MELAYU BANGSA PELAUT AGUNG
(Fikrah Bangi: 395),
BBB:
11 R. Awwal 1441H. = 8 November 2019M. (Juma`at).
Semasa di tanah besar timur Asia kelompok (Melayu
Awal) tenggelam dalam rumpun Mongoloid yang antaranya terpecah ke timur ke
utara dikenali dengan bangsa Cina dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ini
termasuk pecahan darinya ialah Vietnam.
Manakala satu kelompok besar lagi dikenali dengan Funan. Bentuk wajah mereka
ini hampir bersamaan dengan muka lebar, mata kurang sepet, dan hidung kurang
penyet. Kepala agak besar dan berambut hitan dengan tinggi sederhana. Manakala
warna kulit mereka adalah sawo matang. Ini adalah kedudukan mereka di kawasan
khattul- istiwa.
Perkembangan dan pergolakan di kalangan
kelompok ini sejak ratus ribuan tahun sebelum ini membentuk puak yang kemudian
dikenali dengan Burma, Thai, Kamboja termasuk di bawahnya Lous. Antara mereka
bergerak dan didesak ke pinggir dan pesisir pantai. Antara mereka berada di
tepi yang dikenali dengan Champa.
Sebahagian dari mereka bergerak ke selatan menetap di Semenanjung Melayu dari
Segenting Kra dan ke Patani dan ka Selatan, manakala sebahagian turun dari
Arakan dan Thai ke bawah dari Segenting Kra ke Setul, Remang, Yala, Naratiwat,
Kedah dan ke Selatan hingga ke Singapura.
Mereka adalah kawasan asal Melayu. Mereka yang berasal dari pinggir dan
pesisir dengan berani merentas lautan. Misalnya dari Kemboja ke Filipina dan
Borneo. Dari Pantai Barat Semenanjung ke Sumatera dan dari Selatan ke Jawa.
Penduduk di kepulauan ini semuanyanya dikenali dengan Gugusan Pualau-Pulau
Melayu (Malay Archipelago) yang ke baratnya merentasi lautan hingga ke
Madagaskar, manakala ke Timur hingga ke Fiji, Tongga dan Hawai. KeSelatan
hingga ke Australia, New Zealand dan Tasmania, manakala ke Utara ialah hingga
ke Taiwan. Manakala Jepun dari segi sukukata bahasanya lebih dekat dengan
Melkayu dari bahasa Cina (Tiongha)..
Penduduk di kepulauan yang merentasi lautan
Pasifik ke Laut India-Afrika adalah
Bangsa Pelaut Yang Agung yang Menguasai Lautan sejak ratus ribuan tahun yang
silam. Mereka mempunyai budaya Pesisir dan Miritim sebelum dipengaruhi oleh
pendatang dari luar.
Rumpun Melayu yang diistilahkan sebagai
Kepulauan Melayu (Malay Asrchipalago), Nusantara, Semenanjung Emas (bagi
Semenanjung) adalah Bangsa Pelaut Yang Agung. Mereka adalah bangsa yang cekal,
berani merentas lautan dengan perahu-perahu dan bergerak antara pulau-pulau.
Mereka sanggup berdepan dengan badai lautan,
ribut taufan, bahkan gempa gunung berapi tang yarng meletus, kerana
sebahagian besar dari pulau-pulau Melayu ini berada di kawasan rantaian gunung
berapi.
Sudah tentulah sumber kehidupan mereka
adalah dari laut seperti ikan-ikan dan bahan-bahan dari laut. Kawasan ini juga
adalah kawasan yang subur dengan tanah bebaja hasil dari letusan gunung-gunung
berapi dan mempunyai hujan yang mencukupi untuk pertanian. Lantaran itu selain
dari bergantung pada hasil laut mereka bergantung padsa petanian seperti padi,
kelapa, keladi, tebu dan berbagai-bagai jenis pertanian yang lain.
Dari segi bahasa, pada asalnya bersumber
dari bahasa induk Melayu yang kesan persamaan bahasa masih dapat disusur galur.
Bahasa Mereka bersifat suku-kata yang masih kekal hingga kini baik dalam bahasa
Melayu, filipina, Jepun, orang Asli Taiwan yang tinggal di bukit-bukit. bahasa Hawai, Tongga, Fiji dan orang Asli di
Australia dan New Zealand (Mouri). Bangsa Maritim ini amat mahir dengan cuaca
dan pandai berpandu dengan kedudukan bintang-bintang sebagai panduan pelayaran mereka.
Sesungguhnya mereka bangsa Pelaut Yang
Teragung di dunia berbanding dengan pelaut-pelaut yang lain. Sebab itu budaya
maritim hendaklah diangkat dan disuburkan sehingga menjadi idendti bangsa
Pelaut Agung ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment