KEMENANGAN BN (MCA) DI TANJUNG PIAI: APA
MAKNANYA ?
(Fikrah Bangi: 402),
BBB:
20 R. Awwal 1441H. = 17 November 2019M. (Ahad).
Keputusan PRK Tanjung Piai malam tadi
dengan kemenangan besar calon BN (MCA) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dengan jumlah undi besar
(25,466) mengalahkan calon PH Karmaine Sardini yang mendapat (10,380) undi
dengan majoriti (15,806) jauh melebihi undi yang didapati oleh calon PH, jelas
membawa mesej bahawa.
Jangkaan bahawa PH berusaha mengubah
pendekatan dari segi memerintah selepas setahun memerintah – selepas kalah pada
PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau , nampaknya tidak membawa perubahan
yang dikehendaki rakyat, sebaliknya prestasi PH semakin merosot. Ini terbukti
dari kemenangan BN pada PRK Tanjung Piai ini.
PH tidak peka dengan dasar yang dibawanya
yang menyakitkan hati rakyat, ekonomi yang lemah, rakyat makin menderita dengan
kehidupan yang semakin membebankan, pengangguran yang makin bertambah dan kos
hidup yang makin meningkat.Banyak polisi secara tidak tertulis sedang dilakukan
yang tidak menyenangkan rakyat. Keputusan PRK Tanjung Piai memberi isyarat yang
jelas, jika tiada perubahan menurut apa
yang dikehendaki rakyat, maka `arus balik` akan berlaku.
Rakyat melihat PH sebenarnya bukan
berpakat, tetapi ada tekanan tertentu dari pihak dalam PH, sehingga kelihatan
secara tersirat kemahuan pihak tertentu ini dilaksanakan, biarpun bercanggah
dengan kemahuan majoriti rakyat.
Di samping itu ketara perpecahan di dalam
PH. Misalnya biarpun di dalam suasana kempen pilihanraya di Tanjung Piai,
pimpinan di dalam PKR tidak dapat membendung pertelagahan di dalam pimpinan
parti itu. Kalau masalah di dalam pimpinan parti tidak dapat diselesaikan,
apakah yang diharapkan untuk pimpinan yang sedemikian untuk memimpin negara ?
Jika pimpinan terbesar ini sudah bertelagah sekian lama, dan retak, dapatkah
diharapkan pimpinan sedemikian untuk memimpin negara ? Adalah dibimbangi jika
situasi sedemikian dan prestasi negara pada keadaan kini, ianya akan membawa
kekalahan dan keruntuhan bagi parti-parti di dalam PH. Tidak mustahil
parti-parti berkenaan akan mengalami nasib seperti Semangat 46, Berjasa dan
beberapa parti kecil yang lain.
PRK Tanjung Piai, memperlihatkan kerjasama
antara Umno dan BN dengan Pas semakin mantap. Kerjasama dengan MCA menjawab
tuduhan oleh pihak PH bahawa Pas dan Umno bersifat perkauman dan rasis, adalah
tidak benar. Kerjasama dengan MCA menutup mulut PH yang membuat tuduhan yang
tidak berasas. Kerjasama diharap bukan setakat pilihanraya, tetapi BN dan Pas
perlu meneroka pendekatan yang releven dan memberi puashati rakyat. Semua pihak
perlu menghormati pihak yang lain. Tempoh pilihanraya ke 15 tidak lama tiba, BN
dan Pas perlu memikirkan pendekatan, misalnya bagaimana kerjasama septutnya
dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak agar sokongan akan terus bertambah.
Walaupun dalam masa BN dan Pas berada
dalam, barisan pembangkang, plan strategik perlu diatur apakah pendekatan dan
tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam masa sekarang agar rakyat dapat
melihat dan meyakini kemampuan kerjasama parti dijelmakan secara dinamik dan meyakinkan rakyat.
Pihak Umno (BN) dan Pas dan pihak yang
bekerjasama perlu dari sekarang mengatur plan strategik perkara-perkara yang
mungkin berlaku di dalam tempoh sebelum pilihanyara ke 15 dan berbagai-bagai kemungkinan hasil dari keputusan pilihanraya ke 15 kelak.
Apa yang perlu diberi perhatian dari sekarang kepercyaan yang diberi rakyat
hendaklah dijaga, bahkan meningkatkan kepercayaan mereka berterusan dengan
pendekatan dan tindakan yang meyakinkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment