November 30, 2019

TAKMILAH SENI BINA MASJID AL-UMM


TAKMILAH SENI BINA MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi 409),
BBB:  03 R. Akhir 1441H. = 30 November 2019M. (Sabtu).
Teori Takmilah dibina sejak 1990an dan tertumpu lebih kepada karya sastera. Ianya telah digunakan oleh pelajar-pelajar untuk kajian mereka di beberapa buah universiti pada peringkat Ph. D, sarjana dan ijazah pertama seperti di Universiti Malaya, UPM, UPSI  dan Institut Pengajian Islam di Bangi.
Penyimpangan atau perluasan aplikasi Takmilah terhadap `Seni Bina, ialah berlaku pada tahun 2014.
Pada masa tersebut Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm sedang pada peringkat pembinaan fizikal Masjid Al-UMM.. (Masuk tapak pada 10.12.2013). Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan adalah terlibat secara langsung, baik dari segi arkitektur (Seni Bina) yang diketua Tuan Raja Fuaddin Raja Ahmad dari Maju Bina Sdn. Bhd. beribu pejabat di Perlis dan kelulusan Plan arkiteks di dapati dari MPKj pada 4.12.2013.
Membincangkan aspek seni bina dan perbincangan dengan kontrektor dan consultant-consultant membawa Penulis lebih memahami terutama aspek seni bina. Secara kebetulan pula pada awal 2014 proses pembinaan sedang berjalan lancar, maka pada masa itu pihak UPSI mengadakan Seminar berhubung dengan Takmilah. Penulis diminta menyediakan kertaskerja berhubung dengan Takmilah. Dalam pembentangan di UPSI ini Penulis  membawa kelaianan pendekatan atau perluasan dengan mengaplikasikannya pada seni bina, khususnya Seni Bina Masjid Al-Umm yang penulis sedang beruasaha dengan jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan dan Jawatankuasa Teknikal (dilantik Ogos 2012).
Penulis melihat bahawa, terutama dari segi arkitekture, ianya mempunyai persamaaan dari segi keperluan kesusasteraan. Antaranya.
a)      Perlunya bagi arliteks  visi dan misi seni bina Islam sesuai sebagai sebuah masjid.
b)      Arkitek perlu memahami keilmuan Islam
c)       Perlu berjiwa seni, khususnya dari segi kerohanoianm Islam,
d)      Perlunya pengalaman yang luas dari segi pembinaan, khususnya pembinaan masjid
e)      Memahami kehendak dan keperluan setempat.
Oleh kerana seni bina memerluklan kefahaman seni dan jiwa seni rohani yang tinggi, maka Penulis melihat banyak persamaan dan keperluan bagi menyediakan plan arkliteks yang dapat mencapai daya estetika rohani yang tinggi. Sebab itu dalam menyediakan kertaskerja berhubung dengan takmilah itu Penulis buat pertama kali mengambil pendekatan Takmilah dari segi Seni bina Islam. Dalam salah satu kertaskerja yang dikemukakan oleh Penulis ialah:
``Perluasan Teori Takmilah`` (Buku Teori Takmilah: Perluasan dan Penafsiran, 2014)..
Iaitu pembicaraan terhadap Seni Bina Masjid – Khususnya Masjid Al-Umm.
Penulis merasakan bahawa pembicaraan Penulis terhadap seni bina Masjid al-Umm biarpun dikataklan ianya sebagai teori seni rohani, tetapi ianya sebagai sesuatu yang real yang Penulis hadapi dari segi persediaan keperluan, plan arkiteks dan pembinaan. Bahkan dapat dilihat bahawa Masjid Al-Umm adalah jelmaan bagi Takmilah Kemasjidan. Ianya adalah master piece bagi arkiteks dan juga seni rohani Takmilah,
Apabila Prof. Madya Dr. Kamariah Kamaruddin Pensyarah Di Jabatan Bahasa UPM mencadang kepada Penulis untuk bercakap tentang teori Takmilah kepada penuntut-penuntutnya - Peringkat Ijazah, pertama, sarjana dan Ph. D., Penulis bersetuju untuk menyampaikan kuliah berkenaan, tetapi membuat cadangan balik, bahawa Penulis tidak akan membicarakan Takmilah dari segi Sastera, kerana mereka lebih mendalami aspek berkenaan, sebaliknya Penulis menyebut Penulis akan bercakap berkenaan Takmilah dari segi Seni bina. Tetapi bagi lebih sempurna dan lengkap, bahawa pelajar tidak hanya mendengar dari segi teori, tetapi dapat melihat dangan mata kepala mereka Penulis mencadangkan bahawa pelajar-pelajar perlu datang mendengar kuliah di Dewan Seminar di Masjid Al-Umm  dan kemudian menyaksikan sendiri apa yang dikuliahkan. Profesor Madya Dr. Kamariah Kamatrudin bersetuju di atas  cadangan berkenaan.

Sekian.

November 28, 2019

PENGARUH LUAR


PENGARUH LUAR
(Fikrah Bangi: 408),
BBB: 01 R. Akhir 1441H. 28 November 2019M.
Kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Asia Tenggara,  yang bergantung pada pertanian tidak asing dari jiran-jiran terdekatnya. Dua jiran terbesarnya sejak tradisi adalah India dan Cina. India adalah keturunan yang mendiami kawasan India – termasuk yang kini dikenali sebagai Bangladish dan Pakistan, Negara ini bersempadan dengan Iran sebuah kuasa besar sejak zaman tradii, manakala pada bahagian timur yang dekat dengan Jepun, ialah Cina. Sebuah negara yang luas dan subur dengan perkembangan penduduk.
Sebelum daripada wujudnya komunikasi melalui laut negera, seperti India tidak mengganggu  penduduk jiran. Negara ini bersempadan dengan Cina dan mempunyai jalan yang dikenali dengan Jalan Sutera melalui tanah tinggi di utara India dan mempunyai jalan melalui seperti tanah tinggi gunung Himalaya dan melalui seperti kawasan Tibet.
Dari segi perkembangan fikiran, di India lahir seperti agama Hindu dan juga Buddha. Pengaruh agama ini tiba hingga ke negeri Cina yang menjadikan Cina penganut Buddha. Walaupun pengatruh Hinduisme tidak ketara. Pengaruh ini kurang ketara berlaku pada kaum penjarah yang menguasai padang rumput dan dikenali dengan kaum Monggol.
Pengaruh Buddha nampaknya turut mempengaruhi negeri-negeri yang kemudia dikenali dengan Burma, Siam, Lous, Kemboja dan Vietnam, bahkan sampai ke Jepun.
Pada masa sebelum Masihi lahir negara Melayu yang dikenali dengan Langkasuka. Ianya meliputi negeri-negeri Melayu ke bawah dari Segenting Kra, membawa ke Kedah dan Terengganu.  Faham  Buddha adalah usaha meningkat diri dan pribadi dengan nilai-nilai mulia dan kemanusiaan dan kurang membicarakan tentang ketuhanan. Manakala  Hinduisme adalah polytheisme, Di Semenanjung terdapat bukti di Batu Pahat di Kedah.
Kerajaan Langkasuka adalah kerajaan Melayu awal yang dikenali sebagai sebuah kerajaan yang kuat. Pada peringkat ini tidak timbul konflik di antara jiran-jiran, kerana mereka sealiran dari pengaruh keagamaan. Apa yang serap ke dalam budaya masyarakat setempat, terutama dari segi kehinduan lebih kepada adat istiadat dan perkara-perkara yang bersifat seni. Mereka tidak menekankan kepada yang bersifat ketuhanan.
Mereka tidak tertarik kepada falsafah Hinduisme sebagaimana di dalam Upanishad, sebaliknya yang diambil dari hikayat-hikayat Seri Rama dan veda-veda adalah dari segi perwayangan. Cerita Seri Rama adalah menjadi cerita popular dari segi perwayangan dan cerita wayang kulit.
Keadaan yang sama berlaku pada negara-negara Asia Tenggra, yang lebih didukung terutama dari falsafah Buddhisme ialah ritual dan penglahiran aspek kerohanian yang dilambangkan dengan pembinaan-pembinaan pagoda terutama di Burma, Thailnd, Lous,  dan kemboja.
Agak menghairankan, bahawa pada tanah asal lahir Hindu Buddha di India, tiada monumen seni agung Hindu Buddha di India, sebaliknya lahir dari luar India seperti Sri Lanka dan negeri-negeri yang lain di Asia Tenggara.
Bahkan keagungan seni Hindu Buddha sebagai kesanya lebih ketara – termasuk di Jawa seperti monumen Borobodor, bahkan di Bali lahir semacam, Hindu Tempatan yang tiada di India, iaitu Hindu Bali., tetapi semua lebih bersifat seni dari fikiran.
Sekian.

