November 30, 2019

TAKMILAH SENI BINA MASJID AL-UMM


TAKMILAH SENI BINA MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi 409),
BBB:  03 R. Akhir 1441H. = 30 November 2019M. (Sabtu).
Teori Takmilah dibina sejak 1990an dan tertumpu lebih kepada karya sastera. Ianya telah digunakan oleh pelajar-pelajar untuk kajian mereka di beberapa buah universiti pada peringkat Ph. D, sarjana dan ijazah pertama seperti di Universiti Malaya, UPM, UPSI  dan Institut Pengajian Islam di Bangi.
Penyimpangan atau perluasan aplikasi Takmilah terhadap `Seni Bina, ialah berlaku pada tahun 2014.
Pada masa tersebut Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm sedang pada peringkat pembinaan fizikal Masjid Al-UMM.. (Masuk tapak pada 10.12.2013). Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan adalah terlibat secara langsung, baik dari segi arkitektur (Seni Bina) yang diketua Tuan Raja Fuaddin Raja Ahmad dari Maju Bina Sdn. Bhd. beribu pejabat di Perlis dan kelulusan Plan arkiteks di dapati dari MPKj pada 4.12.2013.
Membincangkan aspek seni bina dan perbincangan dengan kontrektor dan consultant-consultant membawa Penulis lebih memahami terutama aspek seni bina. Secara kebetulan pula pada awal 2014 proses pembinaan sedang berjalan lancar, maka pada masa itu pihak UPSI mengadakan Seminar berhubung dengan Takmilah. Penulis diminta menyediakan kertaskerja berhubung dengan Takmilah. Dalam pembentangan di UPSI ini Penulis  membawa kelaianan pendekatan atau perluasan dengan mengaplikasikannya pada seni bina, khususnya Seni Bina Masjid Al-Umm yang penulis sedang beruasaha dengan jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan dan Jawatankuasa Teknikal (dilantik Ogos 2012).
Penulis melihat bahawa, terutama dari segi arkitekture, ianya mempunyai persamaaan dari segi keperluan kesusasteraan. Antaranya.
a)      Perlunya bagi arliteks  visi dan misi seni bina Islam sesuai sebagai sebuah masjid.
b)      Arkitek perlu memahami keilmuan Islam
c)       Perlu berjiwa seni, khususnya dari segi kerohanoianm Islam,
d)      Perlunya pengalaman yang luas dari segi pembinaan, khususnya pembinaan masjid
e)      Memahami kehendak dan keperluan setempat.
Oleh kerana seni bina memerluklan kefahaman seni dan jiwa seni rohani yang tinggi, maka Penulis melihat banyak persamaan dan keperluan bagi menyediakan plan arkliteks yang dapat mencapai daya estetika rohani yang tinggi. Sebab itu dalam menyediakan kertaskerja berhubung dengan takmilah itu Penulis buat pertama kali mengambil pendekatan Takmilah dari segi Seni bina Islam. Dalam salah satu kertaskerja yang dikemukakan oleh Penulis ialah:
``Perluasan Teori Takmilah`` (Buku Teori Takmilah: Perluasan dan Penafsiran, 2014)..
Iaitu pembicaraan terhadap Seni Bina Masjid – Khususnya Masjid Al-Umm.
Penulis merasakan bahawa pembicaraan Penulis terhadap seni bina Masjid al-Umm biarpun dikataklan ianya sebagai teori seni rohani, tetapi ianya sebagai sesuatu yang real yang Penulis hadapi dari segi persediaan keperluan, plan arkiteks dan pembinaan. Bahkan dapat dilihat bahawa Masjid Al-Umm adalah jelmaan bagi Takmilah Kemasjidan. Ianya adalah master piece bagi arkiteks dan juga seni rohani Takmilah,
Apabila Prof. Madya Dr. Kamariah Kamaruddin Pensyarah Di Jabatan Bahasa UPM mencadang kepada Penulis untuk bercakap tentang teori Takmilah kepada penuntut-penuntutnya - Peringkat Ijazah, pertama, sarjana dan Ph. D., Penulis bersetuju untuk menyampaikan kuliah berkenaan, tetapi membuat cadangan balik, bahawa Penulis tidak akan membicarakan Takmilah dari segi Sastera, kerana mereka lebih mendalami aspek berkenaan, sebaliknya Penulis menyebut Penulis akan bercakap berkenaan Takmilah dari segi Seni bina. Tetapi bagi lebih sempurna dan lengkap, bahawa pelajar tidak hanya mendengar dari segi teori, tetapi dapat melihat dangan mata kepala mereka Penulis mencadangkan bahawa pelajar-pelajar perlu datang mendengar kuliah di Dewan Seminar di Masjid Al-Umm  dan kemudian menyaksikan sendiri apa yang dikuliahkan. Profesor Madya Dr. Kamariah Kamatrudin bersetuju di atas  cadangan berkenaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment