TERKEJUT SOKONGAN MELAYU TERHADAP PH
MERUDUM: SOAL MARUAH
(Fikrah Bangi: 403),
BBB: 22 R. Awwal 1441H. = 19 November
2019M. (Selasa).
Sememangnya terkejut membaca lapoiran dari
Sinar Harian 18 November 2019 pada muka depan, bahawa sokongan Melayu terhadap
PH pada PRK Tanjung Piai hanya 5%. Terkejut juga bahawa majoriti yang dicapai
oleh BN adalah sebanyak 15,086 mengatasi undi yang didapati oleh PH cuma 10,380
berbanding dengan undi yang dicapai BN ialah 25,466. Mengapa terjadi sedemikian
?
Jawapan biasa ialah kelemahan jentera pemerintahan PH. Ini disebut oleh Tun
Daim Zainuddin setelah setengah tahun PH memerintah. Mereka dianggap tidak
berpengalaman. Setelah setahun mereka
masih dikritik oleh Tun Daim dan mencadangkan agar PH menunaikan janji, mengawal
harga barang dan membina rumah mampu milik. Namun dari segi realiti, rakyat
terus menderita dengan kenaikan harga barang dan harga rumah makin tidak mampu
dimilik.
Dari satu segi peneroka Felda makin
menderita kerana kejatuhan harga kelapa sawit, penoreh getah tersepit dengan
kejatuhan harga getah dan petani nelayan menderita kemiskinan, manakala
siswazah makin bertambah dari segi pengangguran.
Statistik menunjukkan bahawa pada Mei 2018
sokongan rakyat terhadap PH adalah 83%, manakala setahun kemdian sokongan
menurun, iaitu sebanyak 46% (UM, 15.4.2019: 16).
Pihak PH cuba meyakinkan rakyat, bahawa
selepas setahun setengah PH memerintah bahawa ianya telah menunaikan 53
daripada 158 janji yang merupakan 11.42
peratus dari janji.. (Sinar, 10.5.2010). Menurut kenyataan bahawa pada masa itu
prestasi kerajaan ialah pada kadar 39% (UM, 10.5.2019: 2).
Jadi jelas sokongan rakyat terhadap PH
adalah makin menurun, khususnya dari aras PRK Tanjung Piai.
Mengapa Melayu tidak menyokong PH ? Turun
kepada 5% sahaja ?
Kita berpendapat banyak faktor yang tidak
dapat disukat dengan angka dan statistik. Paling besar ialah persoalan
maruah atau harga diri ! Maruah Melayu
makin terhakis dan tercabar sejak mulai PH memerintah. Bagaimana
institusi-institusi yang berhubung dengan maruah Melayu ditangani. Ungkapan tiada konsep ketuanan di
Malaysia, diucap oleh pimpinan muda PH, melukai orang Melayu.
Pada permulaan PH berkuasa mereka mau pecahkan
institusi MARA, termasuk dari segi pengajian dan mendapat tentangan yang hebat.
PH menyentuh soal Felda yang mendedahkan kelemahan Felda dan Melayu yang banyak berhutang dan tidak jelas hingga kini
bagaimana penyelesaian dan bagaimana dengan nasib peneroka Felda. Persoalan
Tabung Haji tidak begitu jelas, disifatkan bermasalah, tetapi dari satu segi
masih memberi hebah dan sebagainya. Masalah PPTM – hutang pinjaman pelajar yang
tidak terelesai yang lebih banyak melibatkan Melayu..
Paling menyentuh sensitiviti orang Melayu
dan maruah mereka, ialah pihak-pihak tertentu mempermaikan soal agama Islam dan
menghina Nabi, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan perlembagaan yang tidak
dihormati pihak yang mempermainkannya. Lebih daripada itu kewibawaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi semacam diabaikan dan ada usaha
secara tidak rasmi menarafkan kedudukan bahasa Inggeris. Ini kelihatan di dalam
amalan media baik milik kerajaan apa lagi swasta. Tidak ada usaha ketara bagi
meningkatkan martabat bahasa Melayu. Melayu melihat bahawa mereka adalah tergugat
di dalam berbagai segi. Benarlah apa yang dikatakan oleh Prof. Dr. Ho Ki Ping, bahawa, ``Tiada roh Melayu di dalam PH.``
Dengan keadaan ini, diandaikan PH berusaha
dari segi menunaikan janji dan mungkin mencapai kejayaan, tetapi persoalam
maruah yang tidak dapat dibeli secara material, sukar ditebus ganti.
Soal ini sebenarnya dihadap orang Melayu
yang membawa kepada kerjasama antara Umno dan Pas dan menyebabkan mereka mengadakan himpunan-himpunan seperti Himpunan
Melayu pada 28.4, 2019 dam himpunan-himpunan sebelumnya. bagi mempertahankan maruah
Melayu yang terus tercabar. Kejayaan
kerjasama terlihat pada PRK Tanjang Piai dan tiga PRK sebelumnya secara
berturut-turut. Mereka akan terus mempertahankan maruah.
Sekian.
Benar apa yg tuan katakan.
ReplyDelete