November 27, 2019

SURVIVAL : MENUJU PEMBINAAN NEGARA BANGSA


SURVIVAL – MENUJU PEMBINAAN NEGARA BANGSA
(Fikrah Bangi: 407),
BBB:  30 R.Awwal 1441H. = 27 November 2019M. (Rabu).
Sebelum berlaku lempahan penduduk bagi turunan Melayu, mereka pada hakikatnya berada dan digerak oleh kepentingan kehidupan. Ratus ribuan tahun sebelumnya mereka struggle bagi mendapat jaminan kehidupan dengan bercocok tanam.. Mereka saebelumnya berada di tanah padang rumput yang hidup di sini juga ialah turunan penjarah yang mengawal padang rumput, pertanian dan pemeliharaan binatang. Mereka ini lebih suka menunjukkan kekuatan dan sering berperang. Mereka ini lebih suka bergerak ke barat.. Manakala turunan  yang lain yang dapat diistilahkan `Turunan Asia Tenggara` lebih suka bergerak ke selatan dan timur. Tanah-ntanah di Lembah Selatan di bawah Sungai Mekong ke selatan adalah lembah yang subur dengan pertanian terutama padi.. Di sini kumpulan-kumpulan yang kemudian dikenal sebagai Burma, Thai, Lous, Cambodia, Vietnam dan Melayu Selatan.. Mereka mulai dikenali berketurunan seperti Punan, Khemer, dan Melayu Selatan. Keadaan bentuk wajah mereka adalah hampir bersamaan. Mereka  bekerja bertani. Pada masa itu masih belum lagi dibawa pengaruh luas seperti kepercayaan agama tertentu.
Kalaupun ada konflik di kalangan mereka, iailah akibat dari pemilikan tanah untuk pertanian dan tempat mereka menternak seperti binatang-binatan dan juga sumber ikan dan sebagainya.. Antara mereka ada yang terdesak bagi bergerak ke kawasan yang lebih selatan. Etnik yang mulai dikenali dengan perbezaan percakapan yang  menjadi asal usul Melayu bergerak kepada tiga arah utama.
Pertma melalui kawasan Thai sekarang ini mereka turun ke selatan dan mengambil tapak bagi kawasan kependudukan bangsa ini mulai dari Semenanjung Kra dan ke Selatan Mereka menguasai pesisir pantai terutama pada bahagian timur dan ke barat dan selatan. Kawasan ini dikenali kemudiannya sebagai Semenanjung Emas. Sebahagian daripada mereka berada pada  bahagian barat semenanjung dari  tanah tinggi  ke pinggir pantai ke selatan hingga ke Kedah. Mereka mempunyai  pelabuhan penting pada bahagian teluk dan lebih menghala perkembangan dan pergerakan bagi perpindahan ialah ke Sumatera. Satu lagi pergerakan Melayu yang terdesak dari pergerakan penduduk pada bahagian tengah, bahawa merekla bergerak ke arah timur, Menembus kawasan yang kemudian dikenali dengan Kemboja. Mereka antaranya dikenali kemudiannya dengan Melayu Champa`hingga ke Borneo, Sulawesi m bahkan hingga ke Taiwan dan pulau-pulau yang lebih jauh di Pasifik dan ke Selatan.
Pada zaman ratus ribuan tahun sebelum Masihi, taburan penduduk di kawasan Asia Tenggara ini telah mulai mantap dari segi kependudukan. Mereka adalah pemerhati-pemerhati nature dan amat bergantung pada musinm dan pertukaran bagi menjaga aktiviti pertanian. Ancaman adalah dari banjir dan lempahan sungai. Pada satu pihak mereka pandai membaca pergerakan dan kedudukan bintang-bintang bagi panduan mereka tterutama bagi pelayaran di lautan bagi mencari rezeki, bahkan bagi mendapat kawasan yang lebih subur bagi bertani dan mendapat  sumber ternakan. Ancaman bagi mereka ialah ribut taufan yang sering berlaku di kawasan laut terbuka dan mendapat ancaman kematian di laut, sebelum sempat bagi mereka menyelamatkan diri.
Bangsa pelaut yang berani dan bergerak dari pesisir dan mencabar lautan ini, sedar bahawa kawasan lautan yang mereka huni, tidak saja didatangi gelombang laut dan pasang, tetapi sering pula menghadapi gempa bumi di kepulauan atau dari dasar  lautan yang sering memusnahkan mereka. Tetapi di tempat-tempat ini adalah tanah-tanah yang subur bagi bercocok tanam.
Sebab itu walaupun ancaman berterusan dan kematian, tetapi kehadiran mereka makin bertambah memenuhi kawasan-kawasan pulau Nusantara..
Mereka adalah bangsa yang berani  bergerak dan berani mencabar berbagai-bagai ancaman bagi surrvival kehidupan dan turunan.
Sekian.

November 26, 2019

TEORI KELAPA: EVOLUSI KENDERAAN LAUT


TEORI KELAPA: EVOLUSI KENDERAAN LAUT
(Fikrah Bangi: 406),
BBB: 29 R. Awwal 1441H. = 26 November 2019M. (Selasa).
Bandingan pergrakan dan penyibaran Melayu Nusantara sebagaimana penyebaran benih kelapa, tetapi ada kelainan  dari segi progres penyebarannya, ianya tidak bersifat hanyut mengikut arus yang membawa kelapa ke berbagai perpantaian, tetapi pergerakan dan penyebarannya adalah dengan penggunaan peralatan  kenderaan air., iaitu melalui pembuatan perahu.
Telah dibicarakan bagi kenderaan di sungai proto type perahau ialah dengan menggunakan batang-batang kau yang  digerakkan di dalam sungai, kemudian dengan menggunakan kapak batu dan besi batang kayu ditebuk bahagian tengah sehingga ianya dapat memuatkan barangan.. Kenderaan sungai ini agak kurang sesuai digunakan di laut, kerana  mudah tenggelam., kemudian `Pandai` Perahu` merangkan binaan perahu yang sesuai dengan laut, iaitu dengan mengikat papan pada  kekang kayu yang dilekatkan dengan paku kayu . Perahu ini berbentuk sesuai dengan pergerakan laut yang bergelombang dengan besar lebar dan dalam bahagian tengan, tajam bahagian bawah, tirus ke bahagian depan dan belakang hingga memudahkan perahu yang dibina meluncur di permukaan laut dan dapat dikendalikan pergerakannya  dengan  pergerakan kawaalan arah. Dalam evolusi perkembangannya pergerakan asalnya dengan mengayuh, tetapi kemudian dengan menggunakan tiang dan layar. Melalui tiupan angin, perahu dapat digerakkanm ke mana arah yang dituju.. Adalah menjadi  pandangan biasa di mana ada kampung nelayan di sana ada tanggang membuat perahu.. Kayu adalah dari kayu tempatan dikampit antara satu sama lain dengan menggunakan kulit kayu gelam yang tidak diresapi aiur. Di samping penggunaan gam – seperti dari kelulut  dan sebagainya. Teknologi membuat perahu ini dikuasai oleh tukang-tukang perahu sepanjang pantai nelayan, khususnya sepanjang pantai Terengganu.  Perahu-perahu  ini dihimpun di pangkalan atau dimuara sungai untuk kegunaan.
Bayangkan pergerakan dan penyebaran Melayu ini sejak zaman  purba. Mereka bergerak turun dengan perahu meredah lautan dari pantai di Campa Kemboja turun hingga k Filipina dan menetap di sana, mereka turun dari pesisir Pantai Pangkalan Cahaya di Segenting Kra hingga ke Selatan di Patani, Kelantan dan Terengganu. Mereka bergerak ke Borneo, Su;awesi, bahkan ke laut yang lebih jauh di lautan Pasifik. Mereka turun dari johor dan Temasik ke Riau dan Jawa ke Australia dan New Zealand dan berbagai pullau, manakala di Pantai Barat mereka bergerak dari pantainya ke Sumatera hingga ke Madagaskar.. Melayu juga bergerak dari  pantai di Selatan Burma ke Utara Sumatera.. Dalam peredaran dan perkembangan masa, pergerakan melalui perahu di laut ini menjadi biasa dan terajadi ulang alk antara mereka dari tempat ke tempat.
Dalam evolusi masa juga, berbagai jenis perahu kemderaan laut direkacipta untuk kemudahan pergerakan. Berbagai kenderaan laut yang dikenalpasti seperti:
1)      Perahu nelayan:
Perahu kecil, perahu payang dan bedar.
2)       Pergerakan laju untuk membasmi musuh
Perahu Bugis, lanun, pinis dan sebagainya.
3)      Kenderaan barangan
       Wangkang,  perahu besar, jong dan kapal
4)      Kenderaan VIP
Bahtera, koci, mendam berahi , lancang dan sebagainya.
5)      Pengankutan sederhana dekat
Feri, bot dan sebagainya.
Dengan berbagai kenderaan ini, baik yang tradisional maupun yang lebih baru berlaku pergerakan yang luas di Nusantara, Alam Melayu, bahkan merentasi lautan di seluruh dunia kemudiannya.
Sekian.

November 25, 2019

TEORI KELAPA - PERGERAKAN MELAYU NUSANTARA


TEORI KELAPA – PERGERAKAN MELAYU NUSANTARA
(fikrah Bangi: 405),
BBB: 28 R. Awwal 1441H. = 25 November 2019M. (Isnin).
Bandingan yang tepat yang dapat diambil dari`nature  alam yang rapat dengan suasana di kawasan Nusantara yang menjadi kawasan miritim Melayu terbesar, bahawa pergerakan dan  penyebaran Melayu terjadi adalah sebagai penyebaran kelapa ke serata kepulauan Nusantara. Kelapa adalah tumbuhan palma yang dominan di dalam kawasan tersebut. Di mana saja daratan, di kepulauan, bahkan  di pesisiran kawasan tersebut, maka didapati di sana tumbuhan kelapa.
Cara berlaku penyebaran, bahawa kelapa adalah tumbuhan yang subur tumbuh di tanah berpasir dan sesuai di kawasan yang masin sebagai kesan dari air laut. Kelapa dapat dikatakan sedia wujud dan tumbuh sebaik dan selayak bumi di kawasan tersebut sedia menerima tumbuhan dan tumbuhan yang awal ini ialah kelapa. Sebagaimana dikehendaki Tuhan kepada nature di Nusantara ini diwuudkan tumbuhan ini berada di pinggir pantai. Biji awal tersadai di tepi salah satu pantai di pesisir pantai dan tumbuh d i tepi pantai sebagai sebuah tumbuhan palma yang mempunyai daun di pelepah dari batang. Pelepah ini mengelilingi batang yang meningkat tinggi. Pada celah-celah pelepah ini lahirnya mayang-mayang yang padanya membesar buah-buah kelapa pada mayang berkenaan. Buah ini membesar pada tandannya, hingga tua. Dari batang kelapa yang meninggi ini gugurnya kelapa-kelapa berkenaan. Antaranya tumbuh di sekitaran pokok tersebut, tetapoi sebahagian dibawa turun oleh ombak  air laut yang  melempah ke atas dan membawa turun biji-bijio benih kelapa ini di dalam laut.. Kelapa-kelapa seumpama ini dan yang seumpama yang lain dihanyutkan oleh ombak dan terdampar di perpantaian pulau-pulau di mana saja di Nusantara dan mengakibatkan dalam tempoh yang lama pohon kelapa ini tumbuh di mana saja kawasan perpantaian pulau-pulau dan tumbuh menjadi penampan angin dan ombak, di samping menyebarkan keturunan dari benih-benih yang memang subur di kawasan Nusantara dan menjadi tanaman yang identik bagi kawasan-kawasan berkenaan.
Adalah dijangka Melayu awal sejak ratus ribuan tahun yang lain mempunyai induknya dari tanah peseisiran. Dalam tempoh tersebut berlaku pergerakan dan perpindahan ke pulau-pulau di kawasan Pasifik, lebih khusus dikenali dengan wilayah Nusantara. Sebagaimana biji benih kelapa mendarat di perpantaian pulau-pulau, di bawa ombak, maka manusia Melaytu awal ini  juga bergerak dengan menggunakan berbagai jenis perahu yang direka cipta sesuai dengan keparluan masa mereka dan teknologi permulaan yang ada membuat mereka mampu bergerak dan berpindah dari satu pulau ke pulau yang lain yang bertabur meluas di laut antara Laut Pasifik ke sempada Benua Afrika ke Selatan hingga k Australia dan New Zealand dan ke utara hingga ke Taiwan.
Bagi manusia Melayu purba ini, perbandingan antara Melayu dengan teori kelapa ini, bukan sekadar perbandingan, tetapi tumbuhan kelapa ini ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan dan budaya manusia Melayu purba ini. Bagi manusia Melayu purba ini kelapa adalah menjadi keperluan makanan dan semua bahagian dari kelapa adalah berguna bagi keperluan masyarakat Melayu itu, bahkan hingga kini. Batang kelapa dapat dijadikan tiang rumah yang dibangunkan di tepi laut.  Sebahagian daripadanya dijadikan kasau , Daun dijahit pada batang kecil dan dapat dijadikan atap bagi rumah yang didirikan, bahkan dapat dijadikan dinding. Pelepah kelapajuga dijadikan  penampang bagi angin dan ribut dari pantai. Buah sebagaimana maklum dimakan isinya pada masa masih lembut tau dikeluarkan santan daripadanya untuk dimasak dengan ikan yang ditangkap atau sayur yang ditanam. Bahkan daripadanya dapat dikeluarkan minyak yang berbagai guna sama ada untuk makan dan sebagainya. Sabut bagi kelapa untuk sumber tali dan juga bahan bakar,  Demikian juga dengan tempurung sebagai peralatan  dan sebagainya.
Pendek kata kelapa adalah sumber bagi kehidupan Melayu purba, bahkan sehingga kini. Ianya masih menjadi tumbuhan tradisi dan kini. Demikian dengan Melayu yang tersebar di Nusantara adalah persis sebagai penyebaran kelapa di kawasan Nusantara tersebut.
Kelapa dan Melayu purba hingga kini  menjadi identiti Melayu Nusantara.
Sekian.

November 20, 2019

PERTEMUAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN AZMIN


PERTEMUAN MENGUKUHKAN AZMIN
(Fikrah Bangi:  404),
BBB: 23 R.Awwal 1441H. = 20 November 2019M. (Rabu).
Perlumbaan mendapat sokongan sebagai pimpinan PKR, nampaknya tidak menemui  jalan damai. Azmin mendapat sokongan majoriti ahli dan cabang PKR dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada akhir tahun 2018 lepas mengalahkan lawannya Rafizi. Semua tahu pada masa itu Rafizi mendapat sokongan Anwar, Wan Azizah dan anaknya  Norizah. Walau bagaimana keputusan terpaksa diterima, tetapi perlumbaan menambahkan pengaruh tidak terhenti di situ.
Azmin Bekas Menteri Besar Selangor itu,diketahui seorang yang bijaksana, selalu bercakap secara teratur dan berfakta. Mahir dari segi kewangan. Perlantikannya menjadi Menteri Ekonomi negara dalam kerajaan PH mengukuhkan  kedudukannya. Kemampuannya mengendalikan hal ehwal ekonomi negara makin menyerlahkan kepimpinannya. Namanya mulai disebut-sebut sebagai pengganti Perdana Menteri yang berpotensi, sedangkan isu peralihan kuasa masih belum terlaksana. Akibat pengaruh dan prestasinya ianya menjadi rival bagi jawatan Perdana Menteri. Beliau cuba dikesampingkan oleh penyokong-penyolong Anwar, tetapi jika tindakan menyingkirkan beliau dari pimpinan PKR, maka implikasinya  tidak menjaminkan peralihan koasa tidak berjalan lamcar. Konflik antara Anwar dan Azmin terbawa-bawa hingga ke PRK Tanjung Piai. Adalah dijangkan faktor ini menjadi salah satu sebab calon PH di Tanjung Piai mengalami kemerosotan sokongan yang paling teruk.
Berita semalam bahawa 22 ahli parlimen BN dan 5 orang ahli parlimen PKR di rumah Azmin merupakan kejutan dan perkembangan baru dalam politik tanahair. Azmin yang sebelum ini menjadi tanya, kiranya beliau tersingkir dari PKR, maka ke manakah  tapal perjuangamnnya beralih, sebenarnya adalah jawapan bagi strategi politik Azmin. Beliau nampaknya tidak keseorangan dalam PKR, tetapi mendapat sokongan sebahagian besar ahli politi Umno. Apakah akan ada perubahan politik terbesar negara sebelum tibanya pilihanraya ke 15. Apakah akan berlaku perubahan kerajaan yang memerintah  ? Yang hadir ke pertemuan di rumah Azmin adalah merupakan proksi. Di belakangnya mungkin ada penyokong-penyokonga yang lain termasuk dari Pas yang dari sokongan berkenaan mampu membentuk majoriti di Parlimen >
Dalam keadaan sekarang soal peralihan kuasa dilihat tidak releven lagi. Walau bagaimana adalah menjadi pendekatan yang releven, bahawa Tun Mahathir perlu dikekalkan menjadi Perdana Menteri sehingga ke tahap kemamupuannya. Tetapi kabinet  perlu ditukar kepada Kerajaan Campuran yang terdiri dari PH (sebahagian dari PKR) dan dari Bersatu, Umno dan dari Pas.
Asalah dijangka, pertemuan bukan setakat pertemuian dan membicarakan soal-soal biasa, tetapi melibatkan politik pemerintahan masa depan. Tanjung Piai menunjukkan Melayu amat tidak menyenangi pemerintahan kini, khususnya bagi orang Melayu. Bagi mendapat kembali sokongan Melayu, seharusnya kuasa Melayu perlu dikembalikan. Dalam hal ini Umno dan Pas adalah suara majoriti Melayu. Tanpa penyertaan kedua parti berkenaan suara Melayu tidak mantap.
Walau bagaimana pertemuan adalah peringkat permulaan. Ianya akan dilanjutkan, kerana banyak perkara yang perlu dilibatkan – termasuk sokongan dari Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimana pertemuan antara ahli-ahli parlimen Umno dan sebahagian dari PKR, adalah sebagai perkembangan politik terbaru. Pas perlu membuat percaturan dan kedsudukan di dalam perkembangan politik yang sedang berlaku. Diharap Pas  jangan sampai ketinggalan.
Sekian.                                        

November 19, 2019

TERKEJUT SOKONGAN MELAYU TERHADAP PH MERUDUM : SOAL MARUAH


TERKEJUT SOKONGAN MELAYU TERHADAP PH MERUDUM: SOAL MARUAH
(Fikrah Bangi: 403),
BBB: 22 R. Awwal 1441H. = 19 November 2019M. (Selasa).
Sememangnya terkejut membaca lapoiran dari Sinar Harian 18 November 2019 pada muka depan, bahawa sokongan Melayu terhadap PH pada PRK Tanjung Piai hanya 5%. Terkejut juga bahawa majoriti yang dicapai oleh BN adalah sebanyak 15,086 mengatasi undi yang didapati oleh PH cuma 10,380 berbanding dengan undi yang dicapai BN ialah 25,466. Mengapa terjadi sedemikian ?
Jawapan biasa ialah kelemahan  jentera pemerintahan PH. Ini disebut oleh Tun Daim Zainuddin setelah setengah tahun PH memerintah. Mereka dianggap tidak berpengalaman.  Setelah setahun mereka masih dikritik oleh Tun Daim dan mencadangkan agar PH menunaikan janji, mengawal harga barang dan membina rumah mampu milik. Namun dari segi realiti, rakyat terus menderita dengan kenaikan harga barang dan harga rumah makin tidak mampu dimilik.           
Dari satu segi peneroka Felda makin menderita kerana kejatuhan harga kelapa sawit, penoreh getah tersepit dengan kejatuhan harga getah dan petani nelayan menderita kemiskinan, manakala siswazah makin bertambah dari segi pengangguran.
Statistik menunjukkan bahawa pada Mei 2018 sokongan rakyat terhadap PH adalah 83%, manakala setahun kemdian sokongan menurun, iaitu sebanyak 46% (UM, 15.4.2019: 16).
Pihak PH cuba meyakinkan rakyat, bahawa selepas setahun setengah PH memerintah bahawa ianya telah menunaikan 53 daripada 158 janji yang merupakan  11.42 peratus dari janji.. (Sinar, 10.5.2010). Menurut kenyataan bahawa pada masa itu prestasi kerajaan ialah pada kadar 39% (UM, 10.5.2019: 2).
Jadi jelas sokongan rakyat terhadap PH adalah makin menurun, khususnya dari aras PRK Tanjung Piai.
Mengapa Melayu tidak menyokong PH ? Turun kepada 5% sahaja ?
Kita berpendapat banyak faktor yang tidak dapat disukat dengan angka dan statistik. Paling besar ialah persoalan maruah  atau harga diri ! Maruah Melayu makin terhakis dan tercabar sejak mulai PH memerintah. Bagaimana institusi-institusi yang berhubung dengan maruah Melayu  ditangani. Ungkapan tiada konsep ketuanan di Malaysia, diucap oleh pimpinan muda PH, melukai orang Melayu.
Pada permulaan PH berkuasa mereka mau pecahkan institusi MARA, termasuk dari segi pengajian dan mendapat tentangan yang hebat. PH menyentuh soal Felda yang mendedahkan kelemahan Felda dan Melayu yang  banyak berhutang dan tidak jelas hingga kini bagaimana penyelesaian dan bagaimana dengan nasib peneroka Felda. Persoalan Tabung Haji tidak begitu jelas, disifatkan bermasalah, tetapi dari satu segi masih memberi hebah dan sebagainya. Masalah PPTM – hutang pinjaman pelajar yang tidak terelesai yang lebih banyak melibatkan Melayu..
Paling menyentuh sensitiviti orang Melayu dan maruah mereka, ialah pihak-pihak tertentu mempermaikan soal agama Islam dan menghina Nabi, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan perlembagaan yang tidak dihormati pihak yang mempermainkannya. Lebih daripada itu kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi semacam diabaikan dan ada usaha secara tidak rasmi menarafkan kedudukan bahasa Inggeris. Ini kelihatan di dalam amalan media baik milik kerajaan apa lagi swasta. Tidak ada usaha ketara bagi meningkatkan martabat bahasa Melayu. Melayu melihat bahawa mereka adalah tergugat di dalam berbagai segi. Benarlah apa yang dikatakan oleh Prof. Dr. Ho Ki Ping,  bahawa, ``Tiada roh Melayu di dalam PH.``
Dengan keadaan ini, diandaikan PH berusaha dari segi menunaikan janji dan mungkin mencapai kejayaan, tetapi persoalam maruah yang tidak dapat dibeli secara material, sukar ditebus ganti.
Soal ini sebenarnya dihadap orang Melayu yang membawa kepada kerjasama antara Umno dan Pas dan menyebabkan mereka  mengadakan himpunan-himpunan seperti Himpunan Melayu pada 28.4, 2019 dam himpunan-himpunan sebelumnya. bagi mempertahankan maruah  Melayu yang terus tercabar. Kejayaan kerjasama terlihat pada PRK Tanjang Piai dan tiga PRK sebelumnya secara berturut-turut. Mereka akan terus mempertahankan maruah.
Sekian.

November 18, 2019

UMNO (BN) JANGAN HANYA BERGANTUNG PADA SIMPATI


UMNO (BN) JANGAN HANYA BERGANTUNG PADA SIMPATI
(Fikrah Bangi: 403),
21 R. Awwal 1441H. = 18 November 2019M. (Isnin).
Kemenangan MCA dalam PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November 2019 dengan majoriti besar , lebih dari lima belas ribu adalah berkat dari kerjasama antara Umno dan Pas.
Perlu diingat bahawa kemenangan tersebut adalah antaranya dari simpati rakyat terutama kepada Umno di dalam BN itu sendiri. Memanglah pada permulaan kekalahan Umno dan BN dalam pilihanraya ke 14 (9 Mei 2018), Umno dan BN hilang simpati, sehingga beberapa PRK di Selangor dan di Port Dickson pada setengah tahun PH memerintah, rakyat masih memberi harapan yang tinggi terhadap PH menunaikan janjinya. Tetapi bermula dari awal tahun 2019 berlaku gelombang arus balik. Ini akibat dari rakyat mulai hilang percaya terhadap PH, rakyat secara tidak langsung mulai simpati terhadap Umno (BN) yang dibuli demikian rupa. Zahid yang diangkat menjadi Presiden Umno pada  30 Jun 2018 berikut dari pengunduran Najib akibat kekalahan BN. Zahid diminta oleh pemimpin tertinggi PH supaya membubarkan Umno (BH, 10.11.2018) dengan alasan  bahawa Bersatu adalah rumah orang Melayu. Bersatu pilihan Melayu, bukan lagi Umno (BH, 28.12.2018: 1). Demikian hinanya Umno sebagaimana hinanya BN. Bahkan kalangan ahli Umno sendiri ramai yang tidak setia termasuk Mustapha Muhammad, bahkan 13 ahli parlimen memberi amaran kepada Zahid supaya berundur (BH. 10.12.2018: 1) , bahkan pada 21.12.2018 tiga belas ahli parlimen Umno meninggalkan Umno secara blok. Zahid secara terdesak telah menyerahkan jawatan Presiden untuk dipangku Timbalan Presiden Mohammad Hasan pada 18 Disember 2018). Umno, bahkan orang Melayu begitu terhina  Bahkan diungkap kepada ahli PH jangan jadi macam Umno (Sinar, 31.12.2018). Ini sesuai sebagaimana disifatkan oleh Prof Ho Ki Ping, bahawa Melayu makin dihancur (UM, 15.4.2019: 16).. Pada masa itu baik Umno yang mempunyai 3 juta ahli itu sedih dan menyepi. BN bagaikan turut hancur.
Umno dan BN patut berterima kasih kepada Pas, selepas pilihanraya di Pertt Dickson pada akhir 2018 yang Pas bertanding secara bersendirian termasuk Umno terhadap Anwar Ibrahim (menang), Pas menyedari pentingnya Melayu bersatu lantaran bagi mempertahankan Melayu, Agama Islam, Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Pas menyarankan kerjasama dengan Umno dan juga parti di dalam BN. Pas juga menganjurkan perhimpunan penyatuan umat dengan kerjasama Umno. Berkat dari kerjasama ini. Umno  mendapat simpati rakyat, maka beberapa siri pilihanraya ditandingi Umno dan disokong Pas dan parti di dalam BN Umno menang bagi pilihanraya Parlimen di Cameron Highlands pada 26.1.2019. Diikuti dengan PRK Semenyih peringkat DUN  dimenangi Umno pada 3 Mac 2019, seterusnya PRK Rantau ditandingi Pemangku Presiden Umno,  Mohammad Hassan  dengan kerjasama MCA dan MIC dimenangi Umno pada  13.4.2019.
Kemenangan-kemenangan yang dicapai ini adalah dari simpati rakyat terhadap Umno. Ini membawa ketakutan kepada PH dan menuduh bahawa Umno dan Pas memainkan isu perkauman dan rasis. Bagaimanapu tuduhan ini terjawab dengan PRK Tanjung Piai. Pihak Umno dan Pas secara bijaksana memilih wakil dari MCA yang memenangi PRK itu dengan mendapat lebih dari 25.000 undi mengalahkan calon PH yang  mendapat lebih dari 10,000 undi dengan majoriti besar lebih dari 15,000 undi. Tuduhan bahawa Umno dan Pas bersifat perkauman dan rasis lenyap dengan sendiri. Dengan kemenangan berturut-turut ini dari  Cameron Highlands ke Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai jelas simpati terus diberi kepada BN  termasuk MCA, khususnya Umno. Ia merupakan pertanda yang baik bagi kerjasama BN dan Pas dan yang lain pada masa hadapan.
Menurut seorang Pensyarah UITM, ketika membuat ulasan tentang kemenangan  MCA (BN),  melalui TV saluran 501, bahawa simpati rakyat terhadap Umno dan komponen menenggelamkan isu pimpinan di dalam Umno yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, bahkan isu dihadapi mereka juga menyebabkan meningkatknya simpati rakyat.
Walau bagaimana Umno, BN dan Pas jangan bergantung pada simpati rakyat semata-mata, sebaliknya seharusnya mengatur langkah dengan berbagai pendekatan yang dapat meningkatkan sokongan rakyat dan memenangi pilihanraya akan datang.
Sekian.

November 17, 2019

KEMENANGAN BN (MCA) DI TANJUNG PIAI: APA MAKNANYA ?


KEMENANGAN BN (MCA) DI TANJUNG PIAI: APA MAKNANYA ?
(Fikrah Bangi:  402),
BBB:  20 R. Awwal 1441H. = 17 November 2019M. (Ahad).
Keputusan PRK Tanjung Piai malam tadi dengan kemenangan besar calon BN (MCA) Datuk Seri  Dr Wee Jeck Seng dengan jumlah undi besar (25,466) mengalahkan calon PH Karmaine Sardini yang mendapat (10,380) undi dengan majoriti (15,806) jauh melebihi undi yang didapati oleh calon PH, jelas membawa mesej bahawa.
Jangkaan bahawa PH berusaha mengubah pendekatan dari segi memerintah selepas setahun memerintah – selepas kalah pada PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau , nampaknya tidak membawa perubahan yang dikehendaki rakyat, sebaliknya prestasi PH semakin merosot. Ini terbukti dari kemenangan BN pada PRK Tanjung Piai ini.
PH tidak peka dengan dasar yang dibawanya yang menyakitkan hati rakyat, ekonomi yang lemah, rakyat makin menderita dengan kehidupan yang semakin membebankan, pengangguran yang makin bertambah dan kos hidup yang makin meningkat.Banyak polisi secara tidak tertulis sedang dilakukan yang tidak menyenangkan rakyat. Keputusan PRK Tanjung Piai memberi isyarat yang jelas, jika tiada perubahan  menurut apa yang dikehendaki rakyat, maka `arus balik` akan berlaku.
Rakyat melihat PH sebenarnya bukan berpakat, tetapi ada tekanan tertentu dari pihak dalam PH, sehingga kelihatan secara tersirat kemahuan pihak tertentu ini dilaksanakan, biarpun bercanggah dengan kemahuan  majoriti rakyat.
Di samping itu ketara perpecahan di dalam PH. Misalnya biarpun di dalam suasana kempen pilihanraya di Tanjung Piai, pimpinan di dalam PKR tidak dapat membendung pertelagahan di dalam pimpinan parti itu. Kalau masalah di dalam pimpinan parti tidak dapat diselesaikan, apakah yang diharapkan untuk pimpinan yang sedemikian untuk memimpin negara ? Jika pimpinan terbesar ini sudah bertelagah sekian lama, dan retak, dapatkah diharapkan pimpinan sedemikian untuk memimpin negara ? Adalah dibimbangi jika situasi sedemikian dan prestasi negara pada keadaan kini, ianya akan membawa kekalahan dan keruntuhan bagi parti-parti di dalam PH. Tidak mustahil parti-parti berkenaan akan mengalami nasib seperti Semangat 46, Berjasa dan beberapa parti kecil yang lain.
PRK Tanjung Piai, memperlihatkan kerjasama antara Umno dan BN dengan Pas semakin mantap. Kerjasama dengan MCA menjawab tuduhan oleh pihak PH bahawa Pas dan Umno bersifat perkauman dan rasis, adalah tidak benar. Kerjasama dengan MCA menutup mulut PH yang membuat tuduhan yang tidak berasas. Kerjasama diharap bukan setakat pilihanraya, tetapi BN dan Pas perlu meneroka pendekatan yang releven dan memberi puashati rakyat. Semua pihak perlu menghormati pihak yang lain. Tempoh pilihanraya ke 15 tidak lama tiba, BN dan Pas perlu memikirkan pendekatan, misalnya bagaimana kerjasama septutnya dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak agar sokongan akan terus bertambah.
Walaupun dalam masa BN dan Pas berada dalam, barisan pembangkang, plan strategik perlu diatur apakah pendekatan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam masa sekarang agar rakyat dapat melihat dan meyakini kemampuan kerjasama parti dijelmakan  secara dinamik dan meyakinkan rakyat.
Pihak Umno (BN) dan Pas dan pihak yang bekerjasama perlu dari sekarang mengatur plan strategik perkara-perkara yang mungkin berlaku di dalam tempoh sebelum pilihanyara ke 15 dan  berbagai-bagai kemungkinan  hasil dari keputusan pilihanraya ke 15 kelak.
Apa yang perlu diberi perhatian  dari sekarang kepercyaan yang diberi rakyat hendaklah dijaga, bahkan meningkatkan kepercayaan mereka berterusan dengan pendekatan dan tindakan yang meyakinkan.
Sekian.

November 16, 2019

ARI INI PENENTUAN CALON DI TANJUNG PIAI


HARI INI PENENTUAN CALON DI TANJUNG PIAI
(Fikrah Bangi: 402),
BBB:19 R. Awwal 1441H. = 16 November 2019M. (Sabtu).
Hari ini pengundi di Tanjung Piai keluar mengundi bagi memilih Wakil Rakyat mereka menggantikan  yang telah meninggal. Suasana politik pada kali ini adalah berlainan dari PRK-PRK yang lalu di Cameron Hingland, Semenyih dan Rantau. Dalam pilihanraya berkenaan sentimen terhadap Melayu dan Agama Islam adalah tinggi, kerana mereka tidak menyenangi pembawaan Kerajaan PH yang dilihat tidak membela Melayu dan agama Islam. Dalam pilihanraya berkenaan bermulanya kerjasama antara Umno dan Pas yang membawa kemenangan bagi BN dalam ketiga-rtiga PRK berkenaan. Selepas itu PH cuba memperbaiki imej PH di kalangan rakyat dan menuduh Umno dan Pas bersifat perkauman. Kali ini tuduhan sedemikian dinafikan oleh BN dengan menunjukkan kerjasama BN bukan saja antara Umno dengan Pas, tetapi dengan MCA.
Pada asalnya dijangka Umno akan meletakkan calonnya, kerana 57% dari pengundi yang berjumlah 52,698 adalah terdiri dari kaum Melayu, tetapi secara kompromi dan menghormati kerusi itu telah ditandingi oleh MCA, maka calon dari MCA Wee Jek Seng dipilih mewakili BN bertanding melawan wakil dari PH iaitu  Hj Karmine dari PH.
Dengan calon BN dari MCA menyepikan tuduhan perkauman dan rasis terhadap Umno dan Pas. Kebimbangan PH terhadap pilihan rakyat di Tanjung Piai membuat Perdana Menteri Tun Mahathir turun padang berkempen di Tanjung Piai. Beberapa isu penting memerangkap PH yang dibawa oleh MCA ialah seperti sikap PH yang menganaktirikan dari segi bantuan terhadap Universiti Tunku Abdul Rahman yang nampaknya sukar dijawab oleh PH.  Isu-isu lain ialah harga kelapa sawit yang terus merudum, para nelayan yang tidak terbela, di samping janji-janji PH di dalam pilihanraya ke 14 yang lepas belum ditunaikan.
 Isu mutakhir yang menguntungkan BN ialah sekatan dan keperluan mereka yang berkempen ke rumah-rumah dikehendaki mendapat permit polis, sedang syarat sedemikian tidak wujud di dalam PRK-PRK yang lepas. Sekatan ini ditujukan kepada Polis dan SPR. Penjelasan oleh Peguam Negara bahawa, sekatan berkenaan adalah bercanggah dengan kebebnasan berkempen memberi kemenangan moral kepada pihak pembangkang.
Pihak PH menghujahkan bahawa pihak PH adalah pihak pemerintah, jika kemenangan diberi kepada PH akan memudahkan bantuan dan pembangunan akan disampaikan kepada Parlimen Tanjung Piai. Pihak PH juga menekankan bahawa PH juga akan menyambung usaha-usaha pembangunan yang telah dilakukan ahli Patrlimen dahulu – Dr. Farid.
Pilihanraya Tanjung Piai adalah disifatkan lebih menarik, kerana selepas PH memerintah  hampir setahun setengah akan dinilai oleh pihak rakyat, sejauh mana pengaruh PH  di dalam pemerintahan. Apakah pembaharuan yang diulang-ulanmg sebenarnya berlaku. Apa yang dilihat banyak berlaklu U-Turn di dalam polisi-polisi kerajaan. Tidak jelas apa yang dikatakan pembaharuan , kecuali di dalam hal memerangi rasuah. Yang ketara rakyat makin terhimpit dengan kenaikan kos hidup. Pengangguran makin meningkat, khususnya dari kalangan siswazah. Kerajaan makin kekurangan kewangan sehingga banyak projek tidak dapat dilaksanakan, bahkan pemotongan peruntukan banyak dilakukan. GST tidak dapat digantikan dengan SST.
Walau apapun keputusan akan dibuat oleh pengundi di Tanjung Piai sama ada mandat akan terus diberi kepada calon PH, yang jiika menang menandakan rakyat masih memberi kepercayaan kepada PH, tetapi jika sebaliknya maka  masa depan PH akan muram.
Sekian.

November 15, 2019

BERBAGAI PENGANGKUTAN AIR -SUNGAI


BERBAGAI PENGANGKUTAN AIR - SUNGAI
(Fikrah Bangi: 401),
BBB:  18 R. Awwal 1441H. = 15 November 201`9M. (Juma`at).
Yang menjadi pertanyaan, bagaimana rumpun Melayu bergerak di kawasan samudera yang luas di Lautan Pasifik sehingga ke perpantaian Benua Afrika. Mereka bersebar seperti biji-biji kelapa yang dibawa arus ke bagai pantai di kepulauan ruang berkenaan. Mereka juga ibarat benih-benih anak-anak penyu yang  turun dari pantai dan bergerak ke ruang lautan luas.  Namun penyebaran boleh diibarat sebagai kelapa atau penyu, tetapi manusia tidak boleh turun ke laut begitu sahaja. Mereka meneroka dan mencabar laut  secara bertahap melalui pengalaman menggunakan alat-alat pengangkutan laut secara bertahap.
Pada peringkat permulaan mereka bergerak ke  ruang yang lebih dekat bermula dari sungai dan menggunakan pengangkutan yang sesuai. Pengangkutan ini dibina semkin canggih hingga akhirnya mencabar lautan luas yang memungkinkan mereka sampai ke mana-mana destinasi di daratan pulau-pulau.
Ada beberapa kategori  penggunaan pengangkutan air dan perkembangannya. Ini dapat dikategorikan sebagai.
1)      Pengangkutan sungai
2)      Pengangkutan pesisir pantai
3)      Pengangkutan ke laut lepas.
Pengangkutan  sungai digerak oleh keperluan menfapat sumber makanan dari sungai, terutama ikan dan sebagainya. Pada peringkat permulaan bagi mendapat ikan mereka menggunakan bekas-bekas seperti upih yang dibentuk seperti bekas dan menangguk bahan-bahan hidupan dari sungai. Akhirnya mereka perlu bergerrak ke bahagian yang lebih jauh dan lebih dalam. Pada peringkat permulaan mereka menggunakan batang-batang kayu yang hanyut atau dihanyutkan ke kawasan yang lebih dalam. Mereka menggunakan tangguk, kemudian berkembang dengan menggunakan alat yang lebih canggih seperti membuat jaring, bubu dan tuwau atau lokah dan pancing  yang dapat memerangkap ikan.
Dari batang kayu membenih idea melobangkan batang kayu untuk duduk di dalamnya dan menggerakkannya dengan pengayuh  ke tengah kawasan air yang lebih jauh, Ini merupakan revolusi penggunaan kenderaan utama di air.
Penggunaan perahu adalah tahap kemajuan awal dan utama bagi pengangkutan di air. Berbagai jenis perahu direka bentuk sesuai dengan penggunaannya. Ia berkembang dari tahap:
Penggunaan batang kayu,
Penggunaan perahu (batang kayu yang dilobangkan di tenbgah).
Ada beberapa jenis perahu yang lebih digunakan di sungai seperti perahu kecil,  sampan, kolek, jalur, perhu panjang dan rakit.
Perahu keci adalah dibuat dari batang kayu yang pendek dan ditebuk di tengan sesuai untuk dinaiki seorang atau dua. Dengan perahu kecil ini mudah digerak di sungai-sungai yang kecil dan cetek. Ianya dikayuh oleh seorang pengayuh dan sesuai untuk membawa bahan atau hasil dsapatan yang sedikit.
Kolek juga kenderaan air yang kecil memuat beberapa orang  diguna untuk pergerakan atau pengangkutan yang lebih dekat seperti dari pengkalan ke pengkalan.
Manakala sampan adalah perahu yang lebih besar dan dapat memuatkan antara empat lima orang yang digunakan lebih bagi pengangkutan.
Perahu jalur adalah juga perahu yang lebih besar dan memuatkan penumpang dan barang yang lebih banyak. Ia lebih kukuh dari perahu biasa. Manakala perahu panjang adalah perahu yang berasal dari batang panjang yang dilubangkan pada bahagian tengah dan dapat memuatkan ramai penumpang dan dapat dikayuh secara beramai-ramai.
Manakala rakit ialah evolusi pengankutan sungai yang mengikat atau menambat batang-batang kayu secara bersama, termasuk menggunakan batang-batang buluh dan bergerak secara bergalah. Ianya dapat memuatkan banyak barangan pada tengah rakit berkenaan. Rakit dapat dijadikan tempat lindungan di sungai  dengan diberi atap dan dinding dan menjadi rumah rakit di tepi-tepi sungai.
Apa yang dibicarakan di atas adalah lebih merupakan kenderaan air yang digunakan di sungai-sungai. Pergerakanm masih dalam jarak yang dekat.
Sekian

