendanya masih mengharapkan agar Masjid Al-Umm dapat digunakan lebih awal antaranya dicadangkan pada Khamis 30 Rajab 1438H. bersamaan 20 April 2017, iaitu dengan menggunakan `Ruang Utama` aras utama bagi jama`ah bersolat waktu. Adalah diharapkan dalam tempoh sebulan satu minggu ini memberi peluang  Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan jama`ah bersolat jama`ah. Dalam masa tersebut diharap jawatankuasa dan jamaah dapat melatih diri dan mengenalpasti masalah dan kekurangan yang ada dan sebelum tibanya tarikh perasmian oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada Sabtu 8 Ramadhan 1438H. bersamaan 3 Jun 2013. Dengan mengenalpasti  masalah, maka ianya dapat diatasi lebih awal dan tidak menimbulkan kekecohan pada saat-saat akhir  kelak.
Permohonan yang dibuat bukan tidak berasas, tetapi berdasarkan fakta-fdakta berikut:
·          Bahawa pembinaan hampir sempurna, dan masa permohonan,  kesempurnaan adalah telah sampai 98%. Dan dari segi kelayakan CPC sepatutnya sudah lama didapati.
·         Hasrat mau menggunakan masjid ini sudah tertangguh dua kali Ramadhan- dua tahun, maka diharap dengan persediaan yang rapi, lebih khususnya ianya akan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor, maka adalah diharap pada Ramadhan ketiga ini  ianya tidak tertangguh lagi – Insha Allah.
·         Penggunaan sebelum Ramadhan dan seterusnya pada bulan Ramadhan akan menjanakan kewangan, kerana memang diketahui, bahawa Masjid Al-Umm masih mempunyai hutang  RM2.5 juta, walaupun selepas mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM4 juta.
·         Penggunaan dari awal sebelum Ramadhan dan seterusnya diharap melega dan mengurangkan tekanan dari orang ramai yang mereka juga adalah penderma-penderma. Dengan penggunaan lebih awal ini meyakinkan mereka bahawa Masjid Al-Umm telah mula digunakan dan meyakinkan mereka dari segi perasmian yang akan dilakukan.
·         Penggunaan ruang yang dipohonkan adalah terhad kepada ruang solat utama di aras utama. Ianya hanya akan diperluaskan selepas perasmian. Tiada masalah bagi menggunakan ruang ini, kerana ianya telah siap sepenuhnya dan pada masa kini air dan api telah ada dan dapat digunaklan dengan baik, juga pada masa ini air-cond dijangka dapat digunakan, bahkan tanpa air-cond dapat digunakan dengan menggunakjan kipas besar yang telah siap dipasang.
·         Pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm mendapat kerjasama yang baik,  baik dengan pihak kontrektor pembinaan dan juga pihak arkitek.
Mesyuarat mengambil keputusan, bahawa pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm akan menulis surat kepada PAID berhubung dengan cadangan penggunaan lebih awal masjid betujuan untuk latihan jama`ah menggunakan ruang solat utama dan mengenal pasti tentang kekurangan-kekurangan dan dapat dikenalpasti dan diatasi dengan segera.
Dalam masa penggunaan ini pihak kontrektor meneruskan penyempunaan bangunan  dan keperluan-keperluan.
Apa yang merisaukan bahawa pergerakan ke arah mendapat CCC agak slow, hanya sebahagian keperluan oleh MPKj telah diangkat, tetapi sebahagian yang lain, khususnya seperti bomba belum diangkat untuk kelulusan. Walau bagaimana kami mengharap, dengan adanya program pembukaan Masjid Al-Umm  dan dilakukan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor, maka diharap ianmya memudahkan urusan dan perhatian dari pihak berkuasa.
Sekian.

No comments:

Post a Comment