April 5, 2018

KONSEP MENIRU YANG LAMA: PERUBAHAN MENUJU TAKMILAH



BBB,  17 Rajab 1439H. = 04  April 2018M. (Rabu):
Idea asal yang tercetus pada peringkat permulaan tentang masjid, sebenarnya tidak terkeluar dari ruanglingkup ciri dan identiti masjid. Ianya tidak terpisah dari orientasi nilai, budaya tentang bangunan masjid. Ianya tidak terfikir tentang sesuatu yang lain dan jika tidak ianya bukan masjid. Ianya mungkin yang terlintas dan yang datang pada minda bervariasi, misalnya masjid yang meterialnya banguan dari kayu yang ianya terlihat sebagai masjid kayu, masjid dari batu yang lumrah  dari segi pembangunan pada peringkat mutakhir, tetapi pada akhirnya ia terumus kepada bangunan yang bersifat `masjid`. Cuma bangunan masjid yang mau didirikan mungkin ada hasrat yang mau sesuatu bangunan yang besar dan canggih, ianya juga dikawal oleh rasional diri dan masyarakat. Misalnya jika dbina suatu bangunan masjid yang besar dan canggih, apakah yang menganjur mendirikannya berkemampuan misalnya untuk mendapat dana bagi menunaikan kos dan keperluan masjid yang besar dan canggih itu.
Sebenarnya jawatankuasa sejak dari awal adalah rasional dan berpijak pada alam nyata. Melalui syura mereka meletakkan kos binaan Masjid Al-Umm (2010) atas kadar  RM10 juta. Di atas kadar yang sedemikian pihak  arkitek merangka plan arkitek berdasarkan kos yang ditentukan pada peringkat awal. Plan  arkitek ini juga adalah didasarkan pada  bentuk tradisi, normal dan mungkin ada kelainan yang cuba dibawa.
Jika dapat dikatakan plan arkitek dari awal adalah biasa dan normal dan tidak lari dari tradisi pembinaan masjid moden kini. Pada dasarnya prototype bagi Masjid Al-Umm adalah masjid satu tingkat yang pada bahagian belakang terkeatas adalah  bahagian muslimat yang adanya bahagian muslimat sahaja tidak dapat dikatakan sebagai dua tingkat. Bangunan pada asalnya di bawah lindungan atap yang bermula dari keliling kubah yang menjadi puncak tertinggi bagi masjid. Kecuraman atap ini dua tahap  tahap empat segi keliling kubah dan dari empat segi  melebar atap yang mengalirkan air di atas permukaan ruang masjid ke cucur atap pada bahagian depan, tetapi tidak sedemikian di bawah kubah kepada mihrab yang lebih pendek ruangnya. Ada atap-atap melebar bujur ke kanan dan kiri yang merupakan sayap kanan dan kiri bagi bangunan.  Sayap kanan dan kiri ini sama bentuk dan keluasan yang kelak ruang yang dikenali dengan serambi ini juga menampung jamaah  sebagai tambahan bagi ruang utama bagi masjid yang terletak di bawah atap empat segi keliling kubah. Manakala atap pada bahagian hadapan adalah melindung ruang bagi bahagian masuk ke masjid yang dapat dikatakan sebagai anjung masjid. Anjung ini dapat mengisikan jamaah jika sekiranya ruang utama bagi jamaah dan kedua serambi penuh, maka ruang dianjung  yang bersempadan dengan bilik wudhu` dan toilet, juga kiri, manakala pada kiri kanannya adalah bilik-bilik bagi bahagian  pentadbiran.
Dari segi bentuk dan pola pembinaan bagi plan arkitek awal ini lebih dipengaruhi konsep-konsep segi. Ini dapat dilihat kepada tiga contoh utama yang ketara kelihatan iaitu:
1)      Pintu gerbang masuk ke masjid.
Bentuk keseluruhannya adalah empat persegi bujur ini dapat dilihat pada  bahagian sutuh bagi pintu gerbang ini. Manakala tiang pada pintu gerbang ini juga adalah berbentuk empat persegi. Konsep empat segi ini juga dapat dilihat pada atap dan sutuh pada bahagian sayap kanan dan kiri. Juga pada bangunan-bangunan kecil pada bahagian sayap, kanan dan kiri. Pada  bahagian kelek bagi pintu gerbang pada bahagian kanan dan kiri.

2)      Bentuk binaan menara
Menara juga kanan dan kiri (dua menara, dikanan dan kiri pada bahagian hadapan dan berasing dari bangunan). Setiap satu mempunyai  tiga tahap dengan menara kecxil di atasnya
Tahap pertama di bawah lebih besar dan tahap kedua lebih kecil dan tahap ketiga makin  lebih kecil. Kesemua tahap ini mengambil bentuk  bersegi  yang setiap tahap dan keseluruhan adalah merupakan `tiang` empat segi, atau menara yang bertiang empat segi. Kubah kecil di atas meniru kesamaan  dengan kubah besar.
3)      Bentuk kubah
Bentuk kubah pada plan akitek peingkat awal adalah berlainan dari yang kemdian. Bentuknya sedikit kecil. Bulatnya d litupi kepingan yang terdiri dari dua segment. Segment bawah dibarisi bentuk-bentuk separuh bujur  dengan bahagian atasnya kepingan-kepingan yang bujur dan menirus ke atas hingga ke titik tengah.
Walau macam mana semua bentuk yang disebut di atas adalah dari bentuk-bentuk yang tidak menyimpang dari bentuk-bentuk dan ciri-ciri yang sudah ada pada masjid-masjid yang lain.
Dapatlah dikatakan plan arkitek pada peringkat permulaan adalah plan normal  yang dijangka bersesuaian dengan kehendak  Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm dan bersesuaian pula dengan  jangkaan kos baginya.
Apa yang dibicarakan ini dapat diistilahkan sebagai peringkat mencari Takmilah pada peringkat pra-pembinaan. Ianya melibatkan peringkat luaran dan dalaman.
Sekian.

No comments:

Post a Comment