November 14, 2019

PERGERAKAN ORANG MELAYU DI NUSANTARA


PERGERAKAN ORANG MELAYU DI NUSANTARA
(Fikrah Bangi: 400),
BBB: 17 R. Awwal 1441H. = 14 November 2019M. (Khamis).
`Melayu` mulai mengidentitikan diri mereka dengan Melayu, bila mereka berkelompok di pesisir rusuk Benua Asia sejak ratus ribuan tahun yang lalu. Antara kelompok yang awal bergerak ke selatan ialah Melayu Champa. Mereka ini terpaksa menghadapi tekanan dari kelompok yang lain sehingga terkadang terpaksa berperang sebagaimana dihikayatkan di dalam legenda ` Siti Zubaidah Perang China – dimaksudkan dengfan Vietnam. Melayu Champa ini tidak henti-henti ditekan dalam usaha menghapuskannya. Melayu di Arakan yang pada satu masa terkenal dengan Bandar Shahr al-Nuwi – Pusat perdagangan dan pengajian Melayu yang didominasi peniaga-peniaga Islam.
Pengelompokan Melayu berlaku dari Segenting Kra ke Selatan Semenanjung. Mereka juga menghadapi tekanan dari ethnik yang dikenali dengan Siam dan sering berlaku peperangan. Antaranya legenda Mara Karma Pahlawan di Palakan Cahaya (Pengkalan Caya di Segenting Kra). Melayu dominan di Semenanjung dari Caya ke Temasik (Singapura), walaupun mendapat tekanan dan terpisah sebahagian dari negeri-negeri Melayu bahagian utara Semenanjung.
Yang sering menjadi pertanyaan di dalam minda, ``Bagaimana Melayu Pesisir ini tersebar luas di Kepulauan Nusantara yang dengan bertempatnya mereka dikepulaua Pasifik ke Perpantaian Afrika Timur. Mereka ini ibarat kelapa yang tumbuh di perpantaian kawasan tersebut dan hanyut dibawa arus dan mendarat di berbagai pantai di kawasan Nusantara hingga ke Afrika dan tumbuh subur di mana benih kelapa ini mendaat (dipukul ombak ke pantai).
Kelapa tiada masalah – tidak lemas, dihanyutkan. Bagaimana dengan manusia Melayu pesisir ini bergerak ke pulau-pulau.  Adalah dijangka sejak sebelum Zaman Batu lagi. Mereka telah memerhati fenomena laut dan batang-batang hanyut yang menjadi contoh kenderaan laut bagi mereka yang memungkinkan mereka bergerak lebih jauh ke tengah laut bagi mendapat hasil laut terutama ikan. Batang-batang kayu memang  banyak tumbuh di daratan dan di pesisiran pantai. Mereka pandai menggunakan alat-alat pemotong dari batu dan besi. Mereka menmggunakan kapak dari batu dan besi  dengan pemegang yang dikenali dengan kapak. Antara mereka ini ada `Pandai Batu dan Pandai Besi (bermaksud tukang kapak batu dan besi). Mereka  secara percubaan pada permulaan menebuk ruang pada batang kayu dengan kapak batu dan besi – selepas menggunakannya secara batang kayu bulat). Hasilnya dengan menggunakan pengayuh mereka berjaya bergerak lebih jauh ke tengah laut untuk mencari rezeki melalui menangkap ikan secara kaut dengan bekas dan kemudian secara mengail.
Kemahiran membuat perahu makin meningkat di kalangan Pandai Batu dan Pabdai Besi sehingga mewujudkan kelompok tukang yang membuat perahu. Akhirnya membawa mereka bergerak dan berpindah ke pulau-pulau yang lebih dekat. Misalnya bergerak dari tanah besar Semenanjung ke Temasik dan ke Riau seterusnya  kepulauaan berdekatan hingga ke Jawa dan ke lebih selatan.. Industri perahu secara tradisional berkembang ke banyak tempat. Misalnya Melalui dari Kemboja dan Campa yang terdesak mereka berpindah ke kepulauanm Filipina ke Taiwam dan  ke Sulawesi. Manakala dari Jawa dan Filipina ni bergerak di Borneo dan pulau-pulau yang laik di Pasifik dan ke selatan Ke New Zealand dan ke Australia sebagaimana wujudnya orang-orang asal di kawasan-kawasan berkenaan.
Dari satu pihak Melayu di Arakan dan Barat Semenanjung berpindah dari Arakan, Kedah dan  Melaka ke Sumatera mewujudkan kependudukan Melayu awal di Sumatera. Antara Melayu dari sini dan Jawa turut bergerak hingga ke Timur Afrika yang dikenali dengan Madagaskar yang bukti etnik Melayu dari bahasa mereka, bahkan  terdapat bukti Melayu  di Selatan Afrika.
Melayu adalah Pelaut Agung dan bangsa Miritim yang mahir. Yang menjadi tandatanya apakah bentuk kenderaan air yang digunakan yang mampu memobilisasikan mereka hingga tersebar luas di kawasan Nusantara bertabur di Lautan Pasifik hingga ke perpantaian Afrika. Apakah bentuk kenderaan air mereka ?
Sekian.

November 13, 2019

REKONSTRUKSI UNGGUL MELAYU


REKONSTRUKSI UNGGUL MELAYU
(Fikrah Bangi: 399),
BBB: 16 R. Awwal 1441H. = 13 November 2019M. (Rabu).
Asal usul Melayu bergerak dari rusuk benua Asia dengan kelompok-kelompok yang lain dan bertapak di pesisir-pesisir pantai, lantaran di kawasan-kawasan berkenaan memberi peluang mereka mendapat sumber penghidupan di darat dan juga di laut. Dari semasa ke semasa mereka makin berani mencabar lautan. Mereka membina perahu yang digunakan untuk lebih jauh ke laut bagi mendapat lebih sumber rezeki.  Kawasan `Dua Alam` yang menjadi tempat penghidupan mereka  seperti perpantaian di Kemboja membawa ke Segenting Kra dan lebih ke Selatan seperti Patani, Kelantan, Terengganu dan Johor (nama-nama ini sudah tentulah belum lahir pada peringkat awal). Pada bahagian barat Melayu asal bergerak dari pesisir Arakan ke  bawah  di kawasan-kawasan Negeri Melayu seperti Stol, Narathiwat, Yala , Reman,  Kedah dan ke Selatan.
Sejak beratus ribu tahun yang lalu,kerana desakan jiwa meneroka dan tekanan hidup di darat dari kumpulan-kumpulan yang lain yang menguasai tanah di Selatan dan Tenggara Asia  itu, antaranya bergerak dari Kemboja seperto orang Champa merentasi Lautan ke pulau-pulau sekeitar Filipina. Mereka ini bergerak ke utara seperti ke Taiwan dan ke selatan seperti Borneo dan Sulawesi.
Yang turun ke selatan selain dari menduduki Tanah Semenanjung sebagai orang asal di kawasan tersebut sebahagian dari mereka turun hingga ke Pulau Tumasik (Singapura) dan turun bergerak ke pulau-pulau Riau, lantas ke Jawa dan turun jauh ke Australia dan New Zealand. Manakala saebahagian dai pantai barat Semenanjung mulai dari Utara dan Kedah serta bahagian bawah antara mereka menyeberang ke Sunmatera dan setengah mereka hingga ke Madagaskar.
Kelompok besar yang merentas lautan ke pulau-pulau ini pada awalnya mereka dikenali dengan `Bangsa Pelaut`. Meskipun mereka dipisahkan oleh laut, tapi mereka disatukan oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya:
Mereka menggunakan bahasa yang digunakan pada masa mereka bertempat di pesisir, bahasa Mereka adal;ah menjadi asal usul bahasa Melayu.. Asal usul ini dapat dibuktikan dari segi linguistik. Bahasa ini menjadi lingua-franca bagi penduduk maritim sejak ratus ribuan tahun dahulu. Bahasa ini menjadi bahasa komunikasi bagi bangsa pelaut berkenaan. Nama  Melayu dikenali dari asal bahasa berkenaan
Cara hidup berdasarkan pulau dan laut menyatukan cara kehidupan dan kaedah mendapat sumber makanan baik dari laut dan tanah di pulau-pulau. Dari kawasan hidup yang sama membentuk rupa paras bangsa pelaut ini sebagai bangsa yang mempunyai bentuk badan yang kuat. Contoh orang Maori dan sebagainya. Warna kulit mereka sawo matang dengan rambut lurus dan hitam. Tempat lindungan mereka mempunyai ciri-ciri persamaan. Jika di tepi pantai lebih banyak menggunakan batang kelapa, pelepah dan daun-daun bagi membina rumah lindungan. Jika di tengah  darat, mereka lebih banyak menggunakan batang-batang pokok bagi mendirikan pondok dan rumah.. Makanan mereka adalah beras yang tradisi ini dibawa dari tanah di rusuk Benua dan  bahan-baahan lain seperti ubi, keledek, jagung  dan bahan-bahan tanaman yang lain Makanan dari laut adalah menjadi sebahagian dari minu makanan mereka. Mereka juga  menternak binatang di samping  memburu bagi yang liar.  Pakaian mereka pada peringkat permulaan adalah dari kulit-kulit kayu dan bahan-bahan yang dianyamkan.
Bangsa pelaut ini mahir dari segi kedudukan bintang-bintang bagi penduanb pergerakan mereka  dan mahit juga dengan musim-musin yang menjadi perkiraan bagi kehidupan mereka. Dari segi kepercayaan adalah bersifat alamiah yang dilihat mempunyai kuasa dan hubungan yang rapat dengan kehidupan dan  harapan  mereka.
Bangsa Pesisir dan Pelaut ini mempunyai bahasa dan budaya tersendiri yang menjadi induk bagi Bangsa Melayu Nusantara.
Sekian.

November 12, 2019

RASULULLAH SEBAGAI CONTOH USWAH HASANAH


 RASULULLAH SEBAGAI CONTOH USWAH HASANAH
(Fikrah Bangi{ 398),
BBB: 15 R. Awwal 1441H. = 12  November 2019M. (Selasa).
Sempena dengan sambutan Maulid al-Rasul di Masjid Al-Umm pada Sabtu  12 Rabi`ul Awwal 1441 bersaamaan 9 November 2019 yang juga sempena dua tahun penggunaan Masjid Al-Umm, maka pada malamnya  – selepas solat Maghrib hingga Isya` diadakan Kuliah Perdana yang disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. Halim Tamuri Rektor KUIS. Dari kuliahnya dapat diambil intisari yang disampaikan adalah Rasulullah adalah sebagai Uswah Hasanah bagi ummah.
Pada permulaan beliau bertolak dari persoalan apakah manfaatnya kita mengadakan sambutan Maulid al-Rasul pada setiap tahun ? Tentulah bukan tujuuan festa-festaan semata-mata dengan mengadakan perarakan, kuliah dan sebagainya. Sebagai pakar di dalam bidang pendidikan, beliau melihat Rasulullah sewajibnya menjadi contoh teladan dan ikutan bagi seluruh umat, sebagai firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu menjadi contoh teladan ikutan yang baik.`          ( (al-Ahzab; 33).
Peribadi Rasulullah adalah model utama bagi umat. Peribadi Baginda dapat dicontohgi bukan saja selepas Bagina menjadi Rasul, tetapi sejak Baginda sebelum dilantik menjadi Rasul. Sebagai contoh Baginda digelar `Al-Amin` yang dipercayai. Baginda diberi amanah mencadangkan meletakkan kembali `Hajarul Aswad` selepas pembaikan Ka`bah ke tempatnya secara ail. Iaitu dengan meletakkan Hajarul Aswad di atas sehelai kain dan setiap kabilah memegang punca kain dan sama menempatkan kembali Hajarul Aswad pada tempatnya. Tindakan Baginda memberi puashati kepada semua pihak.
Prof. Dr. Halim seterusnya menekankan tentang pendidikan keluarga yang Baginda menjadi contoh yang baik. Contoh yang baik dari keluarga,  ibu bapa  adalah model bagi anak-anak. Ibu bapa hendaklah menjadi contoh yang baik dengan mempunyai peribadi yang baik yang dapat diikuti oleh anak-anak. Ibu bapa hendaklah bersifat kasih sayang terhadap anak-anak dan tidak menunjukkan tauladan yang tidak baik kepada anak-anak.. Jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak, maka anak-anak akan lebih terdorong mengikut tabiat kawan-kawan mereka yang antara mereka boleh merosakkan.
Rasulullah adalah Ketua Keluarga yang baik yang dapat memupuk kasih sayang antara isteri-isterinya dan mengasihi mereka dan  mewujudkan suasana kehidupan yang bahagia.
Rasulullah adalah menjadi contoh tauladan yang baik terhadap para sahabat Baginda. Baginda tidak saja menyuruh, tetapi melakukan perbuatan yang dapat diikuti para sahabat. Misalnya dari segi ibadat solat, Baginda meminta mereka solat sebagaimana Baginda bersolat.
Kebijaksanaan Baginda hingga dapat menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar apabila Baginda dan sahabat-sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Kaum Ansar yang terdiri dari kaum Aus dan Khazraj yang sebelum berlaku hijrah sering bermusuhan, tetapi dengan Hijrah al-Rasul mereka disatukan sebagai kaum Ansar dan bekerjasama dengan kaum Muhajirin. Dengan penyatuan, Rasulullah dapat menegakkan Negara Madinah sebagai Negara Islam Pertama. Dan dengan tegaknya Negara Madinah, Baginda mennyusun pentadbiran., menghapuskan musuh-musuh Islam dengan diplomasi dan perang. Dan kaum Quraisy yang dulunya memerangi Madinah, kemudiannya tunduk, khususnya selepas pembukaan Makkah.
Rasulullah adalah watak yang mempunyai sifat sidik, amanah, tabligh dan fatanah dan berjaya menegakkan negara dan agama Islam. Sesungguhnya Al-Qur`an menegaskan, bermaksud:
``Dan tidaklah Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad), melainkan  sebagai rahmat kepada seluruh alam.`` (Al-Anbiya` : 107).
Sekian.

