BBB, 6
Rajab 1439H. = 22 April 2018M. (Ahad):
Penulis berulang kali meyebut tentang
pertemuan dengan Pejabat Daerah, dengan PAID dan dengan pengerusi-pengerusi
surau-surau yang dijangka berada di bawah Masjid Al-Umm apabila dirasmikan
penggunaannya bagi menunjukkan betapa seriusnya kami dengan perancangan untuk
perasmian Masjid Al-Umm yang akan dilakukan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris
Shah, Sultan Selangor pada 3 Jun 2013
bersamaan 8 Ramadhan 1439H.
Antara pertemuan mutakhir ialah dengan PAID
berhubung dengan Perasmian Masjid Al-Umm. Ini dilakukan pada 7 Mac 2017 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1439H.
bertempat di Pejabat Paid Sendiri di Bangi. Pihak Masjid Al-Umm adalah terdiri
dari Pengerusi dan jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan
pihak PAID diketuai oleh Pegawai Tadbir PAID sendiri, iaitu Tuan Haji
Hanifuddin dan Ketua Bahagian Masjid Ustaz Nazri. Perbincangan adalah
persediaan bagi Kunjungan Tuanku Sultan Selangor. Iaitu memperhalusi apa yang
telah dibincang sebelumnya – Termasuk dengan Pejabat Daerah Hulu Langat.
Yang dijangka hadir pada Majlis Perasmian
ialah:
·
DYMM Tuanku Sultan Selangor dan kemungkinan
bersama Raja Muda.
·
YAB
Dato` Seri Azmin Ali Dato` Menteri Besar
Selangor
·
Orang Besar
Daerah dan Pegawai-pegawai.
·
Penghulu-Penghulu
dan Ketua-Ketua Kampung.
·
Jemputan-jemputan
Khas
·
Pelajar-pelajar
·
Faqir miskin
·
Jemputan-jemputan
setempat.
Penggunaan Ruang
Dengan memasang khemah pada bahagian hadapan masjid dan Ruang Legar
atau menggunakan `Dewan Pelbagai Guna` di bawah tanah bagi berbuka dan makan.
Tempat Rehat Tuanku
Ialah di Bilik VVIP. Persediaan bagi bilik ini
di bawah tanggungjawab PAID Hulu Langat.,
Ruang Solat:
Tempat khas di belakang imam diresevekan tiga
ruang.
Imam ialah dengan menggunakan Imam Negeri,
tetapi Bilal ialah tempatan.
Pembahagian Tugas:
·
Sepanduk di
dalam kawasan masjid dan sekitaran (Publisiti – Pejabat Daerah)
·
Khemah (JKR)
·
Kerusi meja
(JKR, MPKj, PAID dan Pejabat Daerah)
·
Jemputan
(Pejabat Daerah)
·
Keselamatan
(Pejabat Daerah)
·
Cenderamata
(Masjid dan berbagai pihak)
·
Juruacara
Majlis (Masjid Al-Umm)
·
Khatib (PAID)
·
Bilal
(Al-Umm).
Tempat Perasmian
·
Tandatangan
plak perasmian (Diabadikan di Masjid).
Bertempat di ruang legar.
·
Buku program
(PAID)
·
Cenderahati –
Buku dan perkara yang ada hubungan dengan budaya setempat (Al-Umm dan
lain-lain).
·
Bajet – PAID,
Pejabat Daerah dan Al-Umm
·
Pakaian –
Melayu (Imam, bilal – berjubah).
Agenda/Aturcara
·
6.00 ptg.
Ketibaan AJK Masjid dan pegawai-pegawai
·
6.15 Ketibaan Pegawai Tadbir PAID dan
Ketua-ketua Jabatan
·
6.30 Ketibaan YAB Dato` Seri Menteri Besar Selangor
·
7.00 Ketibaan DYMM Tuanku Sultan
Sharafuddin Idris Shah, Sultan Negeri Selangor
·
7.30 Berbuka
·
7.45 Solat Maghrib
·
8.00 Makan malam
·
8.15 Majlis Pengurniaan Selepas Tandatangan Plak dan Ucapan Ringkas
·
8.30 Solat Isya` dan Tarawih
·
9.30 Penyampaian Bantuan – Penyerahan Cenderahati
(Solawat dan Do`a).
·
1`0.45 Bergambar
·
11.00 Bersurai
Demikianlah segala perkara diteliti dan
program diatur rapi, Masjid Al-Umm seolah-olah seperti benar-benar dapat dirasmikan dan berikutnya Masjid Al-Umm
dapat digunakan secara rasmi. Adalah dipohon dari PAID agar Masjid Al-Umm dapat
digunakan lebih awal sebelum perasmian sebagai latihan dan dapat dikenalpasti
masalah dan kekurangan dan dapat dibaiki sebelum tibanya masa perasmian. Pihak PAID sebagaimana sebelumnya tidak
dapat membenarkan sehinggalah mendapat CCC.
Sekian.
No comments:
Post a Comment