TANJUNG PIAI UJIAN TERHADAP PH
(Fikrah Bangi: 390),
BBB: 05 R. Awwal 1441H. = 03 November 2019M.
(Ahad).
Kekosongan kerusi Parlimen P. 165 Tanjung
Piai, Johor berikutan dari kematian penyandangnya
Dr. Md. Farid bin Md. Rafik (42) akibat serangan jantung pada 21 September yang
lepas.
Dengan melihat kepada jumlah pengundi 52,698 yang mana 57% peratus Melayu, 42% Cina dan 1% India,
maka pada awalnya adalah dijangkakan calon dari Umno akan bertanding, tetapi
pencalonan semalam memperlihatkan kelainan.
Kerusi Tanjung Piai adalah kerusi PH dan PH
mempertaruhkan dengan penamaan calonnya semalam, Karmaine Sardini yang merupakan Ketua PH di
kawasan tersebut. Lawannya utamanya adalah dari BN yang diwakili oleh Datuk
Seri Wee Jeck Seng dari MCA. Kerusi tersebut ditandingi enam penjuru termasuk
empat calon yang lain dari Gerakan, Berjasa dan dua dari Bebas. Tetapi
pertandinmgan sebenarnya dilihat antara PH yang mempertahankan kerusi Tanjung
Piai dan pencabar utamanya dari MCA.
PH, sudah tentu memilih calon Melayunya
bagi menggaggntikan Dr. Farid, tetapi pemilihan calon dari MCA bagi mencabar
calon PH mempunyai significant dari segi politik. Pemilihan calon yang mencabar
PH dari MCA ialah kerana kerusi ini pernah ditandingi MCA pada pilihanraya ke
14 pada 9 Mei 2018 lepas. Jadi memberi kembali kerusia Tanjung Piai kerana
menghormati kedudukan MCA yang diharap dapat memulihkan imejnya di Tanjung
Piai, bahakan di negera ini.
Dari satu segi dilihat bahawa selama ini
kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai bersifat perkauman yang menekankan penyatuan
Melayu, maka dengan petandingan kerusi Tanjung Piai diberi kepada MCA, memberi isyarat
tentang kerjasama Pas dengan parti yang bukan Melayu. Pas menyedari bahawa dia
tidak boleh bergantung dengan undi Melayu semata-mata pada masa hadapan,
sebaliknya perlu bekerjasama dengan parti lain dari Melayu. Pilihanraya ini
membuktikan komitmen Pas, bahawa dia bekerjasama dengan parti yang bukan
Melayu, ia itu MCA dan yang lain yang bersesuaian dengannya. Dengan
pertandingan MCA dan mendapat kerjasama Pas dapat menutup mulut mereka yang
menganggap Pas hanya bekerjasama dengan sesama Melayu sahaja.
Perlu dingat pada pilihanraya ke 14 lepas
Pas bertanding secara bersendirian, tetapi dengan kerjasama ini diharap
pengundi yang mengundi Umno, Pas dan MCA pada pilihanraya ke 14 akan bersatu
dan dapat memberi saingan yang hebat. Jadi anggapan sebagaimana yang dikatakan
oleh Tun Mahathir bahawa Umno tidak bertanding kerana takut kalah adalah tidak
tepat. Sebaliknya ianya satu strategi, bahawa dengan kerjasama Umno, MCA dan
Pas kemungkinan akan dapat mengatasi undi PH.
Bagi PH, yang memenangi kerusi Parlimen
Tanjung Piai bahawa mempertahankan kerusi Tanjung Piai adalah mempertahankan
maruah PH yang merupajan parti pemerintah. PH
masih tidak lupa kekalahan yang dihadapinya berturut-turut di Cameron
Hingkand, Semenyih dan Rantau, sekiranya PH kalah di Tanjung Piai, maka
menunjukkan populariti parti pemerintah itu menurun dan ianya sebagai isyarat
mala petaka yang akan dihadapi pada pilihanraya ke 15 kelak.
Sebenarnnya terkampau banyak isu yang dapat
diketengahkan seperti masalah kesempitan hidup rakyat yang makin meningkat, pengangguran
yang makin bertambah di kalangan
siswazah, masalah perumahan yang tidak mampu dibeli rakyat, kekurangan kewangan
yang menyebabkan kerajaan terpaksa memotong peruntukan misalnya yang melibatkan
pendidikan, masalah tol yang tidak dapat ditunaikan, masalah hutang pelajar dan
berbagai keresahan rakyat akibat dari polisi yang dijalankan oleh pemerintah.
Tanjung Piai adalah sebagai indikasi
populariti pemerintah atau sebaliknya.
Rakyat di Tanjung Piai akan membuat
penentuan pada hari mengundi ada 16 November 2019 nanti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment