November 10, 2019

SAMBUTAN MAULID AL-RASUL - DUA TAHUN PENGGUNAAN MASJID AL-UMM


SAMBUTAN MAULID AL-RASUL – DUA TAHUN PENGGUNAAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 396),
BBB: 13 R.Awwal 1441H. = 10 November 2019M. (Ahad).



Semalam pada 12 Rabi`ul-Awwal 1441 bersamaan 9 November 2019 ialah hari ulangtahun Maulid al-Rasul. Sambutan diadakan pada berbagai peringkat. Pada peringkat Persekutuan diadakan sambutan dan perakan , di Stadium Bukit Jalil. Manakala pada peringkat negeri Selangor diadakan perarakan  di Stadium Malawati di Shah Alam. Sambutan pada tarikh yang sama diadakan di masjid-masjid, surau-surau dan berbagai tempat.
Bagi Masjid Al-Umm, tarikh sambutan Maulid al-Rasul mempunyai significant tersendiri, ole kerana pada tarikh ini pada tahun 1439 dua tahun lepas ialah hari pertama Masjid Al-Umm mula digunakan, iaitu berikut dari mendapat kelulusan daripada pihak Arkiteks (CPC). Pada hari itu yang juga jatuh pada hari Sabtu pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimatrahan telah membuat perancangan sebelumnya bagi menyambut Maulid al-Rasul (1439) dengan menjemput Pentadnir Masjid-Masjid Hulu Langat (hadir), pengerusi-pengerusi surat berdekatan masjid dan berbagai pihak.. Selepas Majlis Sambutan Maulid al-Rasul 1439 itu terus  diadakan solat zohor dan solat-solat seterusnya, kecuali solat Juma`at, dan seterusnya hingga kini.




Kesedaran bagi menyambut dua tahun penggunaan Masjid Al-Umm memang menjadi tarikh yang ditunggu oleh pihak Jawatankuasa Tadbir Urus dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Lantaran itu program bagi sambutan Maulid al-Rasul dijadikan agenda di dalam Mensyuarat Bulanan sejak Mesyuarat  September 9/2019  berikut dari Sambutan Kemerdekaan.
Cadangan awal pada Mesyuarat Bil. 9/2009 itu diterima dan perancangan secara detail telah dibentang sekali lagi pada Mesyuarat Bil. 10/2009, bahkan beberapa mesyuarat khas diadakan oleh jawatankuasa kecil.  Bahkan  bagi memastikan  persediaan lancar pihak Nazir memanggil beberapa jawatankuasa terlibat dengan agenda berkenaan dipanggil membentangkan  cadangan yang dirangkakan.




Bagi memeriahkan sambutan sejak awal dicanangkan, sempena dengan sambutan Maulid al-Rasul ditawarkan kepada ibu bapa untuk menyertai Majlis Akikah yang akan diadakan pada hari Sambutan Maulid al-Rasul berkenaan. Bagi melibatkan anak-anak agar sambutan lebih meriah maka dicadangkan juga agar diadakan pertandingan menulis khat dan mewarna diadakan di kalangan anak-anak. Pengumuman Sambutan dan acara telah dibuat pada hari Juma`at di samping hebahan melalui  media IT. Sambutan pada peringkat awal, terutama dari penyertaan agak kurang mermberangsangkan. Namun dua minggu sebelum sambutan untuk akikah melebihi dari jangkaan hingga terpaksa peserta peringkat akhirter paksa ditolak. Penyertaan pihak kanak-kanak bagi menyertai pertandngan penulisan khat dan mewarna juga tidak dapat dipastikan jumlah.
Sambutan Maulid al-Rasul pada 12 Rabi`ul-Awwal di masjid mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa dan anak-anak. Peserta akikah yang diterima adala 5 orang dengan jumlah kambing yang diakikahkan ialah sebanyak 7 ekor kambing. 3 peserta yang kemudian dengan 4 ekor kambing terpaksa ditangguhkan, kerana di luar kemampuan tenaga pekerja yang memasak. Urusan bagi menempah dan menyembelih kambing dilakukan oleh Sdr. Azni Pengerusi  Jawatankuasa Kemasyarakatan. Dan kambing yang telah siap dilapah sebanyak 7 ekor itu tiba pada petang hari Jumaat dan kerja memasak dilakukan dari petang dan dsambung keesokannya.

Manakala penyertaan kanak-kanak bagi penulisan khat dan mewarna mendapat penyertaan ramai. Sehingga ruanng pertandingan ditambah dari satu bilik kuliah kepada 3 bilik kuliah. Kalangan muslimat yang diketuai  Puan Hajah Ka mariah dan kumpulannya adala mereka yang bekerja keras mulai dari petang jumaat memasak dan berterusan hingga ke malam Sabtu bagi jamuan dua sesi iaitu tengahari pada hari Sabtu berikutan dari Majlis Sambutan dan bagi jamuan malam berikut dari Ceramah Perdana yang disampaikan penceramah  Khas oleh Prof. Datuk Dr, Halim Tamuei Rektor KUIS. Tenaga pejerja muslimat juga menyediakan bahan-bahan keperkuab akikah sambutan. Pameran tentang masjid juga diadakan diusahakan oleh saudara Adham.
Pendek kata persediaan Sambutan Maulid al-Rasul 1441 di Masjid Al-Umm adalah dibuat secara teratur dab rapi.
Sekian.

No comments:

Post a Comment