PENYEBARAN TURUNAN ADAM
(Fikrah Bangi: 393),
BBB:
9 R.Awwal 1441H. = 6 November 201`9M. (Rabu).
Adam sebagaimana moyang kita, banyak
persoalan yang ingin diketahui berhubung dengannya. Misalnya apakaqh
bahasa yang ditutur oleh Adam dan keluarganya dan bagaimanakah
perkembangna bahasa tersebut. Tidakkah ada satu kaedah linguistik yang dapat
dikesan tentang asal usul utama bahasa manusia utama ini. Tidakkah ada kesan
tinggalan yang dapat diteliti dan diselidiki. Adam dan keluarganya sudaj tentu
meninggalkan artifek-0artifek sebagai bahan kegunaannya. Misalnya alat-alat
kegunaan misalnya benda-benda tajam untuk memotong seperti peralatan batu yang
dapat dikenali dari segi usianya. Bagaimanakan peralatan bekas-bekas makan yang
digunakan dan sebagainya.
Jika usia bumi dapat dikira misalnya dalam bilon tahun, maka manusia yang lebih kemudian
diturunkan, mungkin baru dalam tempoh jutaan tahun, maka tidak mustahil
peralatan yang digunakan keluarga Adam dapat diketahui dan ditemui.
Ke arah pendekatan menemui bahan-bahan yang
berhubng dengan Adam ialah dengan mengetahui di mana tempat kediaman keluarga
Adam sebagai manusi awal ini. Dari
tempat asal ini dapat diketahui penyebaran berlaku.
Di mana tempat asal Adam dan keluarganya ?
Telahan telah di buat tempat tinggal Adam dan keluarganya adalah tempat
pertemuan tiga benua utama iaitu Afrika-Asia dan Eropah. Pendapat ini tidak
jauh dari pendapat yang mengatakan tempat kediaman Adam adalah di Utara Afika,
iaitu di sekitan Habsyah dan keliling berdekatan. Tempat berdekatan dengan Laut
Merah ini perlu ada sumber air dan sumber makanan.
Dari utara Afrika keturunan Adam berkembang
dan bertambah ramai. Umur manusia awal ini adalah lebih panjang. Dalam masa
ribuan tahun pada peringkat awal manusia turunan Adam ini makin luas pergerakan
mereka. Sebahagian dari turunan manusia awak ini bergerak di utara Benua Afrika
dan berkembang di Selatan. Terutama ke hulu-hulu Sungai Nil yang mengalir dari tengah benua Adrika itu.
Sebahagian bergerak ke Kuala Sungai Nil
di utara Afrika yang membentuk budaya Sungai Nil yang menjadi nadi kehidupan di Afrika.
Sebahagian daripada mereka bergerak di perpantaian Mediterranian dari utara
Afrika hingga ke Palestan. Setengah
daripada mereka bergerak ke timur dan menemui sumber air terbesar, iaitu Sungai
Tigris dan Dajlah. Mereka menetap di sini, jauh lebih awal. Dari tamadun Sungai
Dajlah dan Furat kemudiannya lahir
tamadun tertua diketahui, iaitu Tamadun Babylon. Dari kawasan ini melahir dan
meluaskan kependudukan manusia seperti
di Iran dan ke Sham dan ke utara
yang kemudian melahirkan Tamadun Rum. Dari sini berlaku penyebarab manusia
hingga ke utara dan menjadi induk bagi perkembangan bangsa-bangsa di Eropah.
Pergerakan ke bahagian timur sebenarnya
tidak lewat berlaku dari tempat-tempat yang lain. Pergerakan menurut kesuburan
tanah sebagai sumber mendapat rezeki. Mereka ini sampai ke India dan sebahagian
dari mereka ke bahagian negeri Cina
Kawasan Asia adalah kawasan tanah yang
subur dan kaya dengan bahan tanaman, sebab itu berkembang turunan a Adam
seperti di kawasan India dan Ciba dan
dari keturunan berkenaan.
Kawasan yang lebih lewat penyebaran
manusia ialah di Amerika Utara dan
Selatan. Manusia sampai ke sini melalui bahagian utara dan turun ke bawah yang dikenali dengan Amerika Selatan.
Perkembangan ini berlaku dalam tempoh yang
panjang
Dalam masa yang panjang berlaku perubahan fizikal
yang kemudian dikenali dengan puak,
bangsa dari segi turunan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment