April 27, 2018

MESYUARAT KHAS DENGAN KONTREKTOR TEKAD



BBB, 10 Rajab 1439H. = 26 April 2018M. (Khamis):
Selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan  Masjid Al-Umm pada 4 April 2016, maka diadakan pula mesyuarat bersama pihak Kontrektor Tekad Nusantara yang mau menamatkan kontreknya membina Masjid Al-Umm  dengan pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm,  mesyuarat pada 11 April 2017 bersamaan 14 Rajab 1438, iaitu kira-kira satu setengah bulan lagi untuk menyambut Ramadhan dan pada 8 Ramadhan 1438 atau 3 Jun 2017 ialah hari dijangka  dirasmikan Masjid Al-Umm oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor. Hadir dalam mesyuarat pada 11 April 2017 itu ialah Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan Tuan Haji Marzuki Haji Che Omar Pemilik  Tekad Nusantara dan beberapa pembantunya.
Dalam mesyuarat Pengerusi melahirkan luahan pendapat, bahawa pihak Masjid menghadapi suasana kritikal dan bertungkus lumus melengkapkan persediaan Perasmian Masjid Al-Umm dan bertanya mengapakah dalam masa terdesak sedemikian pihak Tekad mengambil keputusan menarik diri dari meneruskan kontrek. Kata Pengerusi  ``Saya tidak fikir ada sebarang niat untuk mensabotaj pembinaan Masjid  Al-Umm dan merosak, bahkan memalukan Ahli Jawatankuasa dan jauh dari mau menggagalkan projek pembinmaan masjid. Sudah tentu pihak kontrektor, bahkan sebagai seorang Islam, tentu tidak timbul soal menggagalkan projek pembinaan masjid, kerana ini bererti menggagalkan kontrek Tekad yang membawa imej buruk terhadap Tekad sendiri. Pengerusi berpendapat, sebagaimana pihak Ahli Jawatankuasa tertekan dengan kelewatan siap masjid dan tertekan dengan progam perasmian, demikian juga dengan kontrektor. Pengerusi berharap pihak kontrektor menilai kembali cadangan menarik  diri dari penerusan kontrek. Walau bagaimana jika pihak Tekad mau meneruskan penarikan diri dari kontrek dengan Masjid AL-Umm, maka kami terpaksa menerima dan mempunyai beberapa alternatif. Tidak ada jalan lain, sama ada jatuh dan bangun kami akan meneruskan projek yang sedang berjalan.
Tuan Haji Marzuki memaklumkan  yang  dia tiada niat untuk mensabotaj projek masjid, kerana ia bermakna merosakkan imej diri dan syarikatnya, tetapi dia meminta pertimbangan  di atas dirinya yang tertekan dengan desakan Tekad yang kekurangan dana dan menghadapi tekanan dari sub-sub kontrektor yang menuntut bayaran daripadanya. Menurutnya projek pembinaan masjid mergambil  masa yang terlampau lama dan ini merugikanya dari segi kontrek dengan masjid dan mengganggu peluang baginya menumpukan  kepada projek-projek yang lain. Pihaknya sedia memberi kerjasama, walaupun menarik diri sebarang keperluan masjid.
Pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm sedia membuat bayaran tuntutan menurut kemampuan yang ada, tetapi pihak Ahli Jawatankuasa meminta supaya kerja-kerja yang belum siap disegerakan. Antara kerja-kerja yang diminta disiapkan ialah:
·         Pemasangan peralatan air-cond yang sepatutmnya telah dapat disiapkan, kerana ada kesengajaan oleh pihak sub-kontrektor yang sengaja melengah-lengahkan (mau bayaran)
·         Sistem audio-visual yang masih tidak sempurna dan masih tidak boleh digunakan
·         Lampu jalan  yang masih belum disempurnakan
·         Sistem pembentungan yang masih belum siap.
Selain daripada itu kerja-kerja tambahan yang dipersetujui yang melibatkan sub kontrektor ialah:
·         Anjung hadapan pintu gerbang masuk ke masjid bagi megelakkan dari tempias apabila hujan
·         Pagar yang masih belum siap
·         Sistem saineg
Pihak Jawatankuasa akan mempetimbangkan untuk menilai tuntutan dan melaksanakan bayaran interim 27 yang berjumlah RM800,000/= itu.
Walau bagaimana hingga ke akhir mesyuarat tiada ketegasan Tekad untuk menarik diri, dan tidak pula ada kenyataan menarik balik surat penarikan diri. Cuma dinyatakan bahawa Tekad akan terus memberi kerjasama bagi meyiapkan Masjid Al-Umm menjelang perasmiannya pada bulan Ramadhan  yang hampir tiba.
Sekian.

No comments:

Post a Comment