November 14, 2019

PERGERAKAN ORANG MELAYU DI NUSANTARA


PERGERAKAN ORANG MELAYU DI NUSANTARA
(Fikrah Bangi: 400),
BBB: 17 R. Awwal 1441H. = 14 November 2019M. (Khamis).
`Melayu` mulai mengidentitikan diri mereka dengan Melayu, bila mereka berkelompok di pesisir rusuk Benua Asia sejak ratus ribuan tahun yang lalu. Antara kelompok yang awal bergerak ke selatan ialah Melayu Champa. Mereka ini terpaksa menghadapi tekanan dari kelompok yang lain sehingga terkadang terpaksa berperang sebagaimana dihikayatkan di dalam legenda ` Siti Zubaidah Perang China – dimaksudkan dengfan Vietnam. Melayu Champa ini tidak henti-henti ditekan dalam usaha menghapuskannya. Melayu di Arakan yang pada satu masa terkenal dengan Bandar Shahr al-Nuwi – Pusat perdagangan dan pengajian Melayu yang didominasi peniaga-peniaga Islam.
Pengelompokan Melayu berlaku dari Segenting Kra ke Selatan Semenanjung. Mereka juga menghadapi tekanan dari ethnik yang dikenali dengan Siam dan sering berlaku peperangan. Antaranya legenda Mara Karma Pahlawan di Palakan Cahaya (Pengkalan Caya di Segenting Kra). Melayu dominan di Semenanjung dari Caya ke Temasik (Singapura), walaupun mendapat tekanan dan terpisah sebahagian dari negeri-negeri Melayu bahagian utara Semenanjung.
Yang sering menjadi pertanyaan di dalam minda, ``Bagaimana Melayu Pesisir ini tersebar luas di Kepulauan Nusantara yang dengan bertempatnya mereka dikepulaua Pasifik ke Perpantaian Afrika Timur. Mereka ini ibarat kelapa yang tumbuh di perpantaian kawasan tersebut dan hanyut dibawa arus dan mendarat di berbagai pantai di kawasan Nusantara hingga ke Afrika dan tumbuh subur di mana benih kelapa ini mendaat (dipukul ombak ke pantai).
Kelapa tiada masalah – tidak lemas, dihanyutkan. Bagaimana dengan manusia Melayu pesisir ini bergerak ke pulau-pulau.  Adalah dijangka sejak sebelum Zaman Batu lagi. Mereka telah memerhati fenomena laut dan batang-batang hanyut yang menjadi contoh kenderaan laut bagi mereka yang memungkinkan mereka bergerak lebih jauh ke tengah laut bagi mendapat hasil laut terutama ikan. Batang-batang kayu memang  banyak tumbuh di daratan dan di pesisiran pantai. Mereka pandai menggunakan alat-alat pemotong dari batu dan besi. Mereka menmggunakan kapak dari batu dan besi  dengan pemegang yang dikenali dengan kapak. Antara mereka ini ada `Pandai Batu dan Pandai Besi (bermaksud tukang kapak batu dan besi). Mereka  secara percubaan pada permulaan menebuk ruang pada batang kayu dengan kapak batu dan besi – selepas menggunakannya secara batang kayu bulat). Hasilnya dengan menggunakan pengayuh mereka berjaya bergerak lebih jauh ke tengah laut untuk mencari rezeki melalui menangkap ikan secara kaut dengan bekas dan kemudian secara mengail.
Kemahiran membuat perahu makin meningkat di kalangan Pandai Batu dan Pabdai Besi sehingga mewujudkan kelompok tukang yang membuat perahu. Akhirnya membawa mereka bergerak dan berpindah ke pulau-pulau yang lebih dekat. Misalnya bergerak dari tanah besar Semenanjung ke Temasik dan ke Riau seterusnya  kepulauaan berdekatan hingga ke Jawa dan ke lebih selatan.. Industri perahu secara tradisional berkembang ke banyak tempat. Misalnya Melalui dari Kemboja dan Campa yang terdesak mereka berpindah ke kepulauanm Filipina ke Taiwam dan  ke Sulawesi. Manakala dari Jawa dan Filipina ni bergerak di Borneo dan pulau-pulau yang laik di Pasifik dan ke selatan Ke New Zealand dan ke Australia sebagaimana wujudnya orang-orang asal di kawasan-kawasan berkenaan.
Dari satu pihak Melayu di Arakan dan Barat Semenanjung berpindah dari Arakan, Kedah dan  Melaka ke Sumatera mewujudkan kependudukan Melayu awal di Sumatera. Antara Melayu dari sini dan Jawa turut bergerak hingga ke Timur Afrika yang dikenali dengan Madagaskar yang bukti etnik Melayu dari bahasa mereka, bahkan  terdapat bukti Melayu  di Selatan Afrika.
Melayu adalah Pelaut Agung dan bangsa Miritim yang mahir. Yang menjadi tandatanya apakah bentuk kenderaan air yang digunakan yang mampu memobilisasikan mereka hingga tersebar luas di kawasan Nusantara bertabur di Lautan Pasifik hingga ke perpantaian Afrika. Apakah bentuk kenderaan air mereka ?
Sekian.

No comments:

Post a Comment