UMNO (BN) JANGAN HANYA BERGANTUNG PADA
SIMPATI
(Fikrah Bangi: 403),
21 R. Awwal 1441H. = 18 November 2019M.
(Isnin).
Kemenangan MCA dalam PRK Parlimen Tanjung
Piai pada 16 November 2019 dengan majoriti besar , lebih dari lima belas ribu
adalah berkat dari kerjasama antara Umno dan Pas.
Perlu diingat bahawa kemenangan tersebut
adalah antaranya dari simpati rakyat terutama kepada Umno di dalam BN itu
sendiri. Memanglah pada permulaan kekalahan Umno dan BN dalam pilihanraya ke 14
(9 Mei 2018), Umno dan BN hilang simpati, sehingga beberapa PRK di Selangor dan
di Port Dickson pada setengah tahun PH memerintah, rakyat masih memberi harapan
yang tinggi terhadap PH menunaikan janjinya. Tetapi bermula dari awal tahun
2019 berlaku gelombang arus balik. Ini akibat dari rakyat mulai hilang percaya
terhadap PH, rakyat secara tidak langsung mulai simpati terhadap Umno (BN) yang
dibuli demikian rupa. Zahid yang diangkat menjadi Presiden Umno pada 30 Jun 2018 berikut dari pengunduran Najib
akibat kekalahan BN. Zahid diminta oleh pemimpin tertinggi PH supaya membubarkan
Umno (BH, 10.11.2018) dengan alasan bahawa Bersatu adalah rumah orang Melayu.
Bersatu pilihan Melayu, bukan lagi Umno (BH, 28.12.2018: 1). Demikian hinanya
Umno sebagaimana hinanya BN. Bahkan kalangan ahli Umno sendiri ramai yang tidak
setia termasuk Mustapha Muhammad, bahkan 13 ahli parlimen memberi amaran kepada
Zahid supaya berundur (BH. 10.12.2018: 1) , bahkan pada 21.12.2018 tiga belas
ahli parlimen Umno meninggalkan Umno secara blok. Zahid secara terdesak telah
menyerahkan jawatan Presiden untuk dipangku Timbalan Presiden Mohammad Hasan
pada 18 Disember 2018). Umno, bahkan orang Melayu begitu terhina Bahkan diungkap kepada ahli PH jangan jadi
macam Umno (Sinar, 31.12.2018). Ini sesuai sebagaimana disifatkan oleh Prof Ho
Ki Ping, bahawa Melayu makin dihancur (UM, 15.4.2019: 16).. Pada masa itu baik
Umno yang mempunyai 3 juta ahli itu sedih dan menyepi. BN bagaikan turut
hancur.
Umno dan BN patut berterima kasih kepada Pas,
selepas pilihanraya di Pertt Dickson pada akhir 2018 yang Pas bertanding secara
bersendirian termasuk Umno terhadap Anwar Ibrahim (menang), Pas menyedari
pentingnya Melayu bersatu lantaran bagi mempertahankan Melayu, Agama Islam,
Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Pas menyarankan kerjasama dengan
Umno dan juga parti di dalam BN. Pas juga menganjurkan perhimpunan penyatuan
umat dengan kerjasama Umno. Berkat dari kerjasama ini. Umno mendapat simpati rakyat, maka beberapa siri pilihanraya
ditandingi Umno dan disokong Pas dan parti di dalam BN Umno menang bagi
pilihanraya Parlimen di Cameron Highlands pada 26.1.2019. Diikuti dengan PRK
Semenyih peringkat DUN dimenangi Umno
pada 3 Mac 2019, seterusnya PRK Rantau ditandingi Pemangku Presiden Umno, Mohammad Hassan dengan kerjasama MCA dan MIC dimenangi Umno
pada 13.4.2019.
Kemenangan-kemenangan yang dicapai ini
adalah dari simpati rakyat terhadap Umno. Ini membawa ketakutan kepada PH dan
menuduh bahawa Umno dan Pas memainkan isu perkauman dan rasis. Bagaimanapu
tuduhan ini terjawab dengan PRK Tanjung Piai. Pihak Umno dan Pas secara
bijaksana memilih wakil dari MCA yang memenangi PRK itu dengan mendapat lebih
dari 25.000 undi mengalahkan calon PH yang mendapat lebih dari 10,000 undi dengan
majoriti besar lebih dari 15,000 undi. Tuduhan bahawa Umno dan Pas bersifat
perkauman dan rasis lenyap dengan sendiri. Dengan kemenangan berturut-turut ini
dari Cameron Highlands ke Semenyih,
Rantau dan Tanjung Piai jelas simpati terus diberi kepada BN termasuk MCA, khususnya Umno. Ia merupakan
pertanda yang baik bagi kerjasama BN dan Pas dan yang lain pada masa hadapan.
Menurut seorang Pensyarah UITM, ketika
membuat ulasan tentang kemenangan MCA (BN), melalui TV saluran 501, bahawa simpati rakyat
terhadap Umno dan komponen menenggelamkan isu pimpinan di dalam Umno yang
sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, bahkan isu dihadapi mereka juga
menyebabkan meningkatknya simpati rakyat.
Walau bagaimana Umno, BN dan Pas jangan
bergantung pada simpati rakyat semata-mata, sebaliknya seharusnya mengatur
langkah dengan berbagai pendekatan yang dapat meningkatkan sokongan rakyat dan
memenangi pilihanraya akan datang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment