BBB, 03 Sha`ban 1439H. = 19 April 2018M.
(Khamis):
Berita tentang Tuanku Sultan Sharafuddin Idris
Shah Sultan Negeri Selangor akan turun ke masjid-masjid pada bulan Ramadhan
1438H. termasuk ke Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi dan merasmikannya, makin
jelas. Misalnya pada 19.1.2017 Penulis diberitahu oleh saudara Shahrom bin
Abdullah Setiausaha ADUN Bangi yang juga Setiausaha bagi Penulis semasa menjadi
ADUN Bangi (2008-2013), bahawa semasa beliau menghadiri Mesyuarat Tindakan
Daerah, di Pejabat Daerah Hulu Langat, Bangi mewakili ADUN pada hari itu,
bahawa antara perkara yang dibincangkan, ialah mengenai Perasmian Masjid
Al-Umm. Bagi mendapat kepastian secara lebih jelas, maka pada Isnin 23 Januari 2017 Penulis ke Pejabat Daerah Hulu
Langat bagi mendapat kepastian berita tentang Tuanku Sultan akan merasmikan
Masjid Al-Umm. Bila menemui Setiausaha bagi Pegawai Daerah (Dato` Zulkafli),
Penulis diminta menemui Timbalan Pegawai
Daerah yang menguruskan perkara yang berhubung dengan Masjid dan surau. Penulis
menemui En. Mohd. Raiz bin Razman Timbalan Pegawai Daerah Hulu Langat berkenaan
dan Penulis diminta terus ke bilik pejabatnya. Penulis tidak menyangka
pemergian untuk mendapat kepastian itu terus dibawa berunding di biliknya.
Tarikh perasmian Masjid pada awalnya ialah
pada Juma`at 31 Mac 2017 bersamaan 03 Rejab 1438 dan mungkin tarikh menerima
perubahan. Pada pagi itu Penulis dengan En. Raiz terus berbincang mengenai, antaranya
aspek-aspek protokol.
·
Bilik Diraja
dan kelengkapan yang seharusnya ada di dalamnya
·
Protokol dari
segi pakaian kami dan warna-warna dilarang
·
Ketika solat
Juma`at, Tuanku di belakang Imam. Hendaklah disediakan tiga ruang sejadah
·
Masa
perasmian, meja Tuanku hendaklah mengadap ke masjid. Bersama Tuanku ialah Dato`
Menteri Besar
·
Di sebelah
kiri meja untuk cenderahati
·
Di belakang
Tuanku ialah meja pegawai-pegawai kerajaan – Termasuk Pegawai Daerah
·
Sebelah kanan
meja kerusi penerima bantuan – faqir miskin
·
Di belakang
bagi meja cenderahati ialah khemah hadiah
·
Persediaan
juga dibuat sekiranya hadir sama Raja
Muda Selangor dan Tengku Laksemana.
Kami berdua juga terus membincangkan mengenai
aturcara. Antaranya:
·
MC/Juruacara
seharusnya dari JAIS
·
Tiada ucapan
dari pegawai atau jawatankuasa masjid
·
Tuanku akan
bertitah merasmikan masjid secara ringkas
·
Masjid
mungkin dinamakan, oleh itu perlu tutup jika ada nama dan logo
·
Hadiah,
persembahan atau cenderahati, contoh Qur`an, buku, keris, baju melayu dalam
kotak bercermin dan dapat dilihat dan sebagainya yang bersesuaian dengan
suasana dan budaya setempat.
·
Pemasangan
bendera terdiri dari bendera Tuanku, negeri dan persekutuan.
Persediaan Buku Cenderamata/program:
Disediakan oleh pihak PAID. Pejabat Daerah memberi maklumat. Ada sedikit
latar belakang masjid, tetapi secara ringkas.
Nasihat:
·
Jangan sebut
atau buat tuntutan tambahan RM2 juta (tambahan bagi RM4 juta) yang dijanjikan
oleh Kerajaan Negeri
·
Berusaha bagi
mendapat kelulusan segera bagi menggunakan Masjid Al-Umm
·
Perlu adakan
mesyuarat secara segera bagi membincangkan pembahagian tugas dan kewangan. (Pihak
PAID disediakan peruntukan RM150 ribu bagi pengubahsuaian dan kelengkapan bilik
VVIP).
Dengan
pertemuan ini, nampaknya semacam sudah pastilah jangkaan pembukaan
Masjid Al-Umm akan berlaku. Penulis pulang ke Pejabat bagi memaklumkan
`Rancangan Pembukaan` ini kepada Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm. Tugas utama dan penting ialah membuat persediaan dari sekarang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment