April 18, 2018

MENYESALI PENGUNDURAN YDP PERSATUAN PENDUDUK BBB - BARAH TAKMILAH



BBB, 01 Sha`ban 1439H. = 17 April 2018H. (Selasa):
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi adalah persatuan terawal tertubuh di Bandar Baru Bangi bermula dari 4 Fabruari 1978 dan persatuan ini terus berkembang dan mantap dengan kepimpinan oleh Encik Omar Jaafar, Tuan Haji Banhawi Mohamad, Dr. Tajul Ariffin Noordin dan kini Tuan Haji Sufi Munasir. Dalam usaha bagi membina Masjid Al-Umm Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi terlibat secara aktif sama mengusahakan penubuhan masjid tersebut.  Pada permulaan mesyuarat pertama pada 4 Februari 2010 turut disertai penubuhannya oleh Dr. Tajul Ariffin Noordin yang pada masa adalah Yang Dipertuan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Di dalam hal rundingan mengenai kawasan  bagi Masjid Al-Umm  dengan PKNS, misalnya pada 6 Februari 2013 pihak jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm menemui Kontroler PKNS Cawangan Bandar Baru Bangi Tuan Haji Lokman bin Haji Abdul Kadir, turut disertai Dr. Tajul Ariffin Nordin bagi membincangkan status tanah  bersebelahanan Masjid Al-Umm, berdekatan dengan Dewan Orang Ramai,  yang pada masa itu adalah tanah kosong  dan pihak masjid memohon agar tanah lapang itu dapat dijadikan tanah parkir bagi Masjid. Demikianlah dalam jawatankuasa pembinaan Masjid Al-Umm terus dianggotai oleh Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, bahkan selepas Dr. Tajul Ariffin mengundur diri dari memimpin Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (2012) dan diganti oleh Tuan Haji Sufi Munasir, Dr. Tajul Ariffin Noordin terus kekal sebagai Ahli jawatankuasa Pembangunan dan Pembinaan Masjid Al-Umm dan Tuan Haji Sufi Munasir sebagai yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang baru dilantik menganggotai sebagai Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Persatuan Penduduk adalah persatuan yang berwibawa dan mewakili suara penduduk, kedudukan ini penting sebab itu jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm  terus mengekalkan YDP yang lama dan yang baru menjadi ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Sebagai Yang Dipertuan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Tuan Haji Sufi pernah menulis surat kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Pembangunan dan pengimarahan setelah tiga tahun  Masjid Al-Umm masih belum dapat digunakan, perkara ini dibawa kepada mesyuarat, apa yang dikesalkan bahawa tindakan beliau ini yang sepatutnya diterima baik, tetapi dikecam oleh pihak yang memang sering bersikap kasar dan mengecam terhadap Tuan Haji Sufi, konoinnya beliau sebagai ahli Jawatankuasa Pembangunan dan pengimarahan Masjid Al-Umm sepatutnya tidak mempersoalkan, kerana beliau sendiri mengetahui kedudukan perkara. Bahkan dikatakan beliau yang sepatutnya memberi penerangan kepada masyarakat tentang kelewatan, bahkan dibangkitkan tidak ada usaha darinya bagi membantu kesempitan Masjid di dalam menghadapi kewangan. Sikap ini dan sikap-sikap yang diunjukkan terhadap beliau oleh pihak berkenaan terhadapnya dan sikap-sikap menyerang terhadapnya sebelumnya mengejutkan Tuan Haji Sufi sehingga beliau mengambil sikap tidak menghadiri mesyuarat secara berterusan. Beliau beberapa kali dipujuk, antaranya menemuinya secara peribadi untuk melupakan permasalahan yang dihadapi dan kembali hadir mesyuarat. Kali terakhir beliau menghadirjan diri ialah di majlis berhubung dengan Masjid Al-Umm ialah pada hari Taklimat mengenai Perkembangan pembinaan Masjid Al-Umm yang diadakah di Kompleks Pendidikan Islam pada 2 Muharram 1439  bersamaan 10 Oktober 2017 yang beliau sendiri adalah Tuan Rumah bagi KPI. Kehadirannya adalah sebagai `tunjuk muka` sahaja sekejap di belakang majlis dalam tempoh sekejap. Beliau  dianggap menarik diri mulai awal tahun 2018. Ketiadaan Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang sejak awal usaha membangunkan Masjid Al-Umm disertai sama oleh Yang Dipertua, tetapi kini tidak menyertai lagi adalah amat merugikan Jawatankuasa Pembinaan dan pengimarahan Masjid Al-Umm. Sebenarnya situasi yang seumpama ini telah pernah dirasai sebelumnya dalam mana seorang ahli berjasa, Tuan Haji Omar Jaafar Bekas Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang pertama dan Bekas Pendaftar UKM bahagian Pembangunan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pembangunan Masjid Al-Umm yang juga mencadangkan supaya menubuhkan di bawah Jawatankuasa induk, satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal (2012), beliau juga menarik diri dari menjadi Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm (akhir 2013), kerana tidak senang dengan sikap watak yang sering menyerang secara kasar terhadapnya. Beliau menarik diri dan tetap dengan  keputusannya, walaupun beberapa kali dipujuk. Keadaan ini juga dihadapi oleh ADUN Bangi kini  tentang kekasaran - Mesyuarat ke (63) bertarikh 25 Oktober 2016,  Seorang Bekas Setiausaha dan arkitek bagi Masjid Al-Umm juga jadi bahan serangan. Bahkan usaha menjatuhkan pengerusi pernah dilakukan secara licik oleh watak penyerang berkenaan dalam mesyuarat Bil (77) bertarikh 18 Julai 2017, tetapi percubaan berkenaan dipatahkan secara licik juga.
Tidak prihatin dari segi komunikasi dan tidak bersifat diplomasi dan mesra  beberapa kali dialami oleh Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm dan ini adalah merugikan dari segi kepentingan Masjid Al-Umm sendiri. Ia bolehlah juga disifatkan barah di dalam Takmilah dan merencatkan Takmilah dari segi peribadi dan pembangunan.  Firman Allah di dalam surah Al-An`am bermaksud:
``Dan demikianlah Kami  jadikan pada setiap qariah itu orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan  tipu daya di qariah itu, pada hal tiadalah mereka memperdayakan, melainkan dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibat yang buruk) sedang mereka tidak menyedarinya.`` (Al-An`am: 123).
Sekian.

No comments:

Post a Comment