November 11, 2019

AGENDA SAMBUTAN MAULID AL-RASUL DI MASJID AL-UMM


AGENDA SAMBUTAN MAULID AL-RASUL DI MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 397).
BBB: 14 R.Awwal 1441H. = 11 November 2019M. (Isnin).
Majlis Sambutan Maulid al-Rasul di Masjid al-Umm pada Sabtu 12 R. Awwal 1441H. bersamaan 9 November 2019 adalah bermula dari jam 9.00 pagi dengan kehadiran para jempitan. Tidak ramai yang hadir dari kalangan VIP, kerana ramai daripada mereka terlibat dengan sambutan pada peringkat kebangsaan dan pada peringkat negeri. Yang awal hadir antaranya Sub Inspektor Zubir dan pengiring Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi, Ketua-Ketua Surau di bawah Masjid al-Umm. Majlis sebenarnya di meriahkan oleh para jama`ah, khususnya dari ibu bapa dan keluarga yang menjalankan akikah. Mereka memenuhi ruang (kanan bagi llelaki) dan kiri bagi perempuan. Manakala pada bahagian tengah ialah tersusun bekas-bekas bunga telur, rehal-rehal barzanji dan peralatan tahnik di kawasan ruang utama solat.




Majlis bermula dengan bacaan do`a yang dibaca oleh Imam Masjid Imam Rahmat diikuti dengan bacaan Al-Qur`an  oleh Qari jemputan Qari Faris dari Institut Pengajian Guru Bangi , kemudian Shafiq selaku juruacara menjumput Nazir menyampaikan kata-kata alu-aluan. Selepas mengucapkan terima kasih kepada hadirin, beliau menyebut sambutan Maulid al-0Rasul pada hari ini adalah bersamaan genap dua tahun Masjid Al-Umm digunakan yang mana masjid ini mula digunakan pada hari Sabtu seperti hari ini pada Maulid al-Rasul 1439H. yang lepas, sebab itu katanya bersama dengan sambutabn Maulid al-Rasul diadakan Pameran Sempena Dua Tahun Masjid Al-Umm digunakan. Pada hari ini juga diadakah pertandingan menulis khat dan pertandingan mewarna yang amat mendapat sambutan kalangan kanak-kanak. Nazir menyebut banyak ayat Qur`an dan Hadith yang menyebut tentang cinta dan kasih terhadap Nabi.  Beliau menyebut beberapa darinya tetapi katanya, bukti kasih dan sayang terhadap Baginda ialah dengan mengikut apa yang dibawa oleh Nabi. Beliau menyebut amalan ibadat yang menandakan cinta kita terhadap Allah dan Rasul hendaklah mengikut ajaran yang betul. Bagi memperbaiki prestasi kita di dalam ibadah agar amalan betul, Masjid Al-Umm menganjurkan berbagai-bagai pengajaran yang dapat diikuti oleh jamaah. Beliau menyeru agar para hadirin turut sama menghadiri pengajian dan kegiatan yang dianjurkan oleh Masjid Al-Umm. Pengajian juga melibatkan anak-anak seperti kelas pengajian Al-Qur`an dan tarannum.  Beliau melahirkan kesyukuran kerana Masjid Al-Umm yang berada di kawasan ilmu, maka ramai guru berkualiti dapat dijemput menyampaikan pengajaran. Mereka dari Fakulti Islam, UKM dari KUIS dan juga USIM. Beliau akhirnya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi tenaga dan kerjasama bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulid pada hari tersebut.



Berikut dari itu para hadirin berdiri bersalawat kepada Rasulullah secara beramai-ramai disampaikan oleh Kumpulan Solawat Masjid dengan kerjasama Kumpulan (5 orang) dari Institut Pengajian Guru Bang. Kemudian kumpulan berkenaan membaca Rawi Barzanji dan diikuti kembali dengan solawat. Semasa itu  5 anak yang diakikahkan dibawa keliling jamaah yang sedang bersolawat,  anak-anak berkenaan ditahnikkan oleh Imam Rahmat dan Ustazah Mu`minah bt. Yusoff. Semasa bertahnik dan bersolawat bunga-bunga telur diedarkan kepada semua hadirin yang mencerminkan kemeriahan dan kesyukuran m,ajlis.
Selepas itu do`a di dalam rawi Barzanji dibaca oleh pembaca dari kumpulan Nasyid dan Maktab  Perguruan Guru  Bangi.
Program  seterusnya acara pengumuman pemenang-pemenang peserta anak-anak yang mengambil bahagian di dalam pertandingan penulisan khat dan mewarnakan, tetapi tidak dapat dilakkukan. Kerana peserta yang mengambil bahagian terlampau ramai. Mereka memenuhi tiga bilik kuliah dan seminar. Pengumuman ditangguh kepada masa jamuan di Dewan Serbaguna  aras bawah tanah Masjid al-Umm beserta penyampaian hadiah oleh Nazir.
Jam 11.30 para hadirin dijemput ke jamuan 7 ekor kambing di samping menu yang lain. 5 ekor untukl jamuanm tengahari dan dua ekor untuk jamuan malam. Pada masa jamuan para hadirin dihibur dengan lagu-lagu qasidah memuji Nabi.
Bersyukur Majlis Sambutan Maulid al-Rasul pada sebelah siangnya berjalan dengan baik. Pada sebelah malamnya diadakah Ceramah Perdana Maulid al-Rasul.
Sekian.

November 10, 2019

SAMBUTAN MAULID AL-RASUL - DUA TAHUN PENGGUNAAN MASJID AL-UMM


SAMBUTAN MAULID AL-RASUL – DUA TAHUN PENGGUNAAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 396),
BBB: 13 R.Awwal 1441H. = 10 November 2019M. (Ahad).



Semalam pada 12 Rabi`ul-Awwal 1441 bersamaan 9 November 2019 ialah hari ulangtahun Maulid al-Rasul. Sambutan diadakan pada berbagai peringkat. Pada peringkat Persekutuan diadakan sambutan dan perakan , di Stadium Bukit Jalil. Manakala pada peringkat negeri Selangor diadakan perarakan  di Stadium Malawati di Shah Alam. Sambutan pada tarikh yang sama diadakan di masjid-masjid, surau-surau dan berbagai tempat.
Bagi Masjid Al-Umm, tarikh sambutan Maulid al-Rasul mempunyai significant tersendiri, ole kerana pada tarikh ini pada tahun 1439 dua tahun lepas ialah hari pertama Masjid Al-Umm mula digunakan, iaitu berikut dari mendapat kelulusan daripada pihak Arkiteks (CPC). Pada hari itu yang juga jatuh pada hari Sabtu pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimatrahan telah membuat perancangan sebelumnya bagi menyambut Maulid al-Rasul (1439) dengan menjemput Pentadnir Masjid-Masjid Hulu Langat (hadir), pengerusi-pengerusi surat berdekatan masjid dan berbagai pihak.. Selepas Majlis Sambutan Maulid al-Rasul 1439 itu terus  diadakan solat zohor dan solat-solat seterusnya, kecuali solat Juma`at, dan seterusnya hingga kini.




Kesedaran bagi menyambut dua tahun penggunaan Masjid Al-Umm memang menjadi tarikh yang ditunggu oleh pihak Jawatankuasa Tadbir Urus dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Lantaran itu program bagi sambutan Maulid al-Rasul dijadikan agenda di dalam Mensyuarat Bulanan sejak Mesyuarat  September 9/2019  berikut dari Sambutan Kemerdekaan.
Cadangan awal pada Mesyuarat Bil. 9/2009 itu diterima dan perancangan secara detail telah dibentang sekali lagi pada Mesyuarat Bil. 10/2009, bahkan beberapa mesyuarat khas diadakan oleh jawatankuasa kecil.  Bahkan  bagi memastikan  persediaan lancar pihak Nazir memanggil beberapa jawatankuasa terlibat dengan agenda berkenaan dipanggil membentangkan  cadangan yang dirangkakan.




Bagi memeriahkan sambutan sejak awal dicanangkan, sempena dengan sambutan Maulid al-Rasul ditawarkan kepada ibu bapa untuk menyertai Majlis Akikah yang akan diadakan pada hari Sambutan Maulid al-Rasul berkenaan. Bagi melibatkan anak-anak agar sambutan lebih meriah maka dicadangkan juga agar diadakan pertandingan menulis khat dan mewarna diadakan di kalangan anak-anak. Pengumuman Sambutan dan acara telah dibuat pada hari Juma`at di samping hebahan melalui  media IT. Sambutan pada peringkat awal, terutama dari penyertaan agak kurang mermberangsangkan. Namun dua minggu sebelum sambutan untuk akikah melebihi dari jangkaan hingga terpaksa peserta peringkat akhirter paksa ditolak. Penyertaan pihak kanak-kanak bagi menyertai pertandngan penulisan khat dan mewarna juga tidak dapat dipastikan jumlah.
Sambutan Maulid al-Rasul pada 12 Rabi`ul-Awwal di masjid mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa dan anak-anak. Peserta akikah yang diterima adala 5 orang dengan jumlah kambing yang diakikahkan ialah sebanyak 7 ekor kambing. 3 peserta yang kemudian dengan 4 ekor kambing terpaksa ditangguhkan, kerana di luar kemampuan tenaga pekerja yang memasak. Urusan bagi menempah dan menyembelih kambing dilakukan oleh Sdr. Azni Pengerusi  Jawatankuasa Kemasyarakatan. Dan kambing yang telah siap dilapah sebanyak 7 ekor itu tiba pada petang hari Jumaat dan kerja memasak dilakukan dari petang dan dsambung keesokannya.

Manakala penyertaan kanak-kanak bagi penulisan khat dan mewarna mendapat penyertaan ramai. Sehingga ruanng pertandingan ditambah dari satu bilik kuliah kepada 3 bilik kuliah. Kalangan muslimat yang diketuai  Puan Hajah Ka mariah dan kumpulannya adala mereka yang bekerja keras mulai dari petang jumaat memasak dan berterusan hingga ke malam Sabtu bagi jamuan dua sesi iaitu tengahari pada hari Sabtu berikutan dari Majlis Sambutan dan bagi jamuan malam berikut dari Ceramah Perdana yang disampaikan penceramah  Khas oleh Prof. Datuk Dr, Halim Tamuei Rektor KUIS. Tenaga pejerja muslimat juga menyediakan bahan-bahan keperkuab akikah sambutan. Pameran tentang masjid juga diadakan diusahakan oleh saudara Adham.
Pendek kata persediaan Sambutan Maulid al-Rasul 1441 di Masjid Al-Umm adalah dibuat secara teratur dab rapi.
Sekian.

November 8, 2019

MELAYU BANGSA PELAUT AGUNG


MELAYU BANGSA PELAUT AGUNG
(Fikrah Bangi: 395),
BBB:  11 R. Awwal 1441H. = 8 November 2019M. (Juma`at).
Semasa di tanah besar timur Asia kelompok (Melayu Awal) tenggelam dalam rumpun Mongoloid yang antaranya terpecah ke timur ke utara dikenali dengan bangsa Cina dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ini termasuk pecahan darinya  ialah Vietnam. Manakala satu kelompok besar lagi dikenali dengan Funan. Bentuk wajah mereka ini hampir bersamaan dengan muka lebar, mata kurang sepet, dan hidung kurang penyet. Kepala agak besar dan berambut hitan dengan tinggi sederhana. Manakala warna kulit mereka adalah sawo matang. Ini adalah kedudukan mereka di kawasan khattul- istiwa.
Perkembangan dan pergolakan di kalangan kelompok ini sejak ratus ribuan tahun sebelum ini membentuk puak yang kemudian dikenali dengan Burma, Thai, Kamboja termasuk di bawahnya Lous. Antara mereka bergerak dan didesak ke pinggir dan pesisir pantai. Antara mereka berada di tepi yang dikenali dengan  Champa. Sebahagian dari mereka bergerak ke selatan menetap di Semenanjung Melayu dari Segenting Kra dan ke Patani dan ka Selatan, manakala sebahagian turun dari Arakan dan Thai ke bawah dari Segenting Kra ke Setul, Remang, Yala, Naratiwat, Kedah dan ke Selatan hingga ke Singapura.  Mereka adalah kawasan asal Melayu. Mereka yang berasal dari pinggir dan pesisir dengan berani merentas lautan. Misalnya dari Kemboja ke Filipina dan Borneo. Dari Pantai Barat Semenanjung ke Sumatera dan dari Selatan ke Jawa. Penduduk di kepulauan ini semuanyanya dikenali dengan Gugusan Pualau-Pulau Melayu (Malay Archipelago) yang ke baratnya merentasi lautan hingga ke Madagaskar, manakala ke Timur hingga ke Fiji, Tongga dan Hawai. KeSelatan hingga ke Australia, New Zealand dan Tasmania, manakala ke Utara ialah hingga ke Taiwan. Manakala Jepun dari segi sukukata bahasanya lebih dekat dengan Melkayu dari bahasa Cina (Tiongha)..
Penduduk di kepulauan yang merentasi lautan Pasifik ke Laut India-Afrika  adalah Bangsa Pelaut Yang Agung yang Menguasai Lautan sejak ratus ribuan tahun yang silam. Mereka mempunyai budaya Pesisir dan Miritim sebelum dipengaruhi oleh pendatang dari luar.
Rumpun Melayu yang diistilahkan sebagai Kepulauan Melayu (Malay Asrchipalago), Nusantara, Semenanjung Emas (bagi Semenanjung) adalah Bangsa Pelaut Yang Agung. Mereka adalah bangsa yang cekal, berani merentas lautan dengan perahu-perahu dan bergerak antara pulau-pulau. Mereka sanggup berdepan dengan badai lautan,  ribut taufan, bahkan gempa gunung berapi tang yarng meletus, kerana sebahagian besar dari pulau-pulau Melayu ini berada di kawasan rantaian gunung berapi.
Sudah tentulah sumber kehidupan mereka adalah dari laut seperti ikan-ikan dan bahan-bahan dari laut. Kawasan ini juga adalah kawasan yang subur dengan tanah bebaja hasil dari letusan gunung-gunung berapi dan mempunyai hujan yang mencukupi untuk pertanian. Lantaran itu selain dari bergantung pada hasil laut mereka bergantung padsa petanian seperti padi, kelapa, keladi, tebu dan berbagai-bagai jenis pertanian yang lain.
Dari segi bahasa, pada asalnya bersumber dari bahasa induk Melayu yang kesan persamaan bahasa masih dapat disusur galur. Bahasa Mereka bersifat suku-kata yang masih kekal hingga kini baik dalam bahasa Melayu, filipina, Jepun, orang Asli Taiwan yang tinggal di bukit-bukit.  bahasa Hawai, Tongga, Fiji dan orang Asli di Australia dan New Zealand (Mouri). Bangsa Maritim ini amat mahir dengan cuaca dan pandai berpandu dengan kedudukan bintang-bintang  sebagai panduan pelayaran mereka.
Sesungguhnya mereka bangsa Pelaut Yang Teragung di dunia berbanding dengan pelaut-pelaut yang lain. Sebab itu budaya maritim hendaklah diangkat dan disuburkan sehingga menjadi idendti bangsa Pelaut Agung ini.
Sekian.

November 7, 2019

BANGSA PESISIR SEBELUM MARITIM


BANGSA PESISIR SEBELUM  MARITIM
(Fikrah Bangi: 394),
BBB:  9 R. Awwal 1441H. = 6 November  2019M. (Khamis).
Asal usul bangsa Melayu adalah bersama bergerak dari tanah Asia Tengah ke timur. Mereka ini adalah dari stok Mongoloid – Berbeda dari stok Dravidian ke selatan India. Stok Mongoloid ini adalah kumpulan dari asal usul, Cina, Burma, Thai, dan Vietnam. Bentuk muka mereka adalah lebar dengan tulang muka yang rata dan kukuh.  Berpipi rata dengan mata pesek dan hidung penyet, berambut lurus dan hitam. Yang ke utara-timur bercuaca sejuk  memnjadikan bentuk mereka putih kuning.  Berbeza dai utara berketurunan dari caucasus – Contoh Rusia).
Satu kumpulan lagi yang lebih dekat dengan Melayu kuno, ialah puak-puak di Kemboja. Mereka sama bergerak dari Asia Tengah dan bertembung dengan laut. Antara Melayu asal di sini adalah dikenali dengan Melayu Campa. Satu masa Campa  pernah menguasai Kemboja sebagaimana terakam dalam buku Hikayat Siti Zubaidah Perang Cina. Kemboja menerima Islam pada peringkat awal dari pengaruh Syi`ah. Keturunan Diraja bergelar Norodom (Nuruddin – Cahaya Agama) dan nama-nama seperti Husin dan sebagainya yang mempunyai kaitanb dengan Sayyiduna Ali popular di Kemboja seperti Hon Sen (Husin) dan sebagainya. Amalan-amalan berunsur Syiah banyak kedapatan di Kemboja.
Sebelum Islam Melayu Kuno  ini terdesak dari terkanan  dari seperti Vietnam dan Thailand, maka sebahagian daripada turunan ini bergerak ke selatan hingga ke Chaya (Segenting Kra – Legenda dalam cerita rakyat mengenai Peperangan di Pangkalan Cahaya (Caya) yang watak wiranya ialah Marakarma menguasai Cahaya (Segenting Kra)., Patani, Kelantan (Pengkalan Cepa) seterusnya ke selatan Semenanjung. Manakala pada sebelah barat, antara mereka terdesak dari tekanan Burma dan Thai dan bergerak melalui Arakan ke negeri-negeri Melayu di Selatan Thai seperti Yala, Narathiwat, dan Songkla  hingga ke Kedah.
Sejak dari peringkat awal kelompok-kelompok yang berasal dari kumpulan ini di bawah kerajaanFunan ini dengan kedatangan pengaruh luar seperti Hindu Buddha yang menjadi agama bagi Burma dan Thailand, Keadaan yang sama berlaku kepada Kemboja sebelum kehadiran Islam termasuk di bawah pengaruh Hindu Buddha. Pengaruh yang sama sampai ke Vietnam yang mana Kerajaan Cina sendiri adalah menerima pengaruh Buddha. Walau bagaimana pengaruh ini tidaklah tebal pada bahagian selatan - Semenanjung, kecuali kesannya terdapat di Kedah di tempat yang dikenali dengan Batu Pahat.
Adalah dipercayai bahasa kuno bagi kawasan Asia Timur ini pada asalnya satu. Ini dapat dilihat dari bahasa Cina, Vietnam, Thai dan Burma yang menggunakan tulisan yang hampir-hampir sama bentuknya. Ini dipengaruhi dari kepercayaan agama mereka pada peringkat awal. Selain dari tulisan, bahawa bahasa-bahasa bagi kelompok-kelompok berkenaan banyak meminjam dari istilah Sanskrit yang menjadi bahasa Hindu-Buddha pada peringkat awal
Selain dari bahasa pakaian bagi pendudk Asia Timur ini hampir bersamaan yang berdasarkan kepada penggunaan kain dan darinya dibuat baju dengan berbagai bentukyang mencerminkan budaya berpakaian penduduk di Asia Timur ini.
Pekerjaan utama bagi penduduk di sini adalaha bertani, khususnya padi yang menjadi makanan utama penduduk di kawasan berkenaan. Kawasan ini adalah subur dan cukup dengan hujan. Kesuburan bukan saja pada pertanian, tetapi juga subur dari kelahiran manusia. Penduduk  di Asia Timur  adalah tertinggi dan teramai dari penduduk dunia.
Sekian.